Tuesday, 13 March 2012

Bila tiada abi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Syurga. Lain yang dirancang, lain yang dibelinya. Hahaaa. Itulah kisah aku bila langkah panjang. Tambah-tambah bila keluar dengan orang yang memang boleh di ajak merapu meraban.


Gambar fail: Tag by Zila at FB.

Merujuk kepada gambar di atas. Hahaaa, masing-masing lupa keluarga, lupa suami, lupa abi. Senyuman mengandungi sejuta kepuasan. Walaupun hakikatnya kaki aku macam nak patah dan melecet dek mendukung Aie yang lena dalam dakapan. 

Masa ni, paling banyak bershopping dengan senyuman sampai ke telinga ialah... tu yang baju ungu dukung anak tepi sekali. Muahahaa, walhal tujuan asalnya mahu cari warmer Bean for Adli. Sudahnya warmer tidak dapat tetapi berpasang-pasang baju Auni dan Adli dibeli.

Jusco One Utama, menaiki kereta Zila dipandu oleh adik aku. Satu-satunya hero yang boleh diharap masa tu, wanita kaki shopping dan Auni. Hero kecik yang asyik mengharap dakapan emak ialah Adli. Ahahaha. Lantaklah janji puas berjalan.

Auni pun gembira sepanjang hari, hilang moodynya bila dapat berjalan lama macam tu. Kalau dengan abi sendiri dia buat perangai, jadi keluar dengan tok mama, paksu dan aunty Zila, dia agak menjaga dirinya. Dia tahu, dia tidak boleh berada jauh dengan salah seorang daripada kami berempat.

Banyak insiden lucu dibuat dek Auni ni, tengok gambar tu pun dah boleh agakkan. Paling aku tidak boleh lupa, dia buat konsert dalam F.O.S. Mentanglah tempat tu agak lapang, aku tengah menunduk-nunduk memilih stokin, Zila mendukung Adli, tiba-tiba terdengar ada budak menyanyi.

Oh! itu anak perempuan aku. OMG, cepat-cepat aku cuit dia, suruh cari paksu. Sebab, dia jalan dengan adik aku pada asalnya. Dalam hati aku gelak kemain, kepala aku tergeleng-geleng dengan perangainya. Itu belum dia dok jerit umi-umi-umi. Habis harapan makcik nak ngaku bujang sekejap.

Tengah jalan-jalan mencari tempat untuk memulangkan kereta tolak tu, masing-masing tengah layan perut, layan mata tiba-tiba macam ada sesuatu jatuh. Auni, dia boleh melompat keluar daripada kereta tolak tu. Ya Allah budak ni la kannn. Memang dia tak nangis, tapi kitorang ni terkejut macam ke hapa. Dia tetaplah dengan muka comel tu.

Aku sangat proud dengan Auni dan Adli masa ni, dorang sangat ok. Hihiii. Meragam sikit-sikit tu biasalah. Terima kasih Zila sebab sudi temankan kitorang berjalan-jalan. Balik tu, dia melepak lagi di rumah aku sehingga abi balik kerja.

Walaupun ahli keluarga ni tidak cukup, tapi hati aku sangat gembira. Puas hati dapat bawa anak-anak jauh daripada rumah sekejap. Ada satu ketika, Auni dan Adli hanya mahukan aku sahaja. Pengsan kejap. Masa ni, Adli kena mengalah.

Nota hijau: Jalan-jalan One Utama hari Sabtu. Hahaaa. Sekiannn. Kalau dengan abi ni, memang harapanlah nak sampai.

17 comments:

mamaarifakeemaisy said...

ok la ch@ ada geng boleh diajak jalan..hehe~ tp tabiklah bleh berjalan tanpa abi di sisi..^_^

hikhik..mmg comel aksi Auni tu..mmg aktif budak ni..tandanya bijak tu..hehe..

zaidah said...

dah memang dah akal auni....nasib tak tersungkur jatuh jelepuk......lagi seronok klu abi sponsor masa shoppingkan....

Nisah Idham said...

bestnye dpt shopping2.. bawak anak-anak lagi. mesti geram beli baju utk anak2 kan :)

Masya said...

sesekali keluar rumah mestilah auni seronok x meragamm... klu meragam mestilah x dapat keluar rumah berjimba² lagi dengan geng umi tanpa abi...

Jue said...

seronok ye dapat keluar jalan2...

eima said...

tak penah lagi berjalan tanpa enpanjang ku ... huhu
dulu 6 bulan tak kena pi blajar pun dok umah je tgu sabtu ahad die balik br kuar rumah ... hehehe

tak brani mak nk kuar tanpa abah ....

sal ya said...

anak2 ni yang terbaiklah. suka bawak anak2 jalan tapi kena ada abah la. sebab blh tggl2 dgn abah kalau nak beli2 barang. ngeee... luckily husben pun sporting jugak time bawak bershopping nih.

nad said...

syoknye pi sopping2!
dpt jenjalan
anak2 pun behave
mmg soorga! :)

Mek Rose said...

cha nape tak buh adli dalam stroller? tadela penat sgt nak bawak kan...:-)

abgDude a.k.a kai said...

wah bestnye berjalan-jalan...

puanstoberi said...

Lama giler tak ke one utama.

LYAfrina said...

hehe..sesekali lepak2 dgn kawan mmg bestkan..lya pon g2... 2-3 bln skali..confirm hangout dgn kwn2.

Imaan09 said...

huwaaaaaaaaa...baru 20ari..lamanya lagi nk mcm tu..

Puteri Amna Balqies said...

SAMA-SAMA AWK..

YER NANTI KITA OUTING BERSAMA LAGI


SEKIAN TERIMA KASIH

Sila bukak link di bawah ade pic anda yang tertinggal..

http://puteriamnabalqies.blogspot.com

eija_sweetmama said...

alahai mmg comel jerk pose Auni dalam kereta tolak tu...pandai pulak dia buat psoing gitew..

wah syok ler Auni & Adli dapat byk baju baru..

rasa mcm dah lame jerk x shopping baju anak2..hehe

ch@ said...

kak ieyna, eima:
ikutkan mmg tak sedap hati tanpa abi tapi dia dah beri permission dan suggestion. lagiii, adik kita mmg boleh diharap melayan anak saudaranya nan dua tu. auni tuuu mmg taktau mahu kata apalagi, manja paksu.

kak zaidah:
supergirl auni. yes, itu mmg betulla. tapiii kita segan juga kalau abi yg bayar. hakikatnya dia tak kisah pun.

kak nisah:
tersangatlah geramnya kak, kalau boleh nak bawa blk segedung.

yana:
betulla tu. lagipun dah bagi dia tidur puas2.

kak jue, kak nad, kai:
sgt menyeronokkan.

kak anis:
abi dia ok je bw berjalan, tapiii senyap sunyi je la. sbb abi pendiam.

kak rose:
mula2 bubuh dlm stroller, lps tu nak peluk, so dukunglah.

kekda:
rasa mcm hari2 pergi sbb dkt gila dgn opis, hahaaa.

lyafrina:
melepak dgn kawan2 setiap hari lya, sbb waktu rehat opis berjimba-jimba.

cik zila:
kasih diterima. yes, mahu outing lagi.

eija:
tah mood dia, mood sng hati agaknya umi byk beli baju tuk dia. selalunya kita shopping online je.

ch@ said...

leaimaan09:
sabar lea sabar. lagi 20 hari je lagi.