Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Aku dan Edzna Suri ada tiga tempat medsos untuk berborak, jika berborak di tiga tempat ini, topiknya adalah tidak sama. Edzna seorang guru di sebuah sekolah menengah, kali terakhir kami bertemu pada Aidilfitri 2023, aku berkunjung ke rumahnya. Suaminya merupakan teman rapat tuan asben dan kami berdua sebaya. Sedang rancak mengulas satu drama Korea, Edzna mengajak aku berjumpa. Dia bertanyakan semua pengangkutan awam yang berdekatan dengan rumahku supaya tidak menyusahkan aku untuk berjumpa dengannya.
Aku lekas-lekas membentangkan surat kebenaran untuk membawa diri sendiri sahaja sebelum bergelumang dengan minggu awal pembukaan sekolah kepada tuan asben. Eheh! dia tahu aku dengan Edzna bagai isi dengan kuku. Teman rapat aku yang ada dalam kepalanya hanya Edzna, Khaida dan Linda, pergilah!
Semua aku study, termasuk tempat letak kereta sekali supaya tidak menyusahkan orang lain untuk menghantar dan mengambil di Stesen MRT. Kita cuba sahajalah, tidak di cuba tidak tahu. Nampak daripada jauh tempat parking lapan tingkat tu seperti terbiar sahaja, namun bila masuk dalamnya, naaaaaah! berpusing aku sampai tingkat empat penuh semua petak parking. Aku menahan diri bersabar bila bawa kereta panjang naik parking yang ngam-ngam sahaja laluannya, tersagat nanti mau membebel tuan asben langsung disuruhnnya aku naik bas. I don't want.
Aku acah-acah tahu sebaik berjalan keluar daripada bangunan parking, ikut sekeluarga di hadapan yang juga sama-sama kali pertama untuk berjalan dengan MRT. Sesat, walhal papantanda bukan main besar dan mudah sahaja untuk difahami namun, ego eksyen acah pandai mengatasi segalanya. Hahaha!
Terus ke mesin membeli coin setelah melihat barisan di kaunter bukan main panjang, tidak rajin aku hendak beratur dengan debaran dada yang sungguh laju benda kali pertama memang selalu buat aku menggigil. Lagipun, udah kata nak Play Touristkan, ajoms. Part ni aku pandai, cuma bila naik ke platform, duduk berhadapan papan peta, persoalan mula timbul dalam kepala, apahal tulisan peta selepas Kwasa Damansara ni jadi kelabu? apakah? Aku hadamkan betul-betul, memastikan aku berada di platform ke Kajang. Kali lepas, menghala ke Putrajaya. Benar, ini sudah betul. Yakin.
Yeay, kali ini dapat port duduk coach pink for women, wiii- terasa diriku begitu berharga. Baru hendak sengih-sengih usha oppa ensem, eh dah kena halau daaa. Semua penumpang diminta turun ye kerana gerabak memang takat itu sahaja, platform terakhir untuk tren Putrajaya adalah Stesen Kwasa Damansara dan perlu ke platform sebelah untuk ke Kajang. Ooo, sekarang sudah faham mengapa tulisan di peta tadi berwarna kelabu.
Ok marilah kita menuju Pasar Seni, aku duduk berbalas wA dengan Edzna Suri. Dia pun sudah memulakan perjalanannya menaiki LRT dari Putra Heights. Pun kali pertama dalam kehidupannya. Aku hanya baca komik online Firefighter Daigo apabila semua orang dengan telatah sendiri, sehingga Pasar Seni coach wanita ini masih ada tempat duduk, mungkin cuti sekolah dan bukan waktu peek hour jadi tidak ramai.
Tidak lama aku menunggu Edzna di Pasar Seni, dia muncul dengan senyumannya. Allahuakbar, rindunya. Kami bertukar hadiah lebih dahulu, tidak dirancang. Selepas itu, Edzna membuka petanya dan kami terus sahaja berjalan menuju Bangunan Pasar Seni.
Masing-masing teruja, macam tidak tahu untuk berkata apa waktu di dalam Bangunan Pasar Seni itu, suasananya berubah total dengan kali terakhir kami menjejak kaki di situ- aku 2009, Edzna- sejak dia menjadi guru katanya. Berpusing habis kami di Pasar Seni baik tingkat atas, baik tingkat bawah, baik di luar bangunan depan dan belakang, semuanya function.
