Wednesday, 26 February 2025

New Life Begins.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Iya tajuk Cdrama, ambil mood mahu marathon The First Frost, makcik suka sangat dengan Bai Jing Ting tu. Minggu ini masuk minggu daktiga mula belajar dalam kelas, hari kedua si Arrizqi bertanya aku, hendak bawa buku apa, hendak pakai baju apa. Dia kena palau dengan si Adli yang asyik sangat main komputer game. Si abangnya pun menerangkan lebih kurang sahaja sehingga aku menyuruh dia bertanya kepada kakaknya.

Auni menerangkan buku yang akan digunakan untuk setiap subjek, minggu pertama masuk kelas baru, minggu pertama Arrizqi jumpa pelajaran-pelajaran baru. Setelah aku bertanya banyak kali kepada Arrizqi sama ada dia mahu ke kelas Kelas Aliran Agama (KAA) atau Duel Language Program (DLP), keduanya Arrizqi tidak mahu. Dia hendak berada di kelas biasa sahaja sama macam Adli. 

Dapat buku teks Sains dengan Matematik dalam Bahasa Inggeris pun, Arrizqi sudah tidak keruan. Kedua buku tersebut hanya digunakan untuk kelas DLP, bersabarkan Arrizqi tidak susah pun, kakak boleh Arrizqi mesti boleh (Auni telah berada di kelas DLP selama tiga tahun). Meskipun bukan kelas DLP, waktu pergi dan balik sekolah masih sama dengan Adli. Ya, Arrizqi telah berpindah daripada kelas DLP ke kelas Bestari.

Manakala Auni, yang juga berada di kelas baru, aliran baru, matapelajaran baru. Dilemanya telah dilupakan setelah aku bersyarah tentang matapelajaran untuk tingkatan empat- berkat emak bekas pelajar kelas Sains. Macam mana subjek Sains pecah menjadi Kimia, Fizik dan Biologi. Matematik biasa boleh jadi super Matematik dalam Matematik Tambahan. Minat Auni kepada Lukisan Grafik Animasi membawa dia kepada memilih aliran Ekonomi dan Perniagaan namun, cikgu memilih untuk Auni berada di aliran Sains Komputer. Auni tidak mempunyai masalah menguasai Bahasa Inggeris dan Matematik, dua subjek yang sangat disukainya. Kerisauan aku timbul akan subjek Sejarah dan Bahasa Melayunya, adoiii. Sains Komputer? Aku suruh dia tanya pada dua adiknya yang ambil matapelajaran Asas Sains Komputer kerana pelajaran itu hanya kelas Bestari sahaja yang ambil berbanding kelas lain ditukar dengan matapelajaran Rekabentuk dan Teknologi. Aku yakin Auni boleh.

Hari ini, aku berjaya menaip entri walaupun orang lain wordless adalah kerana mereka bertiga ada latihan merentas desa, kesemuanya pergi pagi dan kami akan berjumpa pada petang nanti sahaja, sakan aku marathon drama sambil mengemas rumah. Boleh skip makan tengah hari, kita akan masak untuk makan malam, menu daktiga ni mudah sahaja. Alhamdulillah. Menjelang Ramadhan nanti, sekali lagi jadual akan bertukar, jadi pemandu daktiga kena sentiasa alert dengan perubahan waktu masuk dan keluar sekolah, disebabkan itu aku tidak mahu menjadi transportation jika mereka tidak sama kelas dengan daktiga.

Ayuh, sambung marathon Bai Jing Ting semula, semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua, maafkan aku sekiranya ada terkasar bahasa dalam menaip entri dan menghantar komen yang tidak sedap dibaca membuat hati pembaca terasa. Semoga Ramadhan yang bakal menjelma dapat kita raikan bersama. Salam Ramadhan!

adik. kakak. abang.

arrizqi. auni. adli
Jika kau fikirkan kau bolehKau hampir boleh melakukanJika kau fikirkan ragu-raguUsahamu tidak menentu

Saturday, 22 February 2025

Minggu Pertama Persekolahan Selesai.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari-hari jadi kakak, rasa hendak pakai nama besar "saya emak anak tiga" apabila menunggu anak-anak balik sekolah. Awet muda ini hanya pinjaman ALLAH swt, cukup masa semuanya akan di kembalikan semula, alhamdulillah.

