Monday, 10 November 2025

Planner Journal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hampir ke hujung tahun, baru selesai melukis dalam 2025sya2note, ihiks~

Sebelum lukis.

Selepas lukis, elok-elok je seperti kesukaan, jika hujan kita lukislah titisan-titsan air turun, ahaaa gitu.

Terima kasih kepada anak saudara si Ali yang sudi berikan pembaris bercetak kepada umilongnya. Berguna sampai hari ini meskipun sudah patah dua.

Akan menyambung melukis dalam planner journal 2026 nanti, atau hendak print atas kertas stickers sahaja? tapi sepertinya tidak menarik sangat. Kitanya lebih suka melukis dengan hanya satu hingga tiga warna sahaja.

Belum ada nama. Siap dah monthly seperator guna kertas majalah IKEA. Cover guna paperbag GIGI COFFEE, nanti kita go thrue belah dalamnya.

Belum habis decoration untuk insertnya. Buat masa sekarang, hendak buat satu muka surat untuk dua hari. Pernah je buat sebelum ni, cuma masa tu guna planner jenis ring, struggle sikit hendak menulis dalamnya.

sya2blackwhitenote2024: 1 page 7 days. Recycle Photobook Nu'est.

sya2blackwhitenote2023: 1 page 1 day. Recycle buku sekolah daktiga.

sya2blackwhitenote2022: 2 page 7 days. Recycle pemberian kertas Nisha.

diygreenotes2021: 2 page 7 days : Notebook mrDIY.

diygreendiary2020: 1 page 2 days. Tulisan hangul terus, sendiri pun jadi payah nak baca, ahah~

Semua ada template yang lebih kurang sama, awan, matahari dan bulan kategori mesti ada. Ergh~ sekejapan masa berlalu. Okey, siapa geng planner? sila komen, ihiks! Selamat menjalankan tugas semua, hujan sejuk-sejuk begini lapar jadinya. See ya.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

It does not matter how slowly you go so long as you do not stop

2 comments:

Aphizha said...

Super rajin ni. Kreatif dia melampau-lampau. Baru buat pre-order planner untuk tahun depan.
Sini macam dah lama tak hujan. Harini macam mendung sikit tapi entah hujan ke tidak tak tahulah.

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Cantik..cover buku .. recycle guna paperbag gigi coffee ..kreatif