Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Aku ialah seorang yang kurang pandai memasak. Mengakui kali pertama berdepan dengan kuali, sudip dan dapur selepas berkahwin adalah sesuatu yang sangat nerves. Bahahaaa... hidup aku sebelum berkahwin hanya di asrama. Walaupun berjauhan dengan ahli keluarga, hidup berdikari cuci baju belajar sendiri tiba part makan hanya beratur sambil memegang tray. Senduk nasi dan tadah sahaja tray sebab sudah sedia si tukang senduk.
Makan dengan kawan-kawan, duduk semeja panjang. Baik masa sekolah mahupun masuk belajar, sama sahaja. Sentuh bahagian menu, pun sama sahaja antara sekolah dan belajar sebab ikut piawaian pemakanan untuk di asrama. Menu sedap penuh dewan makan, menu tidak sedap banyaklah yang terbuang. Apapun, aku bedal sahaja. Daripada asrama jugala aku dapat gelaran-gelaran lauk pauk, ikan jaketla, sayur selimutlah, dan paling aku ingat sekali bila makan ramai-ramai bertukar-tukar lauk.
Hahaa, ya la yang sorang tak makan ikan, yang sorang tak makan telur, yang sorang tak makan kacang, jadi saling bertingkah tangan bertukar lauk. Tidak kisah geli atau tidak, jangan membazir. Ada seorang kawan aku suka makan kepala ikan. Habis dalam tray orang lain hanya tinggal tulang dan ekor ikan sahaja dia punya fasal. Norsham Shafinaz i remembered you.
Jadi, duduk asrama tidaklah aku masuk dapur untuk sibuk memasak, bila duduk membujang dengan kawan-kawan zaman bekerja, memang aku adalah manusia paling susah untuk masuk dapur memasak. Aku dengan sorang member, Norrulazura suka buat muka innocent pada Yasturainee Izma, seorang yang rajin masuk dapur. Nasi goreng beliau sering sahaja mengganggu kepala otak, memang teringat habis. Bagai dipukau-pukau bau tumisan, walaupun perencahnya asal daripada paket Adabi. Ater sudah nama pemalaskan. Miahahaaa.
Seorang lagi yang rajin ialah Zila, Puteri Amna Balqis. Hohooo, dia sangat cekap dan kak Azi jadi tukang bagi resipi atau pun perasa. Hiii, tang tu aku voluntier masak nasi dengan buat air ja. Hiks! So memang tidak masak lagikan.
Arakian cerita bila sudah bernikah, hendak dan tidak kena juga masuk dapur menyediakan hidangan pagi, tengahari, petang, malam. Ditambah dapat seorang suami yang tidak suka makan di luar. Kisah dalam drama pun bermula, gigih bertanya resipi daripada mama, bila dah malu google search. Bahahaaa. Senang ja kisah hidup aku ni kan. Sejak, bergelar surirumah rasanya setakat ni memang belum gagal untuk masak makan tengah hari. Malam tiada hal sangat sebab abi tiada.
Bisa main guli.
Dulu, aku guna dapur gas biasa je, ada dua tungku, bila pindah hilang satu bahagian api kecil pada salah satu tungku jadi memasak dengan hanya satu tunku sepanjang 4 tahun berkahwin. Memang tidak masak sangatla sebab aku bekerja, letih. Order sahaja mamak depan rumah.
Bila masuk rumah sendiri, hah menjawab. Menggagau nak menggunakan dapur sedikit canggih [bagi aku la, jakun], buka api guna pistol. Adoilah, rasa macam tak selamat ja. Sudah seminggu aku memasak, guna dua tungku, bestla improve abi masuk dapur, on kan button-button untuk sedut asap keluar. Huh! aku ingat rumah orang putih je ada cerobong asap. Gila makcik jakun cik Jah oi! Jadi, setelah hampir hendak sebulan aku sudah mahir dengan dapur dan menjadi tempat paling aku suka. Ngehehe...Peti ais yang dulu kontang lengang je, kini sudah sarat dengan segala macam bahan, ye ke? kalau aku yang pergi pasarlah. Hiii...
Dalam kuali ada telur dadar, sempat lagi.
Dulu, aku pandang pun tidak. Sekarang, aku gunanya. Adeih!
Selain ada ruang peti sejuk, ada juga ruang mesin basuh 10kg ni, mujurla muat dek non.
Aku sudah order set mangkuk dan tempat letak air warna hijau untuk atas para bersama barang elektrik lain, miahahaa. Akan hijaula dapurku nanti.
Nota hijau: Terima kasih Allah. Syukur.