Jadi, kesimpulan minggu pertama persekolahan, semuanya baik-baik sahaja. Arrizqi ke sekolah setiap hari meskipun dia raja cuti satu hari dalam satu minggu. Semoga kekallah prestasi persekolahannya sebagaimana abang dan kakak yang hampir tidak pernah ponteng sekolah melainkan terdapat kejadian tidak dapat dielakkan.

Seminggu ini pelajar sekolah menengah tahap dua, tingkatan tiga hingga lima masih belum masuk kelas dan belajar mengikut jadual waktu menjadikan mereka pulang pada waktu yang sama, kasihankan kak Hamidah, aku membantunya membawa sebahagian anak-anak yang mengupahnya untuk pergi dan pulang sekolah kerana keretanya tidak muat dan dia akan berulang-alik dua tiga kali untuk membawa mereka pulang semuanya. 

Maka, empat hari aku menjadi pembantu kak Hamidah membawa anak-anak tumpangannya pulang, jadi pembantu pemandu, tambahan lagi aku bawa adik kepada bas mini, maka muatlah aku membawa mereka semua sekali harung dan lagi aku akan melalui taman rumah mereka semua sebelum sampai ke rumahku. Hari ini, hari kak Hamidah. Tiba giliran aku, semua orang dengan kesibukkan sendiri, aku sudah biasa situasi begini- hiii.

Malam tadi, aku terima berita Arrizqi bertukar kelas, nampaknya aku terpaksa buka semula label buku latihannya yang telah siap dilekat nama kelas lama, esok sahajalah aku kerjakan kerana hari ini ada hal lain yang harus aku lakukan.

Sambung mengemas rumah, selamat berhujung minggu.

disebabkan permukaan kulit buku licin, maka aku cuba gunakan stiker nama lutsinar.
kita tengok sejauh mana boleh pergi. 

buat untuk Mustaqim, mencari Mustaqim sampai dua hari.
Hari ketiga dia mencari aku. 
"terima kasih aunty Syasya" - okey.

Esoknya kena dak India tanya: "kakak, jam pukul berapa?". "1.04minit dek" - aku melayankan.

Tema minggu pertama: Hitam.

Tuesday, 18 February 2025

HARI PERTAMA SEKOLAH.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kita mahu update juga, aku ialah tipikal mak yang suka menghargai momen memori dalam kehidupan. Jadual bermula seawal pagi, tahun ini hanya Auni sahaja yang sekolah pagi, jadi aku hanya menyiapkan diri sendiri dan harus keluar seawal yang mungkin, minggu ini merupakan minggu sibuk untuk anak baru masuk darjah satu, masuk asrama dan masuk tingkatan satu. We'ols dah senior meskipun Arrizqi masuk tingkatan satu, hehe!

Memang sudah biasa keluar awal pagi, dapat tumpangkan Watie- anak aunty depan rumah ke tempat menunggu bas. Dia turun di bus stop sama jalan aku lalu menuju sekolah, kadang aku bawa sekali dia ke sekolah Auni untuk dia menunggu bas di sana. Hendak ku hantarkan ke MRT, dia tidak mahu menyusahkan aku yang akan berpusing jauh apabila balik nanti. Terkadang bila aku in good mood, sampai juga ke MRT. Aku menjadi tempat dia meluah emosi kerenah teman-teman pejabatnya, secara tidak langsung menjadikan aku ikut berfikir sekali. 

Selepas turunkan Auni di sekolah, aku mencari sarapan pagi. Kedai nasi lemak singgit kegemaran aku tutup hari ini, jadi terus memandu pulang sambil melihat kenderaan beratur menuju sekolah, aku terselamat! Terus prepare my breakfast dan makan tengah hari untuk Adli-Arrizqi yang akan ke sekolah tengah hari nanti.

