Friday, 14 February 2025

ARRIZQI KE SEKOLAH: Daftar Tingkatan 1.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku rasa macam baru lagi mendaftar anak masuk tingkatan satu, hari ini kena bawa mendaftar lagi. Kwenchana, aku suka sahaja boleh ketemu sama teman-teman. Aku sudah menyiapkan kelengkapan awal-awal lagi, kelas Arrizqi juga sudah diketahui, surat menyatakan hari pendaftaran beserta butirannya juga telah lengkap disediakan, persediaan awal jadi tidak kalut, ayuh kita.

Baru berangan hendak parking di dalam kawasan sekolah, eh berbaris pula pak guard depan pagar siap dengan isyarat tangan menyuruh parking di luar pagar sekolah, cet. Aku sudah nampak kereta kakHamidah, orangnya juga sudah turun berbual dengan kakAzy, masing-masing bawa setiausaha dan bodyguard, darjah enam yang lepas anak kamikan berada dalam kelas yang sama. Kali ini Arrizqi hanya satu kelas dengan Adam.

Aku bertemu dengan Nurul, dia membantu aku mengesahkan semua sijil Arrizqi, anaknya Amni tidak sekelas dengan Arrizqi cuma pernah sekelas sewaktu mereka darjah empat dahulu. Aku suka betul berborak dengan soft spoken ni, lembut je. Kenal dengan dia sewaktu menunggu anak sulong masing-masing balik sekolah juga, Amni dan Arrizqi pernah bermain bersama. Rupanya lagi, dia ialah senior masa aku belajar dahulu, hahahaaa. Kami satu tempat belajar rupanya, ILPKL.

Disebabkan hari ini Jumaat maka guru besar tidak berucap panjang, majlis perlu tamat sebelum solat Jumaat. Pelajar baru beratur mengikut kelas, Arrizqi dihujung sebelah sana. Aku berbual dengan kakHamidah dan Nurul, kakAzy dibelakangku bersama dua orang lagi anaknya. Sekejap tergelak, sekejap mengeluh, sekejap membalas wA sehingga baris dibubarkan untuk penyerahan fail peribadi di kelas masing-masing.

Aku dengan Nurul jadi terpinga-pinga, kami sudah ketinggalan barisan anak-anak menuju ke kelas, kakAzy mewakilkan anaknya yang seorang lagi untuk temankan Adam, aku dan Nurul kena pergi sendiri. KakHamidah sudah hilang di barisan lain, anaknya tidak sama dengan kitorang. Tergelak-gelak aku dengan Nurul, sudah macam kembar berjalan berdua, bertanya cikgu, bertanya pengawas. Sudahlah baju kami sama tema warnanya. Akhirnya tiba juga di kelas Arrizqi dan Amni yang bersebelahan sahaja.

Kami beratur di koridor kelas, depan dan belakang ku perempuan India, ajomla kita jadi peramah. Sian dak pengawas yang menjaga barisan kelas Arrizqi ini tegak sahaja berdirinya memberi nombor giliran kepada ibu bapa. Aku berbual dengan India di belakang ku, anak sulongnya di tingkatan satu, sama juga yang di hadapan, anak tunggalnya di tingkatan satu, keduanya perempuan. Sesekali aku mengusik pengawas bernama Nur Aisyah, senyum sahaja. Selebihnya aku berborak dengan kakAzy, eh boleh pula dia naik melawat kawasan, hahahaaa!

