Friday, 29 March 2013

Stoberi coklat.

# Yummy!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hah, macam manala berat tidak naik, semedang makan crepe ni, isklaaa. KakNida ni pula, saja je menggodakan? Hihiks. Kali pertama makan perisa stoberi coklat ni, warna kulit pun jadi merah gittu.

Luar pun sudah comel, rasanya sudah tentulah yummy-yummy-yummy. Aku bukan penggemar stoberi tetapi masih juga boleh go on dengan crepe perisa ini. Order sekali dengan oreo crepe yang sering menjadi igauan tekak dan perut.

Satu stoberi coklat crepe dan satu oreo crepe bersamaan dengan empat kotak dimana satu set crepe mempunyai enam pieces yang berharga RM20 tambah kos penghantaran RM5. (1set = RM10 = 6pcs) Hrrrmmmm...mana aku tak gila. Bukan cukup makan satu kotak saja. Hihii.

Walaupun wall facebook aku penuh dengan promosi krim kurus, jus kurus, lotion kurus, susu kurus, pil kurus, aku? Makan-makan-makan dan makan. Hasilnya, naik 3kg ngam-ngam 50kg. Hahaaa...pakai peplum cover dengan dukung Arrizqi, cover Premium Beautiful rugila beli tapi tidak dipakaikan? Kihkihkih.

Tidak mengapa kot gebu sikit, hari-hari pun aku buat kerja rumah aku anggap bersenam apatah lagi turun naik tangga yang tidak terhitung berapa kali sehari. Belum masuk cuci dua bilik air, mop lantai tingkat atas dan bawah dan mengemas rumah daripada semua sudut ;) Seriusly, buat kerja rumah lebih banyak peluh aku keluar, kalori yang terbakar tu aku tidak tahu.

Sedap tau bila sentuh part makan ni, lagi anak-anak-anak semakin membesar, meriah dapur aku rasa. Berasap je walaupun mood masak swing-swing. Simple pun simple la janji makan. Tidak masuk lagi kudap-kudap. Manalah berat tidak bertambahkan, saingan makan ramai.

Nota hijau: Bila baju sudah tidak muat, yahoo beli baju baru ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 28 March 2013

Soft and simple.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kali pertama tengok header, argh! jatuh tangga.
Kali pertama tengok font sketch sebelah gambar header tu, argh! jatuh kasih.
Kali pertama tengok keseluruhan sketch blog, argh! kepala otak dia macam ada link. Tahu saja apa yang aku suka.
Kali pertama tengok blog betul-betul habis install, ok-ok-ok aku sangat suka.

Walaupun,

Banyak kali berlaku peperangan kotak bualan FB.
Banyak kali berlaku insiden kekecik hati.
Banyak kali menegakkan pendapat masing-masing.

Tetapi,

Hasilnya, sungguh aku suka. Simple seperti wordpress, soft seperti orang yang menghasilkannya.
Hasilnya, tetap membuatkan aku sudah boleh tidur lena kerana sudah ada header.
Hasilnya, masih lagi sama-sama-sama dengan apa yang aku bayangkan. Thats me.

Terima kasih sekali lagi kepada Sha Whitey Mommy, sentuhan emas masih berbisa. Hihiks.
Cukup ke maklumat? tidak? hahaaa... just one more click go to Whitey Mommy blog.

Nota hijau: Jangan bertambah lagi sudah. Pengsan. Mood: Saya sayang blog saya. Hahaaa. Dah, gi sidai baju.

Wednesday, 27 March 2013

Arrizqi 5th month.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru sudah mop lantai, cuci bilik air, kemas bilik selepas abi selongkar memburu anai-anai. Jap lagi masak pulak, sambil rest take time kejap. Abaikan header blog yang tiada tu, masih dalam operasi membaikpulih. Adoiii.

Hari sudah pun masuk pertengahan minggu, esok lusa sudah jumpa hujung minggu semula. Time to running fast as runningman. Hahaa. So, semalam kali pertama memandu waja selepas bersalinkan Arrizqi, pergi bawa 'adik baby' checkup untuk 5 bulan. So far, so good graf tumbersaran menaik seperti biasa.

Kesian mamat tu kena mandi air awal pagi, mujurla tidak banyak ragamnya. Disebabkan Arrizqi sangat aktif meniarap-terlentang-meniarap-terlentang tidak kira atas katil, atas lantai, atas kerusi, atas badan emak, maka aku letakkan dia dalam baby car-seat, cikSu dia punya. Harta turun temurun daripada cikSu, Alisha (sepupu), Auni, Adli dan Arrizqi. Berapa generasi tu? Hikhik.

