Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semalam tidak macam biasa, kenapa? my asben ada dengan kita tapiii dia balik lepas habiskan kerjanya di Banting, huuu~
Jadi, waktu pagi dia ke gym, tukang urut bernama makDe datang ke rumah untuk mengurut aku. Lama rasanya tidak berurut. MakDe memandu sendiri meletak kereta di hadapan pagar rumahku. Aku menjemputnya masuk. Melihat ruang tamu yang sudah siap bersedia, dia menyapa
"siapa yang hendak berurut?"
"sayalah makDe" makDe masuk dengan minyak urutnya. Mula dari kaki hingga ke kepala step by step, makDe tidak kosong, hahaa~ aku ni punyalah berangan hendak melelapkan mata ala-ala di SPA namun keramahan makDe bertemu regu dengan aku yang rancak juga bercerita menjadikan sejam setengah itu berisi dan tidak terasanya masa berlalu. Aku menjamu makDe dengan kopi kosong dan kuih muih sebaik selesai berurut, mungkin aku akan tempah slot berurut lagi apabila makDe pulang ke Sg. Buloh. Bayaran untuk berurut satu badan adalah RM80 kerana kita kenalan dari taman yang sama.
Aku agak terharu juga apabila makDe masih menyimpan nombor wA aku, sedangkan kali pertama dan terakhir kita berhubung sewaktu PKP dahulu, haaa~ lama bukan? aku membeli roti canai dan lauk tengah hari air tangan makDe anak beranak. Anaknya, Ude Delight punya servis katering. Alhamdulillah rezeki bertemu dengan makDe.
"betullah Sya, bila dah tengok betul-betul macam ni, nampak sangat budak sekolah tingkatan 4 atau 5" ujar makDe. Maigosh makDe......
"sebab tula makDe tanya tadi, siapa yang hendak diurut, tengok awak budak lagi" tergelak-gelak makDe mengejek aku, adoiyai~
"semua pinjaman makDe, ALLAH punya, bila-bila sahaja boleh ditarik semula, menua juga kita nanti" jawabku satu persatu mengiringi makDe ke keretanya.
"make sure, bila keluar nanti jangan sorang-sorang, kena ngurat!" ujarnya tidak habis-habis.
"aduyaiii~ sudah makDe, jauh sangat kita terbang nanti, takut tak boleh turun" makDe ketawa sebelum berpamitan dan berlalu pergi. Tidak lama makDe berlalu, tuan asben pun balik daripada gym.
Tengah hari sebaik menghantar Adli dan Arrizqi aku turun depan sekolah kebangsaan, melihat aku berlenggang, kakMidah menegur ku.
"tapau la tu" aku senyum sahaja dan ke kedai makan membeli lauk tengahari, aku mencari Linda sebenarnya, yang ada kakMidah dan Nurul, jadi melepak je la sekejap. Aku balik dahulu apabila mereka bertiga menunggu anak masing-masing keluar pagar sekolah bagi mengurangkan kesesakan.
Menghabiskan masa menggulung daun pokok menunggu waktu Zohor dan keluar semula untuk mengambil Auni pula. Sewaktu menunggu Auni dan Intan balik sekolah berjumpa dengan Mashita, kita berjanji mengambil sabun cuci baju dan sabun cuci pinggan Toyyib, kita pelanggan setianya saban bulan. Pabila Auni dan Intan masuk kereta, kita bertolak ke SK semula temankan Intan cari makan tengah harinya dan hantar Intan balik rumahnya. Tidak mahu ke mana lagi, kita terus pulang ke rumah. Agak cergas dan ceria sedikit, mungkin lepas berurut badan jadi ringan luar biasa.
Petangnya lepak dengan Linda, meluah perasaan berbuku apabila tengah hari tadi hanya dapat berjumpa sekejap sahaja. Melihat anak-anak sudah keluar pagar sekolah, aku menunggu Adli dan Arrizqi dalam kereta, mereka masuk sahaja, kita menuju pasaraya untuk belanja barang dapur. Aku suka dengan mereka berdua ni, I just pilih barang aku mahu, dan menunggu di kaunter untuk bayar sahaja, mereka ambil barang, mereka tolak troli, mereka susun barang, mereka bawa barang. My mrPersonal Assitant, Arrizqi and mrBodyguard, Adli.
