Thursday, 14 August 2025

Trigger: Inner Selapis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Layankan kejap emosi aku pepagi ni, patutnya tinggal komen pastu ignore je la kan? boleh pula pergi baca balik komen yang lain-lain tu lepas tu trigger sesorang, entah apa-apa si Syasya nih!

Okey je takde apa-apa masalah, terpulanglah pada pilihan memasing.

Betul dia kata tu, tapi tah la kenapa aku trigger dengan komen dia ni, ahahahaaa...

Aku pakai inner cifon ni dengan bawal warna pastel.

Setiap kali aku bersiap, aku akan test duduk bawah cahaya, jika aku rasa tidak selesa masih nampak bayang aku akan cari alternatif atau tukar pada yang lebih baik. Kadang aku pakai juga inner ninja tu, tapi bila berpeluh aku jadi rimas. Aku lebih suka anak tudung macam dak sekolah pakai, aku panggil anak tudung 99speedmart. 

Aku lebih selesa dengan bawal banding shawl, bila pakai shawl jadi terus lekat di muka. Cemburu juga tengok mereka yang bershawl dengan style yang stylo, lelagi yang lesspin tu, main campak dan ikat je tapi helok jadinya. Apply pada aku? hahahaaa, aku tidak yakin. Pakai bawal pun aku guna banyak pin dan kerongsang apatah lagi bila bershawl. 

Bukan aku tidak mahu bertudung labuh, cuma bila keluar akan ada yang panggil ustazah. Bukan tidak suka, cuma berasakan tidak layak. Jauh lagi perjalanan yang perlu aku lalui. Hendak istiqomah perlu menghadapi ujian-ujian yang terkadang rasa hendak tersungkur juga namun kehidupan perlu diteruskan.

Semua orang ada pilihan mereka sendiri, kita tidak boleh kondem mereka sesuka hati, kita kena berbaik sangka dalam semua keadaan. Ada orang suka shawl, ada orang suka bawal, ada orang suka yang labuh, pilihan di tangan sendiri, kita boleh nasihat, kita boleh spread love ke arah yang lebih baik tapi kita tak boleh paksa mereka ikut cara kita. Sekian dari yang emosi bercampur baur, barangkali ketidakcukupan tidur. Terima kasih sudi layankan (perasan jap).

Minggu ni tema baju tT (RM19.90)

9 comments:

Aphizha said...

Dulu masa study suka tudung bawal. Shawl pun jarang-jarang pakai. Lepas tu suka pakai shawl je sebab boleh labuh depan belakang. Sekarang dah beralih pada instant shawl dengan inner sekali. Lagi senang tak perlu beli inner asinga-asing. hihi...

Comelnya tema baju purple tu. Manis dipandang. Ye lah, tak dinafikan seperti ustazah atau cikgu gayanya tu. Tapi maintain budak sekolah okay.

adnil linda said...

masih setia dengan bawal...cuma nya, bidang 45 je...masih belajar istiqamah untuk pakai handsock, doakan linda ya...

tapi, gaya tudung bawal tu dah stylo juga tu...

Mama Zharfan said...

asalkan selesa, happy dan confident!

ch@ said...

sisAphizha: pernah pakai instant shawl tu, terkial-kial I. bawal juga dicari. pastu mcm tak sanggup tgk rupa sendiri, bulatnya. hahaaa adoi, caner nak transform jadi mak-mak ni.

ch@ said...

adnil linda: chaiyo Linda! haaa... nampak tak besar banner kita ni? hahaaa stylo terpaling suka. belajar kat tT.

ch@ said...

MZ: kita setuju ni. terima kasih singgah!

uncle gedek said...

Betiul ke RM19.90 tu? Macam tak caya je?

ch@ said...

uncle gedek: percayalah uncle, kerana ianya benaaar, hehe.

Suria Amanda said...

Kak SA lebih sesuai bawal rasanya....pernah pakai shawl jadi terkial2 dan x pandai bentuk..shawl jarang kan so kena pakai inner yang boleh tutup leher..akak dah ada banyak bawal tapi percaya x yg akak x habis pakai lagi bawal2 yg akak beli..duk ulangbawal yang sama ..hahaha