Termangu-mangu jugala diakan, aku pun macam pemandu baru gamaknya sebab bawa waja. Belum lagi masuk petak parking, terhegeh-hegeh janji jangan langgar orang, tiang atau kereta orang lain sudah. So mendaftar macam biasa, menunggu-menunggu-menunggu dan menunggu sambil memerhatikan telatah orang lain. Kepala Arrizqi jangan katalah, kejap toleh kanan, kejap toleh kiri, kejap terkebil-kebil buat aku yang memangku pun jadi gelihati. Belum pun masuk bilik pemeriksaan, dia sudah lelap. Hahaa.

Berat 6.6kg, naik sikit daripada bulan lepas hanya 6.2kg. Okla tu. Slim macam emak (buek!!!) so, aku pun dah suap puri bubur nasi kosong. Haaa, berebut dengan Adli. Suap Arrizqi, suap Adli. Banyak juga dia makan, tanpa muntah. Suka dan ceria dapat makan. Bila jumpa nurse, nurse suruh bagi umur 6 bulan. Esok lusa je sudah masuk 6 bulan. Hohooo. Aku bagi sehari sekali je. Waktu tengah hari. Selangkan dengan puri lobak merah. Yummy-yummy.

Balik rumah bertempior masak tengah hari pula sebelum Adli dan Auni bangun. Dorang tinggal dengan abi waktu aku pergian ke klinik bersama Arrizqi. Auni teruja bangun awal, nak mandi semua berfikir aku akan bawanya, ooohhh! tidak. Aku tidak pandai. Walaupun aku tahu Auni dah pandai bawa diri. So aku tinggalkan dia dengan kartun, bila balik dia bergelimpangan tidur celah abi. Hahaa.

 Love to do this.

 Kali pertama makan.

Abang Adli sangat busy.

So, cukup je la entry ni. Semoga kawan-kawan dapat pengajaran daripadanya ya. Daaa.

Nota hijau: Phew...jadual kerja bersusun lagi ni. 

Monday, 25 March 2013

Camwore.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku taktau makna sebenar tajuk tu, just ikut orang saja, hahaa. So Isnin ni entry ringan-ringan sahaja sebab kemalasan otak hendak menyusun ayat terbaik. Monday blues. Lagi-lagi dikacau oleh Adli yang sedang menanti emak habis menaip. Sabar je la.

Camwore dalam kereta on the way balik dari Bdr. Tenggara ke Sg. Buloh. Long journey membuatkan rasa kebosanan tahap maksima selain aku bantai tidur sahaja. Hahaa. Macam biasa Adli di depan sebelah abi, aku, Arrizqi dan Auni di bangku belakang. Ikut mood juga Adli tu, kekadang semua dibelakang meninggalkan abi ala-ala driver. Maafkan kami abi.

Auni, kehendaknya kena dipenuhi untuk duduk diam dalam kereta.

Adli, most important perlu ada ialah bantal busuk.

Arrizqi, setakat ini hanya memantau keadaan.

Penumpang setia tempat duduk belakang. Senang untuk aku buat susu.

Bila Adli datang menyempit sama. Penuh.

Kadang-kadang jadi pelik juga, best sangat ke aku sampaikan semua berebut hendak duduk atas pangku. Walhal tempat duduk paling selesa aku sudah sediakan sampaikan aku duduk terselit di lantai kaki, sanggup demi tidak mahu tengok keadaan tegang.

Perjalanan yang jauh perlukan keselesaan. Sangat penat bila tengok Auni dan Adli kejap dihadapan, kejap di belakang membuatkan temperature aku dan abi naik tinggi. Hahaa.

Setakat ini aku memang lebih suka duduk dibelakang sebab beg susu ada di kaki Auni, bila-bila sahaja mudah untuk bancuh menggunakan skill-skill yang ada. Lagipun, mudah mengendalikan mereka sekiranya semua masuk tidur. Adli memang suka duduk dihadapan, sebelah abi sebab bila aku duduk situ dia pun nak juga membuatkan aku mengalah. Tunggu besar esok memang tiadalah peluang hendak duduk depan. Aku ialah co-pilot walaupun selalu ketiduran. Hiks!

Nota hijau: Kejang otot bila dalam kereta lama sangat. Esok tambah lagi seorang, muat lagi waja ni. Hahaaa.

