Monday, 7 February 2011

Yeay, mrABi bawa jalan 2.

Salam satu Malaysia.

Haaa baru nampak orang update blog secara berperingkat-peringkat. Aku faham benar orang yang baru balik dari kampung ni, mesti buka kedai dobi, pastu ala-ala jet-leg, aku pun sama.

Jangan cemburu sebab aku masih dalam tempoh bercuti, sehingga hari Rabu. Hehehe, bos aku tak bagi aku buka opis walaupun kunci emas di tangan aku. Sayang limau dalam kotak kalau dorang tak habiskan sebelum cuti hari tu. Isk-isk-isk.

Shoot masuk story sebenar, cuti lama tak balik kampung, then mrABi bawak jalan lagi. Hari kedua bercuti 03.02.2011. HAPPY CHiNESE NEW YEAR. Time-time ni la dia sibuk bawa anak bini merayau.

Tak sesibuk dan se'jammed' semalamnya. Tujuan, nak tukar heli kontrol yang dah rosak tu. Boleh dia tinggal anak bini dalam kereta, dia naik Sg. Wang Plaza tu sesorang. Sekejap katanya.

Mata aku dah awas je, pintu kereta aku lock. Cuak oh. Takut kejadian yang tak diingini berlaku. Aku muda lagi, anak aku kecil lagi. Harusla aku yang bertindak sekiranya ada apa-apakan? aku berdoa banyak-banyak supaya dijauhkan segala marabahaya.

Legaaa, bila mrABi kembali. Terus runner ke The Mines Shopping Mall. Aku memang suka pergi sana, tak berapa nak ramai orang, orang dah cuti. Hajat dihati ingin menaiki bot air tu, eh? bot harusla kat air kan?

Skali tengok dia punya pakej, humangaih mahalnyaaa. Juling biji mata aku tengok harganya. Baik dewasa mahu pun kanak-kanak sama je mahalnya. Jadi, tunggula Oni besar sikit dia dah tahu menghargai alam baru bawa naik.

Beli satu dulu ye, nanti kita beli yang lain pula. Ni la anak perempuan.

Jalan-jalan nampak PohKong. Mata pun RM-RM-RM ada kepak. Hehehe. Akhirnya, Oni juga yang dapat. RM151, 1g. Kalau dah 3g? maknanya Oni punya barangla yang paling mahal pada hari berkenaan. Mak pak dia tumpang cuci cincin dan gelang sahajala biar nampak macam baru.

Dan masih sama macam sebelumnya, tetap dapat limau. Jeles betul mak dia. Tiada apa yang dibeli melainkan tiga DVD citer Ngangkung, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dengan Magika. Boleh buka panggung kat rumah.
Ada duit semua boleh jadi, betul tak?

16 comments:

@e_da said...

uii mahal nya emas sekarang kan cha.. dulu ingat lagi masa kaka kawen 1gm baru rm63 hengget.. huhu sape nak kawen sekrg kenala simpan duit banyak2 nak minang anak dara mcm oni ni.. hihihi... nak tengokla gelang ke cincin cantik oni tu? heheh

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

memang ade duit semua jalankan...tapi takpe demi anak dara seorang sanggup ajekan...cik jue pun sama

eima said...

aku suka emas ... bleh dikatekan gile emas la ...

klu ade anak dara mau aku beli mcm2 gak utk die .... tp pakai bila perlu je la ...
tak leh pakai hari2...kena kidnap anak aku kang ...

rasp said...

mahalnya rege emas skarang ya sis..
anak dara i 3 org...
setakat nie sorang satu je rantai yg dibeli...
nak tambah pikir 100x coz kena beli utk 3 org eh 4 le termasuk i hahahahhaa

:: Mrs.SyahNia :: said...

cik oni dpt bonus thn
baru cina lah..hehe

1g RM 151..ari tu tgk 157
dah turun lah yea..

kak meh lah
mai shah alam plak ;)

dilazfamily said...

mahal kan harga emas sekarang. nak beli pun pk dua tiga kali.
tapi kena beli gak, kena ada harta sikit

Shiqa Nawar said...

owh.. mahal ek. botakla kepala en.Dot nanti nak beli gelang kawen besar ibu jari.haha

best nya jenjalan. bila nk dtg sini pulak

ch@ said...

@@kakEda
zaman kita kawen pun dah mahal rm143. gelang kaki simple je kak, tak mampula.

@cikJue
hahaaa betulll. kalau tak beli skrg, nnt lagiii mahal. lagiii tak terbeli.

@eima
betula, itu satu faktor gak tu, kawan aku kena ragut rantai RM1000++, huiii tak ke terkilan.

@rasp
ha'a, sungguh mahal. ni baru seorang belum lagi akan datang, hope lelaki la. bajunya pula mahal.

@ain
sokmo dia dpt bonus. jalan je dapat, jalan je dapat. duduk rumah je pun still dapat. akak nak pergi icity, tak tersampai lagi hajat.

@dila
fikirkan itu la, kasi ada harta kat badan. mrABi hutang rantai kita, dia janji nak belikan tapiii boleh botak kepala.

@shiQa
jangan demand, akak hari tu fikirkan demand mmg tak terbeli. hahaaa.

eija_sweetmama said...

lama gak tu bercuti ye..

wah cikoni dpt hadiah emas..
gelang kaki..mesti chumel cikoni pakai..
ermm..emas mmg mahal giless skrg ni.
eija dh lama x beli emas..last beli mmg time kawin la..skrg nak suruh asben hadiah kan emas pun dia berat jerk nak bg..hhehe..

sib baik la isteri dia ni paham..sbb mmg tau harga emas tinggi..kalau beli pun msti dpt yg ringan2 jerk..hahaha..

Ogy said...

untungnyaaa jadi cik oni...:)

Bee said...

wah best nyer cik oni..hehee tunggu cik oni besar maka besar lg harganyer cha..kalo mampu beli jer sekarang pastu simpan baik2..

bee tk boleh ..ank 3 giler kalo beli kopak bank weh..beli kat sorang te tiga nak..haaa

Anonymous said...

uish...oni ada gelang baru...wiwit!

Kak Long said...

besnya oni dpt emas.... mak tgk jer la yek..

ch@ said...

@EiJa
tu la pasalnya, macam rasa dah jadi surirumah sepenuh masa.
nak menampakkan dia perempuan kena belila juga.
betul tu eija, kita pun nak minta rantai tak lepas2.

@mamaGee
untung sangat untung.

@bee
fikirkan macam tu la bee, ikutkan hati mau tunggu dia turun, tapiii harga barang runcit pun naik, so beli la pelan2 kayuh.

@puanCapa
dia punyala tu, baru satu harta utk dia.

@honey
aQeeL lelaki, patutnya papaAQeel kena beli tuk mamaAQeel. hehe.

mamaarifakeemaisy said...

mahalnye cha harga mas skrg,,akak tak pergi2 lg..huhu...tu la ada anak pompuan, habuan tuk depa mahalnye lah..untung si anak perempuan itu..hehe..anak lelaki cam arif tu..takde apa eksesori nak dibeli..jimat..ngee..

ch@ said...

@kakIeyna
kalau anak lelaki sulong hari tu, kita beli baju, seluar, kasut semua original. apa abi dia beli, dia pun kena ada juga. hahaaa. mujur dapat pempuan. tu pun mahal juga.