Ahad 7 September, Tuan Asben ngajak balik Johor, dia ngajak aku ambil kesempatan minta dia drive pergi dan balik, terasa tidak bersedia untuk pulang ke Johor kali ini, cuti sekolah hanya seminggu, jika Syasya balik dengan anak-anak persediaan hendak balik tu makan masa tiga hari. Jika balik dengan tuan asben, kita boleh berbahagi tugasan, jadiii tidaklah keletihan sangat.
"kita gerak lepas Subuh" katanya. Percaya? onz je namun dengan tuan asben ni, jam 8.30am jugalah baru keluar dari rumah, siap pergi bersarapan~pungpangpungpang jam 9pagi juga masuk lebuhraya.
Hanya berhenti sekali sahaja, isi minyak dan pam tayar kereta. Daktiga, sambung lena sampai ke destinasi. Kenderaan banyak tapi tidaklah sampai sesak yang melekat. Kita sampai di rumah tokmamapapa lebih kurang jam 2petang. Selesai Zohor, mengadap makan tengah hari tokmama dengan menu ayam masak merah dan sayur lodeh memang padanan terbaik kekdahnya.
Hari kedua 8 September, adik mama hendak datang ke rumah, mama sudah pelan hendak shopping macam-macam jadi tergendala, papa pula sudah siap pergi berbelanja bahan basah untuk tetamu datang bertandang. Makanya, aku hanya menjadi pembantu mama sahaja, menu hari itu:
- ikan caru bakar
- sambal tumis ikan bilis petai
- kacang panjang masak lemak putih
- telur dadar cili bawang
- roti canai
- kuih bom, kuih pulut serunding dan apam pisang
Mak usu sekeluarga balik selepas makan tengah hari, mereka datang menjemput ke jemputan anak kedua mereka, Ilyani di Grik, Perak pada bulan November nanti. Katanya mak usu, kehadiran kita adalah wajib. Betul juga, menghadiri jemputan adalah wajib. Menu cukup sampai ke malam apabila daktiga menghabiskan mi segera cawan stok tokpapa makan lewat malam, ahahaaa...
Mendengar saja kita hendak gerak esoknya lepas Subuh, tokpapa belanja pelbagai jenis roti manis, tokpapa berhajat hendak merasakan kita wang bayaran Sara nya, ada banyak lagi berbaki namun tidak sempat. Kita suruh simpan, ada rezeki kita balik lagi.
Kita bersiap betul-betul lepas Subuh, jam 8pagi sebaik bersarapan menu sama dengan waktu pulang Johor tempohari kita sudah atas lebuhraya, namun perut tidak biasa makan pagi tiga kali aku minta tuan asben berhenti di rnr membuang, sakit perut loh! Perjalanan lancar, tidak sesak. Jam 12tengah hari kita dah home sweet home. Alhamdulillah.
Balik kali ini, tidak sempat berjumpa dengan keluarga adik. Mereka sampai di rumah mama, aku sudah sampai di Pagoh. Aku cuba melambatkan keluar lambat di rumah mama tadi namun tidak berjaya. Cuti kali ini, aku betul-betul ikut cuti tuan asben tambahan daktiga dibekalkan dengan sebeban kerja sekolah yang perlu disiapkan jadi percutian jadi singkat dan ringkas.
Jadilah, dapat melihat orang tua ku walaupun sekejap, feel vibes kampung-kampung gitu meskipun rumah taman, hiii~
![]() |
| me balik Johor: tose + kopi tarik balik Selangor: tose + teh ais |
![]() |
| Auni menu konsisten pergi balik sama: roti kosong + melowes |
![]() |
| Adli balik Johor: roti kosong + melossuam Balik Selangor: roti kosong + teh ais |
![]() |
| Arrizqi balik Johor: siklemak + teh o limau suam Balik Selangor: sikgoreng + sirap suam tekak dia ni memang aneh-aneh ja. |
![]() |
| tuan asben: roti telur + nes 'o' suam balik Selangor: roti bakar + telur separuh masak + nes 'o' suam |
![]() |
| balik Johor tema Autumn. balik Selangor tema Langit. |
![]() |
| Langit dalam perjalanan ke Johor. |
![]() |
| Langit rumah mamapapa. |
![]() |
| Langit Selangor. |
Family is the heart of a HOME. --)@
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.









