Thursday, 25 September 2025

Overtime: Hiasan Kelas Adli.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Satu-satunya yang pegang jawatan AJK Keceriaan Kelas, Adli. 
"umie, nanti tolong printkan huruf-huruf untuk hiasan kelas, saya dah pm gambarnya." Permintaannya tepat pada ketika aku shutdown pc, pejabat sudah tutup. Waktu operasi, hanya 7.30am hingga 7.30pm sahaja.
"hendak guna bila? banyak ke? A4 atau A5?" tanyaku semula sambil membelek bahan hantaran dari Adli.
"esok, hiasan kelas untuk fotografi, tengoklah dulu print sikit nanti saya suruh kawan saya tengok" jawabnya sambil menghampiri meja.
"siapa, girlfren ke?" tanyaku menebak random.
"dah ex" jawapannya buat aku tercengang.
"eh bila kapel? bukan abang tak suka ex? kenapa dah ex?" soalanku bertubi, teringat entri misteri x yang lepas.
"saya tak suka ex? ex matematik tu ke? entahlah siapa yang bertanya, siapa yang menuntut jawapan, kita keliru sesama sendiri hahahaaa~

Selepas Isyak, aku memulakan operasi. Buka komputer semula.

Dari Image - masuk Paint - cut masuk Word - adjust saiz and cetak keluar.
Nampak macam mudah tapi jenuh jugalah kerana image yang diberi bergabung 6 huruf sedangkan Adli minta satu huruf, satu A4.

"weih banyak, kena cas lebih" aku yang tidak berlebih kurang, aku sudah mengantuk sebenarnya.
"iya, umie beritau je la berapa, kitorang bayar guna duit kelas" jawab Adli. Aku rasa dia sudah memikirkan perkara ini. Sepatutnya malam ini aku ke Korea dan layan lipat baju sebakul atau main stiker. Adli berkira-kira apabila aku cas cetak berwarna RM1 sehelai. Pakej edit dan maintenance mesin pencetak sekali, ahahaha...~
"bayar umie RM35 lah nanti" ahahaaa, takkanlah aku ambil bayaran tu kan. Aku minta RM7 sahaja, tapi Adli bagi RM10. 
"umie dah banyak belanja saya" sweetkan dia? ahahaha tiber.
Hampir 12.30am juga semua huruf siap dicetak sepenuhnya.

cucun-cucun.

meja akulaaa kan~ kadang lupa aku ni fulltime housewife je kot.

HOBI IS THE SOUL'S JOY AND IN PLAY - O.A. BATTISTA


- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.

18 comments:

Mama Zharfan said...

loving all the efforts! nice sgt

Suria Amanda said...

Bagus Adli..keep it up..awak beruntung sebab Umi awak kreatif...

Mznimnwr said...

memang banyak kerja jugak tu kak bila kena pecahkan huruf tu jadi satu. nasib baikla adli bagi upah :p

Aphizha said...

Masa dah shutdown PC, masa tu lah dia nak pm ye. Sabar je lah dak Adli ni.
Kita pun ikut tercengang bila baca jawapan "dah ex" tu. Lepas tu ikut keliru juga. hahahaha...
Bagus order dengan Ummi ni, banyak diskaun. hihi...Dah bagi diskaun dia bayar lebih pulak. Pun bolehlah ye. Untung Adli ada Ummi yang kreatif.
Kerja surirumah ni kan kena multitasking. Lupa ke sya. Kerja 24 mana pernah habis. Begitulahh...

Roziah @ Cie said...

Macam gitulah bebudak ni kan. Kalau tak last minute tu bukan bebudak la. Mujur la ummi melayan lagi. Kalau ibu siap pakej membebel non stop sampai la kertas tu habis print 😆

ch@ said...

Mama Zharfan: thank yo so much MZ.

ch@ said...

kakakSA: sonang je ni~ cam assignment masa study dedulu. - riak ke ea? ihiiiks~

ch@ said...

Mazni: betul tu, mula ingat dia da siap satu huruf satu paper, just print je la, skali buka laaah! kena edit jugek.

ch@ said...

sisAphizha: bersembang dgn dia ni, mmg banyak benda tak dijangka dibuatnya. alaaa lupa la kita multitasking, ihiiiiks~ begitulah kehidupan, alhamdulillah rezeki masing-masing kan?

ch@ said...

Cie: kita bebel dia bukan dengar pun Cie, telinga sumbat dgn earbud main game.

Mulan said...

Ok jugak masa baru shutdown PC. Dulu pernah few times anak2 soleh solehah ni, sebelum masuk tidur baru nak minta itu ini. Mengaum dulu mummy nya baru buat sama2 combo dengan daddy sekali kena tolong haha.

Bola Katok said...

AJK Keceriaan takde pembantu ke? Kesian dia kena buat sorang-sorang.

ch@ said...

kakMulan: eh, kita ni baran kak. itu kaluuu mmg pepandai korang la adjust sendiri, tak kuasa hendak layan.

ch@ said...

Bola Katok: Tak ada, AJK Kebersihan, AJK Keceriaan, Ketua Kelas, Penolong Ketua, Bendahari, lagiii apatah hari tu, jadual tugasan kelas tu pun, Adli juga yg buat.

adnil linda said...

Linda pun seronok kalau dapat print² Gini .tapi, tulah, printer dok dalam kotak..nak guna kena keluarkan.ehh, menyampah lah....hahaha

ch@ said...

Linda: seronok, jika print saja dan print tak buat hal. jadi kureng bila tgh berkerja dgn susah payah, printernya problem. maaaak~

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Waah baguus juga huruf2nya. Pasti cantik kalau dah selesai menghias kelas. 👍👍. Hahahah seriuuus Adli dah sempat couple dengan temannya ? 😄. Sukaaa lah kalau anak terbuka macam ini 👍

ch@ said...

Fanny: itula tu, tetau kapel je kan. huruf-huruf tu, Adli yg pilih sendiri, kak tukang edit.