Friday, 22 March 2013

Stylish Auni.

# Fokus pada rambut Auni. Eeeiiii rimas sungguh.
# Ahaaa...kiut tak-kiut tak? KakakAuni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bersua kembali, masih lagi bloggerdroid, tiada laptop bila bercuti di Johor. Baik pula mood untuk update blohghijau ni ek? Setia sungguh. Today, story bout Auni. Ye, seorang kanak-kanak yang masih aktif seantero dunia.

Aktif beraktiviti mahupun bercakap. Waduhaiii bikin kepala pusing saja dengan omongan dia. Bikin panasaran dengan kelasakkan mem'buli' adik. Bila baik dengan adik, baik sangat. Bila geram dengan adik, tanpa ragunya digigit, dicepuk, ditolak si adik tu. Walhal, mainan tu adik yang punya pada awalnya. Isklaaa.

Tanduk aku lekas sahaja tumbuh bila kejadian berlaku depan mata. Sudah mula pandai melaram. Dapat sahaja mencapai benda yang berkedudukan tinggi. Setakat ini, lip ice, maskara dan eyeliner aku sudah ke tong sampah.

Sekali aku jengah elok sahaja Adli menadah kepala kepada kakak yang ber art dengan eyeliner dengan tangan lincah menconteng cadar menggunakan celak. Maskara sudah pun bengkok hujungnya terselit di celah jari kaki. Grrrrr....grrrrr....grrrr....bila aku hendak beli lagi tu kan? Eiii....

Taktik untuk elak dimarah aku ialah mengajak Adli. Bila suasana meriuh tiba-tiba bertukar sunyi, adalah aktivitinya tu. Aku sibuk dengan Arrizqi, mereka berdua main bersama di bilik emak. Main hide and seek dalam almari baju, main bedak, main di bilik air, jumping on the bed dan berinteraksi dengan jiran depan rumah melalui tingkap masterbedroom.

Bila aku sudah marah memang aku tidak bercakap, aku kemas segala mainan kepunyaan dia, simpan di tempat yang memang dia tidak boleh capai langsung. Semua benda berkaitan dengan dia aku sorokkan termasuk juga buat keras bila dia mahukan sesuatu. Emak merajuk. Noktah.

Merajuk emak bukannya lama mana pun, bila kena kiss, bila kena rayu, cairlah. Adoiii! Auni pandai ambil hati. Diakui oleh tokMama dan Acu dia sendiri. Susunan ayat tu bagus sangat sampai orang jadi jatuh sayang balik semula. Auni yang masih aktif luar duga.

Tiba-tiba sahaja hendak mandi dengan tokMama, apalagi zasss-zasss-zasss tokMama tebas rambutnya tanpa sedar. Lega mata aku tengoknya walaupun tidakla sekemas saloon tapi puasla hati. Kalau hari tu mengerbang bak hantu kakLimah yang gulungannya bersimpang siur bila tidak diikat, sekarang jadi rupa kakak-kakak gittu. Ladies sikit. Tidak sikat pun ok saja.

1st time tengok sangatla comel. 2nd time tengok, keluar semula perangai mengalahkan adik-adik. Over manja. Sampai mama aku pun geleng kepala bila dia minta dukung. Isklaaa.

Nota hijau: Habis sudah curl idaman teruna. Hahaa.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 21 March 2013

Jejaka.

# Kawan baik.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ehem...ehem...hiks!. Mengikut struktur lima adik beradik abi daripada emak yang sama ialah, kakAdilla, Aidil, abi, Shahidi dan Amira dimana keluarga kecil aku ini mengikut betul tiga susunan yang pertama, dari segi jantina dan jarak umur. Auni 2009, Adli 2011 dan Arrizqi 2012.

Jika rezki terus dimurahkan, jalan kehidupan semakin mudah, keluarga aku akan bertambah lagi ahlinya, akan tetapi bukan untuk masa yang terdekat, terpantas ini. Bagi aku, mengharungi kehidupan beranak kecil ini merupakan satu perkara yang sungguh memeningkan kepala. Cabarannya sangat luarbiasa dan tabik kepada mereka-mereka yang berjaya meredahnya dengan selamba.

