Friday, 30 July 2010

Cantik dan sedap

Aku sudah sengau. Huuu... biasala lepas cikOni, umiOni dia pula dapat penyakit. Ya, antibodi dah tak macam dulu, nak dapat demam setahun pun payah. Sekali mendapat, hambik. Pakej terus tak boleh bangun.

Tapi, sejak kelahiran cikOni, aku mudah sangat kena jangkitan penyakit. Mungkin antibodi sudah semakin berkurangan ataupun terlalu banyak pengambilan makanan yang tidak sihat. Aiii...

Aku mesti mengambil suplimen tambahan ni, untuk mengembalikan antibodi. Kalau tidak memang asyik sengal badan ajela. Sebelum ni aku minum CocoaCollagenPowerPlus, sedap weih. Semuanya menggebu, berat badan pun maintain.

CocoaCollagenPowerPlus
kredit to www.zawiahshop.com

Semenjak aku tidak minum, badan, kepala, tangan, kaki lebih-lebih lagi mata tak dapat tahan satu hari. Mengantuk memanjang. Jadi, aku akan mengambil CocoaCollagenPowerPlus semula. Tungguuu...

Mula-mula aku mencuba, bertambah meletups, mantap dan gebu. Segar sepanjang hari, rasanya pun sedap hingga licin cawan. Bergantung kepada penerimaan badan masing-masing ya. Ada seorang kakak yang mengesyorkan pada aku.

Biasanya kena ambil masa perut lapar, setengah jam sebelum makan. Aku ambil pagi dan selepas itu aku dah tak hirau makan, sebab terasa kenyang (bergantung kepada badan masing-masing juga) sehingga aku jumpa makan tengah hari.

Aku berhenti minum sebab biasanya aku beli online, kalau dah beli online ni faham-faham aje la kan? Jadi, pada satu hari aku mengikut mrAbiOni berbelanja di TescoSelayang, aku ternampak la cikCocoa ini di salah satu kedai kecantikkan di situ.

Aku akan kembali gebu seperti sebelum ini, kerana ia sudah mudah didapati dan dimiliki. Klik link di atas, untuk mengetahui rahsia di sebalik kecantikan, kegebuan dan kesedapan cikCocoa ni ya.

Sesuai untuk orang yang belum berkahwin juga. Hanya untuk wanita tau.

~)@ Tak sabarnya nak tunggu malam niii... esok cuti, ehem-ehem! ;)

Thursday, 29 July 2010

mrAbi dan cikOni


Permata hati...

Haaa, bila aku dah letih aku pun naik malas la nak ambil port mengemas rumah, apatah lagi melayan cikOni. Maka, bila cikOni menjadi gembeng semacam je aku bagi terus pada ayahandanya yang tersayang, mrAbiOni.

Aku bangga ada mrAbiOni, hahaha... sedikit sebanyak dia sangat tahu bagaimana menghandle budak kecil. Ye la, aku mana ada pengalaman. Adapun, adindaku yang sudah berusia 24tahun, membesar sama-sama.

Tiba-tiba dibagi aku budak baru lahir, waaaaa... hilang separuh tenaga aku menjaga. Rasa nak pinjam tangan paul si sotong tu je. Nak tak nak, anak sendiri wei, kena la jaga.

Ya, aku sungguh tabik dengan mrAbiOni, dia boleh melayan cikOni dengan baik, dia boleh mandikan cikOni dengan gembira, dia boleh buatkan susu, dia boleh cucikan berak cikOni dengan jayanya, aku... kagummm.

Sebabnya, mrAbi ada tiga orang adik dibawahnya. Sepupu²nya pun semuanya kecil² lagi.

Tapi, semenjak kes mrAbiOni memberi cikOni ubat, cikOni sudah tidak berapa dengan mrAbi. Hahaha, fobia dah. Asal nampak mrAbi datang menghampiri, dia akan berlari pada aku. Nguahaha, ikut mood dia.

Huh, entry pasal tidur lagi. Ahahaha... Serius, tak sengaja. Aku suka dengan suasana ni sebenarnya.

~)@ Tak sabar nak berhujung minggu dengan mama, papa & adik. Oooh hujung minggu ini paling bermakna sekali, nak ajak mrAbi celebrate beday cikOni laaa...

Wednesday, 28 July 2010

Tidur

Selamat malam... (nyanyi la sendiri, lagu Faizal Tahir tu).

Hahaha, cuba meringkaskan entry sebab malas nak taip entry panjang berjela.

Di satu malam yang hening, dengan kondisi badan aku tak berapa baik, aku teman cikOni bermain, aku membebel tah hapa². Kalah, sebab tewas merebut remote astro dengan dia.

Rupa-rupanya, aku membebel hanya mrAbiOni sahaja yang dengar, itu pun dia dok ralit dengan PSPnya.

cikOni belayar dengan tidak semena-mena. Ceh! Tapiii yang buat aku gelak, dia tengah sibuk main remote astro & cuttonbuds dengan mulut macam murai tiba-tiba lelap terus aje tak sedar.

Aku ingat dia dah pengsan. Hahaha... suspen weih, rupanya dia tidur betul-betul. Tak payah tepuk-tepuk pun. Dengan sendirinya.

Cepat je aku capai handphone. Snap.

Syahdu je, tidur dengan remote astro dan cuttonbuds.

Close-Up sikit. Punyala kedekut dgn aku.

Cantik tak watermark aku? terkecik pulak kat gambar tu. Excited wei. Haha... tengok orang lain ada, aku pun nak juga. See, order mana lagi WhiteyMommyGallery la... sila²la jamu mata, boleh order skali. Hihihi...

~)@ Selalu kena sakit lepas cikOni, huuu... aaaccchhhhhhoooooooom.

Tuesday, 27 July 2010

Donut

Errr, di pagi yang hening agak nak tengah hari. Sunyi, hanya ketukan jari di keyboard sahaja yang kedengaran, sedang dalam kepala otak aku memikir menu apa yang aku nak makan tengah hari nanti satu pertanyaan tiba-tiba tertangkap dek cuping telinga.

' Aku rasa nak makan donutla, dari semalam lagi ' errr... donut? tengah hari makan donut? aku terbayang donut Dunkin' kat petronas depan Phileo. Erk, kenyangkah?
' Kat Giant Damansara ada J.Co, nak pergi tak? ' aaa... J.Co? J.Co? aku terbayang J.Co di Pavillion, uiii mengancam rasanya weih. Sedap hingga orang lalu lalang tak perasan. Yummi.

Aku, jom aje. Memang dah lama sangat rindu nak makan J.Co bersama kakAzi dan cikAQies. uhuhu... miss that time, zaman merambu-ramba tak tentu hala.

Giant dituju, dalam kepala aku masih lagi berfikir takkan nak makan donut semata-mata, walaupun sedap mesti tak sampai petang kenyangnya. Eee... kena cari alternatif.

' Cari foodcourt dulula, takkan nak makan donut je ' huiii... legaaa. Dan terus aje teringat sizzling mee, hot plate. Owhhh... terbayang asapnya semasa makan bersama cikAQies, ketika zaman merambu-ramba. cikAQies lagiii.

' Nak try LaksaShake, sedap juga ' aku yang memang tak pernah masuk tempat makan macam tu, angguk je la. Jakun. Dok belek² menu rasa macam tak syok. Dah la takde orang. Sunyi. Bangun sambung mencari foodcourt.

Aku tak pernah lagi berkunjung kat Giant Damansara ni, ikut je laaa. Foodcourt dah berganti dengan kedai jual barangan Vantage, apahal? Huhuhu... sesi mencari diteruskan.

Akhirnya melangkah juga di Wendy's, ala² macam nama laki aku la pulak kan? sedap, lazat, puas hati, murah. Iyala perut dah lapar, apa jua yang masuk semuanya sedap. Yang bestnya, tema kedai warna kuning, cantik oooh. Takde gambar ye, sebab dah lapar benar.

Kenyang. Melangkah ke J.Co, huuuiii rambang mata makcik nak. Rasa semua nak beli. Tamak-tamak. Tunjuk je dengan jari pastu bayar. Selesai.

Kotak yang ceria, comel.

Aku punya, harusla ada hijau.

pnIzma punya, banyaknyaaa coklat. Jeles pulak aku.

Makan tak, makan tak, makan tak. Sayang wei. Nak dapat jauh, dengan mrAbiOni tu??? errr, memang harapanla kan, kalau tak kena pujuk rayu. Ahaks.

