Thursday, 1 August 2013

Istimewa Aidilfitri kali ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semoga sahabat-sahabat aku terus dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa di bawah lindungan dan keredhaan Allah swt, in shaa Allah. 

Sedang aku berguling dengan Adli dan Auni, sebuah van membunyikan hon. Alamak, pos laju. Turun sahaja dia daripada van putih kuning, sebuah senyuman terukir dibibirnya. Manis dibulan puasa ini. Aku tidak menyalahkan dia pun kerana kelewatannya menghantar barang kiriman sahabat. Bukan salah dia pun, dia sudah komited dengan tugasannya. Fail ringkas berisi borang penerima diserahkan untuk aku tandatangan melalui celahan pagar sahaja, begitu juga barang aku yang sudah pun diserah pada Auni dan Adli yang mengejar. Terima kasih dan ucapan ringkas selamat hari raya aku hantar dia dengan sorotan mata. Vannya berlalu, barulah aku menutup pintu.

Semoga Allah berkati pekerjaannya dan sikap amanahnya menyampaikan pesanan. Terima kasih abang poslaju, sebab rasanya dia lebih muda daripada aku, muehehe.


Kiriman diatas untuk trio, askar bertiga. Pemberian daripada seorang kawan, sahabat, saudara, juga merangkap mentor aku, tempat aku menjadi rujukan seorang pengurus rumah tangga. Terima kasih kakNad aka mamaZN.


Kiriman berikut datang daripada seorang kawan, sahabat, saudara, juga seorang yang sangat suka berkongsi idea. Dia sudah pun kirim untuk askar, sekarang dia kirim untuk emak askar pula. Speechless. Bila aku buka sahaja bungkusan pos laju, terasa mata bergenang, aku terharu yang teramat. Hadiah ini untuk diri aku. Terima kasih kakIzan aka cikMot.


Seterusnya, jauh daripada Utara Semenanjung, puan Muna Hazwani. Seorang supermak dan juga mentor. Punya rangkaian perniagaan online, punya outlet sendiri, bakal punya branding sendiri. Seorang yang kental, beranak tiga dan seorang pekerja juga. See? betapa dia seorang yang kental dan memang mentor aku sebab dia isteri kepada pegawai polis seperti aku juga. Rangkaian bisnes Bear Chomel Tupper BizBear Chomel Baby& Kid  dan Bear Chomel Store.


Di atas, kawan aku satu tempat belajar. FB menyatukan kami. Aku memanggilnya kakSiti. Aku pun tidak percaya masih lagi boleh meluahkan apa yang berbuku di hati kepadanya bagaikan masa dahulu. Banyak kenangan kami. Dia orang pertama yang aku kenal juga rakan sebilik sebaik sahaja aku sampai di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur. Mungkin juga disebabkan aku suka shopping tudung di kedai onlinenya, Koleksi Sitiku (Macam-Macam Ada).


End, mungkin korang masih tidak percaya aku masih keep in touch dengan seorang sahabat sekelas pada tahun 1996, darjah enam. Kami dalam kelas yang sama sewaktu darjah empat lagi. Jujurnya, aku kurang sikit berkawan dengan dia masa tu, entah dia seorang yang sangat kerek, apatah lagi kawan sebelahnya seorang atlet. Jarang sangat aku dapat bercakap dengan dia. Terima kasih FB, terima kasih blogspot. Suzeliah, seorang pembaca tegar bloghijau. Terima kasih Sue. Aku tahu engkau mesti tengah terharu kan? hiks.

Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan apa yang aku ada. Terima kasih juga buat suami dan anak-anak yang sentiasa menyokong. Terima kasih kepada sahabat dan semua pembaca bloghijau, dan semua yang mengenali diri aku. Sesungguhnya aku tidak rugi mengenali kamu-kamu-kamu semua. Terima kasih kalian.

Istimewa Aidilfitri.

16 comments:

nad said...

Sama sama kasih... :)
Moga persahabatan terus terjalin sampai bila2

Sebak dibuatnya
Bila kata takyah upload kt mana2..
Cikmot n sue pun upload sama haha!
Cam berjanji plak :)
Entry sue paling buat kak nad sedih
Sampai nanges2 hahaha

Takde apa pun sebagai tanda ingatan jek..
:)))

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah, syukur...

Dikelilingi ramai sahabat ygsentiasa mengingati... bukan senang nak dapat sahabat mcm tu...

Pasti buat kita yg menerima terharu kan... :-)

*jemput dtg umah akak raya nnti tau.. :-)

syawalsimpsons said...

alhamdulillah rezeki bertandang kat ko ni...

Jue said...

moga persahabtan ini akan kekal selamanya....

♥cikmOt♥ said...

tanda ingatan dengan tulus ikhlas...
harap cha sudi memakainya...

eima said...

Untung lah...semoga persahabatan yg terjalinan antara korg kekal terjalin

puanstoberi said...

huwaa...bes btol kan..

Selamat Hari Raya Cha..
kiriman dari akak je belum terima ya.. tgguu.... :D

Unknown said...

hohoho.....ttbe jd speechless weii bce n3 nko ari n

aq kerek erk......dolu kini n selamanya,muke ketat kih³
tp bile kenal,myb x ckop mse nk sembang :p

ape² pon sume tu ade hikmah kan...smg ukuwah yang terjalin akn b'terusan dgn izinNYA...

TQ Allah...TQ 2 u 2 :)

Cikrosecute said...

rezeki untuk raya...

ch@ said...

KakNad:
Buat entry sm dgn buat kenang2an kak. Bukan niat utk menunjuk-nunjuk.
Smg kita terus jd sahabat selamanya.

KakIeyna:
In shaa Allah kak. Kami sampai. Dah dikejauhan ni tak boleh nak janji sgt.
Kita sama2 hargai ikatan persahabatan.

Eima, Sue, kakJue:
Alhamdulillah eima, sue, kakJue. Terima kasih sebab sudi jd kwn kita. Syg korang.

CikMot:
Eh, mestila pakai. Akak mcm ada instinct je, kita suka jgk wrna tu.

KekDa:
Laaa ada jg ke? Takyah susah2la kekDa.

SuzieAleeya:
Btl2. Thanks pd kau jg sbb sudi bc dan jd kawan aku walaupun kau muka ketat.

CikRoslizaCikMat:
Alhamdulillah.

mekchu said...

Rezeki....

Selamat Hari Raya utk cha & family

ch@ said...

mekchu:
alhamdulillah mekchu.
selamat hari raya utk mekchu dan keluarga juga.

Unknown said...

salam cha .. Selamat hari raya ye .. maaf zahir dan batin...

eija_sweetmama said...

Itu lah untungnya dapat kawan² yg mmg saling ingat mengingati ni kan..alhamdullillah..tumpang happy..

ch@ said...

Bee:
salam aidilfitri bee.
maaf zahir batin juga.

kakEija:
akak pun selalu je ingat kita bila bercuti tu.

Masya said...

makin murah rezeki nak raya tudung radiusite tu yg mahal tu hihihihihi .. hari tu berkenan yg oren.. sampai ke sudahh x beli² kikikikiki