Thursday, 29 September 2011

Pada satu hari 27 Sept 2011.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ehehehe, ye aku dah selamat bersalin, terima kasih kepada yang sangat perihatin, mamaMikhail orang pertama dapat gambar ekslusif coro dan ibu aqil orang pertama membuat entry pasal coro.

 Norerfan Adli bin Norerwandi

Once upon the time on 27 September 2011, siap keluar satu entry konfius kontraksi ke ni? dengan sakit perut. Komen untuk entry itu masuk dengan pantas. Aku sempat baca satu-persatu yang masuk, tapi biasalah nak balas memang hari yang mendatang. 

Aku menghubungi Puan Azura, mama beranak dua sepasang, kerana hari lahirnya pada hari ini. Lepas tu aku layan game, layan kerja, chatting dengan gelak-gelak, layan internet macam biasa, cuma agak malas nak tinggalkan komen je. Ampunkan patik penunggu gua. Kepala asyik ingat kontraksi ke, sakit perut ke?

PA siap ajak aku pergi makan-makan pada hari Khamis nanti di McD sambil tu sibuk dia nak tengok perut aku. Dia memang suka pegang perut aku. 'Oiii, kerasnya', 'kau bukala aku nak tengok perut kau' suka hati dia nak suruh aku menayang kebuyongan aku ni. 'ko gila bawah CCTV ni, aku rasa aku bersalin malam ni kot, ni pun macam nak terkeluar je ni' ahahaha baru aku tau mulut aku masin. Wakakaka.

'Oii ko biar betul, nak kena panggil ambulan sekarang ke' eh! minah ni serius ke nak panggil ambulan? 
'arrr takyah, aku panggil ambulan peribadi je, tunggu la kejap2 lagi' dia gelak-gelak. Dan, aku sempat makan tengah hari dengan bergurau-gurau. Kontraksi semakin kerap, puas aku berbalas chatting dengan seorang blogger SHU namanya, dia melahirkan anaknya di PPUM,KL secara normal. So nak tau pengalamannya.

Dulu, aku share pengalaman bersalin di PPUM. So, sekarang kita tukar. Thanks Shu. Dia minta aku catat masa bila aku sakit, gigih aku catat bila asyik kena ganggu dengan budak-budak opis ni dok nak berbual. Main lama-makin kerap. Menjelang petang, menjadi makin kerap. 5minit, 4minit. Haih! tepat jam 4pm, aku panggil ambulan peribadi datang. 

Aku ingat dia bawa kereta, rupanya dia datang dengan motor. Aku pergi hospital merempit. Sempat aku warning, jangan langgar lubang. Lebuh raya mana ada lubang, cuma jalan tak rata seksa gak. Sampai bumper betul-betul sakit datang, nak meraung aku rasa.

2.97kg pukul 8.33mlm

Dia tinggal aku, pergi parking motor. Aku terus naik ke tingkat 3, wahaha. Masih tersengih-sengih lagi sampai staff tu ingat aku adalah salah seorang staff di situ, mungkin sebab aku terlalu peramah agaknya. Kan hari tu dah masuk labour room sebab tiada entry tapi ada cerita. Bila dah serah beg dan baju, aku diminta tunggu di bilik 8, ada sekumpulan doktor pelatih mungkin sedang ronda-ronda bilik ke bilik. Aku tak berkenan sungguh. Dalam hati jangan diorang datang bilik aku. Tak kosa nak layan masa sakit-sakit ni.

Ye memang dorang tak datang, tapi ada seorang tu pergi tutup lampu bilik aku. Terdiam aku, mungkin dia ingat bilik tu tidak berorang. Cepat aku keluar pergi kaunter pendaftaran. Bising mulut staff wanita itu memarahi mereka yang menutup lampu. Miahaha, senget betul sebab nama aku memang dah ada pada whiteboard bilik bersalin.