Okla makan kat rumah aje. So, sesiapa nak rasa tengok dan telan liur je la ya, hehehe. Yummi, ada rezeki nanti dapatla rasa. Sabar ya.

~)@ Akhir-akhir ni, makan tak beringat langsung. Hahaha... lantak ah. Terima kasih pnIzma, merealisasikan impian aku, walaupun nko yang teringin... eh? teringin...? jeng, jeng, jeng!!!

A for Auni

Semua hijau, oni kan suka oren

Membesar bagai johan, ooowh rindu sungguh aku pada cikOni masa dia jatuh sakit hari tu. Sekarang, dia kembali semula dengan keletah dan perangainya yang lebih advance dan mencuit hati.

Umiii betul-betul tak sangka anak umi dah besar, semoga terus diberikan kesihatan yang baik untuk menempuhi kehidupan yang lebih warna-warni.

Eh, tiba-tiba emo pula pagi ni, bukan apa, aku sungguh teruja dengan perkembangan dia. Macam tau-tau aje aku kena bangun pagi, dia lebih dahulu bangun, mengomel dan membebel. Sumbat selimut dalam mulut. Nak susu.

Bila mata aku celik, dia sengih pada aku. Alaaahaiii jatuh hati betul. Bila aku bangun nak buat susu dia, dia bangun juga berjalan kejar aku. Huiii terus je aku dukung bagi kiss. Mengekeh dia gelak.

Bila aku solat, dia duduk sebelah aku. Diam memerhati, langsung tak bergerak. Mujur solat Subuh dua rakaat, elok je aku memberi salam, menadah doa, dia duduk depan aku sebelum bersujud gaya dia.

Alaaa... comel betul. Tiru gaya aku bersolat. Aku angkat dia duduk atas pangku sambil tadahkan tangan dia, berdoa. Habis doa aku sapu tangan comel tu ke muka dia, sebelum sapu ke muka aku pula. Aku ajar dia bersalam.

Tapiii... dia salam, part kiss masa salam tu dia keluarkan lidah dia. Suka betul dia mengenakan aku. Terus je dia bangun ambil komik mrAbinya yang memang dia sepahkan.

Bila aku pakai tudung, dia dah tak sabar, tahu-tahu aje nak jalan, aku pun bergegas, pakaikan dia kasut, kemas lebih kurang, salam mrAbi terus keluar dapatkan cikOni yang dah menunggu.

Laju je dia keluar, tak toleh kiri kanan dah, menonong. Bila nak di dukung, dia nak turun, bila dah turun nak dipimpin, dia nak jalan sendiri-sendiri. Huh, sombong betul. Lepas tu habis dikutip semua sampah kat tepi koridor tu.

Tu yang aku jadi geram. Hahaha tapiii part paling aku tak boleh lupa dia bersujud pagi tadi, sampai kat office terbayang-bayang. Cepat sungguh dia belajar.

A for Auni, dia memang tau nama sendiri.

Bila aku baca tentang perkembangan kanak-kanak sebaya dengan cikOni, hampir kesemuanya cikOni dah boleh buat, ada beberapa part cikOni mendahului, aku pun tak percaya sebab cikOni baby 35 minggu.

Cumanya, aku risau macam mana mahu menggalakkan cikOni suka makan. Sebabnya, dia lebih suka pegang makanan tu dan bersepah. Huiii, sepah tu tak kisah, tapi peratus makanan masuk mulutnya lebih sikit dari yang bersepah. Macam mana tuuu???

Sila bagi tips senang kat aku, ceh nak yang senang aje kan? hahaha...

~)@ Baiklah, tajuk tu ada la kena mengena sikitkan, hahaha... aku sangat happy hari niii, jangan ada yang men'spoil'kan ke'happy'an aku ya.

Monday, 26 July 2010

Beg

Mata ngantuk, urgh... kenapa Isnin mesti macam ni? pepagi tadi aku bukan main gembira dgn tekad hari ni, no blogging, no FB, hari ni buat kerja dgn tekun. Huahaha, berangan je la wei, tetikus aku ni cepat je mencari FB and It's Journal.

Dapat juga la aku siapkan kerja yg tak sampai baper kerat tu, simpan tuk masa depan. Aku hadap bloghijau, uiii rasa macam putus kasih bila tak jengah.

Aku nak setelkan hutang TAG, terbengkalai lama dah, selagi aku tak buat si pemberi TAG ni tak datang menjengah aku. Uhuh, takpe² aku tau dia busy. Emiii... jgn marah daku.

Copy and paste batchmark BAG TAG ini pada entry anda ye wahai bondaWiya, umiIman, pnIzma, cikAin dan cikShiQa - aku mmg sukaaa susahkan orang.

Sudah lama aku tak syok sendiri :p, ampunnn...

Beg yg sedang anda gunakan sekarang
dan photo anda bersama beg.

Kenapa suka dgn beg itu.
Bila pakai jeans dan t-shirt annWardrobe, aku bawakla beg ni, nak dukung cikOni bila tidur pun senang tapiii bila pakai baju kurung aku bawak beg lain. Beg nampak ayu sikit. Sila muntah.

Pengalaman dgn beg itu
.
Pengalaman tiada, kenangan ada. Beg ni aku beli masa honeymoon di Bukit Tinggi, Pahang. Tu yg nampak macam budak² je.

Kenapa, perempuan perlu bawa beg ke mana-mana?
Aku mmg pembawa beg, tak pergi kerja pun, aku kena bawak beg, tak besar tapi kecil, beg duit. Errr, beg aku dah jadi tempat letak pampers, baju spare cikOni, towel ngan botol susu. Bila hangout dgn family, aku angkut beg lain pulak.

Pandangan anda bila lelaki bawa handbag perempuan.
Errr... aku kurang berkenan, handbag just for woman.

Bagaimana cara anda utk mengelakkan beg dan anda diragut?
Bila sendirian, aku lebih suka bawa beg selimpang. Bila bawa handbeg ala ayu² tu, aku peluk.

Beg atau kasut, mana satu yg anda akan pilih.
Aku lebih suka kasut :)

Tag 5 orang, sudah setel.

Emiii... hahaha, dah siap kerja rumah awak ni. So, nak bagi handbag baru pada saya ke? kekeke... saje.

~)@ Bila umiOni sudah berpossing. Hahaha. Mula kureng dgn FB, eh? hahaha... letih nak baca status semua friendlisted. Berjogging mata. Main game aje.

Sunday, 25 July 2010

Kembali senyum

Bagi sesiapa yg pernah bertemu dengannya, akan tahu bagaimana dia sebenarnya.

Bagi sesiapa yg pernah menyergahnya, cuba berbual dengannya, akan tahu apa tindak balas nya.

Errr ini budak perempuan ye harap maklum :D

Ya my coro itu, cikOni. Dia memang tak peramah. Hehehe, mungkin mengikut jejak langkah mrAbinya yg serius memanjang.

Senyumannya mahal, hanya orang yg disenanginya sahaja akan mendapat senyuman menawan kalbu. Hoho... dia seorang yg selamba kodok.

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yg mendoakan kesihatan cikOni, dia telah kembali semula, tidak lagi melepek kemurungan menyebabkan kebimbangan semua orang.
Dia seorang yg kuat dan bersemangat.

Jumaat lalu, sebaik sahaja diberi antibiotik dos tinggi, aku memang menanti perubahannya, paling tidak pun panas badannya yg tidak konsisten itu kebah sepenuhnya. Sepanjang hari aku berdoa supaya apabila aku mengambilnya dia tidak demam.

Sebaik pintu lif terbuka aku berdoa dalam hati, sesampainya aku di hadapan pintu rumah pengasuh aku berdoa lagi, sebaik sahaja pintu rumah itu terbuka, kakTi muncul dipintu macam biasa.
' Dia dah tak demam, tapi lembik je, tak larat ' huuuyeee, hatiku legaaa mengila. Tak larat itu mungkin kesan antibiotik dos tinggi tersebut. Takpe, janji tak demam.

cikOni aku dukung sebab dia tidur, dahinya aku cium banyak² kali. Ye, aku sungguh bersyukur. Dia baik juga.

Sehari selepas dia menghabiskan masa dgn tidur, tidur dan tidur. Akhirnya dia bangkit dgn senyuman paling manis. Ooowwwhhh... sunguh, sungguh aku rindu senyuman ituuu.

