Tuesday, 9 August 2011

Senyum sipu-sipu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tehehehe.

Balik shopping hari tu, aku pun menanya soklan cepu cemas kepada abi. Kata nak raya kan, takkan la PM takde hulur-hulur. Then, 'raya tahun ni tak dapat bonus ke bi?' ah aku la tu yang tanya tu. Dasar mata RM-RM-RM. 

Abi diam, dia memang tak peduli sangat part-part gaji ke, bonus ke sebaliknya bini dia ni je yang materialistik. Dok tetengah KL, tak mustahilla aku jadi materialistikkan. Dan, malam tadi dia sibuk tengok AXN. Aku ni pukul 8 malam je mesti nak tengok berita. Kalau tak tengok pun, mesti dengar juga. Sebab daripada kecik memang dah set pukul 8, berita.

Tengah aku layan novel, telinga sipi-sipi dengar berita, tang-tang tu pengumuman bonus setengah bulan gaji untuk kakitangan kerajaan diumumkan. Capang terus telinga aku. 

'hah, jeng-jeng-jeng, wow stengah bulan' sambil sesengih angkat-angkat kening. Abi gelak je sambil layan komik dia macam biasa. Habis situ je. 

Gomen juga dapat, swasta tak de ke? nak resign boleh? hahaha. Resign sebab semata-mata tak dapat bonus yerk. Nway, aku bukan kisah pun sebab aku ada wang sendiri. Aku selalu menyimpan awal-awal bila tiba musim-musim perayaan macam ni. Bila raya semua dah prepare. Semuanya dah siap sampai abi sendiri pun hairan sebab tu dia tidak kisah bila aku shopping guna wangnya.

Alhamdulillah, abi tak pernah kedekut dengan hasil titik peluhnya. Kita berkongsi wang. Jika aku nak beli novel guna wang dia dahulu, bila aku bayar dia tak mahu then terus aku masuk tabung Oni. Bila dia bagi  wang melebih-lebih, aku jarang sangat guna kecuali terdesak.

Sesungguhnya aku sudah cukup bersyukur dengan apa yang aku ada. Cukupla kesusahan aku pada masa lalu, bila sempitnya hidup disisih orang dibuang adik-beradik sendiri bila tunggak utama pemimpin keluarga diisytihar muflis. Aku memang tak mahu lagi melihat air mata papa.

Sekarang papa hanya menanggung mama dan sesekali adik lelaki aku yang juga telah berkerja. Kita hidup dalam suasana yang sangat sederhana. Aku hanya anak kakitangan FELDA. Peneroka FELDA pun dah kaya wei.
Baju raya, SIAP. Langsir raya, SIAP. Duit raya, SIAP. Kuih raya, SIAP. Zakat? Abi. Alamak, barang baby? abiii jom shopping barang tuk baby pulak. Macam mana leh lupa niii.

14 comments:

TS said...

haha...nk resign gak la cmtu...
eyh..xleyh2..mne thu bos bg duit raye lg bnyk..haha

eima said...

mudahan sentiasa dimurahkan rezeki ch@....

puanstoberi said...

haha. sana sini seme org bercerita pasal stgh bulan gaji itu.
Alhamdulillah, kalo kita tak merasa, pasti ada kaum keluarga yg lain merasa gak kan :)

Jue said...

samalah kak jue pun anak peneroka...
alahamdulilah rezeki allah kasi kongsi sama2

Farra Dhelina said...

pengalaman lalu mendewasakan kita kan cha :)

zahidah seran said...

semoga rezeki terus mencurah lepas ni =)

Salina@IbuAqil said...

akak pun suka cha.. akak x tgk berita semalam duk ngadap blog je.. mana nak layan berita TV disapu bersih oleh si Aqil tu.. Tgk katun je kejenya.. Dpt tau berita BONOIH tu pun dari FB.. huhuhuhu ngelejat terus jadinya.. ;p Rezeki Aqil.. ;D

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah...tersenyum pagi ni bila dgr berita kt radio..mlm td tido awai..hee~

tulah kita bekerja kan, selesa sbb ada duit sndiri..^_^

oooh kak eina tuk raya cuma dh nye order kuih raya je, yg lelain belum ma..hu~ baju raya pun tak potong lagi, adooi sempat kee..hee~

tapi this year, en suami kena bertugas la, tk semangat nk prepare apa2 tuk raya.hu~

apapun, tuk anak WAJIB ada kan..hee~

new baby? lg la tak beli apa2..tunggu la sebulan 2 lg, mcm ch@ haruslah kalut dh time ni..hee~

selamat bersoping, pau sket duit abi..he~

Anonymous said...

yes..ak hapy gk leh bonus..haha

zaidah said...

zaipun anak felda...anak peneroka felda tahu erti susah sebab tu selalu berjimat....bukan kedekut tau...

ch@ said...

ieyla:
takpe ieyla, rezeki dan bahagian masing2. syukur je mesti cukup sampai bila2.

eima, mrs redzuan:
sama2 kita.

kekDa:
itula dek masing2 update, cemburu juga tapiii bila ingat bagus utk baby, bersyukur. t/kasih juga pd abi.

cikJue:
kita anak pegawai cikJue. tapi tgk rumah peneroka kat tempat kita tu, huiii! besar2.


farra:
btl farra. mmg peristiwa yg langsung tak boleh dilupa.

ibuAQiL:
hahaha! walaupun abi yg dpt tapi bini dia lak yg over senyum. ada hikmah tu dpt bonus.
hahaaa, sama ngan oni kalau dh conquer tv.

kakIeyna:
kita taktau abi dpt cuti ke tak, tapi dia dh tanya cuti kita hari tu, harap peluang beraya kt Jhr cerahlah. pasal thn lps dah raya sini. pepun kita tak kisah.

kalut juga, tinggal setel kuih raya. baju baby lagi la langsung blm ready. cian baby. nak kena slongkar bj Oni.

sifu im:
kata sifu, jgn la tulis short form, den kureng sikitla nak faham.

kakZaidah:
peneroka pun dapat elaun raya kan? dgr berita hari tu. skrg ni peneroka felda lbh loaded kak.

Izan Ishak said...

kak izan pun tumpang gembira sama utk cha...wpun en hubby kak izan takde bonus raya ni...bonus dlm bentuk lain tetap ada...hehe...

bestnyaaa semua persiapan dah siap ye...tinggal tunggu raya aje...

cha due bila?

ch@ said...

kakIzan:
biasanya mcm tu la kak, ALLAH itukan adil. dia tak bg kita sama mcm org lain tapi kita tetap dpt bhgn kita sendiri.
kita mmg suka prepare awal2.
due oktober nnt, insyaALLAH.

♥SyilaSyira♥ said...

alhamdulillah gomen dapat bonus..bonus pun dah gila susut..kikiki..tunggu gaji jek nih..sedih bila part cerita cha yang last..kesusahan yg mematangkan kita kan...