Monday, 10 November 2025

Planner Journal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hampir ke hujung tahun, baru selesai melukis dalam 2025sya2note, ihiks~

Sebelum lukis.

Selepas lukis, elok-elok je seperti kesukaan, jika hujan kita lukislah titisan-titsan air turun, ahaaa gitu.

Terima kasih kepada anak saudara si Ali yang sudi berikan pembaris bercetak kepada umilongnya. Berguna sampai hari ini meskipun sudah patah dua.

Akan menyambung melukis dalam planner journal 2026 nanti, atau hendak print atas kertas stickers sahaja? tapi sepertinya tidak menarik sangat. Kitanya lebih suka melukis dengan hanya satu hingga tiga warna sahaja.

Belum ada nama. Siap dah monthly seperator guna kertas majalah IKEA. Cover guna paperbag GIGI COFFEE, nanti kita go thrue belah dalamnya.

Belum habis decoration untuk insertnya. Buat masa sekarang, hendak buat satu muka surat untuk dua hari. Pernah je buat sebelum ni, cuma masa tu guna planner jenis ring, struggle sikit hendak menulis dalamnya.

sya2blackwhitenote2024: 1 page 7 days. Recycle Photobook Nu'est.

sya2blackwhitenote2023: 1 page 1 day. Recycle buku sekolah daktiga.

sya2blackwhitenote2022: 2 page 7 days. Recycle pemberian kertas Nisha.

diygreenotes2021: 2 page 7 days : Notebook mrDIY.

diygreendiary2020: 1 page 2 days. Tulisan hangul terus, sendiri pun jadi payah nak baca, ahah~

Semua ada template yang lebih kurang sama, awan, matahari dan bulan kategori mesti ada. Ergh~ sekejapan masa berlalu. Okey, siapa geng planner? sila komen, ihiks! Selamat menjalankan tugas semua, hujan sejuk-sejuk begini lapar jadinya. See ya.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

It does not matter how slowly you go so long as you do not stop

16 comments:

Aphizha said...

Super rajin ni. Kreatif dia melampau-lampau. Baru buat pre-order planner untuk tahun depan.
Sini macam dah lama tak hujan. Harini macam mendung sikit tapi entah hujan ke tidak tak tahulah.

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Cantik..cover buku .. recycle guna paperbag gigi coffee ..kreatif

adnil linda said...

geramnnya kita tengok..tapi, kita tak mampu nak buat gini.. hahaha...risau sebulan, 2, 3 hari je yang berisi lawa..lain semua putih je.. hahaha... kita suka conteng dekat kalendar je..sebab bukan setiap hari pun ada benda penting.. ;P

Roziah @ Cie said...

Memang rajin & kreatif ni.

ch@ said...

Aphizha: Senang pre-order. Kita ni lebih sayangkan benda yg da ada di rumah. Hendak buang sayang, hendak dibiar rasa tak berfaedah.
Hujan sikit je, dapat juga rasa sejuknya.

ch@ said...

CCL: Kita menggunakan apa yg ada. Sebelum ni cover kotak Secret Recipe. Buat kad dgn kotak Dominos pun pernah, hiii~

ch@ said...

Linda: Ikut kemudahan masing-masingkan? kita takleh buh kalender, cepat berderai dan banyak hal nak ditulis. Pernah juga cuba sebelum ni.

ch@ said...

Cie: Cie pun rajin dan keatif dgn aktitivi yg kita tak boleh buat. Semua orang ada kelebihan masing-masing, bukan begitu?

Mulan said...

Kreatif betul la Cha, suka sangat tengok sebab dulu2 masa study pun suka jugak cuma lepas kerja dan kawin, zuuusssss hilang minat dan masa tapi tetap suka dengan art & kraf.

ch@ said...

kakMulan: It's okey kak, kakMulan g travel dan capture photo cantik2 okey.

Suria Amanda said...

ini memang creative betul ni..Kak SA bukan geng planner..hehehe

Mama Zharfan said...

zmn2 dulu saya ada laa planner versi gini...now dh tak derrrrr semua benda saya tulis dlm hp ajer

Mznimnwr said...

zaman 2014-2016 ni glemer orang buat planner. beli washi tapes la, stiker lah pastu tampal n hias lawa2. macam biasalah, benda ni perlukan kerajinan

ch@ said...

kakSA: Kita still boleh kawan kak, no worries. Minat setiap orang tu tak sama.

ch@ said...

Mama Zharfan: Ihiks, saya tak pandai sangat guna phone. Sejenis tak berapa nak celik IT sgt, adeih.

ch@ said...

Mazni: Saya adalah salah seorang daripadanya, muahahaa~ rancak zaman tu update kat iG belaka.