Dan hari ini, dia kembali dgn aktivitinya, memantau seisi rumah, menyelongkar segala permainannya, membebel tak henti², memanjat sofa, ooowh takpe Oni, takpe, umi relaaa melayan kerenah kamu. Buatlah apapun.

Senang hati, tido sesuka hati

Sekali lagi terima kasih kepada semua yg mendoakan. Hidup aku kembali ceria sebagaimana sebelumnya, aku kena berusaha menggebukan cikOni supaya graf beratnya tidak turun.

~)@ Kena bawak pergi inject 12 bulan pulakkk, janganla kamu demam lagi Oniii...

Saturday, 24 July 2010

Dini's 4th giveaways

Okla, disebabkan aku suka dgn nama budak ni, cikShiQa, - berhasrat nak bagi nama baby kedua or ketiga nanti :p maka aku tunaikan hasratnya.

Seronok sebenarnya bila joint contest, giveaway, tag, dapat gift dan sebagainya, kerana menambah bilangan kawan yg sedia ada. Ya aku sangat menghargai bila ada orang ajak untuk turut serta. Sejak aku joint, pembaca blog aku semakin bertambah.

Aku juga nak mengucapkan terima kasih banyak² kepada pembaca setia blog hijau ini. Blog hijau yg simple. Argh sungguh aku suka dapat berkenalan dgn semua orang.

Back to the story;

Giveaway ni dari cikDini

Referal aku ialah cikShiQa

So, kepada sesiapa yg berminat boleh la ke blog cikDini utk keterangan lanjut ye.

Aku supporter cikShiQa aja.

Org bertuah yg aku tag macam biasala:

umiIman, bondaWiya dan ibuIman

~)@ pssst...pssst... hadiah dia menarik tau :D

Friday, 23 July 2010

Menerima dan memberi

Ermmm, hari ni makan tengah hari dalam opis aje, so takde la entry makan² versi syasya ok.

Aku call mama lagi tadi tak dapat², busy betul pnSaloma ni, tah mana dicampaknya telefon tangan pemberian aku tu. Haish! Aku dah send message beday kat dia pagi tadi. Musykil laaa.

Sebelum aku hantar cikOni macam biasala, aku bersalam mrAbiOni sambil meminta wang dgn rasa betapa aku kehabisan wang. Keh keh keh, aku menerima rm50 tetapi aku telah menggunakan wang itu sebaiknya.

Aku buat apa? teka. Hahaha, aku isi minyak kreta rm50 hengget. Habis tang² tu gak. Tak sempat masuk wallet pun. Meter minyak pun tak penuh. Minyak kan dah naik harga. Tabah je la masa hulur sekeping rm50 tuuu.

Sesampai je parking, zasss... aku parking, terus mencari uncle pencuci kereta. Dari hari tu lagi aku nak cuci, tak termakbul-makbul hasrat aku. Nak pergi yg dekat dgn rumah takde masa, takkan nak tunggu mrAbiOni yg bawa. Hehehe, dah diberi pinjam, sendiri mau jaga la kan?

Rezeki hari Jumaat mungkin, aku terjumpa uncle pencuci kereta sedang mencuci kereta lain. Sempat main babacak kat tiang pulak. Kekeke...

' uncle **** tau ' aku sebut nombor enWaja.
' u sudah mari tadi, u turun bawah kan? ' aik... aku mikir jap, aku rasa aku baru je sampai.
' errr i baru sampai la uncle, kereta i kat atas ' aku memberitau sambil keluar wallet.
' atas sana, u bawak waja kan? ' huh, sah aku dah tersenarai dalam memory uncle ni.
' yups, thanks uncle. Nah, ambilla selebihnya ' wang rm10 aku hulur. Terus aku menuju opis.
' ok '

Huh details perbualan aku dgn uncle. Aku bukan apa, aku simpati betul dgn dia, orang yg berumur seangkatan dgn nya sudah pun duduk berehat sahaja di rumah, bermain dgn cucu. Tapi dia?

Aku taktau la kisah hidupnya, satu kerja pula aku nak menginterview dia kan. Taktau la sama ada dia benar² susah, atau pun mencuci kereta itu hobinya saja sedangkan dia rupanya orang kaya. Huhu...

Takpe aku halalkan aje apa yg aku dah bagi, bukan selalu pun. Ikhlas.

Harap matahari terus bersinar sehingga aku pulang dgn kereta yg bersih berkilat. Habuk tebal gila, driver pempuan tapi kereta tak berjaga. Ada ke patut.

~)@ Sekian... huhuhu cikOni tewas contest Season 3 Baby With Toys. Uhuhu... nantila cikOni umi bagi hadiah besar punyaaa :) ekekeke...

My lovely enemy

Lebih dahulu aku nak ucapkan;

Selamat Ulangtahun Kelahiran - 48
kepada
pnSALOMA binti BASAR
pada
23hb Julai 1962 - 2010
~ semoga terus menjadi mama yg paling tip top dan gojes, kakak doakan semoga diberikan kesihatan yg baik serta dikurniakan rezeki yg melimpah utk kita sama² menikmatinya ~

miss u, love u soooooo much mum!

love : kakak sekeluarga

Dialah segalanya bagi aku, kawan baik, kawan luah perasaan, kawan berperang mulut, kawan bermasam muka, kawan menangis, kawan bercakap, kawan berkebun, kawan memasak, kawan utk segala²nya.

Mengajar aku mengaji sehingga khatam, membaca, mengira, menulis, mewarna, sehingga aku berjaya menyertai banyak pertandingan dan menang. Haha, so dialah guru terbaik.

Menghantar, mengambil aku pergi dan balik sekolah. Datang mengambil kad laporan peperiksaan setiap kali hari terbuka, menghadiri hari penyampaian hadiah anak perempuannya nan seorang ini. Huuu terharu weih, sebak.

She is my bestfriend

Naik sekolah menengah, yezzaaa... yippi² aku berjauhan dgn mama duduk hostel. Haha, suka weih langkah makin panjang. Nguahaha, terima kasih mama sebab masih mengambil berat. Hahaha balik kampung aku hanya tidur dan makan, nama nak tolong masak kat dapur. Nehi. Pemalas. Mama prepare, tanya je apa nak makan semua disediakan. Heaven.

Taaapiii aku tak suka tomyam mama, tak kick sebagaimana tomyam hostel. Haha.

Aku sambung belajar kat KL, huyeee lagiii panjang langkah aku, mcm² aku mintak. Sebab aku mmg dah tidak ada hati utk belajar. Aku mintak handphone la, mintak duit itu biasa, demand la macam², masih sama balik ke kampung aku membongkang tidur, tidur, tidur. 5 jam KL-KotaTinggi, mau tak pengsan.

Lepas tu aku dah tak ingat nak balik kampung, sebab kekasih yg kusayangi berada ni KL. Hahaha, terus sehinggala aku berkahwin. Aku kawen berlenggang kangkung aja, sebab semuanya telah dirancang oleh mama. Aku hanya pilih calon suami dan hulur wang.

Grandma yg tiptop

Aku bersalin cucunya yg pertama, mama masih menjaga aku, menangis kerana aku, susahnya aku, susah juga dia, dia masih memandikan, menyuap makan, aku ditatang sepenuhnya sebagaimana cucunya yg pertama. Huuu gila nko tak menangis dah tua² ni masih dimandikan mama. Betapa tak berdayanya aku.

Memang sampai mati pun aku akan kenang jasa mama kepada aku, sungguh aku rasa hilang bila tiadanya dia, sungguh aku bersyukur. Dikala aku susah dia masih bersama aku, walaupun aku sudah 26 tahun.

Argh mama, mama memang terbaikkk. Terima kasih yg infiniti, tiada penghujung utk segala jasa²mu. Memang akan terus kekal dlm memory.

~)@ Lagu mama dari SpiceGirls utk mama.

Thursday, 22 July 2010

Whitey Mommy's Give Away

Pulak dah, oiii gila kuasanya aku. Marila korang joint beramai-ramai, bagi WhiteyMommy juling nak milih pemenang, actually, aku mmg tunggu org buat giveaway ke, contest ke, berkaitan watermark. Haha.


WhiteyMommy

bersama rakan baiknya

MommyPinky

dan sumbangan kreatifnya

WhiteMommyGallery


dengan ini, gambar anak aku yg tersayang, cikOni dalam suasana paling gembira,
taraaa...

