Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hendak menunggu abi bawa lambat sangat, sibuk dengan BERSIH. Makanya, aku berkira-kira untuk pergi sendiri-sendiri sahaja. Terima kasih mamaLieyna aka mamaArif dan Hakeem bertanyakan khabar aku dan keluarga. Tambahan pula, si Mazerah ni hendak sangat ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC tu. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.
Walaupun pada permulaannya aku agak down, kerana mesin ATM tidak berfungsi sepatutnya. Namun, berkat berdoa dan Maz yang menyokong kuat, dia menyuruh aku mencuba untuk sekali lagi. Syukur, aku dapat semua yang aku hajati.
Tengah hari 30 April, kawan-kawan opis pun bagaikan suam-suam kuku sahaja. Berikutan semuanya menyambung cuti sehingga 1 Mei. Aku dengan Maz mencabutkan diri untuk ke pesta Buku: Dunia Tanpa Sempadan ini. Tersenyum sepanjang redahan kedai ke kedai.
Bagi mereka-mereka yang mempunyai pertalian dengan ulat buku, pesta sebegini adalah terapi terbaik untuk minda, diri dan hati. Mujur juga sudah ambil sarapan yang agak berat dan lewat. Jadi, makan tengah hari boleh dianjakkan sedikit.
Hasil redahan pada hari nan tersebut ialah, trilogi lengkap Tombiruo Ramlee Awang Murshid, dan novel-novel lain yang selalu aku intai di internet. Habis RM115 di Karangkraf sahaja. Campur yang lain-lain, aku hanya spend RM200 untuk semua yang di bawah ini ;)

Novel aku, buku Auni dan hadiah untuk yang tersayang.
Setelah kaki menggigil akibat perut yang berkeroncong, kepala pun dah naik pusing dengan suasana lampu persekitaran, kami balik. Balik opis semula sebab kereta aku ada di sana. Sempat singgah makan di uptown dan shopping baju Auni Adli di Anakku. Wakakaka. Terbang RM aku lagi, anak punya fasal.

Semua Maz yang pilih, aku memang gagal untuk memilih baju anak-anak.
Nota hijau: Alhamdulillah hajat untuk bulan Mei sudah pun tercapai :D ok, duduk diam-diam RM sudah menipis :p Terima kasih abi atas segala sokongan. I love u, tiba-tiba.