Aku menyuruh mereka bersiap awal, ke sekolah awal. Mereka berdua menurut sahaja, masing-masing mahu membuat rekod baik untuk sesi persekolahan 2025 ini. Mereka faham, hari pertama sekolah akan menjadi lebih sibuk, jalan akan sesak luarbiasa menjelang tengah hari, orang pejabat keluar makan, parent akan menunggu anak masuk tahun satu, emak akan berebut petak parking  dengan parent PPKI baru untuk menunggu kakak balik, jadi ayuh!

Adli beriringan dengan Arrizqi masuk sekolah, macam kembar tapi bukan. Make sure balik nanti together, menyeberang ikut jejantas. Setiap kali masuk sekolah, memang banyak pesanan penaja sehingga penat telinga memasing hendak mendengarnya. Ayat mak-mak daripada darjah satu. Arrizqi aku tidak kisah sangat, dia berdikari sejak masuk tabika lagi. Banyak urusan abangnya dipermudahkan oleh Arrizqi. Si Adli, memang ikut dan dia je la.

Aku turun menunggu Auni di pagar sekolah kerana dapat parking jauh, dia memang tak jumpa kereta jika bukan di tempat biasa. Bertegur dengan teman-teman yang anaknya sama batch dengan Auni, bertanya khabar, bertukar cerita. Jika dahulu harus segera turun untuk ambil Arrizqi, tahun ini aku hanya ambil Auni sahaja jadi, marilah kita membeli barang dapur. Ihiks.

Sedang aku berguling-guling, loceng pintu berbunyi. Kak Ani dan Syafikah muncul dipintu pagar. 
"what's a surprise!, weih masuk." aku mengajak mereka berdua masuk.
"hari pertama tak sekolah." aku mengusik Syafikah yang merupakan teman sangat baik dengan Auni sewaktu tingkatan satu. Aku yang menghantar dan menjaganya sebelum kakAni berpindah tempat kerja dahulu. Kak Ani singgah sekejap, meminjam telinga aku untuk dia bercerita tentang dirinya sekarang dan mengajak Syafikah pulang awal, tidak mahu bersesak dengan orang balik kerja nanti.

Selepas Asar, aku terus menunggu Adli-Arrizqi di tempat biasa, berjumpa dengan teman-teman macam biasa, Linda dan kakHamidah, menunggu kembarnya dan anak yang ditransport bawa pulang. Semuanya baik-baik sahaja sempat aku tolong kakHamidah ikatkan tali leher untuk anaknya, Nazir.

Dalam perjalanan pulang, bertemu lagi dengan Watie yang baru sahaja turun bas, aku menunggunya untuk bawa pulang terus ke rumah. Sampai di rumah, bersilat pula dengan chicken wrap permintaan Adli-Arrizqi, hah! Adli yang banyak membantu aku menyediakannya, siap menyuakan air untuk aku berbuka. Jadi kelakar pula. Tamat sudah untuk hari pertama persekolahan sesi 2025, routine bersambung esok-esok-esok dan esok lagi, InSyaaALLAH. Semoga semuanya dipermudahkan urusan harian, dilimpahi berkah dan rahmah ALLAH swt. Amiiin.

Dia dalam kelas baru, aliran baru.

Chaotic Duo: Adli-Arrizqi
sewaktu sekolah tak sama.

pintu jadi saksi dari tabika.

Mestilah ada, hahaaa. Di suspect jadi cikgu tahun ini. Adeih!

Alhamdulillah, semua sudah jadi bestie dengan aku. Yang pendiam. Yang suka humor. Yang skema. Emak dorang ja kadang blur. 

Friday, 14 February 2025

ARRIZQI KE SEKOLAH: Daftar Tingkatan 1.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku rasa macam baru lagi mendaftar anak masuk tingkatan satu, hari ini kena bawa mendaftar lagi. Kwenchana, aku suka sahaja boleh ketemu sama teman-teman. Aku sudah menyiapkan kelengkapan awal-awal lagi, kelas Arrizqi juga sudah diketahui, surat menyatakan hari pendaftaran beserta butirannya juga telah lengkap disediakan, persediaan awal jadi tidak kalut, ayuh kita.