Norerdina Auni binti Norerwandi
13 bulan

Gambar ini di ambil semasa mengikut mrAbiOni berfamily day di Bukit Tinggi, dah namanya pun family day, mestila suasanya gembira sakankan.

Disamping tu juga, meraikan kejayaan cikOni yg baru sahaja tumbuh gigi, tu yg menayang dgn tanpa segan dan silunya.

Argh, memang sweet (interframe), sebab masa dia dah melasak hebat, turun naik katil dgn selamba, keluar masuk bilik dgn hanya merangkak. Hihiii...

That's all my cikOni. Mmmuah.


Ok, ok. Tiga orang bertuah, UmiIman, BondaWiya daaannn pnWarda.

~)@ Fuhhh kanan, fuhh kiri :)

Kuman

Wajah yang baru sahaja ceria

' Oni mesti kuat, seperti mana Oni masa lahir dahulu ok, lawan kuman tuuu, kuman tu kecik je, u are strong baby, umiAbi proud to u '

Ye aku dan mrAbiOni, membawa cikOni ke klinik untuk makmal buat pemeriksaan lanjut kepada darahnya.

Aku rasa serik part² ambil darah ni, teringat masa cikOni kena jaundis dulu, uiii hari² kena cucuk, hari² terpaksa aku tadah telinga dengar dia menjerit dari bilik berlainan. Sungguh, aku sedih.

Hari ni berlaku lagi, sementara menunggu giliran bukan main riang rianya dia bermain. Sukaaa dapat jalan, apalagi abinya yg melayan. Aku? tengok je. Sampai giliran.

mrAbi yg bersoal jawab, tiba part nak ambil darah aku dah tergamam terdiam, tengok aje. mrAbi yg tolong pegang, doktor tukang ambil darah, pembantu tukang bantu la kan.

cikOni menjerit bukan main kuat, huih! terimbau kenangan lama. Habis je sesi cucuk mencucuk, cikOni pun diam. Muahaha aku dah agak dah. Dia memang tak suka kena pegang. Habis la pasni doktor tu kena aim ngan cikOni. Tiiihihi...

Dan, aku baru terima panggilan dari doktor, keputusan dah keluar. cikOni tiada apa², tidak denggi juga sakit paru² atau sebagainya cuma terdapat kelebihan sedikit sel darah putih, bahawa dia terkena jangkitan kuman.

cikOni hanya diberi antibiotik dos yg tinggi sikit dari sebelumnya. Aku sangat berharap agar kuman tu segera beredar, aku akan pastikan kesemua peralatan, persekitaran, permainan, pemakanan, pakaian cikOni lebih bersih dari sebelum ini. Antikuman. Penjahat.

Aku akan menjadi orang lebih cerewet selepas ni, habisla. Mulut ni tak berhenti membebel. Itu dah pasti. Ngehehe.

~)@ Aiii, macam² penyakit sekarang ni, paling susah nak ubat penyakit M.A.L.A.S. Kekeke...

Wednesday, 21 July 2010

Cuci atau tak?

Aku dalam dilema ni sebenarnya, nak cuci ke tak enWaja tu, haha.

Semalam aku nak cuci tapiii mencari uncle si pembersih kereta tu tak jumpa. Rupanya dia duduk melepaskan penat bersembang dengan si pengawal bangunan.

Untung juga la, aku tak cuci semalam sebab balik kerja hujan turun dgn maha lebatnya. Huhu, banjir di sana sini, berserta kilat sabung menyabung bersama tiupan angin yg tak lagi sepoi².

Kesejukkan dalam opis tak habis lagi bersambung kesejukkan dalam kereta.

Aku rasa dah macam pertandingan rally kereta tu wei, mulut tak sudah² membaca ayat Qursi. Mengekori kereta depan dgn jarak boleh sebijik lagi kereta masuk kat depan. Takut sungguh.

Kecik sangat diri aku rasa time tu, nak nyorok bawah stereng kreta pun ada. Haha. Tapi, melihatkan penunggang motosikal selamba kodok aje meredah hujan. Berani aku pun datang jugala walaupun sikit je.

Mujur juga aku terawal sedikit jalan masih lagi belum jammed. Yang aku pelik tu, aku dah parking ngam², hujan pun reda. He'e, saje je kan? Sabar je la.

Pagi ni, aku rasa nak cuci enWaja, tapiii macam semalam aku tak terlihat si pencuci kereta. Wuhuuu, tunda lagi la gamaknya.

~)@ Hujan lebat aku berzikir dalam kereta, kalau bangsa lain? diorang baca apa ye? hrmmm...

Tuesday, 20 July 2010

Mengharap

cikOni terlantar sakit

Alololo aku sangat happy bila bangun pagi tadi cikOni pun bangun sama.

Bila rasa dahi dan badan dia, dah tak panas seperti malam tadi. Mungkin, sebab mrAbiOni dah bagi makan ubat malam tadi.

Dia bangun minta susu, lepas minum susu matanya tak boleh lelap mungkin. Aku bersiap dia pun tengok aje, mintak simpati mahukan layanan la tuuu.

Aku letak atas pangku, sambil melayan mulutnya tak berhenti-henti uuucaaak, uuucaaak. Mata pulak tak lepas pandang cermin sesekali melirik pada aku yg bersolek.

Setel aje, aku letak dia atas sofa sementara aku mengemas rumah supaya tak macam tongkang pecah bila balik nanti.

Mengharap mrAbiOni tolong kemaskan rumah. Dia off hari ni. Pakaikan cikOni kasut.

Aku salam mrAbiOni letak cikOni sebelah dia, dia rasa dahi cikOni:
' ok dah baik ni, dah Oni pergi lari ' lantas cikOni pun berlari mendapatkan aku yg sudah dipintu.

cikOni berlari dgn gembira. Alhamdulillah, demamnya kebah juga. Aku berharap biarlah terus sihat. Hati senang bila melihat dia berjalan, membebel, bermain, ketawa.

Semoga dia terus ceria bila aku ambil dari rumah pengasuhnya nanti.

~)@ Susahnya hati bila anak jatuh sakit.

Hijau

Aku sendiri tak tahu mengapa aku sukaaa sangat dengan hijau ni, memang seingat aku dari darjah satu lagi aku amat sukakan warna hijau ini.

Masa aku sekolah menengah, segala²nya berwarna hijau, baju raya jangan dikatala, dua helai- sepasang wajib hijau sehinggala sekarang.

Pernah ada seorang abang ni tanya aku, kenapa suka warna hijau. Aku tersengih-sengih aja, ye la yang soal tu Ketua Biro Agama, dia pula yang bagi jawapan kat aku. Hijau ni melambangkan Islam, Nabi Muhammad suka warna hijau. Jangan kaitkan aku dengan PAS eh, takde kena mengena langsung.

Sampaikan mrAbiOni pernah mengata aku depan²:
' aku belum pernah jumpa orang perempuan yg suka warna hijau kecuali nko, biasanya perempuan suka pink ' aku hanya membalas dgn sengihan dan gelak². Haha, aku memang macam ni.

Masa aku belajar segala fail², perkakas, baju semuanya hijau. Oooh boleh juga la kata aku agak obses dgn hijau. Tapi takla sampai meroyan kalau tak dapat. Sekarang ni kena bertolak ansur sikitla, ikutkan hati memang semua aku nak tibai hijau, tapi mrAbiOni suka biru, cikOni sendiri suka oren. Kenala berpada-pada walaupun diorang tidak kisah.

Rupa²nya tanpa aku sedari, segala barang aku kat opis ni pun menghijau juga. Muahaha, aku dan hijau memang tak berpisah.

kalendar July yg hijau secara kebetulan

see, aku mmg kuat makan, muahaha... dalam drawer.

~)@ Hari ni, aku pakai baju hijau weih. Muahaha, cintaila alam sekitar.

Monday, 19 July 2010

Inject

muka sebek cikOni

Sepatutnya cikOni dah kena suntikan untuk 12bulan, malangnya dek kerana demam yang sekejap on, sekejap off makanya suntikan itu ditunda sehingga cikOni benar² telah pulih.

Aiii demam dia kali ni buat aku bingung, bukan apa, bila sepanjang siang dia bermain, malam mulala panas badannya, serta merta temperature naik. Tapi, kekadang malam ok, elok je sihat dia bermain, pagi pula panasnya naik. Aku pun dah bingung nak buat apa, habis² pun aku tempek air asam jawa bagi panasnya turun.