Balik rumah, sebaik sahaja Adli buka booth kereta:
"kakak, kemas barang ni, abang terus pergi mandi bang" arah Arrizqi kepada Auni dan Adli sedangkan aku masih bergaduh dengan kunci rumah. Auni, our Princess terus punggah barang dagangan sambil Arrizqi menyusun pinggan untuk makan malam. Sambil curhat sambil makan, bila aku ada sekali di meja makan, mereka tidak akan tengok hp. Lepas makan malam, aku mengemas meja dan dapur, Maghrib, Isyak dan mengaji barulah bebas dengan aktiviti masing-masing, hehe~ aku dan Netflix, mereka dan pc games. Begitulah kehidupan, alhamdulillah.
MEMBAWA rumah tangga dan anak-anak adalah tugas BERSAMA-SAMA, hendak masuk SYURGA bukan sorang-sorang. ~ Akhi Fairuz, Youcast Podcast Youtube.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
19 comments:
Alhamdulillah..tenang je baca entry nie..bagus dak3 dah tahu job masing2...dah lama linda tak berurut juga nie
Fasa rutin hidup kita akan berubah seiring dengan persekolahan dan pengajian anak2. Rindu zaman diorang di sekolah walaupun penat keluar masuk rumah, ulang alik ke sekolah, pusat tuition + house chores. Moga anak2 kita cemerlang dunia akhirat. Share la tips awet muda ni 😍😍
terbang tinggi sangat kalau jatuh sakit nanti hahaha
Best tu dapat berurut. Bagusnya dia masih simpan contact number ye.
Haa betullah tu. Jangan sorang². Nanti orang ingat budak sekolah lagi. hihi...untung awet muda.Alhamdulillah...anugerah.
Dimana-mana ada je geng dia ek. Padat betul aktiviti seharian. Dah malam barulah rasa dapat rehat dari aktiviti seharian.
Simple header baru. Nice font tu.
Hahahahah sampai dikira anak2 lagi yaa 😄.
Waah kalau anak2 dah bisa diatur dan berdikari begini, memang senaaaang sangat hati. Adli dah bisa manage adik2 nya 👍👍. Dah tahu apa yg harus dilakukan bersama.
Agree kak... Namanya rumah tangga , semua mendapat tugas masing2. Bukan cuma urusan ibunya saja. Bagus kalau anak2 sudah dilatih sejak kecil. Biar mereka terbiasa juga
Lamanya tak berurut. Susah dah nak jumpa tukang urut kampung macam dalam pantang tu. Best ringan je badan.
Uncle suka urut2 ni... nak-nak urut kaki
teringinnya nak berurut...agak2 Mak De dtg tak kalau area sri gombak?
adnil linda: minda kupon g SPA linda. berurut sambil sauna.
kakMulan: Amiiin YRA, terima kasih kakMulan menyokong kita, ihiiiks~ awet muda? tiada tips maafkan saya, kita normal seperti biasa saja.
Ammi: betul tu.
sisAphizha: alahaaai~ dak sekolah tu takyah la. adeih~
ahahaaa, sebenarnya orang yg sama je pagi ke, petang ke, cuti ke mmg ini je la geng tunggu anak balik sekolah. tq, kita nak simple ja gigih buat sendiri.
Fanny: salah tu, Adli yg abang, Arrizqi yg bongsu. Sebab tu Arrizqi jadi PA dia manage abang-kakaknya. tapi okey je, kak paham sebab almost orang memang akan keliru.
Cie: haaa~ betul tu Cie, tukang urut or bidan kampung tu mmg best, pior dorang buat.
uncle gedek: gi Bukit Bintang uncle, banyak tukang urut kaki dari Thailand, kap kum kap.
Aiseyh..nak minta kupon dari siapa pula nie
Linda: request dgn tuan suami la...~
Mama Zharfan: hrmmm, mungkin ada. nanti ku cuba tanyakan.
syok bila ada tukang urut dtg ke umah...dlu ada sorang tukang urut adik time dlm pantang tp die dh pindah jauh so nk urut bdn ke spa je la
Post a Comment