Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Satu-satunya yang pegang jawatan AJK Keceriaan Kelas, Adli.
"umie, nanti tolong printkan huruf-huruf untuk hiasan kelas, saya dah pm gambarnya." Permintaannya tepat pada ketika aku shutdown pc, pejabat sudah tutup. Waktu operasi, hanya 7.30am hingga 7.30pm sahaja.
"hendak guna bila? banyak ke? A4 atau A5?" tanyaku semula sambil membelek bahan hantaran dari Adli.
"esok, hiasan kelas untuk fotografi, tengoklah dulu print sikit nanti saya suruh kawan saya tengok" jawabnya sambil menghampiri meja.
"siapa, girlfren ke?" tanyaku menebak random.
"dah ex" jawapannya buat aku tercengang.
"eh bila kapel? bukan abang tak suka ex? kenapa dah ex?" soalanku bertubi, teringat entri misteri x yang lepas.
"saya tak suka ex? ex matematik tu ke? entahlah siapa yang bertanya, siapa yang menuntut jawapan, kita keliru sesama sendiri hahahaaa~
Selepas Isyak, aku memulakan operasi. Buka komputer semula.
Dari Image - masuk Paint - cut masuk Word - adjust saiz and cetak keluar.
Nampak macam mudah tapi jenuh jugalah kerana image yang diberi bergabung 6 huruf sedangkan Adli minta satu huruf, satu A4.
"weih banyak, kena cas lebih" aku yang tidak berlebih kurang, aku sudah mengantuk sebenarnya.
"iya, umie beritau je la berapa, kitorang bayar guna duit kelas" jawab Adli. Aku rasa dia sudah memikirkan perkara ini. Sepatutnya malam ini aku ke Korea dan layan lipat baju sebakul atau main stiker. Adli berkira-kira apabila aku cas cetak berwarna RM1 sehelai. Pakej edit dan maintenance mesin pencetak sekali, ahahaha...~
"bayar umie RM35 lah nanti" ahahaaa, takkanlah aku ambil bayaran tu kan. Aku minta RM7 sahaja, tapi Adli bagi RM10.
"umie dah banyak belanja saya" sweetkan dia? ahahaha tiber.
Hampir 12.30am juga semua huruf siap dicetak sepenuhnya.
![]() |
cucun-cucun. |
![]() |
meja akulaaa kan~ kadang lupa aku ni fulltime housewife je kot. |
HOBI IS THE SOUL'S JOY AND IN PLAY - O.A. BATTISTA
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
4 comments:
loving all the efforts! nice sgt
Bagus Adli..keep it up..awak beruntung sebab Umi awak kreatif...
memang banyak kerja jugak tu kak bila kena pecahkan huruf tu jadi satu. nasib baikla adli bagi upah :p
Masa dah shutdown PC, masa tu lah dia nak pm ye. Sabar je lah dak Adli ni.
Kita pun ikut tercengang bila baca jawapan "dah ex" tu. Lepas tu ikut keliru juga. hahahaha...
Bagus order dengan Ummi ni, banyak diskaun. hihi...Dah bagi diskaun dia bayar lebih pulak. Pun bolehlah ye. Untung Adli ada Ummi yang kreatif.
Kerja surirumah ni kan kena multitasking. Lupa ke sya. Kerja 24 mana pernah habis. Begitulahh...
Post a Comment