Kalau dah lasak, pegang kepala pun dia tak bagi, nak tempek coolfever bukan main susah, terpaksa berperang.

Setelah aku menilik, rupa²nya dia demam kerana tumbuh gigi. Tiga batang serentak, skali tumbuh. Hoh! padanlah. cikOni memang kalah bila tumbuh gigi. Bagi la satu persatu, ini skali gus. Cepat besar cikOni.

Sekarang pun aku dah senang sikit, agak² aku tak larat nak dukung, aku soh je dia jalan sendiri, itu kaluuu memang menonong la tah memana dia terjah. Haha, besar dah anak aku weih! tak sangka.

bersungguh-sungguh

dah setahun tapi tak inject lagi

Nak suruh dia khayal, bagi je buku kat dia, dok la semua gambar dia panggil 'ka...tak' kekadang bila aku kat dapur dia panggil juga 'ka...tak'. Aku iyakan je, kakak ke, katak ke, janji dia tak melalak udah.

~)@ Cepat baik cikOni, pa'su Is, ma'su Ina, tokMamaPama nak datang KL ni.

Friday, 16 July 2010

Shihlin

Episod makan² kembali, muahaha. Saje.

Akibat ke'mengantuk'kan dan kesejukkan yang tahap kritikal, maka dengan senang hatinya tempat makan di'decide' oleh pnIzma, nak makan yang light² katanya, ye aku tahu sebab aku nampak dia makan nasi lemak pagi tadi.

Murni, tapi aku tidak mahu kerana kedai itu terlalu ramai pelanggannya, hingar. Aku mahu suasana yang aman damai. OneUtama, kita makan Mee Sua. Katanya.

Apakah itu, bagi aku yang terasa asing dek telinga mendengarnya. Rasa tertarik sebab kaki dah tak sabar nak melangkah keluar dari peti ais ni. Sejukkk.

Jom, jom. Setiba di tempat kejadian. Kedai yang agak sempit ye, kena bertolak ansur. Ooo keropok lekor sedap ni. Haha, aku bagi gelaran itu dengan tak pasal².

nikmat dapat soya wei...

Hanya ada dua jenis air aje ye, mineral water dan air soya, nak yang lain, sila ke kedai sebelah.

sudah selesai...

Ampunkan aku ye, aku punya menu Happy! Ricebox Set, hah! bestkan namanya, happy pun aku makan. Gambarnya ada tadi, tapi...tak boleh nak open that file. Kesilapan teknikal. So, tayang pinggan licin je la.

Handmade Oyster Mee Sua

Puan Izma punya, Handmade Oyster MeeSua. Rasanya? huiii pedas sampai capang² telinga aku berasap. Padahal aku rasa sesudu je. Aku kagum dia boleh habiskan semangkuk dengan kepedasan, kehangatan MeeSua ni. Cayalah. Tapi... memang super sedap.

So ada sesiapa mahu try, cuba dan test? bolehla melawat OneUtama sambil cuci² mata :). Untuk menambah pengetahuan, tilik la Shihlin ni terlebih dahulu ye. Berpatutan dan sedap.

Aku bawak balik potatoes pedas buat kudap². Huiii lepas ni nak beli yang tempura pula. Tempura ni la yang aku panggil keropok lekor. Hehe. Oooh ya, Shihlin mempunyai sijil Halal ok.

~)@ Habislaaa dok makan sokmo. mrAbi belum tentu nak cuba makan niii.

Thursday, 15 July 2010

Suhu

cikOni, baru seminggu dah gebu kannn?

Malam tadi aku flet, aku tidur awal sebaik sahaja menyusukan cikOni. Badan bisa dari atas sampai ke bawah, i need a rest.

mrAbi balik pun aku separa sedar. Kasi dia urus cikOni semua skali. Argh cikOni aktif macam biasa.

Aku bangun awal sebab mahu menguruskan hal² yang tak sempat diurus malam tadi, cikOni bangun tiba-tiba, eh? eh? cepatnya dia bangun? terasa badan dia panas. Aku buatkan susunya, dia pun ikut bangun, mulut bising. Potpetpotpet dia membebel kat dapur. Macam aku kena leter pula.

Aku bergegas ke bilik air, mandi. Dia pantas juga bangun, hah tu siapla meraung-raung macam orang kena dera, aku pass kat mrAbi. Siap mandi lampu ruang tamu terang berderang.

mrAbi : Badan dia panas gila la umi, 39 darjah celcius (Guna termometer)
aku : Eh? demam lagi ke?
mrAbi : Dah bagi dia makan ubat. Bawak pergi klinik la.
aku : Kerjala. Abi off kan hari ni.
mrAbi : Tengah hari sikitla tunggu abi.
aku : Takpe tengok dulu panas macam tadi tak

Lepas aku tempek coolfever depan dengan belakang badannya, dia tak suka tampal kat dahi. cikOni main macam biasa. Aku bersiap.

mrAbi rasa badan cikOni semula sebelum aku keluar. Dah ok sikit dari tadi, uiii cuak beb tiba² je panas mendadak. Aku rasa sebab dia main air semalam la kot. Uiii syok dia dapat pegang tali air tu, basah seluruh bilik air aku.

Sudahnya meninggi sikit suara aku nak suruh dia keluar dari bilik air. Kalau boleh dia nak betapa dalam tu.

Aku harap dia beransur sihat la petang ni. Aiii kena bagi makan banyak² ni, takut berat dia turun. Yang aku hairan tu, dah sakit tapiii menyelongkar kotak mainan, aiii tak terkawal aku dibuatnya. Satu rumah mainan dia saja. Aku tak kisah pun sebab boleh kemas, badan dia tu, tak rasa letih ke? tak rasa lesu ke? isk isk isk.

Aku tau dia seorang yang sangat bersemangat, aku paling suka bila dia baring sebelah aku, dia korek hidung, dia masuk jari dalam mulut, dia naikkan kakinya atas badan aku, dia main rambut. Lagiii seronok bila mrAbi pun baring sebelah dia. Hehe, itu kalo aku la yang jadi mangsa keadaan, bukan lagi cikOni. Hihihi...

Ermmm aku tertanya-tanya, macam mana nak rendahkan suhu peti sejuk, sebab peti sejuk aku terlalu sejuk. Aiii nama pun peti sejuk kan? haha, bukan-bukan means nak rendahkan sikit suhunya supaya tak terlampau sejuk.

Baru sehari segala-gala isi dalamnya jadi beku, puas suda aku baca manualnya. Harus aku cari kamus tebal nak kasi terjemah. Huhuhu. Apakah 1 itu suhu paling rendah? Balik nanti aku cuba lagi. Letak anak panah kepada 1.

~)@ Harap cikOni sembuh cepat. Nak shopping hujung minggu ni. Cewaaah!

Wednesday, 14 July 2010

Sesungut

So amacam agak laju tak blog aku? hahaha, aku telah membuang widget² yang tak berkenaan, ada lagi yang bakal aku buang ni, tapi nanti dulu. Sayang. Belum² dah tanya blog ek, hehehe.

Huuuiii, kondisi diri yang tak berapa baik. Semua kerja aku tolak ketepi kerana tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian sebaik-baiknya. Ia datang sebulan sekali tetap terasa macam belum kawin. Senggugut lorrr, apa petua nak hilangkan senggugut ni.

Dulu pernah tanya doktor mengapa mesti senggugut? Doktor kata sebab, belum kawin. Dia terangkan aku detail apa kaitan kawin dengan senggugut. Aku dengar sambil tersengih-sengih. Maluuu.

Sekarang ni aku still senggugut tapi boleh tahan lagi la, tak guling² macam dulu. Sebulan mesti MC sehari. Masa belajar, apa lagi tuang kelas la sehari. Ada je yang ikut. Masak air panas letak dalam botol, lapik dengan tuala, tuam kat perut. Huhuhu, buat sendiri je sebab duduk asrama.

Kalau kat rumah, mama tekap dengan iron, oiii bukan iron yang panas tu laaa, gila melecur. Anak dara dah la ada sorang je. Pastu tidur. Celik mata semua dah legaaa.

Laaa ni kena kat tempat kerja, huh mana nak cari semua tu. Aku memang tak biasa telan pil. Ada orang kata makan panadol, tak pun pil hilangkan senggugut terjual di farmasi. Apa yang boleh aku buat, minum air suam. Melancarkan dan mencairkan aliran darah tersebut.

