Pagi yang, biasa ja walhal malam tadi sudah meledak perang dunia pertama, bila kau asyik kena desak untuk redha akhirnya redha kau sendiri yang dipersoalkan, haaa kali pertama sepanjang perkenalan aku histeria. Lama aku simpan baran aku. Kau sudah sedar sekarang? yang kau desak ni lah manusia yang paling loyal dalam kehidupan kau. Yang kau sangka semuanya baik-baik sahaja, akhirnya. Sikit lagi je aku hendak start kereta. Geram aku.
Bagai dipucuk ulam mendatang, kakFin suruh aku siap. Dia datang ambil aku di rumah, aku siapkan menu tengahari dan menunggu kakFin. Aku dah masuk kereta baru aku bagi tahu tA, aku hendak melepak jangan ditanya ke mana. Kena bawa lari dek kakFin pun aku rela. Hati aku yang lebur tu, rasa lega sedikit bila mengamuk paska histeria malam tadi dengan muka sembab kakFin heret ke KLCC.
Walhal aku baru je berkenalan dengan kakFin, baru sangat. Jumpa dia masa Journal Jam (JJ) kali pertama, itupun dia datang lambat. Dalam kehidupan umuran sekarang ni, kita kena cari yang selesa. Awal tu aku memang rasa vibe beda level dengan kakFin, biasalah 1st impression, aku judge. Muka kita subtitle pula, but on that day aku friendly. Masa dia bagi charms hasil tangan dia sendiri, aku terus interested. From JJ tu, aku tempah charms untuk aku sendiri dan layan borak kakFin. Dan 2nd meet memang janji nak jumpa di JJ kali kedua, hah menggila weols berdua dalam tu, melayankan Habeeb (anak seorang teman JJ).
Dia gila, masuk air juga rupanya. Aku sejenis lekas blend dengan orang lain sebenarnya, apatah lagi kami hanya beza setahun sahaja. Tergelak aku bila dia kata dia born on 1983, leh.
"tua kertu lah sangat, beza setahun je kot" dia mati-mati ingat aku freshie sebab tu dia bahasakan diri dia kakak dan umurnya jauh dengan aku.
"akak tengok Sya macam baru 27tahun, itu pun tua. Sya lagi younger than that 24, 25 camtu" ujarnya masa dalam perjalanan ke KLCC.
"bila Sya cakap ada anak SPM, terkejut kakFin. Gila muda budak ni, biar betul? pastu awak cakap awak 42, tu yang akak cakap eh ke terbalik? 24?" adeih... Sudahlah kakFin, aku sudah terbang tinggi sangat ni, kang jatuh tergolek takde siapa nak tolong. Suami dah ada orang lain pula, hahahaaa.
"akak salut dengan awak Sya, masa awak kata alaaa suami ni kan pinjaman je, nyawa kita pun pinjam, biarlah pass pada orang lain pula, akak cam wow sabar another level budak ni" kakFin bertubi buat aku segan. Padahal aku pun segan dengan kakFin ni, background luar negara wei.
Temankan kakFin beli gelang Cooper, aku kurang gemar sikit aktiviti begini mungkin sebab mood aku belum benar-benar on the rite place, tapi seronok tengok kakFin main swap ja. Aku suka dengan kakFin ni, dia jawab semua pertanyaan aku dengan gaya bercerita down to earth sedangkan jawatan yang dia pegang bukan calang-calang.
Aku tanya dia, why me kakFin? kan ramai lagi dalam ramai-ramai hari tu? Dia jawab dengan ketawa. Aku suka dengar dia bercakap, lancar dan suara dia buat aku rasa I find myself.
"awak tak skema, boleh masuk apa je dengan yang kakFin buat, awak punya teruja dengan minat kakFin tu, tak macam orang lain" hahaaa, tergelak aku. Aku ni kan ke payah hendak cari kawan, bergantung macam mana orang borak dengan aku. KakFin ni suka update kisah dia pada aku, aku suka melayan. Aku melayan dia bercakap sampai 4 pagi, kau rasa? hahaaa. Yang dia pun sampai tahap bawa masuk hp pergi mandi, akulaaaakan? hahaaa. Weols pangai random.
![]() |
| love sangat dan kita berkongsi apa yang dak journal perlukan. |
![]() |
| aku lebih selesa terus tulis je, manalah pandai cop mengecop ni. jadi, keras je la hasilnya. sebenarnya kakFin minta tolong QC atau test stamps yang dia buat sendiri. |
![]() |
| mereka kata kita seiras. |
Kita makan di salah satu restoran kegemaran kakFin, makan dan terus lepak main stamps yang kakFin bawa, dia suruh aku bawa journal ja. Aku betul-betul bawa journal sahajalah, yang lain semua kakFin bawa dalam beg stanby nya. Kita sudah pakat untuk beli kotak simpan bertingkat macam Alsa punya.
Sambil aku stamps sambil kakFin bercerita, kadang dia menanya aku itu dan ini. Pukul 5 lebih, kita gerak balik, kakFin perlu hantar aku, kasihan dengannya yang terpaksa ulangalik namun dia tidak kisah, dengan harapan akan ketemu lagi selepas-selepas ini. Aku teruja dengan stamps kakFin buat sendiri. One day, aku hendak datang ke rumahnya atau temankan dia buat event. InShaaALLAH.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan aku, kita doakan semua doa diangkat supaya aku sedar dan bangkit masih di bumi yang nyata.
![]() |
| stickers from kakFin. habis semua dia sumbat dalam beg aku. |
![]() |
| kakFin project. |
![]() |
| just Madam Atfina. Love sangat, tak jemu tengok dia punya artwork. |
![]() |
| dia terinspirasi dari kisah aku. |
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.









No comments:
Post a Comment