Tuesday, 30 September 2025

House Manager Anniversary dan berurut.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam tidak macam biasa, kenapa? my asben ada dengan kita tapiii dia balik lepas habiskan kerjanya di Banting, huuu~

Jadi, waktu pagi dia ke gym, tukang urut bernama makDe datang ke rumah untuk mengurut aku. Lama rasanya tidak berurut. MakDe memandu sendiri meletak kereta di hadapan pagar rumahku. Aku menjemputnya masuk. Melihat ruang tamu yang sudah siap bersedia, dia menyapa
"siapa yang hendak berurut?" 
"sayalah makDe" makDe masuk dengan minyak urutnya. Mula dari kaki hingga ke kepala step by step, makDe tidak kosong, hahaa~ aku ni punyalah berangan hendak melelapkan mata ala-ala di SPA namun keramahan makDe bertemu regu dengan aku yang rancak juga bercerita menjadikan sejam setengah itu berisi dan tidak terasanya masa berlalu. Aku menjamu makDe dengan kopi kosong dan kuih muih sebaik selesai berurut, mungkin aku akan tempah slot berurut lagi apabila makDe pulang ke Sg. Buloh. Bayaran untuk berurut satu badan adalah RM80 kerana kita kenalan dari taman yang sama.

Aku agak terharu juga apabila makDe masih menyimpan nombor wA aku, sedangkan kali pertama dan terakhir kita berhubung sewaktu PKP dahulu, haaa~ lama bukan? aku membeli roti canai dan lauk tengah hari air tangan makDe anak beranak. Anaknya, Ude Delight punya servis katering. Alhamdulillah rezeki bertemu dengan makDe.
"betullah Sya, bila dah tengok betul-betul macam ni, nampak sangat budak sekolah tingkatan 4 atau 5" ujar makDe. Maigosh makDe...... 
"sebab tula makDe tanya tadi, siapa yang hendak diurut, tengok awak budak lagi" tergelak-gelak makDe mengejek aku, adoiyai~
"semua pinjaman makDe, ALLAH punya, bila-bila sahaja boleh ditarik semula, menua juga kita nanti" jawabku satu persatu mengiringi makDe ke keretanya.
"make sure, bila keluar nanti jangan sorang-sorang, kena ngurat!" ujarnya tidak habis-habis.
"aduyaiii~ sudah makDe, jauh sangat kita terbang nanti, takut tak boleh turun" makDe ketawa sebelum berpamitan dan berlalu pergi. Tidak lama makDe berlalu, tuan asben pun balik daripada gym. 

Tengah hari sebaik menghantar Adli dan Arrizqi aku turun depan sekolah kebangsaan, melihat aku berlenggang, kakMidah menegur ku.
"tapau la tu" aku senyum sahaja dan ke kedai makan membeli lauk tengahari, aku mencari Linda sebenarnya, yang ada kakMidah dan Nurul, jadi melepak je la sekejap. Aku balik dahulu apabila mereka bertiga menunggu anak masing-masing keluar pagar sekolah bagi mengurangkan kesesakan.

Menghabiskan masa menggulung daun pokok menunggu waktu Zohor dan keluar semula untuk mengambil Auni pula. Sewaktu menunggu Auni dan Intan balik sekolah berjumpa dengan Mashita, kita berjanji mengambil sabun cuci baju dan sabun cuci pinggan Toyyib, kita pelanggan setianya saban bulan. Pabila Auni dan Intan masuk kereta, kita bertolak ke SK semula temankan Intan cari makan tengah harinya dan hantar Intan balik rumahnya. Tidak mahu ke mana lagi, kita terus pulang ke rumah. Agak cergas dan ceria sedikit, mungkin lepas berurut badan jadi ringan luar biasa.

Petangnya lepak dengan Linda, meluah perasaan berbuku apabila tengah hari tadi hanya dapat berjumpa sekejap sahaja. Melihat anak-anak sudah keluar pagar sekolah, aku menunggu Adli dan Arrizqi dalam kereta, mereka masuk sahaja, kita menuju pasaraya untuk belanja barang dapur. Aku suka dengan mereka berdua ni, I just pilih barang aku mahu, dan menunggu di kaunter untuk bayar sahaja, mereka ambil barang, mereka tolak troli, mereka susun barang, mereka bawa barang. My mrPersonal Assitant, Arrizqi and mrBodyguard, Adli. 

Balik rumah, sebaik sahaja Adli buka booth kereta: 
"kakak, kemas barang ni, abang terus pergi mandi bang" arah Arrizqi kepada Auni dan Adli sedangkan aku masih bergaduh dengan kunci rumah. Auni, our Princess terus punggah barang dagangan sambil Arrizqi menyusun pinggan untuk makan malam. Sambil curhat sambil makan, bila aku ada sekali di meja makan, mereka tidak akan tengok hp. Lepas makan malam, aku mengemas meja dan dapur, Maghrib, Isyak dan mengaji barulah bebas dengan aktiviti masing-masing, hehe~ aku dan Netflix, mereka dan pc games. Begitulah kehidupan, alhamdulillah.




MEMBAWA rumah tangga dan anak-anak adalah tugas BERSAMA-SAMA, hendak masuk SYURGA bukan sorang-sorang. ~ mrAdem, Youcast Podcast Youtube.


- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.

3 comments:

adnil linda said...

Alhamdulillah..tenang je baca entry nie..bagus dak3 dah tahu job masing2...dah lama linda tak berurut juga nie

Mulan said...

Fasa rutin hidup kita akan berubah seiring dengan persekolahan dan pengajian anak2. Rindu zaman diorang di sekolah walaupun penat keluar masuk rumah, ulang alik ke sekolah, pusat tuition + house chores. Moga anak2 kita cemerlang dunia akhirat. Share la tips awet muda ni 😍😍

Ammi said...

terbang tinggi sangat kalau jatuh sakit nanti hahaha