Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Masih ada kawan, muahaha. Buat entry ringkas je la, untuk dijadikan kenangan dan diulang baca ketika kebosanan. Sebenarnyakan, aku tidak sabar hendak beraya. Dua hari lalu, hari aku yang sangat gembira kerana, ada kawan yang masih mengingati diriku yang jauh terasing kini.
Istimewa Aidilfiitri, pemberian daripada cikMot atau kakIzan. Rakan mesra Instagram, Facebook dan Blogspot, aku suka sangat tengok dia gigih mengumpul fridge magnet (fm), sebagaimana dia gembira melihat fm-fm nya. Kali pertama aku mendapat kad raya bentuk badge magnet. Ye, sesuaila dengan hobinya berserta dengan duit raya untuk askar aku yang bertiga itu. Terima kasih cikMot.

cikMot ada dua bunga, satu kumbang.
Then, sebelah petang sedikit lagi abi pula wakil diriku menerima parcel pos laju, pemberian daripada kakYanti atau seorang guru, seorang yang menjadi sumber inspirasi aku. Baru pulang daripada menunaikan umrah. Terima kasih kakYanti.

kakYanti ada tiga bunga dan dua kumbang.
Syukur alhamdulillah, aku masih diingati teman-teman, masih disayangi kawan-kawan (eh, ye ke?) korang sayang aku kan? ihiks. Meh, siapa lagi hendak bagi hadiah padaku, aku suka.
