Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Siapa? kak Ieyna mama Arif dan Hakeem. Pertemuan kali ni memang tidak ada gambar, gara-gara aku lupa mana letak kamera. Maklumlah, journey breasfeeding aku baru sahaja bermula, dan hari-hari tangkap gambar hasil power pumping, so dek mengelak daripada Oni, aku main letak je la kamera tu. Lepas tu, lupa.
Aku memang dah cakap dengan abi, nak pergi rumah kawan yang di Bukit Jalil tu. Bagusnya abi ni, memang dia tak lupa. Bini dia je selalu melupakan. Hahaaa.
Hajat utama mahu ke rumah kawan di Sg. Besi, mereka menyambut ulangtahun kelahiran anaknya yang pertama. Abiii, dengan kawan dia yang seorang ni memang rapat. Secara otomatik, aku pun jadi rapat sama. Alaaa dia la yang teman pergi tengok wayang masa aku dating kali pertama dengan abi hari tu [Manisnya memori itu].
Sham, budak kacak Brickfield. Itu je yang aku ingat fasal dia, suka menjadi pendamai bila gadis sunti kelas dua Computer Maintenance, ILPKL ni saling bertingkah dan merajuk dengan boyfren masing-masing. Ayat yang paling aku tidak boleh lupa bila group WANDIZURANISHASYA ni berpaling muka ialah:
"aku tau, pukul 10.30 nanti semua budak pempuan duduk depan aku, sini" arahnya, berlagak macam ketua. Dan paling jadi riuh bila.
"tak naaak" Azura membalas. Mulala, Sham membeliakkan biji matanya sambil mengarah lagi dengan suara lebih kuat.
"jangan degil Tuyaaa" katanya. Aku duduk dibarisan belakang hanya sengih. Gelihati. Biasanya, kalau aku merajuk aku pergi kelas 1, cari lelaki lain. Hahaaa. Malas aku nak layan.
Nisha, bila merajuk dengan Andy, dia cari Zura dan mereka duduk dalam tandas. Kesumawati dan Liza lebih pada kisah tersendiri dan kekadang Wandi [abi] hantar dia untuk pujuk aku. Kelakarkan? Hahaaa. Iya, kami satu kelas yang sama selama 3 tahun. Bila semua sudah bawa hati Shamla yang akan bertindak.
Itu adalah kisah best menjadi seorang pelajar dan remaja.
After, celebrating Leika (daughter Sham and Ziah), terus ke Bukit Jalil. Yezzaaa, aku jumpa Hakeem. Kali ni, Oni dah boleh geng dengan Arif. Sorry kak Ieyna bilik Arif berselerak dengan mainan. Oni sampai tidak mahu balik.
Hakeem kena melecet montot dan cirit birit. Sian Hakeem, jangan risau kak Ieyna ianya akan pulih. Sebab, Aie pun pernah kena seperti Hakeem, malah siap berdarah lagi. Sedih memang. Aku siap turunkan petua untuk kak Ieyna.
- Letak minyak masak yang belum guna pada tempat melecet. Anginkan.
- Cuci yak guna air dan lap dengan towel sehingga betul-betul kering. Anginkan.
- Kalau guna tisyu basah, lap juga dengan towel sehingga kering. Anginkan.
- Kerap tukarkan pampers.
- Guna krim Bepanthen, sebab dia agak lekit dan akan heal luka dengan cepat.
Cuba ya, siapa-siapa yang kena tu. Hiii. Drapolene Cream ok juga tapiii ianya agak kurang likat, then aku lebih suggest Bepanthen. Kawan-kawan lain kalau ada lain cara pun boleh share juga :D
Lepas rumah kak Ieyna, aku shopping di Giant pula. Sungguh best Giant Kinrara, kira dah dua kali la aku shopping kat sana. Mood Oni pun ok, Aie lagilaaa. Boleh dia bantai tidur dalam stroller. Nampaknya strategi aku berkesan. Hahaaa. Tidurkan Oni dan susukan Aie sebelum keluar berjalan. Ngehehehe.
Nota hijau: WANDIZURANISHASYA - wandi (abi), andi (suami nisha), zura (azura/tuya), nisha (isteri andy), sya (aku) = memang kami satu kumpulan. muahahahaaaa.
Nota hijau: WANDIZURANISHASYA - wandi (abi), andi (suami nisha), zura (azura/tuya), nisha (isteri andy), sya (aku) = memang kami satu kumpulan. muahahahaaaa.
9 comments:
nanti bila kami pindah ke rumah baru , sila datang bertandang ke rumah kami pulak ya . InsyaAllah dlm 3/2 bulan lagi kot
so sweet
wahhh.. syoknya! dah jumpa bby hakeem ye.
time belajar mmg banyak kenangan pahit manis. anak2 akak sesuai dgn zaricort je. pernah cuba yg lain2 tp still tak baik2. SIL bg zaricort. elok pulak. pergi farmasi pun dia ckp mmg zaricort sesuai utk baby.
wah srnok bila imbas memori zaman2 study dulu kan lebih2 lagi bila persahabatan kekal terjalin hingga kini masing2 dh beranak pinak
bagus2 siap bg tips lps ni kalau anak eija ada masalah ni bolela try tips cha ni
srnok jgk bila dpt bertemu Mata lagi dgn kwn blogger kan :-)
rasanya zaman belajar mmglah banyak memorikan.. mmg rasa seronok sgt klu perkenalan tu kekal sampai kt dah berumahtangga dan ade anak²... (^__^)v moga perkenalan dialam maya juga begitu hihihihi....
terima kasih bg tips utk baby tu.. sbb amir dulu mmg alergik dgn krim dia cuba blh disapu minyak johnsons jer... tips ni blh guna akan dtg klu ade baby lagi hihihii....
huna chan:
insyaALLAH. boleh2 utk eratkan silaturrahim.
dilaz:
hiii.
kak izan:
mmg best kak, baik je dia.
anisalya:
zaricort ye kak, ok-ok noted. boleh cuba lain kali. lain kali??? hahaaa.
eija:
boleh apa salahnya mencuba. itula, bila abi cuti, byk la permintaannya. mujur dia x ajak blk Hulu Langat.
yana:
myk johnson? erm, btl jugak tu yana. naper kita tak terfikir eh hari tu? hahaaa.
thanks cha sudi dtg rumah..sori tkde mende yg best pun kt umah, maklum umah org berptng, masak pun tak masak sgt..hee~
thanks jgk for the info..alhamdulillah Hakeem dh baik cerry berrynya..seb baik la seminggu je.. tak snggup kalau lebih dr tu, sian dia..apapun tips berguna mana tau len kali terjadi lagi..
hu~ takde piccas kan, org pantang time tu, takde mood plak nak bergambo, anak tak bape sihat, camera pun mana2 je simpannye..
apapun jgn serik dtg lg tau, time anak2 sihat..best sket..hee~
geram pd Aie yg macho habess dgn badan ketul2 tu..sungguh geram~ ^_^
kak ieyna:
tidak ada hal la kak, dtg bkn nk mkn pun. kita pun x bawa apa2.
nama pun baby, mmg xlari drpd masalah tu smua.
insyaALLAH harus dtg rmh akak jika tiada apa2 hal. sukaaa sgt.
Post a Comment