Thursday, 17 July 2025

Sejauh Itu Interprestasi Kamu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hujung petang aktiviti selain menunggu anak balik sekolah ialah berborak, bershopping dan berfikir menu apa hendak dihidang makan malam nanti. Aku turun semula dari kereta menuju ke gerai jualan chicken wing diminta Arrizqi sementara Adli belum sampai di tempat kita menungu.

KakMidah dan Linda sudah pun bersedia menunggu giliran untuk pulang, berbaris kerana keadaan sesak untuk keluar berjemaah. Apabila sekolah menengah dan sekolah agama balik sekali, ditambah orang ramai pulang berkerja hrmmm faham sahajalah. Aku malas hendak ikut berebut, tunggu reda sedikit baru balik. Sampai sahaja digerai chicken wing,
"adik, kita nak kepak ayam 8pcs dengan ayam susu sekeping." suara aku sedikit kuat.
"boleh sayang, tunggu dulu tau?" dak perempuan loghat Sabah ramah mengambil pesanan. Datang seorang bapa, datang seorang dak sekolah menengah datang lagi seorang perempuan, datang lagi, seorang lelaki membuat pesanan. Dalam hati aku, mujur aku awal. Aku berborak dengan Aida seller corn-dog kegemaran si Auni, dia sedang mengemas gerainya. 

Aku senyum sahaja melihat dak perempuan menguruskan pesanan-pesanan pelanggannya, sesekali anaknya datang minta makanan jualan. 
"nah kerusi, duduklah dahulu, kena tunggu lama ni" dak Sabah tu hulur kerusi kepadaku, aku menolak memberi pada seorang perempuan yang aku rasa lebih kurang sebaya sahaja denganku. 
"tak apa, sementara kita tunggu anak balik sekolah" ayat spontan itu menyebabkan dak Sabah tengok muka aku semula, menilik aku atas ke bawah. 
"aku fikir kau belum kawen bah, rupanya kau sudah ada anak. berapa anak kau?"
"tiga, seorang perempuan dua lelaki, semua dah sekolah menengah" ayat penyata macam biasa aku beri, lengkap. Dia tengok aku lagi. 
"berapa umur kau ni? 87? 86? bak ic kau, aku ndak percaya ni" sambil dia membalik-balik pesanan pelanggannya. 
"kita 84, kita da tua la" lepas tu mulalah sesi interview. Dan paling jauh pertanyaan dia buat aku tergamam selepas dia tanya aku ada keturunan jawa atau tidak ialah
"kau ada pakai susuk?" aku pegang tiang paling dekat dengan aku selepas membuat bayaran.
"haaaaaah!!!!, what? mana ada" aku geleng banyak-banyak kali. 
"kenapa kata kita pakai susuk? takutla kita camni" aku pula tidak berpuas hati, alang-alang kau sudah nyatakan tadi, baik kau terangkan dengan lengkap. Aku minta penjelasan.
"alaaa bukan susuk yang jahat-jahat tu la, takyah risau. Nanti balik kau tanya keturunan kau tu, orang jawa ni dulu-dulu ada kaitan dengan susuk ulama-ulama dan orang-orang baik. Aku nak cerita panjang, suka tengok muka kau" eh menyempat lagi ye, lekas bungkus pesanan aku tu (dalam hati saja) aku ghisau pula sesekali mata meliar mencari Adli, kotla dia datang membantu meleraikan fikiran aku yang semakin jauh.
"macam ada aura tarikan, pernah tak kau masuk kedai makan, tiba-tiba ramai orang masuk kedai yang sama? aura orang baik" aiii makin jauh dia memuji ni, aku baca ayat Qursi siap-siap, aku baca ayat pendinding siap wei. Memang aku tidak perasanlah, aku masuk kedai makan memang untuk makan ja, lapar. Siap makan aku balik. Siap sahaja pesanan aku, lekas-lekas aku balik sebaik berpamitan dengan semua yang ada disitu.
"jumpa lagi!" aku sudah berdesup melarikan diri, dalam kereta aku bercerita dengan Adli dan Arrizqi.
"mesti jadi kakak lagi kan?" kata Adli, hahahahaaa.
"ini yang terpaling jauh weih, sampai ke susuk perginya. Karang nak makan chicken wing tu, baca doa makan panjang sikit." hihiii dan malam itu daktiga tinggalkan dua ketul chicken wing untuk aku makan.
"takyah nak 25 sudu nasi sangat la umie, makan je" bebel Arrizqi. Dia ni memang suka menggoda aku makan nasi malam-malam. Iya, aku makan nasi pukul 10pm malam tadi, penat tahan mata mahu masuk tidur 2 jam selepas makan sampai habis aku tengok drama Resident Playbook.

credit gambar GoOgle je. Aku segan nak ambil gambar di tempat kejadian. 

Doa memohon perlindungan dari kejahatan manusia:
"أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ"
Maksudnya: "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk yang diciptakan-Nya." 

6 comments:

Suria Amanda said...

heyyy...bagus la...dia ikhlas puji tu..memang nampak Cha macam blom kahwin tau...ikhlas akak cakap ni...jangan baca ayat Qursi kat komen akak ni ye...hahaha

AMIIZAA@Mieja said...

adoilahhhhh......tergelak kak mieja baca, tapi seram pulak dia dah start tanya/cakap mcm tu.....memang sah sha awetmuda ....❤❤

mama tisya said...

sbb Cha kecik orgnya ..org ingt belum kawin..akak pernh antar adik time tu nk masuk politeknik lps spm..ada yg tnya yg mana 1 yg sambung belajar, kiranya time tu org ingt akak yg baru 18thn sedangkan dh lewat 30an hehe

Aphizha said...

Umangaiii jauh betul dia punya otak berjalan. Anak pun dah dapat agak dah pertanyaan yang sama. Untung betul awet muda. Iyee level-level budak sekolah menengah je. Eh, tak tak jauh beza je umur kita. Bukan sis-sis lah nampaknya. hihi...

Ammi said...

Rezeki awaklah cha dh byk umo tp body dan muka maintain muda.

MOHAMAD TAUFIK said...

orang kata..rezeki jangan di tolak maut jangan di cari