26 comments:
Alhamdulillah...Dapat jugalah balik kampung walau rumah taman. Ada jugalah vibes balik kampung di kejauhan. Takpelah, next time balik boleh planning dan jumpa dengan adik.
konsistent je anak beranak pesan makanan kecuali si bongsu tu ye. Minum air serba suam. Jarang budak kecil suka air suam.
Dari Johor mendung, balik Selangor cerah terus. Cantik awan kepuk-kepuk langit membiru.
bestnya balik kampung. kita kalau balik johor wajib mee rebus dan mee bandung. lama tak balik .huhu
sedap nampak tosei tu
dpt blk kampung sekejap jmpa org tua pn ok..walaupun ada adikberadik lain tk jmpa...suka tgk view langit biru
Dapat balik kampung walaupun sekejap memang menyeronokkan rasa taknak balik rumah sendiri. Lagi2 kalau semua adik beradik ada balik memang meriah.
Sekejap yang sempurna..
awwww sedondon merpati sejoli.....walau balik sekejap tapi sangat bermakna 🧡🧡🧡
Alhamdulillah daoat balik kampung. Moga silaturrahim berpanjangan. Menariknya warna biru langit.
Melowes? Keh keh keh
Aphizha: Arrizqi tu dia sensitif dgn air sejuk, lekas selsema. Happy jugalah, even macam mamai-mamai je, balik pastu rileks pastu da balik semula, adeih!
sisLydia: tak sempat nak jalan-jalan cari makan. 1st time breakfast tosei, hahaa pastu cam takleh move-on.
mama tisya: betul, lagi-lagi bila ada dua orang je adik beradiknya, terasa tak cukup.
Cie: betul, kadang balik tu nak. tapi nak berkemas tu alahaaai bercinta sungguh.
Sueann: Alhamdulillah.
kakMieja: aaaauch, weols mmg suka sedondon, asben suka pakai outfit yg kita prepare.
sista Amie: warna langit tu boleh masuk dgn apa juga warna.
uncle gedek: melo dgn mamak berpisah tiada.
Alhamdulillah, dapat juga balik walaupun sekejap...
Isssh rindunya saya makan tosai 😍😍😍. Trakhir tahun lalu. Pokoknya nanti di KL nak cari lagi tosai yg sedap 😄👍
adnil linda: balik kampung tersingkat sekali, muahaha... alhamdulillah jgn kan tiiidak.
fanny: kak kan, tak tau la makanan ni sedap tu rasa macam mana, kak jenis bedal je semua makanan jika menu tu berkenan pada mata dan terasa boleh ditelan. hahaaa, memang sejenis tak pandai nak review tentang makanan.
aakak 4hb nanti baru balik JB....nak meraikan birthday Khalaf dan Dania...
kakakSA: 4hb nak balik, kita dah siap pre-packing kak, hahaa~ mesti dorang suka dengan kejutan nanti.
Auni punya hijab tu cactus ya? Uniknya....ok la tu dapat juga baliknya..... :)
Alhamdulillah dpt balik jejak kan diri dan hati ke kampung. Jalan jalan sambil ziarah menziarahi... Dapat makan makan... Lauk kampung org biasa sebut.. mmg sedapp ☺️👍🏻
kakEzna: betul kak, kektus. bawal AJ tu kwn kita bagi hadiah ulangtahun kelahiran beberapa tahun lepas.
Time Traveller: alhamdulillah, lauk simple air tangan mom mmg terbaik.
Post a Comment