CTG dipasang, ye memang ada kontraksi. CTG cantik katanya. Dan, aku memang berdoa biarla bersalin malam ni je, aku bersedia. Masuk sekumpulan doktor, aku kenal doktor tu tapi tak sure namanya, dia yang cerita pasal kenapa perlu risau? dia sendiri tergelak-gelak tengok lukisan dia pada fail aku. Tak tunggu lama, terus dia cek bawah, dah buka 3-4cm. 'saya nak pecahkan ketuban' oiii memang getir. Beria-ia suruh aku tarik nafas, tapi tak sempat aku tarik dia dah seluk. Stress aku tau.

Tiba-tiba rasa panas je, hahaha siapla rasa kontraksi yang maha sakit lepas ni. Aduiii, setiap kali sakit aku berzikir, aku pegang besi katil bila sakit tu makin kuat. Aku biar je sakit tu datang, mampu lagi senyum dan berbual. Pergh! memang aku menikmati rasa tu. Masuk dua orang staff nurse. Dorang kata dorang nak sambut, ye aku percayakan mereka sebab? aku kena percaya, sakit dah tak boleh di tahan.

'Dah nak teran ke?' dia tanya aku. 'Errr? teran?' aku menjawab. Bila dia suruh aku angkat kaki, pegang pergelangan kaki, dagu bertemu leher. 'rambut dah nampak, senangnya, boleh beranak 10?' katanya lagi. 

'Apa 10? errr, kejap-kejap nak ambil nafas' aku tarik nafas, masa kontraksi aku teran. Satu suara tak keluar. 
'Bagusnyaaa, sikit lagi, curi nafas, uiii sangat senang, sangat mudah' masing-masing kata senang.
'Kejap-kejap' aku lagi. 'ko ni dik, kejap-kejap. nak keluar dah ni' bising nurse tu, aku sengih lagi. 'teran macam nak berak, bagus betul boleh ketawa lagi tu' nurse lagi. Memang pun, aku kata kejap sebab nak tarik nafas panjang-panjang.

'Alhamdulillah ko memang senang dik, dah tau baby apa?' tanya nurse tu sambil dia pegang coro, tembam siut si coro ni. Dan aku rasa, abi dah pun balik rumah time ni. 
'lelaki' aku jawab dengan konfiden.
'mana ko tau ni?' sambil pegang coro dia ngacah aku lak.
'scan hari tu dah nampak' hehehe aku gelak sempat tengok dak yang tengah basah kuyup tu.'percaya sangat pada scan' kata nurse tu lagi bergurau-gurau di malam hari.
'Eh, dah habis ke?' Apabila tugas seterusnya diambil alih oleh doktor lain pula, keluarkan uri. Aku menunggu juga saat aku dijahit. Tapiii semua macam tak kisah je.
'Errr, jahit sakit tak?' selamba kodok aku tanya doktor lelaki cina. 'Dia senyum, dah tak ada yang sakit, semua ada bius'. Mujur ko ensem doktor, hilang habis sakit aku. Masuk lagi sorang doktor, korek-korek lagi bawah aku. Aiii, macam dah rabak benar gamaknya.
'sikit je tu koyak, tak payah jahitla' pergh, lega dah habis sesi seluk menyeluk.
'puan koyak sikit je, tak perlu la jahit' aku tau sebab apa koyak, sebab aku angkat montot tadi, excited nak meneran. Hihiii.

Habis sesi di labour room, aku di hantar ke wad. Ni best ni, rasa macam dalam drama je. Hihiii. Tak lama lepas tu, abi datang. Dapat kiss daripada dia. Huhuuu. Bila dia balik, sebab bukan waktu melawat aku dapat jumpa coro. Huuuu, comel, gebu, tapi taktau la rupa siapa. Hihiii!

Aphal dalam gambar dak ni nampak gebu benar?

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku. Allah berikan aku sepasang zuriat yang sangat bermakna, Allah berikan aku kesempatan bersalin normal. Allah perkenankan doa hambanya bila kita sentiasa ingat padanya. Syukur. 

Coro juga pandai hisap breast. Harap tiada masalah untuk aku breastfeednya selepas ini. Esoknya, aku dah pun bersiap untuk pulang ke rumah. Selepas coro diberi suntikan dan urusan pembayaran selesai, aku balik ke rumah. Pada hari ini, insyaALLAH nama untuk coro yang telah dipilih abi NORERFAN ADLI bin NORERWANDI atau pun NurIrfan Adli dalam jawinya bermakna, Cahaya Kesyukuran Keadilan. 