Adli dan Arrizqi merupakan anak lelaki aku setakat ini (macam akan ada lagi je bunyinya), jarak mereka hanya 13 bulan. Seorang bulan September, seorang lagi bulan Oktober. Lepas ni kena aim bersalin bulan Ogos, baru deal. Hahaaa. Cara kelahiran sama, keduanya normal tanpa jahitan, Adli 2.9kg dan dengan jahitan kerana meneran ikut suka suki, Arrizqi 2.3kg.

Tempoh berpantang keduanya, macam biasa sahaja sama seperti orang lain dimana Arrizqi tidak memerlukan persediaan yang mewah berikutan kelahirannya yang tiba-tiba sahaja. Jadi, majoriti pakaiannya adalah milik Adli dan keperluan lain sama sahaja dengan Adli.

Sekarang, Arrizqi membesar bagaikan mengejar Adli. Teruja tengok Adli dan Auni berguling berdua, dia berusaha untuk ikut serta. Gelak besar bila ketawa, menangis bila ditinggal sendirian.

Adli, lincahnya semakin ketara, kecerdikkan luar kotak dewasa. Dia betul-betul sedang menguasai alam sekeliling. Banyak juga perkataan yang dia sudah kuasai, tadaaa, waaah, mama, mak, babai, tata, Allah. Banyak juga perbuatan yang mencuit hati. Takut, bila kena marah. Menangis, bila kena cepuk dengan kakak. Mulutnya, hanya berhenti mengunyah apabila masuk tidur.

Adli hisap jari, Arrizqi hisap puting. Start makan esok aku berusaha untuk tidak gunakan puting lagi. Keduanya perlu tidur atas badan aku sebelum lena di atas tilam. Harus mencari bau aku walaupun sudah ada bantal busuk. Anak lelaki memang manja emakkan? Keduanya tidur sepah sahaja tanpa buai. Sudah dilatih sebegitu sejak kecil lagi.

Syukur, keduanya baik dan sihat seperti juga anak-anak lain membesar. Adli sangat sayangkan Arrizqi, jarang dia mencepuk adiknya. Tidur hendak sama-sama, menyusu hendak sama-sama dan Adli hanya kiss Arrizqi sahaja. Aku pun payah nak dapat kiss daripada Adli. Hahaa. Jeles emak tau.

Sekian sahaja cerita tentang jejaka keluarga aku dimana seorang memang dirancang seorang lagi tidak dirancang. Ihiks.

Nota hijau: Macamnya, Arrizqi geng Adli saja. Ihiks.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 20 March 2013

Kepala [Header].

# Kepala Arrizqi ada cekak kakak Auni sebab kepala kakak dah dipotong rambutnya sedikit tidak seperti  abang Adli yang kepalanya botak di bawah bakul biru. Hehee.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kepala bloghijau sudah hilang. Aku tidak pasti sama ada penglihatan daripada android atau pun ia memang betul-betul tiada. Dan, aku sangat pasti kehilangan header kali ini bersangkut paut dengan 'Opss picasa' yang telah aku jalankan pada minggu lepas. Membuang mana-mana gambar yang langsung tiada kaitan.

Bagaikan tahu-tahu sahaja aku sedang menanti header baru disiapkan, dipasang. Header lama bertindak menghilangkan diri. Hahaa... Dan bagaikan terpanggil Sha WM, my favourite template designer menyapa aku dengan tiba-tiba di ruang bualan FB.

Bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal, daripada order header terus merombak layout. Aku mahu yang lebih simple dan segar. Hijau merupakan warna yang mesti ada. Urlnya pun hijaucantik, rite? Jadi, nantikan hasil tangan my best designer template forever. Selagi dia masih design selagi itulah aku akan mendapatkan hasil seninya. Terima kasih ShaWM.

Nota hijau: Kepala pusing-kepala pusing.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 19 March 2013

Arrizqi [rezeki].

# Arrizqi sudah angkat montot.
# Arrizqi jalan-jalan dengan emak. cucimata.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Melewati usia 5 bulan, hrmmm apa nak taip ye? Hahaaa. Perkembangan Arrizqi sangat pantas buat masa ini, mungkin disebabkan oleh badan yang slim dan sedikit ringan berbanding abang dan kakak.

Aku akan mula memuri sebaik sahaja pulang ke Sungai Buloh. Habis sahaja batch terakhir susu S26Gold, Arrizqi akan diberikan DutchLady sebagaimana kakak dan abang. Jimat belanja.

Awal ini, hanya puri bubur nasi kosong sahaja akan diberikan sebelum aku variasikan peringkat demi peringkat. Sebagaimana Adli, Arrizqi juga akan dibekalkan jadual variasi puri untuk tidak mengulangi puri yang sama.