Kurangla sikit sakitnya. Tahap boleh tahan. Kalau ada tips untuk hilangkan terus lagi bagus. Hehe.

Rindu sama korang laaa...

~)@ Entry ni berbaur kepada kewanitaankan??? hehehe. Aku memanggil senggugut dengan panggilan sesungut. Hehehe.

Tuesday, 13 July 2010

Lucky Draw RASP

Lucky Draw RASP

Tarikh tutupnya 28 Julai 2010

So let's all joint.

Aku rasa empunya blog ni macam baru lagiii, tapi dia dah ada ramai follower, kalau tengok blognya simple se'simple'nya. Ni yang terasa cemburu ni. Haha...

Empunyanya bernama RASP, eh? macam tajuk lagu Maulana pula.

Try. Cuba. Test. Semoga bertuahla kan?

~)@ Semata-mata, dua entry tak sampai setengah jam. Ngeee...

Blog hijau

Aku baru membuat ujian ke atas blog aku sendiri, terima kasih atas perkongsian ilmu mu kakKujie. Terima kasih daun keladi, ada ilmu silala share lagi. Ngehehe...


Taadaaa... ini keputusannya.

Cumanya aku mahu tahu, adakah blog aku masih tahap ok atau sudah tahap lambat yang wali-wali?

Melihatkan total nak loading full page tu sampai 2o seconds jauh beza betul dengan kakKujie punya blog. Huhu...

Harus aku mencari alternatif untuk meringankan blogku ini, lelebih lagi tang widget² tu. Takde widget rasa macam tak berseri pula. Haha...

Jadi kepada sesiapa yang mahu mencuba, bagi kepada Pingdom Tools untuk membantu ya ;)

~)@ Sudah mula mahu menggodek blog balikla niii... Tangan sungguh gataaalll. Huhu.

Monday, 12 July 2010

Piala Dunia

Berakhirnya Piala Dunia 4 tahun sekali.

Aku melayan perlawanan terakhir antara Sepanyol dan Belanda bersama cikOni. Memang sudah aku duga Sepanyol akan menang besar pagi ini, aku bukan penyokong kuat Sepanyol pun, haha just memeriahkan suasana aje.

Boleh pula biji mata aku tak mahu lelap pagi ini demi menonton perlawanan. cikOni la paling bersemangat dengan bola orennya. Minah ni memang tau, dia dah puas tidur sepanjang siang, sepanjang malam dia berjaga pula.

Puas juga aku berebut remote astro, kalau tak memang dia la conquer tv tu.

Permulaan permainan kedua pasukan sama hebat, serata je sana serang, sini serang, sana naik, sini naik, sana turun, sini turun, formasi apa² pun aku bukan ambil port, yang penting aku nak tunggu siapa la penjaring gol yang akan dikenang. Ceh!

Akhirnya masa habis tanpa gol, huhuhu penalti? oooh tiiidaaak aku sendiri macam tak mahu dorang buat penalti, nasib menyebelahi Sepanyol apabila pada minit 116 (masa tambahan) encik jejaka boleh tahan kacak Andres Iniesta menjaringkan gol selamba kodoknya.

Huiii riuh sekejap, yeahhh sejarah bagi Sepanyol apabila memenangi piala dunia buat pertama kalinya dan yang pasti si pembawa kemenangan menjadi lebih mahal harganya.

'jom la tido Oni, Belanda kalahnya'
sokong Belanda kerana Oren :) ceh...

Tapi yang aku syok sekali adalah melihat kekentalan mereka bermain, bertahan, huiii kalau dah memang itu punca rezeki kan? main sampai ke titisan terakhir. Semangat cintakan negara.

Tak lupa juga seronok tengok encikCarlesPuyol melayang-layangkan rambut beliau yang menawan itu. Haha, tayang rambut pun tetap mantap bermain wei...

Dan yang paling seronok apabila kad berwarna kuning dilayangkan sampai 14 keping membawa aku memakai baju warna kuning pada hari ini. Hanya 1 sahaja kad merah. Hrmmm...

Mengharukan apabila encikIker Casillas menangis teresak-esak, wuhuuu kejayaan milik kita katanya dalam hati, huiii itu la penjaga gol yang paling utuh semangatnya. Kagum².

Tamat sahaja perlawanan, cikOni dah pun lena di hujung kaki aku, hahaha... see senang betul dia tidur. mrAbi pun balik sebaik sahaja aku meng'off'kan tv. Dia tengok dengan kawan²nya la baru happeningkan?

~)@ Pssst ada macam pengulas sukan tak? wahaha, tidur setengah jam je wei, tak sempat mimpi apa pun tu yg semua benda pun lekat kat kepala.Oooh dimanakah pasukan German ku??? okla tempat ketiga, tumpang seronok je...


Friday, 9 July 2010

Haluan

CikOni dah kena bius dengan ubat demam, ubat batuk dan ubat selsema (mengikut arahan doktor) flet bagi dia rest sehingga semua tenaganya pulih macam biasa. Terima kasih mrAbi sebab lekas membawanya ke klinik tanpa menunggu aku sampai.

Sampai sahaja, terus dia mahukan uminyaaa, alaaahai manja betul. Bagi susu, bagi ubat main sekejap terus tidur.

Tengokla aku punya background blog, habis idea. Aku dah bosan la tandanya. Haha, guna yang asli lebih simple. Aku nak letak background kat setiap tajuk gadget², tapi aku tak reti arrr. huhuhu, ada sesiapa boleh tolong?

Aku nak try godek koding² tu, kang habis ranap pula semuanya. Memang aku tak pandai wei. Aku nak semua sudah disedia di hujung jari. Pemalas.

Usaha tangga kejayaan, aku harus mencuba kannn???

~)@ cikOni cepat baik, umi rinduuu...

Nak balik

Oooh, hatiku gundah sejak semalam lagi, sejak dua tiga hari yang lepas lagi, hari ni aku telah menemui jawapannya.

Aku baru sahaja menerima panggilan telefon dari pengasuh cikOni, ooohhh badan cikOni panas, mata, hidung, mulut semuanya merah sebab dia memang begitu jika demamnya datang se'pakej' pula dengan selsema dan batuk.

Aku terbayang akan muka kuyunya, tidak bersemangat dan hanya mahu tidur-tidur-tidur.

Balik semalam dia tidak mahu berenggang dengan aku langsung, hanya mahu tidur di pangku, hanya mahu peluk, hanya mahu aku berada di sisinya. Dia tidak mahu jalan sendiri.

Aku rasa nak balik sekarang, aku nak peluk cikOni, ooohhh sungguh i missed her tooo much.

Nak kena bawak pergi klinik, inject setahun pulak niii...

Aku buat panggilan pada orang tu, tapi tak berangkat, aku hantar pesanan ringkas pun tidak berbalas, apa guna hanphone canggih², handphone mahal², berfungsi tapi hanya sekadar perhiasan? hangin sungguh aku, tak boleh mengadu.

Malas buat kuih bangkit, hati sendiri kena jaga sendiri.

~)@ Seluar tak muat, harus kena beli baru ni...

Thursday, 8 July 2010

Dulu...

Sekarang, semua ada kehidupan sendiri, haluan sendiri tak lupa juga sejarah sendiri dimana tiada dulu tiadalah sekarang.

Kisah dulu-dulu, dia budak baru masuk kelas 4 Cempaka, kelas yang memang ada kelasnya tersendiri, kelas 1st. Budak² pandai. Aku pun taktau caner aku boleh tercampak dalam kelas ni.

Kisah dulu-dulu, 5 Cempaka, ya baru la putik kemesraan, cewah. Berkenalan, berkawan, bergaduh, tiru kerja rumah, bermain cop tiang, masuk kuiz sana-sini, interframe betul.

Kisah dulu lagi, 6 Cempaka, UPSR sama-sama, pergi bercuti sama-sama, mengutip durian sama-sama, mandi sungai sama-sama.

Kisah dulu-dulu juga, tingkatan 1 hingga 3, sudah mula cenderung dengan minatnya. Oooh, dia memang berkualiti seorang penyanyi. Aku suka dengar laungan azannya, aku pernah menangis mendengar laungan azan darinya.

