Aku berdiri diambang pintu bilik Adli,
"abang, jadi ke nak ke rumah Azfar hari ni?" tiada respon. Ini kali ke tiga aku mengejutnya.
"awak, bangunlah kata nak gi rumah Azfar, nak ambil Hazimlah, ambil Daniel la." bebel aku lagi, kali ke empat masuk biliknya. Adli bergerak namun, menyambung tidurnya seperti biasa sahaja. Setelah jam melewati angka 9pagi, aku masuk mengejut Adli untuk kali terakhir.
"Jadi ke nak ke rumah Azfar, dah pukul 9pagi tu, saya ni banyak kerja lagi hendak dibuat!" mendengar jam sembilan Adli bangkit, bersiap.
"jom siap umie, semua dah sampai" macam biasa, aku hanya mencebir bibir disertakan dengan jelingan tajam. Menyampah!
Dalam kereta menuju rumah Azfar kita senyap sahaja,
"bagitahu jalan, saya tak tahu rumah Azfar" suaraku menahan diri dari membebel, hatiku sebal.
"jangan sampai tidak pergi sekolah, dah ramai-ramai tu jangan buat benda yang bebukan, barang-barang penting jangan sampai tertinggal. Saya pm cikgu Ayu (guru kelas) nanti." aku tidak berjaya menahan rasa hendak membebel. Dengan hanya sekali nafas, terang, jelas dan nyata semua aku hamburkan.
"iya, hari ni ada Sejarah" jawapannya pendek sahaja sambil mengarahkan ke mana jalan harus aku lalui sehingga masuk ke pagar rumah kakitangan didiami keluarga Azfar. Aku tinggalkan Adli di rumah Azfar apabila terdengar suara Hazim menjerit nama Adli daripada koridor, terus pulang ke rumah dengan rasa tidak sabar menunggu tengah hari nanti.
Sebaik sahaja menghantar Arrizqi dan mengambil Auni, aku membuka wA. Di kelas 2 B Cikgu Ayu bertanya mana pelajar lelakinya yang lain, yang ada hanya empat daripada 12 orang. Haaa sudah! Dua tiga parent sudah reply dengan bebelan dan kerisauan. Tidak lama kemudian Cikgu Ayu update lagi sekali keberadaan Adli bertujuh yang baru sampai ke sekolah jam 1.20 tengah hari, aigoyaaa. Hampir habis pelajaran untuk waktu pertama.
Hendak di marah, mereka di sekolah jadi aku sabarkan je la, balik nanti ku sambung membebel. Tapiii rasanya tidak kot, kerana aku telah menjangkakan kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi bila mereka sudah bersama 6-8 orang. Mereka memang rapat, mereka baru sahaja bersama bermain Splash Mania di Gamuda Cove hari Sabtu lepas. Jadi rasa kebersamaan cukup kuat cuma bila hilang berjemaah tanpa khabar pada waktu persekolahan, itu adalah satu yang merisaukan ibubapa dan guru ya.
Aku tidak sabar hendak dengar apa kisah yang telah terjadi sehingga mereka lewat ke sekolah. Katanya tertinggal bas. Diharapkan Adli dan kawan-kawan dapat pengajaran daripada kejadian hari ini.
![]() |
Bukan main steady lagi si Adli tu. |
![]() |
Guru kelasnya pun, comel ja. |
WHEN I SAY I MISS SCHOOL, I MEAN MY FRIENDS AND THE FUN NOT THE SCHOOL