Thursday, 29 March 2012

Puri lobak dan puri epal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini, aku berkongsikan resipi makanan pelengkap untuk Adli, puri lobak dan puri epal. Disebabkan kali pertama aku bekalkan puri lobak bersama puri nasi berperisa ikan bilis kepada pengasuh, dan pengasuh kata butirnya agak kasar. Hehehe. Tu yang aku tak faham dengan mesin pengisar aku tu.

Jadi, gigih aku membuat puri dengan menapis untuk menjadikan lebih halus. Lenguh memang lenguh. Langkah lain yang aku buat ialah, kukuskan dia. Dengan menggunakan kukus baru cap Tupperware. Hehehe, makcik suka. Kali pertama aku mengukus sepanjang 28 tahun ini.

Bersihkan lobak dan potongkan ia, bersihkan epal dan potongkan ia. Kupas kulit ye. Susun dalam pengukus. Bawah lobak, atas epal. Sesudah itu, kasi kisar asing-asing sehingga halus. Kali ni aku puas hati, sebab aku campur je ngan air. Air masak. Geram aku bila kisar tak halus-halus ni. Jeles pulak dengan puri orang lain yang halus menggebu.



Habis kisar, masukkan dalam ice-cube tray cap Giant. Dua tray RM3.99, belum bayar lagi ni. Hihiii! dan sejuk bekukan. Tugas aku setiap malam, mengorek satu kiub puri lobak bersama puri nasi dan sejukkan di bahagian bawah peti. Esok, kasi campur puri lobak+puri nasi+ikan bilis halus dan warmkan guna warmer Autumnz. 

Bawalah ia bersama stock EBM yang tidak berapa nak ada tu ke rumah pengasuh. Huihuihuihui! Bila balik, semua bekas dah mengosongkan diri. Rutin bermula semula. Whatever, aku suka bangat membuat resipi ini dengan tangan sendiri. Hurey!

Minggu pertama: Puri nasi + ikan bilis. 
Minggu dua: Puri nasi + ikan bilis + puri lobak.
Minggu tiga: Puri nasi + epal. [belum mula]
Minggu empat: Puri nasi + ikan bilis + brokoli. [akan bermula]
Minggu lima: Puri kentang + ikan bilis. [dalam kepala]
Minggu enam: Puri kentang + lobak. [dalam perancangan]
Minggu seterusnya.... pusing-pusinglah resipi di atas mengikut kerajinan. Huahahahaha.

Malam tadi, belum sempat buat puri bubur untuk Adli, gas habis. Alamak! mujur sempat goreng telur mata untuk Auni. Time abi tak ada, time ni gakla masalah menimpa. Apalagi, kepala otak berfikir, macam mana nak buat puri bubur. Pling! nasi + air masak dan kisar. Huahahahaaa. Sama je kan kekdahnya. Nasiblah labu.

Pada masa yang sama orang maintenance datang minta duit macam biasa, udahlah makcik ni belum bergaji, mintanya untuk bulan-bulan yang sebelumnya sebanyak empat bulan. Gara-gara dia datang, tapi rumah tidak berorang. Habis nampak RM ada kepak. Makan megila jawabnya. Mujur ada duit khas untuk tabung Auni, umi pinjam dulu ye Auni. Suka datang masa abi tak ada. Aih!

Petang semalam, elok je singgah Maybank ATM berhajat untuk membayar hutang orang, aku jadi pelik tiba-tiba apabila tiada pilihan "pindaan pihak ketiga". Dalam kepala mencacak-cacak tanda soal. Apahal pula? selalu ok je aku transfer guna ATM yang sama. Lagila berpihak-pihak aku pindakan. Muskel. Kenapa ek?

Sebab sudah janji mahu bayar, terpaksa jugala menebalkan perasaan minta bantuan abi. Kekonon nak mengelak daripada dia. Huahahaaa. Tengok-tengok dia pula yang aku cari. Terkejut dia, aku kata pinjam duit orang RM42. Dia tanya aku dua kali, betul ke RM42? hehehe. Nasib baik dia tidak tanya lanjut, aku beli shawl 4 helai. Ekekekeke!

Terima kasih abi.