Sekian sahaja, cerita bersejarah pada hari Rabu. hehehe. Terima kasih yang mengucapkan, terima kasih yang buat entry, terima kasih yang sentiasa perihatin, terima kasih yang baru mahu bersahabat. Sungguh, aku berasa sangat terharu, aku akan berpantang di Kota Tinggi, Johor. Buat masa ini, masih lagi di KL berikutan menguruskan hal pendaftaran Adli di sini.

29 comments:

nad said...

tahniah, tahniah, tahniah!
mmg erfan (ke pggl adli?) sgt gebu dan comel

selamat berpantang! :)

p/s : tetibe seriau nak bersalin, huhu!

Rohani Hashim said...

Alhamdulillah...TAHNIAH!!!

cha, suka sgt baca entri ni, hilang rs takot sbb slalu dgr cerita org yg susah bersalin, dan selalu nampak org susah brsalin...alhamdulillah....


tahniah sekali lagi cha....

Shiqa Nawar said...

tembam ny coro.. tahiah akak.. alhamdulillah semua d permudah kan...

zaidah said...

Tahniah cha......comel erfan....jaga diri dalam pantang tu...

mamaarifakeemaisy said...

Tahniah sekali lagi ch@..
alolo..tomeinye Adli...geram nak cheoum2x...mesti wangi bau bby kan..eeeii tak sabar..

baca experience ch@ kali ni mcm senang je..haih..harap2 akak pun senang mcm ch@..Amin..

tgh sakit bleh lagi merempit...sabar jerlah..hee~

selamat berpantang~

TS said...

congrats sis...
sangat chumell..;)

♥cikmOt♥ said...

alhamdulillah...tahniah cha...memang senangn kamu bersalin...jeles ni...

Salina@IbuAqil said...

Tahniah dik!! Jaga sepasang zuriat amanah Allah tu sebaiknya.. Comel sggh dak Adli.. Semoga mudah kelahirannya mudah juga perjalanan hidupnya.. Amin!!!! AmiN!!! AmiN!!! Take care cha.. Nanti nak tau hapdet pasal Kakak Oni plak erk.. Dia intai Bby Coro dari tirai dapur erk.. ;) Mst comel.. ;) Salam sayang peluk cium dari Abg Aqil utk Bby Coro!! Muahxxxxxxx

♥SyilaSyira♥ said...

tahniah cha..cayalah xda jahit...syukur alhamdulillah...so xdalah terbatas sgt pergerakan tu..klo berjahit, duduk pun xsenang dek hujung benangnya..kikiki...mmg debab adli..nama yg sedap..tapi cha, nak tanya, napa abi tak tgk masa bersalin???hospital tu xbg suami temankan isteri ker???

Lelord said...

comelnya....tetiba lak rasa sebak
tahniah cha

peluk cium untuk oni ngan adli hahha suka ati je nk panggil adli kannn

@e_da said...

sebak baca entry ni.. terkenangkan bersalin mikhail.. adalah peluang lg akak mengecapi saat2 cam ni..

seronok baca kisah cha.. mmg mcm drama tp itula realiti.. adli sgt gebu dan comel.. nampak byk ikut muka cha dr bentuk mukanya.. geram rasa nak gomol2 adli.. 1 hari pasti untie jumpa gak ngan adli.. muahhh selamat dtg ke dunia sayang.....

i.z.m.a said...

macam sinchan!!!!

Jue said...

aduh gebu..begitu rupanya cerita coro nak keluar..rasa mcm senang je...selamat berpantang CHA

Anonymous said...

TAHNIAH CHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAaa...

cumel nye baby erfan

Masya said...

tahniahhhh.. alhamdulillahhh dapat bersalin normal.. baby pun comellnyee...

puanstoberi said...

Alahai..da kuar pun bb coro yer.
Tahniah yer CHa.. mmg sng je bila baca entry Cha ni.
Apa2 pun, slmt berpantang yer Cha :))

eima said...

mudahnye ch@..... tak kena jahit plak tuh....beshnye... aku harap aku pun sama nanti...aku dah cuak nih.....


tahniah ch@.... baby aku tak dak nama lagi...