Semoga Arrizqi membesar dengan sihat sebagaimana abang Adli. InsyaAllah. Syukur sangat Arrizqi is very simple person. Dia seorang yang tidak suka menangis melainkan lambat menunaikan apa yang dikehendaki. Mandi air sejuk pun, tiada hal baginya.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 18 March 2013

Tidak rancang.

# Imam, bakal suri hidup Imam, Reen, aku dan Hanif.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Allah maha besar, Allah maha tahu segalanya. Bersiaran daripada hometown walaupun bukan daerah kelahiran, keseronokkan pulang ke kampung tetap terasa kerana inilah tempat asal daerah yang bertuah. Johor Darul Takzim luaskan kuasamu. Ahaks.

So, rancangan minggu lepas (aktiviti reunion) disambung lagi dengan akiviti mandi manda, katanya. Awal tu memang aku teruja hendak join, well bawa diri sahajalah berikutan, adik and his girlfren also mama boleh jagakan anak-anak. Kuasa Allah, kita hanya merancang.

Pada hari kejadian member-member yang sudah bersemangat tarik diri satu persatu, punya halangan yang tidak dapat dielakkan membuatkan penyertaan untuk mandi manda dibatalkan dan diganti dengan aktiviti ringkas, menghadiri jemputan perkahwinan adik kepada salah seorang kawan juga.

Walaupun hanya tiga orang sahaja, namun kemeriahan usik mengusik tetap menjadikan suasana menjadi lebih riuh. Aku berjalan tanpa anak-anak. Janggal.

Pulang sahaja rumah Hanif, aku dan Reen (dulu masa sekolah, tak sekata pun) mencari kedai, aku hendak beli buah tangan untuk anak-anak. Terima kasih sangat pada Reen, sudi melayan kerenah mak budak ni. Asyaari, yang lebih mesra dengan panggilam Imam, sudahpun dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Dikhabarkan pula seorang kawan, yang pada awalnya memang hendak turut menyertai, jatuh sakit. Aduhai, range umur sekarang sentiasa berwaspada dan perlu menjaga diet makan yang sihat. Sakit datang tidak mengira umur. Hari ini kita suka, esok tidak pula tahu bagaimana. Semoga Hasdi lekas sembuh kerana antara kawan-kawan dia paling maintain dan masih sama dengan alam persekolahan.

Perancangan Allah yang terbaik, tidak terbayang di fikiran jika sama-sama sedang ke aktiviti bermandi-manda. Tiba-tiba kejadian tidak diingini berlaku. Syukur, semuanya berjalan dengan lancar.

Nota hijau: Alamak, patut kisah hari Sabtu dulu. Tidak apalahkan?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 14 March 2013

Aktiviti emak dan anak-anak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rutin emak-emak yang beranak, macam biasalahkan bermula dengan memandikan dorang, memberi susu, menyuap makan, karang beratur mencuci berak, minum susu lagi, makan lagi, tidur dan mandikan balik semula, pejam celik pejam celik sudah malam.

Rasanya, baru sahaja mandikan mereka sebaik sahaja bangun daripada tidur, secara tidak sedar kesibukkan menjadikan aku lupa bahawa masa itu terus bergerak-bergerak-bergerak dan bergerak. Habis satu minggu yang sangat sibuk. Sibuk? Sibuklah, tidur memang tidak lagi 8jam. Asalkan sempat sahaja. Hehee.

Blue and yellow theme.
Arrizqi tu...sudah nampak kelasakkannya.

Hijau dan orencantik.

Apabila mereka baik macam ni, sama-sama melayan tv, sama-sama main, hati aku senang untuk di dapur, lipat pakaian, kemas rumah, mandi dan buat apa sahajalah. Apabila seorang semi seorang buat perangai, hah! emak pun naik hantu la juga. Aku tidak tahu hendak di macam manakan lagi si kakak tu. Perangai suka mencakar adik, suka menggigit adik, suka mencepuk adik membuatkan aku pun hendak buat yang sama pada dia. Mula tu elok sahaja mengajak abang tu main, lepas tu mulalah tamak. Iskla...

Bila dia mencakar tu, aku potong kuku dia sehabis pendek, bila dia menggigit tu, memang aku pulaukan dia sekejap. Dia minta apa-apa pun aku selamba je. Dia dah mengamuk, mencepuk adik-adik, baling-baling, hempas-hempas barang, aku pun jadi singa. Simpan segala dia punya mainan, simpan dia punya handphone, simpan sampai dia tidak jumpa. Hahaa. Susah betul hendak jadi kejam ni. 

