Cuci atau tak?

Wednesday, 21 July 2010

Aku dalam dilema ni sebenarnya, nak cuci ke tak enWaja tu, haha.

Semalam aku nak cuci tapiii mencari uncle si pembersih kereta tu tak jumpa. Rupanya dia duduk melepaskan penat bersembang dengan si pengawal bangunan.

Untung juga la, aku tak cuci semalam sebab balik kerja hujan turun dgn maha lebatnya. Huhu, banjir di sana sini, berserta kilat sabung menyabung bersama tiupan angin yg tak lagi sepoi².

Kesejukkan dalam opis tak habis lagi bersambung kesejukkan dalam kereta.

Aku rasa dah macam pertandingan rally kereta tu wei, mulut tak sudah² membaca ayat Qursi. Mengekori kereta depan dgn jarak boleh sebijik lagi kereta masuk kat depan. Takut sungguh.

Kecik sangat diri aku rasa time tu, nak nyorok bawah stereng kreta pun ada. Haha. Tapi, melihatkan penunggang motosikal selamba kodok aje meredah hujan. Berani aku pun datang jugala walaupun sikit je.

Mujur juga aku terawal sedikit jalan masih lagi belum jammed. Yang aku pelik tu, aku dah parking ngam², hujan pun reda. He'e, saje je kan? Sabar je la.

Pagi ni, aku rasa nak cuci enWaja, tapiii macam semalam aku tak terlihat si pencuci kereta. Wuhuuu, tunda lagi la gamaknya.

~)@ Hujan lebat aku berzikir dalam kereta, kalau bangsa lain? diorang baca apa ye? hrmmm...

15 pasang kaki:

Zaidah said...

cian en waja tak mandi lagi...cuci ajelah cha...klu dah cuci berseri muka en waja

IMAN'S UMI said...

Betul ngeri tu, dh la drive sorg2

Diyana Zulkifli said...

hihi.diyana tak penah basuh kereta pun cha.suma asik gi bayar rm3 .gi car wash...hehe

ch@ said...

kakZai;
itu la tu, nak kena cuci jugak, tak sampai hati tgk kekotoran terpalit :)

umiIman;
tau takpe wak... berzikir munajat saya dlm kreta.

ch@ said...

pnDonat;
haha ini pun org lain yg cuci, kita pnh cuci sendiri enWaja tu skali je, mcm nak pengsan. haha.

LanaBulu said...

cuci je sebulan sekali..
lagi pin la ni musim hujan
vacuum tu yg kena buat tiap2 minggu..k

ch@ said...

pakLan;
wacuum tiap² minggu? erm... mana nak cucuh plug vacuum tu eh? hrmmm...

Cik Shiqa said...

akak, dah main hujan tu x yah la cuci. dh di basuh secara free.hehe

[-suziey-] said...

xyah ler cuci..skang ni musim ujan la..biar air ujan je cuci..hiks:p

qellissa said...

i pon x berani nak drive ujan2..seram sejuk..takut kilat..hihihi ..Lissa klu musim ujan jarang nak basuh keta..=)

ch@ said...

shiQa;
sukala ngn nama nko ni, haha mmgla kalo ikut hati, tapi enWaja tu comor benar.

suziey;
bila cuaca panas, nmpkla bintik² hitam kesan bawaan air hujan. berdaki la wak.

lissa;
kan??? ikutkan hati nak duduk bwk jambatan mcm penunggang motosikal :D

Puteri Amna Balqies said...

bace kitab injil la kot..haha

ch@ said...

cikAQies;
mungkinla wak.

♥xaturen♥ said...

kita naik moto je... waja simpan umah tak leh kena ujan.. sakit..! ermm.

ch@ said...

xaturen;
den takdo lesen moto la bang oiii...
den takut nak mencelah sebelah lori bila naik moto.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in