Wednesday, 6 June 2012

Puri demam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hahaaa, malas nak fikir tajuk. 

Entry ni sekali dengan esok punya, esok yang tiada di opis. Hahaaa, syurga. 

Aku tak pasti adakah Adli demam disebabkan oleh puri buah naga ini atau sebab hendak tumbuh gigi lagi atau beralih bulan atau rindukan abi.

Mula-mula aku lenyek sahaja buah naga ni, then rasa macam tak puas hati je, aku kisar je terus setelah buang kulitnya. Hiii. Tidak berapa manis sangat dan mengandungi banyak air. Kisar tanpa tambah air, berjalan dengan lancar sekali.

Kata eija, macam jelly :p

Menawan sungguh warnanya, bila aku instagram ada seorang kaka kata buah ni sejuk. Hrmmm, alamak banyak pula aku dah kisar, jadi aku campur dengan puri bubur nasi. Muahahaaa. 

Aku ada google juga, tapi ada seorang emak tu dia campur dengan oats, menarik jugakan? Ok, masuk menu minggu depan, harus cari oats ataupun nestum untuk dipelbagaikan. Mak Adli ni, tak reti sangat nak berpasta-pasta. Takpe, kita harus mencuba ;)

Menu minggu ini kira serasi dengan Adli, sebab dia tidak kerap membuang sebagaimana menu puri ikan minggu lepas. Tapi popoo dia warna ungula, mengikut warna buah naga. Hehe. Pisang pun aku belum cuba lagi, boleh ke di frozen ek? coz pisangkan lenyek je, campurkan dengan oats menarik jugakan? aku lak rasa terliur-liur. Hiii.

Lekas baik mok, lepas ni harus makin aktifkan? huaaarrghhh!!!

Okla, budak demok tu merenget je daripada tadi, tidak selesa mungkin. Daaa... menu minggu ini: puri ayam, puri sup sayur [lobak+kobis+so hoon+fo chu kering] dan puri buah naga. Slurrrrpppp.

Nota hijau: Legaaa, abi dah balik setelah lima hari berpergian. Tawa dalam tangisan aku, bila perginya tanpa khabar. Sabar ye hati, tabah ye jiwa. 

Tuesday, 5 June 2012

Projek dah mula.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baik korang cakap korang rindukan aku. Hahaaa. Kejam betul. Baru sehari takde entry dah rasa macam orang glamour sesangat ek. Aku macam blur-blur lagi ni, hahaaa. Almaklumlah kena handle rumah sendirian.

Masuk hari ke-tiga, Auni dah mula tanya abi, ni yang masalah problem. Macam biasa aku hantar dan ambil dorang, lepas je aku parking kereta bila balik kerja, aku akan solat Asar, kemas rumah, cuci baju, masak nasi terlebih dahulu. Bila dorang sudah balik, memang berguling dengan dorang sahajalah.

Adli, sejak dah besar ada 6 gigi ni... manjanya kemain. Walaupun seronok bergelak ketawa dengan kakak, bila tidak nampak kelibat emak mulala dia menyanyi. Sampai naik pening aku hendak buat kerja. Memapah sudah keliling ruang tamu, bila part hendak duduk sendiri mulala failed. Gabra, masih gayat.

Memang macam ni la keadaannya.

Hujung minggu lepas, berjaya juga aku bebaskan bakul sampah dengan Drypers kotor. Hahaaa, fully CD dan berjaya, memang dua hari yang cukup struggle hendak kendalikan CD-CD kotor tu, apatah lagi Adli asyik membuang tidak sudah-sudah sehingga punggung naik melecet.

Menjadi masalah bila hendak mandikan sebab pedih sampai demam. Aku tidak tahu dia demam kerana melecet tu atau gigi tumbuh lagi. Apapun bila aku lapkan kering, pakaikan CD bila hari kedua semuanya sudah kering. Dia pun dah suka hendak mandi. Oh, lekas sembuh melecet dia.

Malam tadi, tertinggal aku seorang dalam bilik. Adli sudah pun join Auni di ruang tamu. Aku memang flet habis. Sedar-sedar, seorang main bedak, seorang lap tv. Adoiyaiii, jam menunjukkan 4pagi. Huaaaaa. 


Terus aku angkat Adli masuk bilik balik semula, paksa dia tidur. Eiiii dak ni, pantang nampak orang hendak main, dia pun cepat sahaja. Si Auni memang jangan katalah, waktu malam is waktu siang dia. Mulutnya macam murai, pot-pet-pot-pet. Kalau suruh mandi, memang macam dalam jakuzi di buatnya. Berenang dalam besen.