Bila sudah reda, elok berbaik dengan adik semula, barulah keluarkan semula. Kadang-kadang tu naik jugala sedas dua, Auni...bukan dia hairan pun kena ngan emak, dia tahu nanti-nanti emak pujuk semula. Panggil je dengan nada-nada manja, umi mesti cair punya. Cis!

Eksplorace.

Sekarang, Adli pun sudah kena denda. Hahaa, nampak innocent tapi ligatnya...kus semangat, pening jugaklah hendak menanganinya. Cuma suhu hendak marah tu, tidak setinggi suhu kemarahan kepada Auni. Macam tidak adilkan? tapi, tengok muka Adli tu alaaaahai, memang tidak sampai hati. Tambah-tambah ingat dia tidak sempat manja sudah beradik pula.

Arrizqi? hah, projek sudah bermula. Sudah mula berkombat, sedar-sedar sudah tersodok bawah kabinet, sedar-sedar sudah turun tilam. Laju betul dia berguling terlentang berguling balik terlentang. InsyaALLAH hujung bulan ni aku akan mula memuri semula. Hihiks. Tidak sabarnya. Memang dengkikan orang yang bawa pinggan, dua perkara dia akan buat ialah, tenung sampai pinggan tu bagai hendak pecah atau men'cicip' mulut bagai anak burung. Adoiii, hah perkembangan paling latest, dia dah mula angkat montot. Huaaaa...

Semoga anak-anak umi terus kekal membesar dengan sihat. Syukur.

Nota hijau: Kena tingkatkan kesabaran. Siap-siap-siap, angkat senjata...baris-baris!
Nota hijau: Aku baru hendak belajar menerima hakikat menjadi surirumah, please jangan samakan dengan mereka yang sudah banyak pengalaman menjadi surirumah. Aku tahu, pembaca juga seorang yang biasa membuat kerja rumah. Ergh!

Tuesday, 12 March 2013

Pujaan hati sudah botak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lama tidak cerita-cerita fasal Adli. Si bujang sulung emak, masih manja. Suka cari pangku emak dan pantang sangat bila emak duduk berdekatan. Tidak duduk berdekatan pun, tahu-tahu sahaja emak berada jauh daripadanya.

Biarlah rumah belum berkemas, lantai belum di mop, sisa biskut masih bertaburan, habuk masih melekatan, Adli ok sahaja, janji ada bantal AngryBird merahnya tu. Aku hendak basuh pun tidak sampai hati, dia memang tidak boleh berenggang langsung. Faham keadaan susah aku semasa berpantangkan Arrizqi, bantal itulah yang menjadi penemannya. Bantal itu dipeluknya ke mana sahaja bila berada dalam rumah, sangat diperlukan ketika hendak lena.

Jadi penuh pangku, sebab aku akan mendodoi Arrizqi di atas kaki yang berlunjur, dan Adli bersama bantal akan duduk dipangkuan. Ikut berdodoi. Jangan ada Auni, dia pun sudah jadi cemburu bila Adli melekat dengan emak, hah tak muat di depan dia bertenggek di belakang. Aduhaiii anak, but its ok boleh meredakan keletihan tulang belikat bila semuanya di pelukan aku.

So berbalik pada Adli, seorang yang tidak dengki kepada orang lain, sayang kakak, sayang adik, sangat sweet bila aku kiss Arrizqi dia pun kiss sambil panggil manja-manja. 

Baru-baru ini, abi mengambil keputusan untuk membotakkan kepalanya. Ihiks, kesian Adli tidak berambut, but he sooooooo cute ok. Berdebar bila hendak tunggu dia masuk rumah sebaik sahaja pulang daripada kedai. Malu-malu kucing dia hendak masuk pintu rumah. Sebaik sahaja melihat dia botak, aku terasa lain macam. Tersentuh rasa melihatkan muka innocentnya tu, sebiji macam rupa budak Shaolin tu. Hahaa.

Adli si pujaan.

Walaupun botak tatap menjadi pojaan hatiku. 

Pertama kali melihat Adli botak depan mata, adoiii. Pilu la sikit, sebab rambut mamat ni je yang lurus macam emak. Eheks.

Nota hijau: Dah mengganas, aktif memanjat.

