Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ok, Jumaat lepas entry jiwa kacau. Lupakan-lupakan. Hari ini, Rabu sudah pun tiba malam 10 terakhir Ramadhan, sekejapan masa berlalu.
Sabtu lepas, aku menyiapkan tugasan pengurus rumah tangga seperti biasa. Membersih rumah, menyusun atur semua dan clear dengan harapan si dia membawa kami ke IKEA, sudah hantar permohonan daripada minggu lepas lagi. Hrmmm...aku hanya mampu mengeluh apabila tiada IKEA. Muka, jangan kata sudah cemberut macam cencorot. Hodoh benar rasanya.
Tidak boleh aku yang mengajak, tangtangtangtu la abi dijangkiti demam. Demam sebab isteri mengajak pergi IKEA. Sabar je la. Tapi, disebalik tidak pergi IKEA tu aku belajar sesuatu. Memandu ke kedai bersama Auni, muehehe. Best juga, merewang dengan minah tu, mendengar dia potpetpotpet, kasihan Adli aku tinggal macam tu je dengan tangisan. Rasa hendak bawa juga tapiii, aku belum berani lagilah.
Ahad, aku memandu sekali lagi, kali ni malam. Hantar abi pergi klinik. Woahahaa, syabas untuk diri sendiri. Kali pertama dalam sejarah. Ngeee...best juga, dapat bersiar memalam minggu walaupun sesat barat menuju klinik. Lantakla orang lain sudah lali rutin begini, bagi aku ianya baru permulaan.
Isnin, akhirnya...dapat juga merasa berbuka puasa di luar rumah bersama team PERKEP, ikut kawan satu tempat kerja abi. Haruslah aku gembira pasal dapat keluar daripada rumah. Memang la best berbuka di rumah, masakan hendak dalam rumah sahaja. Bagi aku yang tempat kerjanya di rumah, mestila bosan. Bagi mereka yang berkerja of kos la suka berbuka di rumah sebab dah lelah seharian di opis.
Memangla best berbuka di rumah, aku pun perlukan juga kawan-kawan bercakap, perlukan juga ruang untuk aku bersosial dengan kawan-kawan yang masih ada, masakan hanya hendak berbual di laman sosial semata-mata. Memangla best berbuka di rumah, orang yang hari-hari berkerja juga suka apabila menghabiskan masa bersama anak-anak bila ada ruang masa, bagi aku yang di rumah ni, masakan hanya di rumah sahaja, aku perlukan juga udara luar daripada rumah.
Bagi aku yang sudah merasa bagaimana berkerja dan merasa bagaimana duduk di rumah, sudah tentu-tentulah semuanya masih baru bagi aku. Tahun ini tahun pertama aku berpuasa bergelar pengurus rumah tangga, sudah tentu aku akan membezakan dengan zaman aku makan gaji dahulu. Gelaran kita sama cuma kisah dan perasaan kita belum tentu sama.
Suka tengok anak-anak dibelakang tu.
Dorang kata, empat sebelah kanan ialah duta Maajun Anggun Bistari. Anggunkan kami? Ye, termasuklah aku, muehehe. Kaki aku macam ranting kayu je.
Well, aku pakaikan oren untuk askar bertiga tu, aku macam biasa kena adil sama dengan abi, sama dengan anak-anak. Mudah untuk cari mereka sekiranya tidak duduk diam. So far, alhamdulillah. Semua orang jadi kagum dengan mereka bertiga yang baik-baik sahaja. Adli diam dan makan, Auni diam dan main game, Arrizqi diam dan tidur. Waktu sudah makan pun, mereka masih juga baik ikut siapa sahaja yang sudi menjaganya. Aku dapat makan dengan tenang. Abi dapat makan dengan tenang dengan sedikit demam bersisa.
Tinggalkan mereka diruang pentas, mereka lekas sahaja berkawan. Baik Auni, baik Adli. Arrizqi pun diam sahaja malah suaranya langsung tidak kedengaran. Aku? macam biasalah dapat jumpa kawan setahun sekali macam-macam cerita la. Tahun lepas aku joint dengan tiba-tiba mengandungkan Arrizqi. Tahun ini, tiada lagi kisah pregnant tiba-tiba. Kami berbuka di Kampung Pengantin, dengan menu nasi Arab melayu, sedap.
Selasa, jam sudah menghampiri 11 malam, bawa Arrizqi ke klinik sebab sakit mata. Huh, aku sudah menguap berkali-kali, abi ajak juga pergi sebab Arrizqi takut sungguh hendak buka matanya.Woah! doktor tu memang sempoi, gila-gila. Dia terus bagi ubat cecair dan titis di mata, alhamdulillah hari ini beransur sihat budak aktif tu.
Tu belah kanan, budak sakit mata. Meligat tetaplah meligat. Mentanglah sudah dapat kaki, suka.
Rabu, aku gigih buat biskut makan sendiri untuk anak-anak. Hujung minggu lepas tidak keluar belanja, jadi menggigih juga la emak ni kan. Ok, sekian sahaja update untuk seminggu. Hadoiii. Jumpa lagi lain episod. Buka posa sorang-sorang balik semula, sabo je la.
Biskut mentega (atas) dan biskut milo ciptaan sendiri.
Selamat menyambut Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin kepada semua. Kasi wish awal, tatau bila dapat update bloghijau lagi. Jaga diri dan berhati-hati semasa beraya. Sayang semua daripada: Aku, Abi dan Askar tiga.