Whitey Mommy said...

tahniah cha...:)
selamat berpantang...:)

Hanim said...

tahniah cha...comel baby..bolat...
berpantang dimana?

ch@ said...

nadyaewani:
Adli gebus.
t/kasih =)
tak payah seriau, Allah berikan kekuatan kpd seorang wanita utk melahirkan zuriat yg tidak ada pada lelaki.

hany:
t/kasih.
ooo tak takut ye, hehehe. mula-mula tu takutla, tapi tak ada apa-apala. just follow the flow, insyaALLAH.

shiqa:
hiii, tu la t/kasih ye. amin. kena panggil Adli.

kak zaidah:
t/kasih kak, insyaALLAH.

kak ieyna:
t/kasih kak.
ehehe sabar kak sabar. coming soon tu.
insyaALLAH, minta pada ALLAH.
ahaha, itula ingat dia ambil naik kereta, tengok2 lor naik motor.
yups :)

ieyla:
thanks dear, sama2 doakan akak.

cik mot:
amin, t/kasih kak. ehehehe insyaALLAH smg dipermudahkan juga.

ibu aqil:
t/kasih akak, insyaALLAH. Aminnn.
Ok dah masuk bilik berita pun :D puas dah kena kiss dak tu sampai rimas.

kak lela:
ehehe, jgn sebak kak. t/kasih. mmg panggil Adli.

kak eda:
isk, jangan sebak kak, habis kelakar dah buat entry ni. tu la, rasa mcm btl dlm drama, mcm sng je kan? tunggu dia gebus baru akak dtg eh.

izma:
cis! penat aku teran.

cik jue:
ehehehe agaknya sebab byk berjalan kot, tu yg dia pun tak sabar nak keluar. t/kasih akak.

masya:
t/kasih.

kekda:
t/kasih kekda, smua org kata senang, alhamdulillah. insyaALLAH kekda.

eima:
alhamdulillah, tak perlu cuakla, ko kan dah ada pengalaman. insyaALLAH tak ada apa-apa.
t/kasih, bila dia keluar karang ko dah ada nama untuk dia. ko kan nak surprise.

sha-wm:
t/kasih :)

kak hanim:
t/kasih kak, berpantang di Kota Tinggi, Johor.

yantisa said...

Tahniah Cha ... comeinya baby Adli ni . Selamat Berpantang

AMIIZAA@Mieja said...

congrats cha:):)

alexayussida said...

bestnyeee cite akk!!!

mudah je bersalin :)Alhamdulillah...happy for u kak cha!!

Aini Azman said...

kak ch@ tarikh lahir coro ni sama la dgn aini 27sept!! and nama adli tu plak nama BF aini...hahahhaah suka2!! comel sgt coro ni...tembam!muahx

eija_sweetmama said...

Tahniah Cha, bestnya dpt sepasang. chumell sgt adli.

alhamdullillah dr story cha ni, mcm senang sgt lahirkan adli, alhamdullillah jg dpt bersalin normal kan.

selamat berpantang n take care.

adess, eija org terakhir tau sbb ari ni br sempat bw.

ch@ said...

kak yanti:
t/kasih akak. insyaALLAH slmt.

amiiza2001:
thanks awak.

yus:
alhamdulillah yus. jadi korang tak takut nak bersalin nanti.

aini:
haaa mcm ni, aini kena ingat akak selalu la kan, kan akak dah kata mmg akak nak letak adli di belakang nama baby.

eija:
alhamdulillah mudah eija. smgt drpd eija juga. takla terakhir, kita dah beritau by msg. lagi pun kita mls nak ganggu eija. kita pula merasa handle 2 org anak ni.

armouris said...

info tentang berpantang di SIHAT SELALU - Bagaimana Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

sal ya said...

tahniah ye ch@. kiutnya Adli. pengalaman bersalinkan anak lelaki dgn anak perempuan berbeza. sebetulnya berbeza setiap anak tu. ngeee...

ch@ said...

anisalya:
betulll, setiap anak pengalamannya pasti berbeza-beza. saya percayainya sekarang.