Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Aku tak jadi balik Johor, huaaaa. Tunda lagi rancangan. Bila dah tak jadi, bila dah ada peluang untuk bercekerama dengan internet maka rebutla peluang dengan sewajarnya.
Jelajah punya jelajah. Aku terjumpa baju dengan tempahan termahal yang tersimpan dalam wardrobe aku. Aku tak tau nak menamakan baju ini patern apa, yang penting memang ikut cutting badan. Kainnya ala ikan duyung.
Kainnya dibeli bersama cikZiela di Jakel Jalan TAR. Kali pertama aku beli baju di Jakel, siap aku belikan baju buat mama sekali. Level bawah je, tak mampu aku deh.
Inila dia hanya RM20 sahaja, harga kain dan aku meminta cikZiela sendiri menempahkannya untuk aku. Tujuan aku hanya nak buat baju kurung Malaysia. Yang menjadinya baju kurung Malaysia, ala-ala supermodel pakai. Hahaha. Cantik mengikut harga tempahannya RM80. Adeiii.
Mujur masa tempahan dibuat aku sudahpun bertukar tempat kerja, kalau tak memang berhutang la aku nak membayarnya.
Aku baru pakai dua kali sahaja pertama kali ketika kenduri potong jambul kakakOni ketika berusia 3 bulan dan kali kedua, ke kenduri perkahwinan rakan sekelas aku di Ampang.
Kenapa aku tak pakai selalu? sebabkan, bila aku pakai terasa benar 'bumper' ku ini besar, hihiii. Aku cuma berharap agar aku boleh kembali menyarungnya setelah melahirkan anak yang kedua nanti. Huhuuu.
Minta-minta baju cutton beli dengan whitey mommy boleh dipakai ketika raya nanti. Aminnn.
14 comments:
mahalnya upah cha.... lebih dr harga kain ek...
hik hik. pasni tuka nama baju tu jd baju kurung 1 malaysia. hik hik
akak ni banyak baju yang dah tak muat ... nak buang sayang ...mimpi la akak nak kembali ke shape ala pramugari dulu.
insayallah boleh tue....cik jue kat johor sekarang nie...
Salam,
Perhhh, mahalnya tempah baju. Cutting memang cantik
kt kbyakkan baju tu mmg tak boleh pakai dah..sadissss.. byk kali asik ckp, eh blh muat lagi ni..nak kurus..last2 smpai kena gigit tikus kot! hahaha..sabar je lah
kakEida:
masa kita dengar harga upah tu, nak menangis juga. tapi dah siap, nak buat cemana.
kakReen:
tu la tu, tak tau nak panggil apa, kena slim semula baru boleh sarung.
kakYanti:
sedekah la kak, kita selalu bagi anak kawan mama kita kalau masih elok dan tidak dipakai.
cikJue:
huaaaa, kita tak balik Johor. sob-sob-sob.
teratak hami:
ye betul, nak pakai kena betul2 slim. kot tak, memang tak bernafasla dibuatnya.
farra:
gila sayang la farra. cemana farra boleh comel ye, kenapa kita tak comel macam farra. orang kata lepas kawin, tapiii???
slalunya mmg camtu kan
beli kain lg murh dr tempah
waaa..rasa nak berlajo mnjhit
baju je ;(
huh..harga upah berganda dari harga kain...tapi mmg nampak cantik cha pakai mcm tu...:-)
huuu...mahalnye ch@...dah la tokleh pakai selalu..hee~ so kak eina hrp nnti after bersalinkan anak ke2, dpt la menyarungkan semula baju tu ye..hehe..
mmg skrg ni tempah baju lagi mahal dr harga kain..iye la tempah baju kurung biasa pun skrg ni paling murah RM35 ke atas..kalau nak baju berfesyen..lagi la up dia nya harga..
itu yg wat x larat nak tempah baju..untung la sape yg pandai jahit baju sndiri ni..jimat byk..
ain:
akak pun ada cita-cita tu ain. nak belajar menjahit sendiri, malangnya akak seriau nak guna mesin jahit elektrik tu.
syila:
ngehehe. org semua konfius mana satu mak kepada Oni masa time ni. sebab tak nampak macam orang dah ada anak.
kakIeyna:
baju paling mahal dlm wardrobe. inila dia. terima kasih doa akak tu, terharu.
eija:
ha'a, sebab tu kita banyak baju beli siap drpd tempah. tengok kain pasang cantik je, tapiii mikir nak menempahnya, alaaa cancel la.
skrg mmg mcm tu..upah selalunya lebih mahal dr kain..kadang2 rs tak berbaloi....mama dh 2 thn tak tempah baju... tak jumpa tailor yg sesuai, upah affordable..selesa pakai
mamaGee:
kita sekarang, beli baju dah siap je. ngam-ngam kat badan dan setakat ni semuanya selesa.
Post a Comment