Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Minggu lepas sudah bermulanya Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi tingkatan empat. Ujian begini, mereka perlu wajib hadir ke sekolah bagi kelancaran ujian diadakan. Kisah bermula apabila keluarga Fara, teman baik Auni perlu hadir jemputan konvokesyen abang Fara di Terengganu. Jadi, ibunya puan Noraida (Ida juga) telah menghubungi aku untuk menitipkan anaknya di rumahku. Yeay! let's skip a good part.
Petang Rabu, selesai aku masak tengah hari, keluarga Fara menghantarnya ke rumah ku, siap bekalan beras dan bahan lain. Sudah macam jejak kasih sahaja sewaktu mereka hendak berpisah kerana mereka akan terus bergerak ke Terengganu tanpa Fara. Walaupun Fara hadir, rutin harianku masih sama. Fara ke sekolah bersama dengan Auni cuma mereka berada di kelas yang berlainan, Auni di 4 Sains Tulen, Fara di 4 Prinsip Akaun. Waktu balik, Fara perlu menunggu waktu balik Auni kerana kelas PA akan tamat lebih awal.
Seronoknya bila ada Fara, malam dihabiskan dengan menonton drama Bon Appetit Your Majesty Terjerit terpekik kita berdua di malam hari yang kebiasaannya hanya aku, drama dan kuaci sahaja. Bila dengan Fara, suasana itu jadi meriahlah. Begitulah selama tiga hari malam, malam tadi Fara masuk tidur awal dan drama pun sudah sampai ke latest episod. Malam tadi juga aku sudah mula layan drama lain.
Pagi tadi sebelum keluarga Fara datang untuk mengambilnya pulang dan sebelum hujan lebat.
"Fara mushroom sup semalam ada lagi, tinggal untuk Fara tapi rotinya dah habis, makan dengan biskut tawar pun sedap" ujarku mundar-mandir. Masakan aku hendak biarkan dia pulang tanpa makan.
"ada lagi? ingat dah habis" katanya sambil menukar posisi dari baring ke duduk di sofa. Fara sahaja yang sudah bangun pagi ini, dia morning person.
"ada, dalam peti kena panaskan dulu"
"alaaa malas nak panaskan" jawabnya selamba. Fara memang begitu, sebab tu aku suka. Dia boleh baring santai atas pangku aku sambil main handphone. Sambil aku kemas dapur, aku panaskan sekali sup cendawan yang dia minta semalam. Siap sahaja, aku menyuruh dia habiskan.
Tidak lama kemudian ayah dan mamanya sampai, berpamitan menyerahkan berplastik cenderahati kepadaku. Apalagi kakNoraida ni, ada sahaja. Tidak putus meminta maaf kerana menyusahkan aku, ayah Fara juga begitu. Aku jadi naik terharu.
"paipai Fara, sorry tau kalau masak tak sedap dan terlebih bergurau, jangan ambil hati, jangan serik datang lagi" ujarku. Sambil diperhati mama dah ayah Fara.
"eee mana ada, sedaplah. alaaa...sedih" Fara buat muka sedih menjadikan ketawa aku terburai. Sambil pegang tangan hayun-hayun menuju kereta keluarga Fara. Macam member-member.
"mama tak macam ni pun" Fara bersuara depan mamanya.
"saya garang di rumah" jawab kakNoraida.
"eh takble, mama kenalah garang. Kita dengan anak-anak pun tegas, dengan anak orang kenalah behave" jawabku menenangkan kakNoraida. Fara buat muka sedih lagi dari tingkap kereta. Dia ni kaaaan~
"kita jumpa di sekolah nanti, worry less" jeritku dengan lambaian. Sunyilah semula malamku nanti, tapiii tuan asben pula akan mengganti. Alhamdulillah~ katanya mahu balik selepas dua minggu dan juga ada tugasan di sini pada hari esok.
Aktiviti malam pertama: Cari drama yang best untuk ditonton bersama.
Aktiviti malam kedua: Cari dan meneka jantina turtle belaan Fara, (lupa snap picture) jadi tarikan dakkutip yang lima ekor tu.
Aktiviti malam ketiga: Layan drama Bon Appetit sampai lewat malam.
Aktiviti malam ke-empat: tiada, Fara masuk tidur awal.
![]() |
aaaa....comelnya~comelnya |
![]() |
Gift from kakNoraida jaga Fara selama 4malam 3hari |
Semoga keluarga Fara dan kita semua dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki berkah selalu.
![]() |
Berdiri: FARA & Icha Duduk: Intan & Auni |
WHOEVER IS HAPPY WILL MAKE OTHERS HAPPY ~ Anne Frank, The Diary of The Young Girl.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
6 comments:
Kak SA tgh tgok citer Korea lain...lepas tu nanti nak tengok citer ni
Dengan anak orang lain ya lah selalunya kita ok je kan. Dengan anak sendiri tegas sikit.
kakSA: mesti panjang list drama kakSA ni kan, kita baru balik Korea ni. ahahaha~
kakEzna: betul tu, anak sendiri ada masa jadi kawan. ada masa mak bertukar jadi singa lapa.
Seronok, mcm overnight rumah kawan pula..
Linda: dorang panggil "sleep over". kawan2 Auni ni mmg kerap juga tidur di rumah ni.
Post a Comment