Monday, 8 August 2011

Gelagat Oni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 8811.

Misi completed. TokMama dah balik Johor, habisla Oni kena buli ngan mak dan pak dia pula. Habis sudah sesi nak manja-manja ye. Siapla.

Seminggu orang tua tu di rumah aku, membantu menjaga Oni, baik je perangai dia bersama tokMama. Dia membuli tokMamanya tu dengan sesuka hati. Kalau dah tokMama kena kerah suapkan dia makan dengan syarat suapkan enam ekor teddy bearnya sekali, Oni duduk digiliran terakhir. Kemain comel dia buat perangai macam tu ye.

Itu baru satu hal, belum lagi part semua orang kena kerah melukis. Asyik-asyik gambar bulan, bintang, cicak, ulat gonggok, burung, ayam, kucing, kambing. Oih! jenuh woi. Masing-masing tangan kayu. Habis semua helaian muka surat buku abi kena conteng.

Bila selak semula dari muka surat pertama, sendiri ketawa gelihati. Kerana Oni, kucing tokMama jadi rupa harimau + lembu. Bayangkan je la sendiri. Cicak abi, entahkan buaya entahkan biawak. Jauh benar rupanya. Yang paling gelihati ayam ada empat kaki, OMG berguling aku gelak.

Bila tokPapa dia datang, buka je kasut, terus aktiviti bertukar tangan. Papa aku memang kreatif. Ahaaa, orang tua tu nak pergi membuang pun dia tunggu depan pintu tandas bersama buku dan pen. Sabar ajala. Layankan.

Then semalam, aku ke TBS untuk menghantar mereka pulang dengan bas. Oni, menginja suka. Melompat, menari turun dari kereta. Tapiii bila dia tengok tokPapa tak bawa dia, ditinggalkan dengan mak dan paknya, dia lost. Memang nampak gila muka sedih dia. Aku pun dah sebak je.

Masuk dalam kereta, dia pun buat perangai. Aku biarkan aje. Mujur, abi terus ke Jusco Cheras Selatan untuk shopping raya. Olooo, sama juga macam tahun lepas, takde nafsu nak shopping. Nak beli baju, kena fikir banyak kali, sebab beli baju pregnant pakai tahun ni je, lepas tu? rugi. Abi pelawa beli kasut, tak ada pula yang berkenan. Why? why? why?

Tapi beli jugala, sehelai seluar dan sehelai baju maternity demi abi. Abi beli baju raya dia. Aku tak beli apa pun untuk Oni sebab nanti shopping baju adik dia, kena shopping untuk dia sekali. Sama je. Lepas dapat dua biji novel macam biasa, balik rumah dan tidurrr.

Pukul 5 keluar lagi pergi bazar Ramadhan. Meriahnyaaa, macam-macam ada. Oni la paling seronok sekali tapiii dia malas nak jalan. Kesian abi jadi mangsa. Hehehe! Sekian sahaja cuti hujung minggu. 

Balik ni mesti kena dera ngan Oni, kish-kish (lukis), tutu (buku), lalan (bulan), alan-alan (kereta), tatam (bintang), antek (cantik), cacak (cicak), yayam (ayam), bebird (burung) - vocab Oni ye. Mak dia je faham. Telah menjadi bahan gelak apabila dia sebut, 'auuu mamam yayam-auuu mamam yayam' = kucing makan ayam. Walhal ada kat situ, hanyalah burung palsu dikelilingi kucing. Burung tak terbang = Ayam. Ok noted.
Saje nak bagi orang imagine gaya Oni. Walhal malas nak upload gambar, pemalas ko Syasya.

10 comments:

TS said...

haha..comey je oni...
anak buah i dlu pon cmtu..lame2 mlas nk layan..da la suh org yg xreti ni lukis..haha

Anonymous said...

biasak le tu , kalau ado atok nenek sure manje nye extraaaaaaaaaaaaaaaaa...

Salina@IbuAqil said...

Tengah cuba membayang ni.. Confirm comel punya lah.. :D

Imaan09 said...

oo..nenek datang ye..besnya Oni.. derang pun mesti hepi kena buli ngan cucu kan..
sama laa kita, xbernafsu nk bshopping..

Jue said...

hahahaha..boleh cik jue bayangkan mulut si oni yang comel je duk celoteh...

kenapa kita tak jumpa mlm minggu lepas kat jusco ...kak jue pun pergi lepas berbuka...

mamaarifakeemaisy said...

hikhikhik...cerita dgn detail sekali smpai terus dpt bayangkan..ahaks..lawak je telatah kakakOni kan.. ^_^..comel~

kalau arif bila berckp, mesti mula dgn ..'aaaa' di setiap perkataan...
comel bila dia sebut 'awan abah' (kawan abah)..bila nmpk kereta polis or polis trafik di jln..hee~

Ya ALiya said...

budak2 kalau neneknyer ada,memang macam2 di suruhnyer.......

puanstoberi said...

ha..kekda pun kena retu ngan anak buah. Dia suh lukis kucing, katak.. alamak ai..kucing oke lagi, katak cena?? hahahah.. tp, lukis kan je, pasti derang sker walo derang kerut2 muka cam nak kata eh, ni binatang apa ni? hahahah

ch@ said...

ieyla:
abi dia la selalu stress. cepat je suara tinggi sbb mls nk layan. kekeke.

zura:
betulla, kita nak marah dia pun, kita balik kena marah ngn nenek dia. cit!

ibuAQiL:
hahahaha. ibu niii.

Lea:
bila dah ada anak ni, smua utk anak je. maknya biarla pakai apa yg ada je.

cikJue:
memangla tak jumpa, kita shopping pukul 11.30pg sampai sana. cikJue pergi lepas buka, sampai bebila pun mmg tak jumpa :p

mamaLieyna:
ooo, Arif mmg dah petah la kan? best dpt lawan cakap ngn anak kan kak?

Ya Alya:
sesi buli nenek katanya.

kekDa:
ahahahaha btl kekDa btl. Oni ni mujur dia tak reQuest susah2 pasal mak dia ajar yg senang2 dulu. sebab tu kalau nampak bulan sabit or bentuk bulat dia akan kata lalan (bulan).

♥SyilaSyira♥ said...

mesti oni sedih sgt tok mama nak balik..ciannya dia...oni rajin melukis ye..nanti jadi cam umi tau..kreatif..