Aku berterima kasih dengan Edzna, meskipun aku suka merancang lebih dahulu namun Edzna punya rancangan lebih lengkap butirannya. Memanfaatkan kerjaya seorang guru, dia sahajalah yang mendahului mengheret aku ke mana sahaja dia pergi.
Dari Central Market ke Lorong Kwai Chai Hong - Petaling Street - Lorong Petaling dan RexKL. Alhamdulillah all is well walaupun ada dua tiga kali ulang jalan sama, but is okey. Singgah makan di Cafei Dian, Edzna membuka gift yang aku beri semasa menunggu hidangannya. Argh, dia suka benar dengan gift buatan tanganku yang tidak seberapa. Masing-masing seronok, aku menikmati Butter & Kaya Charcoal Toast dan Edzna dengan Cream Custard Bao yang sumbat sekali hilang daripada pandangan, comel gebu bentuknya. Itu menu intro sebelum sampainya semangkuk Seafood White Curry Mee untuk aku dan Nasi Lemak Ayam Goreng untuk Edzna. Air minuman masing-masing, air kosong dan lemon tea ais yang aiii kelat walau sudah dikacau. Makan dulu, nanti sambung berjalan.
So, lepas sesi menarik nafas lega kami sambung berjalan mencari cenderahati untuk kenangan. Aku membeli handphone keychain sahaja. Suka tengok, comel-comel. Kami berpisah di stesen LRT/MRT Pasar Seni, aku ke kiri dan Edzna ke kanan dengan harapan boleh berjumpa lagi lain kali. Alhamdulillah, boleh tidur lena malam nanti, keletihan.
Aku membeli coin sekali lagi, kali ini sudah cerdik sedikit, pilih MRT- Putrajaya- pilih destinasi Sg. Buloh. Baca Peta di platform pun sudah pandai, turun di Kwasa Damansara dan tukar ke tren Sg. Buloh. Aku duduk diantara aunty India sebelah kiriku dan amoi Cina di sebelah kananku. Aunty India mengajak aku berborak, ringan sahaja mulut aku menjawab pertanyaannya sehingga telefonnya berbunyi menjadikan dia terlepas stesen. Aku sudahlah mamai-mamai memahamkan kedudukan stesen, dia salahkan aku pula kerana tidak sedarkan dia untuk turun di stesen Muzium ke Brickfield walhal dia sendiri ralit menjawab telefon tadi. LAH! dia saja beramah dengan aku, aku pun ketawa sahaja, bukan susah tukar sahaja platform sebelah semula kembali ke stesen Muzium. Ceh, eksyen. Sempat aku berpasan padanya supaya hat-hati.
Sampai di Stesen Sg. Buloh, aku kembali ke parking mencari kereta aku semula. Aaaa, windu. Terima kasih daktiga yang tidak mengganggu langsung ketika aku berjalan sepanjang setengah hari tadi. Love.
![]() |
Sampai pun. |
![]() |
Saya sudah! |
![]() |
Kami sudah! |
![]() |
Banyak sungguh crystal, tapi aku pun sudah punya banyak di rumah. |
![]() |
Finding Art. |
![]() |
RexKL, sempat nak anxiety masuk sini. |
![]() |
Ehehe! |
![]() |
Brunch. |
![]() |
Eh? |
![]() |
Petaling Streets, best gila. |
![]() |
Mirror. |
![]() |
Chingu! |
![]() |
Balik. |
![]() |
Pavlova RM10. Maniiis! |
![]() |
From Edzna to me. |
![]() |
From me to Edzna. |
Masuk hari ini, sudah dua hari kakiku sakit, ahahahah! nampak betul menuanya, sudahlah tidak pergi briskwalk, aih. Okey, sekian cerita hari Isnin bersamaan 10 Syaaban 1446 - 10.02.2025. Daaa...
2 comments:
Dah selalu plau tourist kat sini tapi nak pergi lagi la..kali ni ngan Dania and suami plak..selalu hari Jumaat Kak SA dan kawan- kawan ke sini jenjalan rehat panjang kan...
Sejak pindah Selangor memang jarang sangat kita turun KL.
Walhal dedulu memang mengukur KL saja kerjanya, hahaa.
Post a Comment