Nota hijau: Inilah, dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga digelek bulldozer. Sabar je lah! Cerita solid food, tapiii tercampur dengan masalah peribbadi pula, ahahaha. Banyak benar tanda tambah dalam entry ni, gaul je la semuanya.

13 pasang kaki:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

resepi puri yang best...nanti adik farisyah dah kelaur..blog ni akan kak jue cari....

aduh kesian cha..dahlah jatuh ditimpa tangga pulak...

♥cikmOt♥ said...

cha...dalam bubur tu kan...cha buh tak minyak zaitun??? akak ada bubuh...wangi ja...hehehe...

akak dah buat bubur ayam, brokoli, tapi ritu wat ngan kentang iris jadi kembung...aneh tul, makan kentang pun kembung ka...hehehe....

nanti nak wat bubur ngan ikan salmon gitu...perghh makan memahal...hehehe...

♥cikmOt♥ said...

lupa plak ikan bilis akak lum gunakan lagi...sebab ikan bilis ni kalu kita kisar pun stil rasa cam habuk dia...

anisalya said...

hahaha... tak apa. sama macam puri nasi yang dicampur ikan bilis tu la. dalam cerita mesti ada cerita lain secara tak sengaja atau alngsung. nk buat mcm mana. tgh taip teringat cerita. lepas tu mula la nak menyambung yg bukan2.

:: Mrs.SyahNia :: said...

bestnya sediakan mkanan yg dbuat sndiri.. :))

kak, bila suda bsuami apa2 tkurang mmg dialah tmpt utama yg dituju..nk tknak mesti juga..hihi

Nad @ MamaZakwan said...

mula baca tajuk je
dah trus bookmark ini entry
sbb sgt berguna utk baby nayli nnt
tq sesangat cha!
tp...
skali baca sampai abes
alemak, ade bab kewangan le pulak!
mintk halal la ek
kalu terbace pasal hutang piutang tu berulang kali, hehehehe...

p/s:
kentang bleh but budak kembung ke ek?
sbb ubi2 ni berangin kot ye?

lelamaisara said...

rajinnye..macam best aje..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

mcm aiskrim dah tgk puri lobak & epal Adli ni..
Eija pulak rasa mcm nak kemam puri tu..hehehe

itu yg bertuahnya ada suami ni, susah2 mmg suami la tempat mengadu & meminta..hehehe

Masya said...

wahh terujanya tgk adli punyer puri.. mesti bertambah bam² buadk tu... x pernah buat mcm ni tau.. selalu buat ikan bilis jer.. yg lain² mmg beli jer hihihihi....

FieZaLieSa said...

x sabar nk tggu hadif 6 bln..nk watkn puri tuk nye..hehe..

bertambh2 bam2 la adli..=)

ch@ said...

kak jue:
boleh-boleh-boleh.
... dan digelek bulldozer. huihuihui.

cik mot:
myk zaitun? tak letak pun, sedap ek? nnt kita try. myk zaitun tu mana nak cari kak? hahahaaa. wah! iris lagi hebat. ha'a sbb tu kita tapis smua jd halus. hihiii. kita baru belajar la kak.

kak anis:
betulla tu.

ain:
best sgt, baru akak btl feeling.
tu ar pasal. elak punya elak, kena juga. kantoi jugak.

kak nad:
hahaaahaaaa. mmg saje nak cerita kat bawah resepi. alahai, semua hutang tu sudah setella kak. oh ye, kentang, labu kembung kan? hrmmm. buang angin.

lelamaisara:
sgt bestnya.

eija:
ais krim? hahaaa. sedap tau eija.
kita segan bila sebut part duit dgn abi.

yana:
masa auni hari tu beli juga, tu yg skrg ni susahnya nak mkn nasi. so adli ni ajar awal2. biar dia mkn nasi.

fiezaliesa:
yesss, bagus2. suka sgt.

Imaan09 said...

saya pun banyaaakk masalah kewangan..alangkah lega kalau dapat buat entry akan hutang2 saya.. lega kot klu org len sekadar baca, dan bukan tolong bayar pun..hahahaha..ok..ok.. harus buat entry hutang ni.. sabar cha..hutang, rezeki..buasa laa tu, ada turun naik!

ch@ said...

leaimaan09:
hahaaa. orang yg berhutang dgn kita, buat taktau. stress.

Copyright © Diari Umi. Designed by Whitey Mommy