Saturday, 1 November 2025

Diet Bermula Ke?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kita mula awal, iyalah tu. Hari pertama aku niat berdiet, datang rezeki si Mazlina hantar popia sira, datang pula kakDiana hantar pulut serunding bilis. Duduk melepak dengan skuad sembang random, dibelanja pula mangga smooties. Belum lagi keluar rumah diberi kejutan rambutan tersangkut di pintu pagar. Sesungguhnya aku memang mampu berniat sahajalah.

Bak kata tuan asben, buatlah diet secara senyap-senyap. Lagi senyap bertambah tidak diam mulut aku mengunyah. Alhamdulillah rezeki. Jadi sudah masuk bulan November, tuan asben pun tidak pulang, daktiga juga sudah mula bercuti penggiliran SPM hanya Auni masih lagi ada paper terakhir Isnin nanti. Pada skuad sembang random juga telah diadakan mesyuarat terakhir, kita bertemu lagi pada sesi persekolahan akan datang, InShaaALLAH.

Bulan November, planner 2026 sepatutnya sudah bermula, tapiii isklaaa manatah semangat ni. Paling penting dan penuh harapan aku hendak habiskan quilling saiz A1, mesti~! sudah masuk setahun mengerjakannya. Lain-lain hal, tiada sangat. Tunggu cuti sekolah nanti, baru aku hendak terbang lepak Melaka ke, lepak Johor ke. 

Dashboard November.

Bakal planner 2026, recycle buku sekolah daktiga. Kulit daripada paperbag GIGI Coffee. Pembahagi bulan pun tidak sedia lagi, adeih~!

Atas: Fajjida gigih, edarkan kek birthday setiap orang skuad sembang random. Cuma Nurul je belum dapat lagi, ulangtahunnya bulan Disember nanti.
Bawah: Mangga Smoothie daripada Nurul. Pulut serunding bilis daripada kakDiana. Rambutan sangkut daripada Fajjida.

Quilling paper art, tinggal hujung-hujung. Lepas tu ambil masa lagi nak lekat dalam frame A1.

Popia Sira daripada Mazlina.

Sekian cerita biasa masih sibuk belajar mengatur menyeimbangkan kehidupan. Emosi bercampur baur, lagi-lagi bila kondisi badan tidak bergitu baik. Kena juga berdiet, BMI aku sudah mula tidak cantik, huaaaa~ semoga berjaya dan sihat selalu semua.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

19 comments:

adnil linda said...

Semoga berjaya...
bMI Linda dah lama ke laut nie.... Hahahaa

Roziah @ Cie said...

Biasanya kalau berniat nak diet mesti banyak dugaan 😆

Mznimnwr said...

dia kalau nak berdiet tu, time tulah banyak cobaan kan? mmng taknak kasi kita diet ni

AMIIZAA@Mieja said...

Good luck adik manis. kakmieja tak pernah berjaya sejak dah tua-tua ni huhuhuhu

Time Traveller said...

Biasa kalau nak diet ni kena diam2 jer.. dlm hati pun jgn berkobar sgt.. nanti dugaan ujian dtg berlipat ganda hahaha..

Mama Zharfan said...

MZ ler tu..diet asyik ke laut!

Mulan said...

Quilling paper art tu, cantiknya.

ch@ said...

Linda: thank you so much, but u rajin briskwalk.

ch@ said...

Cie: betulla begitu~ huaaa... mencabar.

ch@ said...

Mazni: ia suruh kita jgn diet, nikmati rezeki secukupnya.

ch@ said...

kakMieja: kakMieja elok je pun. rasanya kakMieja lebih fits banding kita.

ch@ said...

Time Traveller: kita ikut nasihat ni, betullah begitu. kita buat-buat biasa je kan?

ch@ said...

Mama Zharfan: MZ pun steady ja. Fits elok.

adnil linda said...

aigoo, baru je mula pun..minggu lepas coti seminggu,,gara2 lif rosak.. ahaha

ch@ said...

kakMulan: Kita dah tak sabar nak masukkan dlm frame. Namun, jauh lagi perjalanannya.

Suria Amanda said...

BMI akak dah cantik..fat je masih x cantik lagi...ni 15hb nak timbang, akak naik balik berkilo2 ni...hahaha...malas nak fikir la...

ch@ said...

kakSA: BMI kita overweight, huaaa~ cuma begitulah kejadian bila niat hendak diet tu, hrmmm cobaan.

Aphizha said...

Cancelled diet macam ni kalau dah macam-macam makanan orang bagi. Rugi pulak kalau tak makan. hihi..alasan! Takpelah, asalkan niat tu ada. Next time usaha lagi.
Jimat banyak ni recycle apa yang ada. Yang penting menarik dimata kita dan kreatif.
Hmmm emosi sukar dikawal saat ni. Hanya mampu berdoa dan berharap yang baik-baik je.

ch@ said...

Aphizha: Bila emosi penat, auto badan tak sihat juga. Semoga kita baik-baik semua. Terima kasih doanya Fiza, sama-sama kita.