Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.
Baiklah, hari ini kita masuk part majlis doa selamat berlangsung. Aku tolong kemas-kemas je wei, nak celah tolong masak, serah pada yang pakar je la.
Buat kerja sikit, tapi banyak tidur dari buat kerja. Ada ke patutkan. Pagi Sabtu, aku teman mama pergi pasar. 1st time dia naik kereta yang aku drive. Hahaaa. Sticker P telah pun dicabut. Aku dengan rela hati cabut sendiri.
So far, dia dah berani la naik kereta dengan aku, kalau tak memang sampai bebila pun dia takut.
Serius aku banyak tidur dari menolong orang mengemas. Penat gila, macam aku yang drive balik Johor. Ngeee. mrABi rilax aja, Oni? jangan katala, jakun jumpa tanah. Kerja nak mengorek tanah, kerja nak berkebun kat belakang rumah. Memanjang dok berkepit dengan tokPapanya.
Sikit pun dia tak hairan dengan orang ramai-ramai yang sibuk mengata dia itu dan ini. Dia paling kecik. Dengan skirt dengan singletnya, lencun dengan peluh dok ke hulu-ke hilir. Masam.
Bila majlis nak berlangsung Oni bantai tidur, tetengah alam, tetengah rumah tempat orang nak beryasinan. mrABi kejut mamai-mamai bangun. Kepenatan. Bila bawa ke tanah, tiba-tiba segar balik. Adoyai. Terus sambung main tanah. Gila jakun budak ni. Takpe bagi peluang.
Menu: Nasi putih, sambal goreng jawa, rojak sayur, sambal belacan, ayam masak kurma, ikan kering bulu ayam.
Cenderahati tetamu: Roti Mighty White, Jus Rossel, sumi jelly dan mi goreng.
Cenderahati rewang: Mug, coklat, gula-gula.
Masa makan, bacaan doa selamat di ruang tamu rumah, acara makan-makan di ruang tempat letak kereta. Rumah felda sahaja =)
Majlis berlangsung dengan jayanya. Lepas Isya' aku terus bertolak balik KL, kena singgah di Puchong dahulu untuk mengambil Kelisa Turbo mrABi. Oni ikut mrABi, aku drive seorang, follow dari belakang, banyak kali gak la tertinggal. Hahaaa. Kalau tak ikut belakang memang aku sesat. Hari dah pukul 1 pagi. Kepala pun dah bengong-bengong.
MrABi kemas baju siap-siap, tepat jam 9.30pg Ahad, dia pun bertolak ke Ipoh, berkursus di sana. Tinggal aku dan Oni. Huuu. Malam yang sepi-pi-pi, aku rindu ABi-Bi-Bi. Hiii. Gatai.
Aku nak makan mi bandung. Mi bandung. Mi bandung. Sewel sudah.
12 comments:
orang jawa ke???
aik... balik johor ari tu knp x carik mee bandung??? kn dh sewel dh tu..
Ni masakan org Jawa kan?
dah lama tak dengar perkataan yassinan....cuma orang jawa aje yang menyebutnyer...
mee bandung memang bestkan....cik oni memang ade gaya tersendiri,...
baru taw akk org jawe..yess 1 geng
ekeke
skli skala blk kg mmg best ;)
pnCapa:
ye saya, mak jawa pak banjar, suami jawa.
mira:
sibuk sangat sampai terlupa la puan mira.
azzey:
ye tepat sekali, dapat nasi ambang pun best gak ni.
kakZai:
aiii kak, bukan akak orang Johor kah?
cikJue:
mi bandung yg cukup rasa, pergh! tak cukup semangkuk. hahaaa dia suka bawa diri dia.
ain:
hehe, ngape nampak kacukan siamkah? =) kalau boleh hari2 nak balik kampung ain.
cha, sian oni bg peluang dia main tanah...huhu mesti excited gile si oni kan
aduhai ketinggalan ketapi la pulok..almaklum skrg limit sungguh masa brblog ..hu~
waaah meriah kenduri mereka ye...seronok la cikOni tu..jumpa tanah! hehe..
hany:
sangat eksaited hany, niii tokMama dia nak ajak p main pasir pantai pulak.
kakEiyna:
takpe kak, perlahan-lahan. ada satu entry utk satu hari aja. sgt teruja dgn tanah.
seronoknya.. lama tak makan nasi kenduri... rindu... huk huk hukkkk nalk balik johhor gak la
kakEida:
kan akak nak balik nanti. silap2 kita pun balik jugok. hahaaa.
Post a Comment