Baru berangan hendak parking di dalam kawasan sekolah, eh berbaris pula pak guard depan pagar siap dengan isyarat tangan menyuruh parking di luar pagar sekolah, cet. Aku sudah nampak kereta kakHamidah, orangnya juga sudah turun berbual dengan kakAzy, masing-masing bawa setiausaha dan bodyguard, darjah enam yang lepas anak kamikan berada dalam kelas yang sama. Kali ini Arrizqi hanya satu kelas dengan Adam.

Aku bertemu dengan Nurul, dia membantu aku mengesahkan semua sijil Arrizqi, anaknya Amni tidak sekelas dengan Arrizqi cuma pernah sekelas sewaktu mereka darjah empat dahulu. Aku suka betul berborak dengan soft spoken ni, lembut je. Kenal dengan dia sewaktu menunggu anak sulong masing-masing balik sekolah juga, Amni dan Arrizqi pernah bermain bersama. Rupanya lagi, dia ialah senior masa aku belajar dahulu, hahahaaa. Kami satu tempat belajar rupanya, ILPKL.

Disebabkan hari ini Jumaat maka guru besar tidak berucap panjang, majlis perlu tamat sebelum solat Jumaat. Pelajar baru beratur mengikut kelas, Arrizqi dihujung sebelah sana. Aku berbual dengan kakHamidah dan Nurul, kakAzy dibelakangku bersama dua orang lagi anaknya. Sekejap tergelak, sekejap mengeluh, sekejap membalas wA sehingga baris dibubarkan untuk penyerahan fail peribadi di kelas masing-masing.

Aku dengan Nurul jadi terpinga-pinga, kami sudah ketinggalan barisan anak-anak menuju ke kelas, kakAzy mewakilkan anaknya yang seorang lagi untuk temankan Adam, aku dan Nurul kena pergi sendiri. KakHamidah sudah hilang di barisan lain, anaknya tidak sama dengan kitorang. Tergelak-gelak aku dengan Nurul, sudah macam kembar berjalan berdua, bertanya cikgu, bertanya pengawas. Sudahlah baju kami sama tema warnanya. Akhirnya tiba juga di kelas Arrizqi dan Amni yang bersebelahan sahaja.

Kami beratur di koridor kelas, depan dan belakang ku perempuan India, ajomla kita jadi peramah. Sian dak pengawas yang menjaga barisan kelas Arrizqi ini tegak sahaja berdirinya memberi nombor giliran kepada ibu bapa. Aku berbual dengan India di belakang ku, anak sulongnya di tingkatan satu, sama juga yang di hadapan, anak tunggalnya di tingkatan satu, keduanya perempuan. Sesekali aku mengusik pengawas bernama Nur Aisyah, senyum sahaja. Selebihnya aku berborak dengan kakAzy, eh boleh pula dia naik melawat kawasan, hahahaaa!

