Sunday, 6 May 2012

Kepada saya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 28. 

Selamat hari tua. 

"umi dah tua" - abi.
"kan bi kan?, nak buat caner? - aku.
"tambah lagi sorang anak" - abi.
"uiks, kalau abi tolong jaga takpe, ini... dua pun dah pening!" - aku.
"hahahaaaa" - abi.

Nota hijau:
Terima kasih kak Eda [SMS & FB], bonda QWP [FB], Suzeliah [FB], Fiza [SMS], Min [SMS], cekIjam [SMS], Nabiha [SMS], mama [call], ummi [wish] dan semua kawan-kawan yang sentiasa menyokong saya. Semoga semuanya dalam lindungan ALLAH SWT. Terima kasih.

Thursday, 3 May 2012

Puri yang cantik dan sedap.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tehehehe, hari tu kannn aku dah war-warkan bahawa aku hendak kembali bersolek. Dan, pabila gaji sudah masuk pantas sahaja aku menerjah kedai menjual make-up.


Nah amekau. Tah bila nak memakainya pun aku tidak tahu. Hahahaa, hari-hari bedak compact, eye-shadow, lipbalm dan pengilat bibir ni aja. Hendak ber'eye-liner' dan mascara belum lagi. Tak sempat dok. Cantiklah sikit daripada sememehkan. Rasa konfiden pun ada.

Ceh pasan lawa la tu kannn. 

Sudah hendak habis minggu, baru nak update fasal puri Adli. Eh, ke dah ek? minggu ni setiap hari menu lain-lain, aku menyediakan pelbagai jenis puri. Jadi, setiap hari memang ikut suka hati aku je apa aku hendak bubuh.

Minggu ini, tambah satu menu baru ialah puri tempbikai susu. Caranya, tidak perlu rebus sebagaimana puri mangga. Buang kulit dan bersihkan, kisar halus. Tu je. Kalau tapis pun, terlalu halus pula. Adli aku beri setengah potong habis dia kunyah-kunyah. Hahaha.



Menu lain puri lobak+puri kentang, puri bubur nasi dan puri labu. Ada juga puri ayam, tapi tiada gambar sebagaimana puri mangga. Sebab buat mengejut. Hahaha, aku rebus je ayam then kisar. Yummy-yummy-yummy.

Mentanglah baru dapat rainbow cube daripada tupperware, meriah kotak sejuk beku aku. Penuh.

Aku sangat suka suap Adli makan, semua pakat nganga aja. Suap-suap-suap habis. Tido. Oh, sungguh mudah ini budak. Sudah naik walker. Kemain suka, kemain lagi jelajahnya.

 Tuan punya puri macam biasa :) Sudah pandai tepuk amai-amai dengan sendiri.

Nota hijau: Auni tengok Adli makan, dia pun hendak makan sekali. Tapiii bukan makanan Adlilah. Syukur juga bila dia hendak makan.

Wednesday, 2 May 2012

Terapi hati lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hendak menunggu abi bawa lambat sangat, sibuk dengan BERSIH. Makanya, aku berkira-kira untuk pergi sendiri-sendiri sahaja. Terima kasih mamaLieyna aka mamaArif dan Hakeem bertanyakan khabar aku dan keluarga. Tambahan pula, si Mazerah ni hendak sangat ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC tu. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Walaupun pada permulaannya aku agak down, kerana mesin ATM tidak berfungsi sepatutnya. Namun, berkat berdoa dan Maz yang menyokong kuat, dia menyuruh aku mencuba untuk sekali lagi. Syukur, aku dapat semua yang aku hajati.

Tengah hari 30 April, kawan-kawan opis pun bagaikan suam-suam kuku sahaja. Berikutan semuanya menyambung cuti sehingga 1 Mei. Aku dengan Maz mencabutkan diri untuk ke pesta Buku: Dunia Tanpa Sempadan ini. Tersenyum sepanjang redahan kedai ke kedai.

Bagi mereka-mereka yang mempunyai pertalian dengan ulat buku, pesta sebegini adalah terapi terbaik untuk minda, diri dan hati. Mujur juga sudah ambil sarapan yang agak berat dan lewat. Jadi, makan tengah hari boleh dianjakkan sedikit.

Hasil redahan pada hari nan tersebut ialah, trilogi lengkap Tombiruo Ramlee Awang Murshid, dan novel-novel lain yang selalu aku intai di internet. Habis RM115 di Karangkraf sahaja. Campur yang lain-lain, aku hanya spend RM200 untuk semua yang di bawah ini ;)

Novel aku, buku Auni dan hadiah untuk yang tersayang.

Setelah kaki menggigil akibat perut yang berkeroncong, kepala pun dah naik pusing dengan suasana lampu persekitaran, kami balik. Balik opis semula sebab kereta aku ada di sana. Sempat singgah makan di uptown dan shopping baju Auni Adli di Anakku. Wakakaka. Terbang RM aku lagi, anak punya fasal.

Semua Maz yang pilih, aku memang gagal untuk memilih baju anak-anak.

Nota hijau: Alhamdulillah hajat untuk bulan Mei sudah pun tercapai :D ok, duduk diam-diam RM sudah menipis :p Terima kasih abi atas segala sokongan. I love u, tiba-tiba.