Tuesday, 7 April 2026

Aidilfitri 4, 5, & 7: Menziarahi dan Diziarahi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Aidilfitri 4: 24.3.2026 - Selasa | Gombak - Selayang - Kajang.

Rumah maklong.
Rumah paklang.
Ukur Campell, KL.
Ukur Pertama Komplek, Tuan asben cari jaket.
Bertukar daripada kedai digital ke kedai uniform dan kasut.

Rumah kakak tuan asben, kakDilla & BangLong tiada photo, sebab mereka sibuk bersiap untuk keluar petang selepas waktu Asar.

Aidilfitri 5: 25.3.2026 - Rabu | Rawang.

Rumah Bob & Fiza
Rasa nak meniarap atas sofa.
Kena kerah top-up barang dapur.
Hanya rumah abang tuan asben dan selepas itu weol bersidai di kedai tayar. Menukarkan tayar si Alza dan go shopping. Petang itu, tuan asben berlalu balik Melaka. And, aku masih berguling di rumah lagi. Berguling? tidaaaak~

Aidilfitri 7: 27.3.2026 - Jumaat | Home Sweet Home.

Awalnya hanya adik perempuan tuan asben sahaja yang hendak datang, katanya bertolak pagi dari rumah Abah dan ke Rawang dahulu. Sabar kejap, maknanya bukan keluarga Mira sahaja, malah semua pun akan ikut beraya bersama. Ayuh.

Disebabkan tuan asben masih berada di Melaka, marilah kita masak apa yang ada di dapur. Mi Kari. Rezekinya daktiga masih bercuti sekolah, mereka lah yang membantu aku buat itu dan ini.
Ada abah mentua, abang tuan asben dan dua adik perempuan tuan asben.
Tumpang, adik beradik tuan asben yang ramai.
Mija dan sebahagian anak saudaranya: Auni, Adli, Arrizqi, Aryan, Ayash, Aqib dan Sofea Medina.
Tiada bersama: Haikal, Hakim, Icha, Afiq, Naufal, Noah, Nayla dan Ryan.
Abah dan motosikal kenangannya, digunapakai oleh tuan asben.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

23 comments:

Suria Amanda said...

Meriahnya Raya Cha....seronok ramai- ramai macam ni dan ziarah menziarahi kan...Kak SA kurang berjalan tahun ni...

Kakmim said...

Meriahnya... kami tahun ni entah kenapa bila berziarah di rumah kwn dan saudara x ambik gambar.. mungkin sbb ramai saudara yg x brp sihat kot... mcm kurang sesuai pulak nk bergambar

Ako Retna said...

Selamat Hari Raya cha...

Mulan said...

Seronok meriahnya beraya ramai2

adnil linda said...

Alhamdulillah.seronok nya bila orang datang raya rumah kita

ch@ said...

kakakSA: alhamdulillah, diberikan kesihatan yg baik dan ruang masa utk menziarahi. kita ikut tuan asben je sebenarnya.

ch@ said...

kakmim: betul kak, kita pun rasa tak rajin ambil gambar, sesungguhnya gambar di atas adalah ehsan drpd tuan rumah sendiri yg di hantar dlm group keluarga.

ch@ said...

kakretna: salam aidilfitri kak.

ch@ said...

kakmulan: kita pening nak mix and match outfit.

ch@ said...

linda: awak nak datang, beritahu tau. rumah kita tengah bersepah sebab tgh repair bumbung garaj.

Roziah @ Cie said...

alhamdulillah meriah seronok time raya ziarah menziarahi.

adnil linda said...

ala... terima kasih atas jemputan...tapi, memang tak dapat nak sampai dah sekarang ni... moga cepat selesai urusan repair garaj ya

ch@ said...

cie: alhamdulillah, eh cie kita lepak cherating jumaat lepas.

Mama Zharfan said...

the best part of raya, selain mkn2 ialah berkumpul ramai2!

Mznimnwr said...

mana gambar mi kari kak? hehe
meriah rumah menerima tetamu. dapat jalinkan silaturahim

Ezna Khalili said...

Meriah betul ni Cha....

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Kalau anak2 dah besar , bisalah kita minta bantuan dalam hal belanja barang dapur dan masak ya kak 😄. Anak saya juga begitu.

Meriah nyaaa raya dengan keluarga nih. Rindu nak balik kampung saat raya. Masih belum bisa sampai sekarang 😅

ch@ said...

mama zharfan: lagi-lagi jika ada someone yg good in story telling. very havoc.

ch@ said...

mazni: malas nak photo. hahaa~ hati ingat asben ja time ni.

ch@ said...

kak ezna: alhamdulillah, dgn izin Allah kak. tahun depan belum tentu.

ch@ said...

fanny: yes, begitulah kehidupan. skrg dorang je yg diminta pertolongan. meriah tumpang keluarga tuan asben.

SN Faaezahh said...

Bestnyaa dapat berkumpul sanak saudara macam ni. Mesti riuh rendah.

ch@ said...

faa: bila dah ramai macam ni, kak fokus makan biskut raya ja. taktau nak join geng mana, kitanya umur geng makcik, muka geng cousin. yg biasa dok keliling cousin yg masih student.