Thursday, 9 June 2011

Anugerah indah ciptaan Tuhan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perjalanan hari ini smooth, sebelum jam 8.00 pagi aku dah sampai opis. Aku puasa hari ni, semoga dapat bertahan sehingga buka nanti.

Actually, masa mrABi mengajak aku pergi Taman Jaya, PJ ni aku malas. Sedang menghabiskan sesi menggosok baju kerjanya. Dalam kepala masih berfikir nak pergi ke, taknak pergi. Tengok Oni tu, kesian pula asyik mengeram je dalam rumah.

Demi Oni, gagah jugala bersiap sebab ajakan kali kedua mrABi lebih menarik perhatian, pasar malam. Ngehehehe.

Dah tak susah bawa Oni ke taman ni, sebab dia dah tahu mana satu tangga, mana satu gelongsor, mana satu bahaya dan mana yang tidak. Dalam pada tu, kasihnya ABi katakan mengekor je la ke mana aja anak daranya berpergian.

Mak dia dah duduk je, bawa perut. Menikmati alam, menikmati anak-anak lain yang berlari, memanjat, menjerit, ketawa, bergaduh, menangis, berebut, oh sungguh indah mereka ini semua. Bisa membuat hati gundah menjadi tenang.

 Baju daripada makNgah, baru mahu pakai dah singkat rupanya. Aku suka dia pakai ringkas macam ni, tak sememeh. Hihihiii, lagipun nak pergi bersukan. Nanti kita beli kasut sukan Oni ye.

 ABi forever katanya. Baru je berpeluang main buaian. Confident sikit aku dengan buaian seperti ini, takla risau jatuh janji Oni pegang kuat-kuat. Eeeiii, mak dia sendiri gayat bila ayun tinggi-tinggi.

 Oni dah jelajah semua gelongsor yang ada kat sini, daripada yang paling rendah, sehingga yang paling tinggi. She is my brave daughter. Esok-esok boleh ajak adik main kat sini ye. Jangan Oni tinggalkan adik sudah.

 Here, my sweet-sweet-sweet daughter. Ada macam budak 3 tahun tak? Hihiii.

Balik daripada Taman Jaya, kita ke pasar malam, mata Oni nak hantar isyarat nak lelap je. Badan dah la melekit gila. Mak dia ambil peluang borong selagi terdaya walaupun kaki macam dah tak boleh nak bergerak je, mujur orang tak ramai. Mungkin cuti sekolah.
Big thanks to ABi, take turn jaga Oni bila dia ada di rumah. Mak dia boleh bersenang lenang :p

7 comments:

eima said...

comey oni!!
berani ek die main gelongsor sendri..klu fahim die gayat... hahah

mamaarifakeemaisy said...

rasanya mcm lama gilaa tak mai taman jaya ni, sejak2 pindah bkt jalil, lagilah....tak pernh jejak lgsg ke taman jaya, tp tetap teringat memori di sana, bercinta, beriadah, time anak dara, beraerobik...time peknen, berexercise...kt sanalah...byk memori..huu~ teringin plak nk ke sana..

waaa kakakOni mmg jenis berani kan..ok sgtlah tu, leh jaga adik dgn baik nnti..comel~

:: Mrs.SyahNia :: said...

wahh oni men taman tak ajak
aunty ain pun..aunty ain
pun suka men buaian..hihi



phewww lama giler tak
mlawat akak kat sini..
dear, ain ada email akk taw
nanti tgk yea..hihi

Farra Dhelina said...

e a..baju cik onio sama dgn qaseh lah! tp tak leh pakai lama..kat bahu tu asik jatuh je

Jue said...

comel betul cik oni nikan....

Aini Azman said...

aii comel nye cik oni ni main,. cantik bajunye tuh,.
dah elok demam ke oni ni kak??

ch@ said...

eima:
ooo dia memang berani eima, aku yg tengok gayat. geli2 kaki aku, walhal aku yg pijak tanah.

kakIeyna:
ooo ni memori daun pisangla ye kak, hahaha sweetnya, kita bercinta ada la 2 kali je pergi taman, selain tu masuk panggung wayang. hihiii.
*hopefully la kalau dia tak lupa kat adik dia.

ain:
habis aunty ain tu sibuk layan blues aja, malasla oni nak kacau daun.

farra:
dulu, dia tak suka pakai baju ni. aku taktau kenapa. bila aku kata 'cantik oni pakai baju ni' barula dia nak pakai.
*ye aku ada perasan Qaseh memakainya.

cikJue:
t/kasih cikJue. nanti boleh posing dgn kakak cha.

aini:
baju orang bagi aini. belum baik sepenuhnya.