Monday, 11 March 2013

Pengganti diri.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa hendak buat, kita merancang Allah yang tentukan. Aku mohon dipermudahkan namun halangan juga yang merintangi, jadi kita duduk sahaja di rumah sambil menghitung masa, menghitung rancangan tv yang terbentang depan mata. Muahahaa...Mogok.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan gembira, walaupun aku tiada di sana. Terbayang juga sekiranya diri ini bersama askar semasa perjumpaan lalu. Mesti haru biru, harus huru hara, orang sibuk mengejar markah pin jatuh, aku sah-sah mengejar askar. Ihiks.

Jadi, seronok melihat wajah-wajah yang hadir yang telah di post di facebook. Nyata, perjumpaan semula sememangnya menggembirakan. Ada yang pernah jumpa beberapa tahun lepas, ada yang baru sahaja berjumpa semula sejak meninggalkan sekolah, ada yang selalu juga berjumpa dan ada juga yang berkerja di bawah satu bumbung yang sama.

Apa hendak buat, Allah mengaturkan rancangan sebaik-baiknya, kena terima walaupun hati amat sakit dan terluka dengan kesibukkan orang sekeliling. Kena terima bahawa kita tidak lagi berkerja sebagaimana mereka dan tidak merasai kesibukkan itu, kena juga terima bahawa pengorbanan yang kita buat belum lagi membuatkan mereka buka mata. 

Sedangkan diri sendiri pun sukar untuk menerima hakikat, apatah lagi orang lain yang menganggap kerjaya mengurus rumahtangga hanyalah kerja yang sangat mudah. Mudah? Mudah ke? Mudahla sangatkan. Ok dah termasuk part emo ni, so pusing balik-pusing balik. Oleh kerana aku tidak menghadirkan diri, sempat juga aku siapkan penanda buku yang tidak seberapa untuk mereka yang menghadirkan diri. Pos sahaja.

Maaf ye kawan-kawan, kita tidak berjodoh untuk jumpa pada perjumpaan kali ini.


 Bayangkan kejap, kalau aku ada dalam gambar. Hahaaa...
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, SPM-2001.

Belum ready sangat.

 Buatan tangan sepenuhnya. 

Nota hijau: Belum membuat kajian untuk mengenakan harga. Dengar kata, buatan tangan ni berharga. Yerk? Boleh cadang?

Friday, 8 March 2013

Macam kawan lama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Makcik tidak jadi pulang ke kampung maknanya makcik tidak pergi ke majlis perjumpaan semula kawan-kawan sekolah makcik, dan maknanya lagi makcik terpaksa menghantar cenderahati melalui pos sahaja. Ampunkan makcik anak-anak. Hihiii.

Selamat hari wanita untuk semua wanita di luar sana. Terasa diriku begitu berharga, makanya kita reward dengan makan Oreo Crepe. Hahaa... Walaupun musim crepe telah berlalu, tetapi aku tetap makan juga bukan Durian Crepe tetapi Oreo Crepe.

Kali ni order dua set Oreo. Ini paling tip-top, rangup dan mabeles. Aku order dengan kakNida, sudah jadi regular customer. Rumah aku pun senang dicarinya, asal hendak ke KL, ringan sahaja mulutnya bertanya aku hendak crepe atau tidak. Sangat terharu ok. Nanti dia akan singgah menghantar sambil kita berbual mesra. Hihiks...

Aku belum lagi merasa crepe orang lain, aku diperkenalkan dengan kakNida pun melalui seorang kawan sekolah dahulu. Terima kasih Oja Nasir. Jika tidak sampai ke hari ini tidak merasa Durian Crepe. Jadi barang siapa yang malas seperti aku untuk crepe boleh order dengan tuan punya badan. [Nida Ulhasanah]

Bila kakNida datang, Auni Adli suka betul bergayut di pintu pagar, emak pun malas nak buka. Urusan jual beli berlaku dengan pagar yang tertutup. Hahaa, melampau betul akukan? but kakNida ok sahaja. Orangnya comel je macam aku, muahahaaa... aku rasa, aku dengan dia comel lagi dia. Beranak dua, disayangi suami dan anak-anak sebab anaknya hero semua. Hihiks.

 Sekali order 2set. Rezki lebih kali ni.

 Rangup sangat dalamnya. Rasanya balance, manis, tawar, lemak.

Crepe tu bantalkan? Ini bantal emak. Hihiii...
Dalam ramai-ramai ni, mesti ada seorang yang gila-gila perangainya. Merujuk pada Auni.

