Aku akan mengadu sebaik sahaja dia hantar selfie satu kali, selfie dia tu buat aku semangat hendak memulakan hari. Jadi, masa dia balik hari tu memang tiada tindakan yang diambil kerana pili tu masih elok lagi.
Hari ini, selesai aku hantar daktiga ke sekolah, aku mendobi dan mengemas dapur. Pinggan mangkuk kotor dalam sinki ku basuh, makin lama aku tengok pili sinki ni makin tunduk pula. Oh ada crack dan airnya mengalir. Elok aku hantar gambar crack, pusing lagi sekali eh? dah patah terus sujud menyembah bumi, dengan air terpercik keluar, halaaaaaaahaiiii!
![]() |
crack. |
![]() |
K.O! pai...pai... |
Aku tutup mana-mana pili yang berkaitan bagi air tidak mengalir dan kemaskan sedikit kabinet bawah sinki, kasi rapi supaya mudah tukang paip hendak tukarkan dengan yang baru. Biasanya tuan asben akan buat sendiri nanti, sementara ini marilah kita tapau hari-hari, yeay! Tinggal satu hari je bersekolah, esok hari.
Bila perkakasan di dapur rosak, rasa tidak syok, meskipun aku ni tidaklah terer memasak dan bukan tukang masak tegar, tapi rasa macam tidak lengkap jika tidak ke dapur. Bila bangun pagi, memang dapurlah yang aku akan tuju dahulu.
Aku baru nak bertenang hari ni sebab daktiga sudah berada di sekolah semuanya. Si dakkutip tu pula dok memekak di luar, besen pasir penuh dengan hasil buangan, sabar kejap boleh? aku setelkan satu persatu dahulu sebelum entri ini ku taip. Sekian bebel.
Jadi tuan asben, ini sudah ku adukan sila ambil tindakan segera ya, terima kasih. Sebenarnya, aku dah ready dengan entri lain, tapiii tidak mengapalah enjoy saja, thank you uols!
"Jangan janji sesuatu jika kau tak mampu tunaikan. Jangan mulakan sesuatu jika kau tak mampu nak bertanggungjawab."
11 comments:
Bila satu benda rosak...memang menganggu tugasan harian kan....especially bab air takde...geram je..ni akak baru dapat notis elektrik takde 8 July nanti...itu lambat lagi...xpe la kan...tapi tetap la mengganggu..kesian PZ sensorang kat rumah nanti
Ini terus tersembam dah ni. Memang dah sampai masa kena tukar baru tu. Yeee, dia kalau rosak apa-apa mesti tak syok nak buat kerja memasak kat dapur. Harap tindakan segera akan diambil.
Harap masalah cepat selesai! Terganggu emosi gini
Uncle nak komen tang wall paper tu... Bersemut! Auuummmm
Susah paip dapur rosak ni, takleh basuh pinggan! Time nilah pulak dakkutip bising kat luar tu ye hahaha
Murung sepanjang hari kalau masalah camni. Selamat berkenalan. Baru follow sini.
mmg kalo ada yg rosak kt dapur..kena cpt2 baiki ..kn tergendala keje2 di dapur
MZ pun rasa terganggu emosi kalau ada apa2 yg rosak kat rumah tu..ari tu mentol lampu downlight tu kena tukar sbb padam, syukur mr hubby dh buat --sbb MZ tak reti nak tukar
kak Suria Amanda:
betulla tu. dah kena sediakan air stantby tu kak.
sis Aphizha, Cuya, Mznimnwr, mamaTisya, Mama Zharfan :
begitulah kehidupan, kita kena bangkit! - eh tiber.
kita tunggu yg bertanggungjawab balik.
uncle gedek:
sejak bila semut bunyi harimau ni? dasat tau.
sis Roziah @ Cie:
salam perkenalan. terima kasih follow kita.
Bila ada benda yg tak berada dlm keadaan baik pasti aktiviti harian pun terganggu.. bahaya kalau dah teruk macam tu .
Time Traveller:
betulla tu, bahaya nak dekat dgn dapur, daktiga ni masuk habis banjir dapur dibuat main jadi air pancut.
Post a Comment