' Aku rasa nak makan donutla, dari semalam lagi ' errr... donut? tengah hari makan donut? aku terbayang donut Dunkin' kat petronas depan Phileo. Erk, kenyangkah?
' Kat Giant Damansara ada J.Co, nak pergi tak? ' aaa... J.Co? J.Co? aku terbayang J.Co di Pavillion, uiii mengancam rasanya weih. Sedap hingga orang lalu lalang tak perasan. Yummi.
Aku, jom aje. Memang dah lama sangat rindu nak makan J.Co bersama kakAzi dan cikAQies. uhuhu... miss that time, zaman merambu-ramba tak tentu hala.
Giant dituju, dalam kepala aku masih lagi berfikir takkan nak makan donut semata-mata, walaupun sedap mesti tak sampai petang kenyangnya. Eee... kena cari alternatif.
' Cari foodcourt dulula, takkan nak makan donut je ' huiii... legaaa. Dan terus aje teringat sizzling mee, hot plate. Owhhh... terbayang asapnya semasa makan bersama cikAQies, ketika zaman merambu-ramba. cikAQies lagiii.
' Nak try LaksaShake, sedap juga ' aku yang memang tak pernah masuk tempat makan macam tu, angguk je la. Jakun. Dok belek² menu rasa macam tak syok. Dah la takde orang. Sunyi. Bangun sambung mencari foodcourt.
Aku tak pernah lagi berkunjung kat Giant Damansara ni, ikut je laaa. Foodcourt dah berganti dengan kedai jual barangan Vantage, apahal? Huhuhu... sesi mencari diteruskan.
Akhirnya melangkah juga di Wendy's, ala² macam nama laki aku la pulak kan? sedap, lazat, puas hati, murah. Iyala perut dah lapar, apa jua yang masuk semuanya sedap. Yang bestnya, tema kedai warna kuning, cantik oooh. Takde gambar ye, sebab dah lapar benar.
Kenyang. Melangkah ke J.Co, huuuiii rambang mata makcik nak. Rasa semua nak beli. Tamak-tamak. Tunjuk je dengan jari pastu bayar. Selesai.
Kotak yang ceria, comel.
Aku punya, harusla ada hijau.
pnIzma punya, banyaknyaaa coklat. Jeles pulak aku.
Makan tak, makan tak, makan tak. Sayang wei. Nak dapat jauh, dengan mrAbiOni tu??? errr, memang harapanla kan, kalau tak kena pujuk rayu. Ahaks.Aku punya, harusla ada hijau.
pnIzma punya, banyaknyaaa coklat. Jeles pulak aku.
Okla makan kat rumah aje. So, sesiapa nak rasa tengok dan telan liur je la ya, hehehe. Yummi, ada rezeki nanti dapatla rasa. Sabar ya.
~)@ Akhir-akhir ni, makan tak beringat langsung. Hahaha... lantak ah. Terima kasih pnIzma, merealisasikan impian aku, walaupun nko yang teringin... eh? teringin...? jeng, jeng, jeng!!!
18 comments:
sedappppp!!!
J.Co nye donat sama ngan Big Applenya donat ek? Mesti bwk blk, xkn awk nk mkn sorg 6 bijik tu...
-hazen;
lama tak nampak? lama tak update blog drGigi :D, nko asal mkn je, nko la 1st kan? hahaha...
umiIman;
lebih kurang sama la, sbb sy tak pnh mkn bigApple, so JCo is my choice, hahaha awak tak percaya ke, sy blh hbs kan semua tau...
sedap ke donutnyer? akak makan yg dunkin donut je. he he
teringin tu sebab kecewa dengan donut kat cafe bawah ni ari tu.. besar je lebih, tapi tak fluffy.. cannot go lah!!
huhuk.tersedak saya tau.ngat panggil saya...haha
Aslmkm ch@.
Seronok yer selalu jenjalan cenggitu.
Kak G lihat ch@ suker buat promosi percuma utk semua jenama tu ... dia orang pasti amat suker & berterima kasih pada ch@! :)
jco dengan big apple sme je rasa. dua2 sedap. :)
sedap nyer..
wahhhh menyelerekan donut2 tu **, nyamm2
cnfirm donut hijau mnjadi
sasaran utama ummi cik oni ni kan..hehe
ari2 mkn byk takpe kak
sbb ari2 trun tangga grenti
mantain je bdn 2.. *__*
Princess;
Dunkin' pun mkn juga, ini sdp lbh sikit dr Dunkin', lbh gebu.
PnIzma;
Mesti dah 2 hari kot, aku mkn sdp je. Haha lapa.
pnDonut;
Hehe, dah agak dah, mesti ada org tersedak. Sabar eh. Tapi... akak tak gebu mcm donut pun.
kakG;
Haha, blogkan salah satu medium promosi kakG. Takpe, kita pun tak selalu dapat. Tu yg nak share sama². Mana tahu org yg selalu teragak-agak dpt merasa juga ;)
Rara;
Ye ke Rara, takpe lps ni try BigApple pula.
cikShiQa;
Jgn jeles ok.
Ain;
Nyummm, nyummm, nyummm. Sudah semestinya. Keep on diet ladies ;)
baru last week kot pekena JCo...
tapi entri lum buat2 hahahahaha...
tengok pics nie, tingat balik keenakkannya :D
wooooo best..tp kan kt suka lagi big apple..rs nya jco lagimanis la..pnh try beli..ouh xabis sbb manis sgt..tp klu org suka manis no hal la kan..
Rasp;
Enakkan? kita tak kisah asal sedap kat mulut, belasah aje ;)
[-suziey-];
Kita tak pnh mkn BigApple punya donut. Haha, manis eh, dia punya krim² tu la kot yg manis, donutnya tetapla donut kan?
wahh...menariknya...
wahh...menariknya...
Post a Comment