Alhamdulillah dapat juga merasa. So aku sudah rasa Durian Crepe, Milo Crepe, Oreo Crepe dan Mangga Crepe. 1st mestilah Durian Crepe. Hahaaa...

Nota hijau: Mudah-mudahan sampai cenderahati makcik ni.

Wednesday, 6 March 2013

Arrizqi VS Deena.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Uish! semalam tiada entry, diserang sakit kepala kaw-kaw-kaw punya. Lagipun sibuk sikit minggu ni, mau pulang ke kampung. Yippi-yippi-yippi...

Ahaks, so tiada cerita sangat sebab aku buat aktiviti biasa juga, kerja surirumah yang semua isteri-isteri lakukan. Jom layan gambar budak kecil yang semakin mengeksplore.

 Arrizqi.

Deena.

 Arrizqi.

Deena.

Profile:
Arrizqi
Born: 15th October 2013.
Time: 1850

Deena
Born: 1st November 2013.
Time: 1025

Nota hijau: Ihiks...Bila mau jumpa ini makwe, hahaaa. Emak kawan baik, anak? tunggu la ye. Hehee. Thanks mama2D.

Monday, 4 March 2013

Misi hampir lengkap.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hihiii, pening dapat emak macam aku ni, kecoh. Satu dunia hendak diberitau. Hahaa. Auni, berjaya membuang di dalam tandas. Tandas duduk. Dalam pada aku mikir bagaimana jalan terbaik untuk melatih membuang di tandas, syukur. Tidak susah mana pun. 

Awalnya, aku macam hendak putus asa juga mikir anak orang lain sudah berjaya free drypes, ok cuba-cuba-cuba, sekali terkencing di dapur, sekali di sliding door, sekali di ampaian dan sekali di sofa. Sepanjang siang tanpa pampers, memang meletihkan bila seluar bajunya basah. Phew! Aku percaya, usaha tangga kejayaan. 

"Umiii, nak kencing kat bilik air" ayat pertama yang buat aku rasa kembang hati. Ok, lekas buka seluar semua di luar supaya tidak basah.
"Umiii, tengok-tengok ia kuar-ia kuar umi" Auni yang sangat teruja. Hihiii, aku bercekak pinggang di pintu.
"Sampai habis Auni, jangan tahan-tahan" aku berkata sambil memerhati dia sedang menyembur air. Selepas tu ajar mencuci pula. 
"Takpe, tak payah cucila umi" nadanya perlahan. 
"Eh, nanti busuklah kalau tidak cuci, nanti semut datang gigit, mau?" 
"Hmmmm..." dia mengeluh sambil cuci. Pandai pula cuci tangan kiri. Hihiii.

Ok, sudah berjaya satu part. Aku mikir lagi, macam mana hendak ajar dia membuang pula. Sebab, dia membuang dalam seluar, dua kali dalam bilik. Pening-pening-pening...akhirnya.

"Umiii, Auni nak yak kat bilik air" sambil berlari dan membuka seluar kecil. Tergesa-gesa.
"Hah, pergi-pergi, buka lampu dulu...hati-hati panjat tu. Hati-hati tandas tu tinggi" aku sambil ikut belakang.
"Ok tak?" tanya aku melihat dia berdiri atas baldi terlungkup. Mencari posisi untuk duduk di mangkuk tandas dewasa, kesian Auni. Sambil dia peluk aku, dia membuang.
"Oooo, ia keluar umi-ia keluar semua" katanya sambil gelak-gelak, teruja lagi. Adoiii...sabar je la.
"Auni buat-Auni tekan eh?" katanya sambil berdiri atas mangkuk hendak mengepam dengan tidak sabar. 
"Nanti, cuci dulu baru pam" sambil betulkan duduknya semula. Dan, dia pam. Suka betul dapat membuang dalam tandas. Aku menarik nafas lega. 

 Eiii, muka dia... geram betul aku.

 See, main air liur. Tidak senonoh punya pempuan. Tetap cinta hati emak.

Habis gegar semua, pabila Arrizqi bergoyang-goyang.

Now, memikir hendak free pampers masa tidur malam pula. Akan diusahakan tapi cuak jugala. Hehee. Tunggu dia besar je, boleh tak eh? Rasanya, keletihan mencuci Auni membuang tanpa pampers berbaloi-baloi.

Nota hijau: Usaha tangga kejayaan. Yeah!