Tuesday, 3 June 2025

Balik Johor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kita memulakan perjalanan sebaik sahaja mengucapkan selamat berjumpa lagi selepas naik cuti dengan izin ALLAH kepada sembilan ekor dakutip di dalam sangkar, ada yang mengiau, ada yang termenung, ada yang tidak memperdulikan langsung keadaan sekeliling, ada yang bergumpal bersama dan ada yang masih berdengkur. Say goodbye to fish too, annyeong gheseyyo! dan tayar pun bergolek dengan iringan doa-doa agar dlilindungi sepanjang perjalanan.

Perjalanan kali ini, tidak singgah Melaka, kita terus menuju rumah tokmamapapa kerana kita akan ke Melaka pada cuti AidilAdha nanti. Ini bermakna, aku menyimpan 21hari rindu kepada tuan asben, sabar Syasya, sedikit hari sahaja lagi. Ku simpan rindu yang bertakhta di hati, aaagittu!

Perjalanan lancar sahaja, aku mengisi minyak penuh tangki dan tuan asben telah pun menambah nilai touch and go minggu dia pulang hari itu cukup untuk pergi dan pulang Johor. Alhamdulillah. Aku suka memulakan perjalanan awal pagi. Rasa masa tu akan jadi lebih panjang, tambahan aku tidak boleh tidur, waktu pagi aku adalah waktu paling terbaik untuk aku berkerja kerana tenaga masih banyak.

Aku hanya bertemankan Kopi Ala Kazim dan gula-gula, lapar gila tapi daktiga, enak betul tidur memeluk bantal sedangkan beg bekalan di tempat kaki mrPA, Arrizqi. Merentasi daerah-daerah Negeri Sembilan dan hujan turun sewaktu di Melaka, kita jumpa nanti Jasin Merlimau, kita tumpang lalu dulu. Masuk sempadan Johor, cuaca kembali terang, syukur segala pujian hanya bagi ALLAH. Kita berhenti di hentian Machap untuk shopping, aku teringin betull nak makan kerepek kacang dhal, aaaa sedapnya. Arrizqi turun menemankan aku ke tandas, dia hendak cari air minuman sekali. Kembali menyambung perjalanan dengan mengunyah kerepek kacang dhal.

Tokmama menghantar wA agar tidak membeli makan tengah hari, beli hanya untuk kita berempat sahaja kerana dia baru balik kenduri dan bawa nasi berkat. Sebelum sampai rumah tokmama, kita makan tengah hari dahulu di kedai makan Citarasa Thailand, gitulah kot. Kedai makan teman tokmama, makPah. Aku teringin makan sardin tapi biasalah bila tengok banyaknya pilihan lauk akhirnya memilih asam pedas ikan pari sahaja, eh Arrizqi pun sama. 

Melihat aku mengatur daktiga staff bertanya kepada Arrizqi dan Adli sewaktu mereka berdua mengambil nasi.
"kakak ke?" dia sepertinya konpius. Aduhaiii sudah tengah tahun 2025.
"taklah, emak. Kakak yang tu!" Arrizqi menunjuk kepada Auni berdiri berdekatan sedang berfikir hendak duduk di meja mana satu.
"emaknya nampak muda betul, umur berapa?" staff bertanya aku pula sebaik aku selesai membelek lauk di tray hidangan.
"41, kita anak mama la. mama Saloma, mesti kenalkan?" aku memperkenalkan diri. Staff menatap mukaku sambil berfikir.
"ooo, kenal-kenal. Nak minum air apa?" mestila kenal, mama Saloma tu one and only semua orang disuruh panggil dirinya mama.

Selepas makan tengah hari, singgah mengisi minyak dahulu dan terus ke rumah tokmamapapa. Aku mau qadha tidur. Kami sampai di rumah tokmamapapa tepat jam 2petang. Alhamdulillah.

Untuk tatapan tuan asben/abie

kemain syoknya.

Sampai.

Makan.

Makan malam dibelanja tokpapa.

teman tokmama/mama shopping barang dapo.
outfit tokmama bagi on the spot dipakai, ahaaah!

jalan-jalan shopping di 7E cafe.
tokmama mengadu pada tokpapa ada jual pisang satu biji rm6.


Aktiviti rumah tokmamapapa, sememangnya main game, layan drama, mengunyah, shopee(ing) dan memunggah baju dalam kabinet. Kita sama-sama get ready untuk menu AidilAdha dan berkemas untuk pulang semula ke Selangor.

12 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

alhamdullilah selamat sampai kedestinasi & belated birthday to tokki

Aphizha said...

Seronok tu dapat balik kampung lama-lama. Alhamdulillah selamat sampai dan perjalanan lancar. Bagus balik awal pagi, dapat spend masa selebihnya di kampung kan. Memang nampak muda mamanya pun. Balik kampung dapat juga meraikan birthday tokpapa dan spend masa bersama. Enjoy duduk kampung.

uncle gedek said...

Mana aci... yang lain semua tido dalam kereta! hhehehe

ch@ said...

AMIIZAA@Mieja:
aaa (dibaca panjang lagi dgn teruja), long time no see you. thank you datang sini.

sis Aphizha:
alhamdulillah, kita selalu ingat perkara baik Allah bantu, InShaaAllah.

uncle gedek:
beginilah selalunya. bila tuan asben yg drive, i do the same. hahaaa! tido dlm kereta adalah syurga buat emak.

Suria Amanda said...

Akak hari2 tido dalam keta hahaha...hujung bulan ni nak balik JB nak tengok anak bertuah tu...

Salina@IbuAqil said...

Dah lama rasanya kami tak berjalan jauh. Asyik² jalannya dlm Ipoh ni saja. Cemuih!!!

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Kakak masih nampak muda, Krn anak dah 3 dan besar2. Jadi macam tak percaya mama nya muda terlihat 😄👍👍.

Senangnya road trip. Saya paliiiing suka kalo ada kesempatan road trip. Apalagi jauh. Tapi bukan sayalah yg drive. Saya yg bawa, tak sampai yg ada. Siput pun menang 🤣

ch@ said...

kakak SA:
ahaha, u ada driver sista. me too, jika asben yg drive mmg kita tidur saja.

IbuAqil:
sekian lama di rumah saja ni, alih-alih kena drive sendiri balik Johor. adeih!

fanny Nila:
bila semua dah besar, alhamdulillah mudah. boleh jadi member borak sepatutnya. tak sabar nak soh dorang ambil lesen memandu, ahaha! mak nak rest kat sebelah.

Ezna Khalili said...

Cantik la gambar belon first tu....dalam belon ada belon. Oh atlet rupanya....

ch@ said...

kak Ezna Khalili:
akak salah entri ni, tapi takpe.
di rumah kita ada satu belon tu, dapat as gift masa beday tempoh hari. susah pula hendak menyimpannya.

Mama Zharfan said...

bestnya balik kg lah kan tu!

ch@ said...

Mama Zharfan:
yes, balik kampung! pandai MZ.