Sangat pandai menjawab dengan penuh sopan. 
Bila minta pertolongan, jawapan dia "ok, baiklah".
Bila dia malas, jawapan dia "ermmm, tak adalah umi. tak apalah".
Bila emak kata mengantuk, kata dia "ngantuk? tidurlah"
Bila beri biskut/ air, dia akan balas "terima kasih umi"
Bila aku lambat bangun buat susu, tindakan dia? "sayang umi, sayang adik" - kiss pipi Adli dan emak. Hiii.
Bila dia mengantuk, katanya "Aoni ngantuk, nak tidurlah"
Bila dia lapar, sambil pegang perut "Aoni lapar"
Bila sudah kenyang sambil baring peluk bantal "taknak lagi, dah kenyang"
Bila buat salah, memang dialah manusia paling jujur mengaku. Hahaaa. Sampai tidak jadi hendak marah.

Ohhh, my lovely daughter sudah besar. Sebaik sahaja aku sampai opis, aku suka kenangkan perangai dia yang sangat macam-macam. Hiii. 

Nota hijau: Cepatlah abi balik, tolong layan budak berdua ni. Aku ni ibarat, tidur tak lena mandi alakadar. Makan? memang kalau dah hanyut dengan Adli, aku lupa untuk makan. Hahaaa. Sebab tu kabinet dapur aku penuh dengan biskut, roti, bijirin tidak lupa megi. Peti mesti penuh dengan jus, buah, jem roti. Aku akan makan bila sempat sahaja ;)

Friday, 1 June 2012

Jangan ada bosan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huwie, happy Friday. Malas hendak memikirkan benda-benda emo berlaku malam tadi. Hahaaa. Memang ada halnya menyebabkan aku menangis dengan tidak fasal-fasal. Semoga Auni yang baru hendak membesar itu dapat pengajaran daripada kenakalannya sendiri.

Jangan ada bosan. Ye ke? seorang emak blogger macam aku ni apa je lah hendak diceritakan melainkan hal rumah dan tangga yang berlapis selain kisah keluh kesah surirumah tangga. Jadi, kisah ini ada kaitan dengan kegemaran emak juga. 

Luaran tidak cantik. Dalamannya sungguh cantik.

Apa ada dengan plastik sampah ini? Ye nampak macam plastik sampah, tapi bukan sebarang sampah. Ini sampah yang paling bagus untuk menyelamatkan alam sekitar selain ekonomi menggunakannya dalam kitaran hidup. Alah bisa tegal biasa. Ini plastik cantik sebenarnya akan tetapi untuk memuatkan isi dalamnya terpaksalah jadi sebegitu rupa.

Pelaburan selepas breastfeeding.

Inilah harta hasil perbincangan aku dengan abi. 7 keping lampin moden asalnya menjadi 10 keping apabila abi voluntier untuk menajanya. It's a cute rite. Aku suka sangat sampai rasa hendak menangis kerana terasa berbaloi bila orang tersayang menyokong usaha yang selama ini menjadi impian. Impian sudah menjadi kenyataan. Sobsss. 

Terima kasih kakLong Nuzula dan juga kak Rose, ibu Rafiq dan Aishah yang sangat menyokong dan tidak jemu memberi kata-kata perangsang untuk minda dan hati. Aku belikan sekali Auni Ipad untuk dia belajar. Harap dia suka. Aku belum beri pada dia lagi. Akan ku balut seperti hadiah untuk menggembirakan hatinya.

Ipad for Auni.

Bersedia untuk basuhan kali pertama. Penuh satu baldi.

Satu hal yang berlaku bila terlampau suka, aku terus masukkan pocket CD bersama insert dalam mesin basuh. Mesin sudah jalan baru teringat, sepatutnya pocket CD masuk dalam beg net, untuk mengelakkan getah yang ada padanya rosak. Argh! lupa-lupa-lupa. Sila jangan tiru ok. Aku tak ada beg net besar, aku guna beg beli yang biasanya kita beli beg tangankan ada beg kain dalam tu, so guna yang itu ajalah. Hahaaa.

Semua benda pun aku hendak recycle. Wakakaka.

Hrmmm. Umiii... mana satu Adli punya?

Yeah, ampai penuh. Suka sangat termasuk orang yang kat bawah tu. Hahaha. Aku punya sengal, aku pergi campur yang sudah dipakai dengan yang baru, pastu jenuh nak milih mana yang sudah biasa dipakai dengan yang baru untuk dipakaikan kepada Auni juga Adli. Bengong!

Rasanya, aku pre-wash dua kali je la. Tidak sabar sudah hendak pakaikan pada budak berdua ni. Kikiii. Kena cari storage box yang cecantik untuk CD-CD ini. Aku sudah ada 15 keping kesemuanya. Huwiiii

Nota hijau: Aku tidaklah serajin mana, cumanya bila sudah ada bila sudah bermula harus terus bersemangat dan buat sehingga jayanya. Jangan ada bosan. :) Marilah kawan-kawan, Adli dengan Auni sudah sudah mengurangkan penggunaan Drypers pada waktu malam ;)