Tuesday, 22 July 2025

Syasya is angry.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Menunggu Adli bersiap, semakin hari semakinlah lambatnya, hendak buat rambutlah, tanya tali leherlah, tanya seluarlah, walhal semuanya sudah siap tersedia herlok di tempatnya. Jadi jam 12.25tengahari tayar bergolek keluar dari rumah, Arrizqi senyap sahaja di tempat duduk belakang, dia malas hendak bising bila emak sudah bising dahulu.

Setengah perjalanan, kereta beratur luar biasa panjangnya, eh sudah kenapa? aku tidak suka suasana begini, lima minit-sepuluh minit-lima belas minit, aku tidak sabar. Mari kita mendapatkan maklumat apa yang terjadi di hadapan sana. Dekat tujuh lapan biji kereta berpatah balik, aku bukan tidak mahu patah balik semula, akan tetapi kita sudah hampir sangat dengan sekolah. Hendak jalan kaki, cuacanya panas berdenting, hendak sahaja ku tahan dua tiga biji motor minta bantuan hantarkan Adli dan Arrizqi namun, Adli tidak mahu~aih! Arrizqi mula tidak senang duduk, akhirnya Adli ajak balik rumah tetapi sekolah dihadapan itu sahaja.

Aku mula hangat apabila hanya tiga buah kereta sahaja yang bergerak dan aku bertindak memberitahu guru kelas Adli dan Arrizqi atas kelewatan mereka berdua apabila jam melewati 1ptg, guru kelas masing hanya membalas dengan ikon "ok". Kesan mengekalkan rekod kehadiran baik. 

Dapat sahaja belok ke kiri selepas Surau Zahidiah, akan lalu perkarangan sekolah kebangsaan barulah nampak aktiviti tebang pokok di simpang empat lampu isyarat sedang dijalankan. Jalan lebar 6 lorong 3 hala ke sekolah ditutup sepenuhnya. Tiga lorong lagi digunakan untuk laluan pergi dan balik sekolah, patutlah kereta beratur panjang. Adli dan Arrizqi masuk sekolah jam 1.25ptg, perjalanan sepatutnya 15 minit sahaja menjadi 1 jam kerana aktiviti tebang pokok ini, argh!

Aku membatalkan hasrat untuk terus menunggu Auni yang balik jam 2.20pm kerana tangki pundi kecilku penuh, tidak sanggup hendak menumpang mana-mana tandas mengosongkan tangki kecil, makanya aku balik rumah sebaik melihat jalan pulang tidak seteruk jalan pergi. Selesai mengosongkan tangki, keluar semula mengikut jalan alternatif, walaupun jauh namun, sampai sekolah tepat pada masanya. Auni kata aku sampai awal dari biasa, hehe. Ada intan ikut sekali, jadi hantar Intan dahulu dan terus pergi isi minyak kereta, petangnya aku akan melalui situasi sama sekali lagi untuk ambil Adli-Arrizqi balik sekolah jadi kita bersedia ikut jalan jauh awal-awal.

Selesai isi minyak kereta, singgah di seven eleven untuk mencari onigiri permintaan si Adli, alhamdulillah rezekinya ada. Sampai di rumah, aku berehat sekejap, membalas satu-persatu wA kawan-kawan, Jue yang sudah buat kejutan ulangtahun untuk kakZiela, kakDiana yang sudah hantar donat dan kek pisang kepadaku, tuan asben bertanyakan nama dua ekor anak kucing yang dia bawa ke Melaka, semuanya aku balas baik-baik. Mereka berwA ketika amarah aku meluap hingga kepala tadi, semuanya aku tinggalkan sampai urusan aku dan sekolah betul-betul selesai. Lengkap dengan permintaan maaf sekali. 

Sebenarnya, sekiranya aku dapat maklumat awal, tidaklah aku terjebak dalam kesesakan terbabit. Aktiviti tebang pokok hanya di war-warkan di fB kampung dan PIBG sekolah rendah. Aku mana ada fB, aku juga mana ada anak yang bersekolah rendah! jadi aku angry. Orang taman aku pun tidak ada yang update.

Agaknya, kali pertama melihat aku melepaskan amarah, Linda dan kakHamidah membuat permintaan maaf mereka kerana tidak menyampaikan maklumat lebih awal sedangkan mereka sendiri dalam kepanikkan, mereka perlu cepat menyusun trip masing-masing untuk mengambil anak-anak transport, aku faham sahaja jadi tidak salahkan mereka cuma tertanya, dimanakah AJK SMK yang terpaling PIBG serbatahu semua benda? kenapa maklumat tidak ada? sedangkan sewaktu lampu isyarat simpang empat yang sama dahulu rosak, mereka bukan main berdegang-degang update dalam kumpulan. Dimanakah mereka, berapa orang AJK PIBG, masakan semuanya just ignore all?

Perkara yang membuatkan aku sejuk tengah hari itu apabila telah sampai kek tapak kuda by Auni Dapur Aazra perisa Crunchie Red Velvet yang aku battle masa dia live hari tu, kali pertama hendak cuba. Cemburu tengok Auni berniaga daripada dapur rumah sampai ada kilang, sampai tournament jual hasil product yang dia RnD sendiri. Kali pertama bagi aku, teramat sedap. Paling sedap aku makan setakat ini, inti crunchie tu tidak manis sangat, masih crunchie dan tidak terlalu membuak seimbang dengan kek spannya yang moist tidak berdebu. 

Tidak lama kemudian sampai pula 1 katon 24 cawan eskrem Vico yang aku beli pada 7 Julai lepas. Alhamdulillah, selepas menunggu hampir dua minggu lamanya. Setiap hari aku kacau host Vico, Yu bertanyakan eskrem, dia pun sampai sudah cam dengan nama aku, lama kot. Pun sedap juga, satu-satunya ekrem yang masih dijual dalam live, belum ada di pasaran lagi. Malam itu kita makan makan malam bakso air tangan kawan baik aku, Fajjida. Katanya bakso versi Melayu, kita layan.  

Alhamdulillah, bila perut sudah kenyang hilangla rasa hendak marah tu. Lena tidurku.

sangkut. yadaaa~yadaa~yadaaa...

Pandangan dari sekolah nak balik kosongkan tangki kecil.
Lori biru tu ialah jalan yang kita perlu lalu untuk ke sekolah. Jem.

Kek tapak kuda by Auni Dapur Aazra.

Eskrem buat penuh peti.

MARAH ITU MUDAH, SABAR ITU INDAH


7 comments:

Mama Zharfan said...

i like the quotes....sabar itu indah, indeed

Suria Amanda said...

Nasib baik boleh whatsaap cikgu bagi tau lambat...yang kerja2 tu time peak hour la nak buat..kan? paling Kak SA x suka time nak cepat time tu la nak terkucil ...boleh menaikkan amarah

AMIIZAA@Mieja said...

alahai....perkara tak dijangka.....

Sueann said...

Quotes tu mcm dekat Zayan...ice cream tu x jumpa lagi...

adnil linda said...

Benda 10 min boleh Setel, menunggunya sampai sejam, memang akan marah...lagi² tak tau hujung pangkal..

Ammi said...

Tindakan kurang bijak sebab potong pokok dia kawasan berhampiran sekolah di waktu sekolah beroperasi. Sedangkan takde aktiviti potong pokok pun jam inikan pulak bila ada jalna yg ditutup.

Mulan said...

Lately seminggu ni memang banyak hal, terkadang nak marah, terkadang kurang sabar. Pendam je dan doa.