Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
12.11.12 - jiwang sikit.
"Dari kanan bertiga-tiga, cepat jalan" koman suara seorang emak beranak tiga. Bakal bergempita di sebuah villa bersederhana besarnya. Akan tiba masa Arrizqi menjadi seperti Auni dan Adli. Siapa geng siapa, kita nantikan sahaja perkembangan mereka. Aku juga tidak sabar untuk menyertai pakatan.
Aku harus bersiap sedia segalanya mental dan fizikal. Ya meskipun baru sahaja tiga, menggalas gelaran surirumah bukanlah sesuatu yang enteng dan mudah. Ini kerana, apa-apa perangai three soldier yang tidak berkenan di mata akan bermula daripada rumah seharusnya didikan seorang emak.
Cinta.
Lahir daripada rasa Kasih.
Hati.
Lahir apabila ada Cinta dan Kasih.
Jiwa.
Ada kerana Cinta, Hati dan Kasih.
Kasih.
Terima kasih kekasih. I love u till end of my life ;)
Semoga aku kekal bertabah dan terus dikurniakan sifat sabar yang menebal untuk menangani mereka yang rapat-rapat ini. Ini kerana aku masih merasakan diri ini ibarat budak yang baru habis sekolah, perangai emak-emak bagaikan belum ada dalam diri berikutan dalam kepala otak asyikla mikir hendak enjoy sahaja. Hihiii.
Lagi-lagi apabila baju kekecik ngam-ngam badan masa zaman xs dan s dulu masih lagi boleh disarung dan dipakai meskipun sudah kelihatan lusuh benar. Tahap kena bebel dengan mama, sudah tiga kali bersalin asyiklah menyarung baju yang sama. Baju ni, makin lama kita pakai makin selesa, itula yang aku rasa.
Menyentuh hal-hal kerja rumah, semestinya tangan macam obor-obor. Dalam kepala aku harus menyiapkan diri terlebih dahulu sebelum menguruskan yang lain-lain. Apatah lagi perlu membahagi tugas antara, suami, anak-anak dan rumah. Nampak macam senang, hanya tiga bahagian. Cer pecahkan lagi, suami dan anak-anak [3+1] perlukan perhatian, pakaian, makan, layanan. Rumah? huh, lagi besar rumah lagi banyak ruang lagi pening nak mengemas.
Sudahla mengandung sembilan bulan, berpantang lagi, meladeni anak-anak yang sedia ada, huiii patutlah ustaz selalu kata perempuan sungguh senang masuk syurga dengan syarat buat semua kerja dengan ikhlas dan tidak merungut. Isk, penat ke tak ek? hahahaaa...
Supermak, supermom, supermummy, supermama, superman eh? jomlah kita sama-sama. Ngeee...
Nota hijau: Ini bukan merungut, cuma hendak bajet kerja seorang surirumah yang tidak ada cuti, tidak ada gaji, tidak ada socso, tidak ada kompromi [merujuk kepada diri aku sahaja]. Hendak minta satu aja, cobalah untuk menghargai. Sekian.
7 comments:
insyaallah.. ikhlas kerana allah pasti suatu hari nanti akan ade hadiah dr anak² yg terbaikk.. dgn didikan mak di rumahkan..
yup phm mmg bkn la niat kita nak merungut kan tp minta dihargai..
dlm pic ni muka adli mcm muka umi dia la..:)
aku kagum ngan ko...dear ....
sorry dear lama tak dtg cni sbb bloglist kat dashboard buat hal... jdnye aku dah terlupa nk dtg even dulu hari aku baca ... skrg ni byk aku bc blog kat bloglist je tu br buat sbb dashboard buat hal
terharu..huhu..
Yana:
Baik didikannya baiklah jadinya... Kan yana?
Eija:
Rasa berbaloi penat lelah bila dihargai.
Adli mmg ikut belah jhr. Hiks...
Eima:
Takde hal la. Ok punya ;)
Noli:
Terasa diri begitu berharga.
memang penat sikit tapi happy. akak thn dpn 2 anak dara sekolah. tggl la Azfar srg jdk teman.
kakSal:
yg tinggal seorang tu lega dah sikit, tapiii lotih tugas berganti menghantar dan mengambil anak pula. hrm... emak mmg berjasa.
Post a Comment