Hari ini, aku terkejut, terpaku, terkesima, tergamam apabila membaca harian Metro-online yang bertajuk "Saya tidak maafkan dia". Rupa²nya disebalik senyumannya, dia mempunyai cerita sendiri. Selepas bertahun-tahun lamanya terputus hubungan. Banyak cabaran yang telah ditempuhinya.

Aku hanya dapat mendoakan kejayaan dan kebahagiaannya dari jauh kerana masing-masing sudah ada komitmen. Macam mana pun sejarah tetap akan dikenang sampai bila-bila. Kan???

~)@ Dulu aku kawan kau, sekarang aku tetap kawan kau walaupun aku tau aku hanyala seorang peminat :)

Wednesday, 7 July 2010

Wanted

Anak saper la ni kan? tembamnyaaa pau dia, mulat kiri kanan. Gebu sungguh.

Auuu chaaak???

Agaknya emak, bapa dia tembam macam dia juga ke?

Huiii mau lenguh dukung ni :D

Dah la tak berambut, senyum sikiiit je.

~)@ Ini entry interframe, muahahaha balik keje ah, buringgg kaki gosip tak cukup korum :p

Diariku...semalam

Simpati aku dgn nasib blospot semalam, walaupun hakikatnya jiwaku kacau juga.

Hari ni, beberapa komen aku lost. Aku dah moderate tapi non-ado. Huhu, puas sudah ku geledah. Tak jumpa. Takpe, esok² dia ada la tu kan???

Aku pasrah je, sebab buatan manusia ni sah² la ada cacat celanya. Tapi dimana-mana blog yg aku terjah semua cerita pasal komen. Sabar je la kekawan.

Semalam, dapat access card tuk naik lif, haaa ngko ada? tapi percubaan kali pertama, GAGAL mungkin belum diaktifkan kottt.

Aku naik tangga je, haha. Senang, exercise.

Semalam, hari terakhir staff bernama Kevin. Selamat tinggal gossip boy, huhu... meninggalkan aku sempena kekalahan Argentina, argh... mengarut, bukan². Dah tiba masanya dia berhijrah sebagaimana cikPA, going to missing him. Waaa...

Malas upload gambar. Mood takde lagi, nyampah la berperasaan macam ni.

Hati aku ini terasa betul, dengan kejadian² yang melanda diri aku semenjak dua menjak ni, asyiklah mau emo memanjang. Cisss. Benciiinyaaa...

Semalam, aku masak makan malam tuk dua orang, sudahnya aku sorang je yang makan. Malas la cakap banyak. Tido je.

~)@ Takde yg buat kenduri ke komen dah ok? hihihi...

Monday, 5 July 2010

Lost

Huhu bukan drama Lost tu ye, aku bengang lagi lost sikit dah pepetang ni, matapun sesipi je mintak tertutup, nyampah sungguh.

Aku kena setelkan report yg terbengkalai akibat keseronokkan hari Jumaat lepas, ok la dah setel kasi hantar tapiii yg busan lagi nyampahnya, sistem telekomunikasi antara staff telah dinaiktaraf sebijik YM.

Adeiii, maknanya kena add satu persatu staff dari department lain ke dalam list sendiri. Jadi agak terhegeh-hegeh la aku nak cari ID orang² yg terbabit tu. Diorang kata untuk lebih mengeratkan silaturrahim.

Ngeee...aku buat² sengih seikhlas hati, ta...pi....macam mana nak cari ID diorang tu ye? aku ni dah la tercampak jauh dari management. Nak ke HR pun aku kena pk banyak kali. Mau taknya makan masa deh, kang kerja tak siap cane?

Lagi² cikPA dah takde ni, banyak juga amanat dia serah kat aku, aiii gaji aku maintain je cam dulu gak, kerja bertambah. Tak aci sungguh. Kerja cikPA ni memerlukan aku berhubung HR. Habis kalau ID sorang² HR tu aku tak tau, cane aku mau redah ni???

Aiii kesabaran yg meningkat hampir kepada tak sabar. Ergh, harusla aku tunda lagi kerja aku ni.

cute tak? haha...
terima kasih paksu, mulut cikOni je tak sama dengan Boo


~)@ Nasib baik German menang, bye bye Argentina.

Komplikasi

Apa yang telah berlaku kepada aku selepas melahirkan cikOni? Cuba ikuti kisah selanjutnya dengan membayangkan diri sendiri berada di tempat aku. Hehe, baru la ada feel kan?

4 Julai - yeay discharge. Bosan aku tengok orang keliling berganti-ganti, lambat sungguh giliran aku tiba. Sebaik sahaja kaki melangkah keluar, my little coro ni sudah pun ada surat beranaknya. Hehe, senang je kan? Balik rumah dan berehat, didatangi keluarga mertuaku, oooh aku sungguh penat, sungguh tidak mampu untuk berbuat apa² melainkan tidurrr.

Petang itu, aku dilanda satu masalah. Air kencing aku tidak keluar, bermakna aku sangat tidak tahan mahu buang air kecil tetapi lebih 10 minit ianya tidak juga keluar. Oooh, aku ke klinik depan rumah, doktor hanya memberi aku pelawas kencing. Aiii itu tidak membantu.

Terus aje mrAbi memandu ke kecemasan PPUM. Sangat lama menunggu, aku sudah tidak sanggup menahan rasa nak terkencing ini. Tiub mengalirkan air kencing dimasukkan, argh masa tu tak fikir sakit, fikir rasa nak membuang aje.

Penuh juga kantung tu, bila sudah ok, aku menanti ujian air kencing ditakuti dijangkiti kuman, semuanya ok, tiub di cabut dan aku pulang ke rumah.

5 Julai - bertolak balik KotaTinggi, tetapi masalah air kencing ku tidak keluar menjadikan aku merujuk kepada PPUM. Menanti doktor yg menjaga aku semasa aku menjalani ceaser. Oooh sungguh komited doktor itu, sanggup datang.

Akhirnya aku duduk wad untuk dua hari, untuk pemantau selanjutnya. Hrrmm masuk bersama cikOni. Aku dimasukkan tiub sekali lagi. Aiii...terseksa sesangat, dgn darah nifas nya lagi, dgn tiub kencingnya lagi. Uuuh tapi aku cuba kuat juga.

Mama dan mrAbi gigih mencari penawar.

6 Julai - Masih dihospital, datang seorang doktor bernama Reena, aku memang respect habisla kat dia, sekejap je dia menyatakan masalah yg mungkin dihadapi oleh aku. Katanya rahim aku masih kembang dan sedikit terkebelakang menutupi salur utk air kencing keluar.

Haaa akhirnya dapat juga jawapan yang mungkin, kan mudah. Tiub dibuka untuk melatih kencing aku keluar sendiri. Harapan tinggal harapan. Sekali lagi tiub di masukkan. Jadi? dah tiga kali tiub dimasukkan, kali ni aku terasa betapa sakitnya, cikOni pula jaundis. Ooohhhh.

Didatangi pnFiza dan Bob. Abang mrAbi dan isteri.

1.8kg, TSB: 313 (ketinggian jaundisnya)

3 lampu ultra-ungu (rumah cikOni) - panas gila bwh niii.

7 Julai - Doktor Reena mengatakan aku boleh keluar tetapi dgn tiub, 2 minggu datang semula untuk training buang air kencing lagi. Aku sudah tidak peduli, janji aku boleh menjaga cikOni di wad kanak². Tahap jaundis nya sangat tinggi utk bayi pra-matang sepertinya. Sudahla halus, datang pula sakit ini kepadanya.

8 Julai - Aku setia menemani cikOni, walaupun nurse membenarkan aku pulang. Tetapi aku tidak mahu, kerana dia adalah nyawaku. Di wad kanak² kecoh, acara pindah besar²an kerana wad itu akan dijadikan wad utk kes H1N1, tapi aku relax je, haha dorang la tolong kemas tuk aku.

9 Julai - Akhirnya, aku dibenar juga keluar dari belengu hospital ini. Langsung aku tidak tahu dunia luar. Bosan. Bermulalah kisah hidupku bersama tiub sepanjang 2 minggu.

10 Julai - Bertolak pulang ke KotaTinggi, disambut girang semua ahli keluargaku. Aku hanya menguruskan diri aku sendiri, kerana aku bersama tiub, cikOni semua aku serahkan kepada mama, adeQIs, papa dan mrAbi.

Aku menjalani tempoh berpantang macam biasa. Cukup dua minggu, bersama semua kelengkapan aku pulang semula ke KL.