Berjumpa dengan guru kelas Arrizqi, Cikgu Munirah comel sahaja. Akulah dengan failnya, dengan kena tulis nama pula, dengan nak keluarkan wang tunai, eh sabar jap cikgu.
"ramai ye pelanggan hari ini?" aku tidak faham maksud pertanyaannya itu, ketawa sahaja sambil menyuruh seorang lagi pengawas mengirakan jumlah wang yang perlu di bayar.
"saya bayar yang RM18.50 tu je, selebihnya naik sekolah nanti." aku menjawab nada ramah. Aku nerves.
"ini emak ke kakak?" Cikgu Munirah memandang aku, aku pandang dia semula, 
"eh, emaklah. emak" aku menjawab sambil mengingat nombor telefon sendiri.
"nampak muda sangat!" serunya lagi, alahaiii cikgu usahlah buat daku terbang. Sudah tahun 2025 ni, segan aku jadinya. Entah apa reaksinya jika dia tahu aku ada anak tiga yang bersekolah sama. Biar dulu, tenang-tenang.
"boleh saya tengok fail?" tanyanya.
"oh silakan" Cikgu Munirah terus mengambil fail peribadi Arrizqi sebaik sahaja melihat semua dokumen telah ada. Aku membawa Arrizqi pulang bersama, bertemu dengan kakAzy lagi:
"setel dah Sya?"
"selesai, kita jumpa naik sekolah nanti kakAzy, see you.....  errrr" aku tengah nak naikkan skirt dek labuh terpijak, dengan beg lagi kakAzy ni pun menyuruh otakku bekerja time begini.
"see you soon Sya, see you soon" ulang kakAzy berkali-kali.
"ok, see you soon!" kecoh tui dua orang ni, dua tiga orang sedang menunggu memandang sahaja. Turun tangga, berjumpa dengan Mustaqim, sewaktu darjah satu dulu dia lebih sayang aku banding ibunya, Masni. Adiknya Mawar juga amat suka datang ke rumahku. Syazril bersamanya juga menegur aku.
"acik, eh adik Adli dah tingkatan satu?" mereka kawan-kawan setingkatan Adli. Memang baik ramah dengan aku. Hendak keluar pagar, bertemu pula dengan Ryan Nafis, kawan Adli juga pantang nampak kelibat emak Adli, Ryan dan seyuman manisnya. 
"Adli mana cik?" tanyanya.
"anak bertuah itu, ada di rumah la. Kita daftar adiknya hari ni." sempat aku berbalas senyum dengan emak Ryan Nafis. Dia hendak membeli buku sekolah. Kawan-kawan daktiga ini bila jumpa dengan aku, macam kawan-kawan dibuatnya, yang menghairankan aku tidak pula mereka menegur teman-temanku yang lain yang merupakan emak kawan-kawannya juga, why me? aku pernah tanya daktiga. Dorang kata, umie sporting, lepas tu dorang taktahu nak panggil apa, panggil makcik macam tak sesuai. LAH!

Arrizqi tidak mahu ke mana-mana, maka kami terus pulang ke rumah sahaja, mengemas lebih kurang dan aku sambung tidur, mataku sungguh mengantuk. Aku overthinking malam tadi, memang begitu jika jadual tidak sama seperti biasa. Sekian cerita di hari Jumaat penuh berkah ini, salam Nisfu Syaaban. Alhamdulillah.

Arrizqi tingkatan satu.

Banyak sama dengan Auni.

Jom balik.

Nurul, senior satu tempat belajar.

Arrizqi darjah satu.
 
Arrizqi satu tahun. Comelnya!

8 comments:

Bola Katok said...

Selamat memasuki alam remaja. 😁

Cuya said...

Ya lah... akak nampak muda! Banyak makan sayur ke? hehehe

uncle gedek said...

Belanja la foto Cikgu Munirah yg comel tu... (bisik)

ch@ said...

Emak juga semakin menua.

ch@ said...

saya bukan rabbit, hahaaa.

ch@ said...

Aunty kirim salam pada uncle.

Ezna Khalili said...

Oh dah ada orientasinya. Kalau Tingkatan 1 ok la dah boleh berdikari.

Cuya said...

*Utusan Diraja*

Kehadapan tuan hamba,
Beta , Permaisuri Cuya Wal Kelapa menjemput tuan hamba untuk
hadirkan diri ke majlis giveaway beta yang sedang berlangsung.
Kedatangan tuan hamba sangatlah beta nantikan. Ayuh, ke teratak beta.
Beta menanti!

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html