Makanan pertama untuk Adli.

Thursday, 22 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ready yang steady.

Muka tidak sabar.

Mamam-mamam-mamam. Yummy-yummy!

Nak lagi-nak lagi-nak lagi!

Budak teruja nak makan, wah-wah-wah suka siap keluar suara. Aku letak dalam carseat aja. Hahaaa. Dia nampak aku bawa mangkuk pun kaki dia dah mengitai-ngitai suka. Habis semangkuk dia tidur. Aku beri dia minum air masak dalam shrink je, hahaaa punyala pemalas ini emak. 

Tidak lama dia tidur, bangun minta susu dan tidur semula. Hahaaa. Misi berjaya. Untuk permulaan mungkin aku beri dia makan sehari sekali sahaja selama 3 hari. Tengok macam mana, kalau ok aku akan bekalkan hari-hari. Sebab dia pun dah makan biskut dan nestum. Huhuuu. 

Masa Auni hari tu ada juga buat tapi tidaklah struggle sangat sebab dah bagi nestum awal-awal. Jadi, semalam operasi mencuba membuat puri nasi. Bersama bilis. Oh! sedap.

Kali pertama mencuba setelah ber'surfing' sana-sini-situ. Kekdahnya sama je, untuk memudahkan emak yang pemalas ini, makanya buat siap-siap dan simpan. 

Beras mudah:
Dua senduk beras atau cukup untuk tempoh seminggu, cuci seperti biasa dan goreng tanpa minyak dalam kuali atau toskan pun boleh. After that kisar halus dan simpan di dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk.

Ikan bilis (perasa):
Siang macam biasa buang semua tulang, rendam seketika untuk hilangkan sedikit masin.
Goreng menggunakan minyak yang sedikit dan kisar halus. Boleh juga disimpan di dalam bekas kedap udara.

Puri nasi + ikan bilis:
Ambil 2 hingga 3 sudu besar beras yang sudah dikisar (untuk makan) dan air. Masak seperti biasa. Lebihkan air pun bagus. Bila sudah kembang, campur sahaja ikan bilis sudah dikisar. Kacau-kacau-kacau.

Tapis untuk mendapatkan kehalusan puri. Tak tapis pun ok, tapiii mesin pengisar aku tu hasilnya macam besar-besar je lagi walaupun sudah dikisar.

Then, letaklah dalam mangkuk bersedia untuk memberi makan kepada Adli.

 Gambar ikan bilis tidak ada, huhuuu. Dah teruja sangat sampai terlupa nak snap.

Nota hijau: Harus menjadi lebih rajin. Cayok-cayok-cayok.

20 pasang kaki:

♥cikmOt♥ said...

wahh...tak sabar nak suap iris bulan depan...

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

yeyy caiyok2..mlm tadi aishah mam bubur + telur...:-)

Lily@MamaZaraZareef said...

seronoknye adli dpt mamam yek..nmpak makin putihla die skang.=)

as ♥ Leenda said...

baca n3 ni buat saya tak sabar nk tunggu Asyraf masuk 6 bulan..hehhe..padahal Asyraf baru 2 bulan lebih..excited nih..:)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Caiyok2 cha..
wah srnok tgk anak selera makan kan..
geramnye tgk adli yg sgt comel..
nmpk dh berubah sikit muka dia bandingkan masa mula2 jumpe dia dulu..

Ziqry pun kuat makan tau..

Masya said...

chaiyokkkk.... moga adli bertmabah bam bam, oni pun boleh tumpang makan jugakkan... silap2 lagi banyak dr aie makan

*SiRibenMerah said...

suka tgk budak2 makan.. nampak sgt menyelerakan.. aummmm~

anisalya said...

berselera benar si debab tu makan ye..

from heart nisah idham~ said...

alahai.. nmpk sedapnye adli, makcik pulak terliur di buatnya..

nak sikit, boleh ?

muahahhaa

Nad @ MamaZakwan said...

eh eh, baju die sama la..hehe

sedapnye adli makan!!!
oo, camtu ek buatnye...
thanks cha sbb share pasal wat puri nasi ni :)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

wah bestnya tengok dia makan....
kamu makin tembanlah adli...
sayang kamu......

Salina@IbuAqil said...

Selamat maju jaya umi..
Mudah2an Allah swt permudahkan urusan cha..
Chaiyok!! Chaiyok!!
;D

mamalieyna said...

waaah mkn semangat la badan adli lepas ni..lalala..^_^

thanks for sharing, bleh cuba nnti~

LYAfrina said...

aumm..sedapnyer dia makan...

moga mbesar bagaikan juara :-)

ch@ said...

cik mot:
terujakan nak bagi anak makan.

kak rose:
wah, aishah sudah makan telur. bagus2.

kak lily:
ha'a kak ana kata kulit dia dah mengembang. orgnya pun dah kembang.

aasleenda:
bf je dulu. struggle bf pun syok, naik kerja curi masa pergi pumping. hihiii. org tgk je bw handbag isi pumping.

eija:
thanks. masa ni, adli ok je makan. takut dah besar mcm kakak dia sok memilih.

yana:
anak bertuah tu memilih.

sirebenmerah, kak anis, kak nisah, kak jue:
kan-kan-kan, kita pun nak joint sama.

ibu aqil:
thanks ibu thanks. insyaALLAH.

kak ieyna, kak nad, :
boleh-boleh, sbb tu publish entry ni.

lyafrina:
thanks lya.

lelamaisara said...

Salam kenal..

Dah besar anak awak..ritu nampak awak kat umah mama mika mase raye tahun lepas...

mzhany said...

bibir mcm auni hihihi

ch@ said...

lelamaisara:
mama icha kan? hihiii. 1st time jmpa mama mikhail. neves tapi seronok.

hany:
adik kakak. iras abi.

eima said...

heeee nk tiru .... ch@ nk blajar buat ... email kat gmail aku leh tak ???noor.izmaliza@gmail.com

ch@ said...

eima:
aku dah email. kau google je eima. smua dihujung jari. aku pun baru belajar ni.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in