Hanya doa kutitip dalam hati utk pulih seperti orang normal. Aku mahu menjaga cikOni. Awal pagi aku merujuk wad ibu mengandung. Kes satu dlm seribu, semuanya main tolak menolak. Mujur mereka masih ingat kes aku. Semua menanya baby ku yg satu itu.

Tiub di cabut, argh... aku memang sudah dapat merasa kencingku keluar dgn normal, sejak dari KotaTinggi lagi, tetapi sebaik sahaja training tanpa tiub, sangat sakitnyaaa.

Kata doktor, mungkin kerana kuman dari memakai tiub terlalu lama. Aku dibekalkan antibiotik, dan ubat²an lain.

Seminggu sakit membuang air kecil semakin baik. Alhamdulillah aku kembali normal. Semua ahli keluarga aku yg menyokong sangat gembira.

my little coro: cikOni

wah...wah...wah...

CikOni pun semakin membesar dgn sihat. Jadi, kepada mereka² yg asyik menyuarakan adik kpd cikOni, sabar²la ya. Aku mahu menjalani kehidupan aku dgn sebaik yg mungkin sebelum perkara yg susah begini terjadi lagi. Bagi diri aku, melahirkan anak bukan sesuatu yg mudah.

Didatangi dgn dugaan maha hebat begini, ooohhh bukan calang² orang boleh menharunginya. Aku sedikit tertekan bila orang mendesak tambah adik kpd cikOni. Memang aku akan menambahnya tetapi bukan utk waktu terdekat ni.

Fobia kesakitan ceaser, fobia tidak boleh kencing, fobia kesakitan selepas membuang tiub kencing, fobia hidup dgn kantung air kencing sangat² menghantui diri aku. Tambahan pula, hari² aku lalu depan PPUM pergi dan balik kerja, fobia berkampung di situ. Ooowh! So, jangan tanya lagi kenapa aku belum memulakan projek mega tersebut. Sangat makan masa :)

Tanda kenangan abadiii

~)@ Ini bukan utk menakutkan ya, just sedikit pengalaman dari kisah aku.

Sunday, 4 July 2010

biarkan mereka 2

Ajeem & cikOni & Eiad keluar ikut tingkap pada 2009
'tangan kat mana tu cikOni? suar dah sempit ke???'

Akhirnya kami bersua juga, kakNa menyambut dengan rasa girang, berjumpa dengannya bagaikan dah kenal bertahun-tahun. Mesra. Padahal 1st time jumpa.

Sudah ada di rumahya beberapa orang blogger juga, direct yang aku tahu bondaRanea, yang lain lost. Itu pun hanya tahu bondaRanea, yang pasti bukan nama dalam icnya. Ampunkan aku kak. Aku ni pemalu orangnya ;)

Oooh mataku terus tertarik kepada meja yang penuh makanan. Amboi kakNa, ini dah macam kenduri sambut menantu ni. Mewah makanan.

Bila mak² yang peramah bertemu. Kecoh. cikOni pula amat baik hari itu, superb la menunjukkan skill berjalan dan skill berdikarinya. Yeay, dia tak buat perangai. Dah besar.

Singgah di Tesco Extra, Selayang. Pertama kali membiarkan cikOni berjalan sendiri. Haha, teruja sungguh dia. Menonong aje. Comel betul dengan gaunnya. Bila dia dah penat, dia merangkak. Ahaaa u are the best cikOni.

Akhirnya dia terlena dalam dukungan mrAbi. Keletihan yang teramat.

cikOni sebelum kerumah Ajeem

~)@ Terima kasih kakNa atas 'boncrot' yang banyak itu. Sungguh 6 orang makan pun tak terhabis :D. Rezeki.

Hari yang cukup bermakna

aku, bondaWiya, cikAqies & mamaLia
Yang nyata dalam gambar ini, adalah aku yang paling gebuuu...hihi, sukaaanya aku ;)

Bertarikh 2 Julai, Jumaat. Suasana sangat sibuk. Semangat berkerja pun dah hilang kerana perjumpaan yang bakal menjadi ingatan bermakna, akan adakah perjumpaan seperti ini lagi. Argh sungguh seronok.

Pertemuan antara, mamaLia dan cikAqies (exhousemate aku) serta bondaWiya (kakLong aku) di Nando's OneUtama. Susah rasanya nak menerangkan kaitan antara kitorang ni, semuanya memang berkait. Pokok pangkalnya, tak salah aku menyatakan hubungan ini adalah berpunca dari aku. Haha.

mamaLia~ aku pernah membuat praktikal di tempat dia berkerja. Pernah juga serumah dengannya ketika aku baru sahaja tamat belajar.

cikAqies~ dah banyak rasanya aku bercerita tentang dia, merupakan kawan yang akhirnya duduk sebumbung, tido sebantal. Makan, lain-lain pinggan.

bondaWiya~ oh, senang...aku kata dia adalah kakak iparku. Boleh macam tu kak? Jadi tau je la hubungan rapat tu yang macam mana.

Aku mengajak cikAqies pergi ke jemputan perkahwinan bondaWiya. Mungkin di situ pertemuan mereka. Akibat sesuatu tragedi yang melanda, mereka bertiga dan juga aku menjadi berkait. Susahkan? ye hubungan secara kebetulan memang susah untuk dijelaskan.

Tidak mengapala. Bagi aku pertemuan 8 mata ini sangat berjaya. Aku sayang semua kakak²ku ini. Laaa aku ke yang paling muda kepada mereka semua niii...

~)@ Lain kali jumpa lagi ye ;) Kita gelak sampai penat.

~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@

Noorulsahida (aku) & NurulNabiha (cikPA)

Hari terakhir untuk cikPA berkhidmat kepada boss kacaknya. Jadi, secara tidak langsung pertemuan 8 mata turut menjadi majlis meraikan pemergiannya bagi aku dan pnIzma. Secara tak sengaja juga menemankan pnIzma membeli preparation untuk majilis perpisahan cikPA.

Oh cikPA, semoga ngko terus berjaya 'melanjutkan pelajaran'mu keperingkat yang tertinggi. Haha. Kehilanganmu pasti aku akan terasa;
  1. Tiada lagi teman bergosip apa jua topik lelebih topik lelaki kacak (pemain bola sepak & artis)
  2. Tiada lagi insan yang sudi mendonlodkan mp3 dan juga pemberi link berita sensasi untuk digosip.
  3. Tiada lagi kawan untuk makan tengah hari dan balik awal.
  4. Tiada lagi geng sekepala untuk membuat ketupat dan kuih bangkit.
  5. Tiada lagi aku merasa menjadi aweQ Edward Cullenmu.
  6. Tiada lagi pemilih baju cantik lagi seksi untuk cikOni.
  7. Tiada lagi kamus atau pembina ayat bahasa Inggerisku.
  8. Tiada lagi telinga setia mendengar keluh kesah rumahtangga makCik.
  9. Tiada lagi teman ketawa depan monitor.
  10. Tiada lagi ketukan keyboard dari arah kananku.
Nurul Nabihah binti Rozeland, terima kasih kerana menjadi sahabat aku. Pertemuan aku dan ngko di LRT Masjid Jamek, membawa kita kepada menaiki LRT dan bas bersama-sama, membawa ngko menaiki kereta bersama aku, membawa kita dapat merasa menjadi driver untuk diri sendiri, membawa kita boleh tidur bersama (eh? haha tak la, teman aku je.)

Oh cikPA, bagaimana aku harus lupa akan ngko? terima kasih atas segala²nya. Semoga Allah SWT permudahkan ibadah harian kau. Terima kasih menjadi sahabat aku :) love u.

~)@ Semoga kita tak lost contact ok. Still waiting for final game WC. German dah layak.

~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@

Selamat Ulangtahun Kelahiran -1
kepada
cikOni
pada
2hb Julai 2010
~ semoga menjadi anakanda yang paling tiptop, abiumi sayang oni :D ~

mrAbi, cikOni & umiOni

~)@ Berbuih aku nyanyi lagi beday tuk cikOni, sudahnya aku jugak kena habiskan kek tuuu. Thanks mrABi :D

~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@~)@

pnIzma, saksi tempat kejadian pertama dan kedua.

~)@ Karang sentap takde gambar dia. Lagi² buat ayat terharu. 'Ye la, aku ni driver je'. Huh! terima kasih ye puaaannn :D