Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tidak habis-habis si Syasya ni dengan stickers nya, ahahaaa~
Sepatutnya bahan dalam blonghijau ni aku hendak fokus dengan hobi sahaja namun namanya pun Diari kan? kita letak je la semua. Tidak mahu baca boleh je pangkah, pandai bukan?
Jadi, kita menjawab soalan Cie. Thank you Cie selalu datang sini.

 |
| Ini buku Telado namanya, entah sempena apa tidaklah ku tahu. Buku ini je ada 4 jenis berbeza, aku baru ada 2 daripadanya. Ada juga saiz yang berbeza S, M, L, XL dan XXL. Nantilah, sebulan satu je boleh beli. Harganya antara RM15 to RM30 tengok kepada kualiti sticker dan saiz buku. Aku pilih yang advance, kita dah pro kononnya. Eh, bukaaan, yang advance ni boleh melengahkan hayal sampai hujung bulan, buku baru sampai, ngam-ngam sebulan. |
 |
Dalam buku tadi, ada stickers. Ikut saiz, kebanyakkan saiz S ada sehelai sahaja. Kecikkan? tak best sangat saiz S ni, cepat sangat siapnya. Kebiasaannya untuk beginner, untuk kekanak riang dan mak-mak yang taknak stres. Stickers ni kena tampal atas tapak yang ada disediakan. Mana tapaknya, selak lagiii belakang.
|
 |
Kosong je, dia bagi ngam-ngam penuh satu muka surat, kita level pro jadi saiz XL (cam berlagak pula ye) ahah! Jika saiz S setengah muka surat je, gambar pun lebih senang. Kita dah tampal sikit tu. Macam mana nak tampal? main agak-agak sahajakah? mestilah tiiidak~
|
 |
| Ada disediakan gambar rujukan sebelah muka surat tapak tadi, buku telado ni best, sebab gambar rujukannya sama besar dengan gambar tapak itu sendiri. Rupanya, aku dah buat buku lebih advance daripada ni, buku warna peach entry dua hari lepas, scene stickers yang itu lebih advance banding telado. Dengan gambar rujukan alakadar nya, dengan item stickers maigosh~ halus bebenor. Tapi siap juga buku peach tu, cantik dan I love that books, scene lawa tersangat meskipun aku banyak skip part yang halus-halus dan ada yang gagal ikut gambar rujukan. |
 |
Ni dah siap satu tingkat. Boleh je hendak siapkan mana-mana bahagian dahulu, ikut skill masing-masing. Tips, tampal bahagian belakang dan tepi dahulu. Jika tidak, jenuh hendak tarik balik stickers tu. Jika jenis redah je, boleh susun ikut gaya sendiri, yeah why not~ feeling scene sendiri kan? ihiks. Aku jenis skema, ikut gambar rujukan.
|
 |
Ini yang sudah lengkap dan siap. Lebih terang, jelas dan nyata banding gambar rujukan tadi. Lepas tu buat apa dengan scene yang dah siap ni? for me, aku belek balik semula bila tahap kebosanan meningkat maksima. Bila dah siap, ianya jadi sangat cantik, ini serius. Hahaaa~
|
 |
| Ni contoh sekeping-sekeping, aku beli yang hijau sahaja. Sehingga memilih scene dalam buku. Buku yang peach tu la, buku advance. Memang lama pun hendak siapkan satu buku peach tu. Scene pula bangunan dan tempat di China, rasa bangunan tu samaaa je. Jadi pening pula. |
Sekarang, ada kedai menyediakan twizer sekali pada setiap belian. Aku beli di tT dan Shopi. Kedai biasa Yuenen, Enwei dan Lazycat (base local). Aku takmau pergi kedai lain, banyak sangat pilihan sampai rambang mata jadinya. Diharapkan, entri ni dapat menjawab soalan Cie.
Asalnya target marketing scene stickers ni adalah kanak-kanak, lebih-lebih lagi kekanak perempuan aku pun bermula apabila melihat anak Linda yang sekolah rendah main lepas habis sekolah. Lepas tu, terjebak sampai hari ni. Dalam cart banyak je lagi belum check-out, sebulan satu. Jika tidak memang habis wang berkepuk untuk beli sticker ini sahaja, nehi~
Bak kata Mama Zharfan, bila dah suka apa-apa hobi pun boleh. Lain orang lain kesukaannya.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
3 comments:
kita raikan lah perbezaan hobi masing2! seronok jer baca hobi unik kwn2 blogger..MZ tak de hobi unik kot...setakat hobi suka travel, kumpul FM dan kumpul snow globe ajerlah
Ni namanya bila dah minat kan...hehehe..seronok tengok..tapi tu la kalau akak sendiri..x tau la sabar ke tak main menda ni...
Haha siap buat tutorial entri dah Ch@ nak explain kat hakak-hakak yang tak faham tentang buku sticker Ch@ ni..
Post a Comment