Berjumpa dengan guru kelas Arrizqi, Cikgu Munirah comel sahaja. Akulah dengan failnya, dengan kena tulis nama pula, dengan nak keluarkan wang tunai, eh sabar jap cikgu.
"ramai ye pelanggan hari ini?" aku tidak faham maksud pertanyaannya itu, ketawa sahaja sambil menyuruh seorang lagi pengawas mengirakan jumlah wang yang perlu di bayar.
"saya bayar yang RM18.50 tu je, selebihnya naik sekolah nanti." aku menjawab nada ramah. Aku nerves.
"ini emak ke kakak?" Cikgu Munirah memandang aku, aku pandang dia semula, 
"eh, emaklah. emak" aku menjawab sambil mengingat nombor telefon sendiri.
"nampak muda sangat!" serunya lagi, alahaiii cikgu usahlah buat daku terbang. Sudah tahun 2025 ni, segan aku jadinya. Entah apa reaksinya jika dia tahu aku ada anak tiga yang bersekolah sama. Biar dulu, tenang-tenang.
"boleh saya tengok fail?" tanyanya.
"oh silakan" Cikgu Munirah terus mengambil fail peribadi Arrizqi sebaik sahaja melihat semua dokumen telah ada. Aku membawa Arrizqi pulang bersama, bertemu dengan kakAzy lagi:
"setel dah Sya?"
"selesai, kita jumpa naik sekolah nanti kakAzy, see you.....  errrr" aku tengah nak naikkan skirt dek labuh terpijak, dengan beg lagi kakAzy ni pun menyuruh otakku bekerja time begini.
"see you soon Sya, see you soon" ulang kakAzy berkali-kali.
"ok, see you soon!" kecoh tui dua orang ni, dua tiga orang sedang menunggu memandang sahaja. Turun tangga, berjumpa dengan Mustaqim, sewaktu darjah satu dulu dia lebih sayang aku banding ibunya, Masni. Adiknya Mawar juga amat suka datang ke rumahku. Syazril bersamanya juga menegur aku.
"acik, eh adik Adli dah tingkatan satu?" mereka kawan-kawan setingkatan Adli. Memang baik ramah dengan aku. Hendak keluar pagar, bertemu pula dengan Ryan Nafis, kawan Adli juga pantang nampak kelibat emak Adli, Ryan dan seyuman manisnya. 
"Adli mana cik?" tanyanya.
"anak bertuah itu, ada di rumah la. Kita daftar adiknya hari ni." sempat aku berbalas senyum dengan emak Ryan Nafis. Dia hendak membeli buku sekolah. Kawan-kawan daktiga ini bila jumpa dengan aku, macam kawan-kawan dibuatnya, yang menghairankan aku tidak pula mereka menegur teman-temanku yang lain yang merupakan emak kawan-kawannya juga, why me? aku pernah tanya daktiga. Dorang kata, umie sporting, lepas tu dorang taktahu nak panggil apa, panggil makcik macam tak sesuai. LAH!

Arrizqi tidak mahu ke mana-mana, maka kami terus pulang ke rumah sahaja, mengemas lebih kurang dan aku sambung tidur, mataku sungguh mengantuk. Aku overthinking malam tadi, memang begitu jika jadual tidak sama seperti biasa. Sekian cerita di hari Jumaat penuh berkah ini, salam Nisfu Syaaban. Alhamdulillah.

Arrizqi tingkatan satu.

Banyak sama dengan Auni.

Jom balik.

Nurul, senior satu tempat belajar.

Arrizqi darjah satu.
 
Arrizqi satu tahun. Comelnya!

Thursday, 13 February 2025

SIAP SIAGA: KEMBALI KE SEKOLAH 2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cuti Thaipusam, marilah kita ke kedai buku sekolah. 
"pergi pukul berapa umie?" tanya Arrizqi malam tadi.
"pergi pagi la, boleh sarapan terus." jawab aku.
"ala saya nak bangun lambat sikit." mulalah dia hendak tawar menawar.
"umie, kena ikut ke?" tanya si Adli pula.
"semua kena ikut, buku uols bukan buku saya." hahaaa semua hendak aku uruskan, masaklah kan?

Hari kejadian, aku sempat selesaikan laundry, housekeeping dan update blog. Hilang kisah hendak pergi awal pagi berganti lewat sedikit dan boleh terus makan tengah hari, upah behave seharian semalam. Elok siap semua, kami bergerak ke sekolah. Rutin membeli persiapan sekolah pada setiap tahun, memang aku sahaja yang uruskan. Baik uniform sekolah mahupun buku, mahupun pendaftaran, mahupun mesyuarat PIBG, pokoknya tentang sekolah memang aku, tuan asben sangat jarang untuk ikut bersama dia hanya menyediakan bajet sahaja.

Berjalan masuk sekolah dengan daktiga, eh biasanya aku parking dalam sekolah, hahaaa. Bertemu dengan kakLiza aka makLong dah lama sangat tak jumpa ni, legend. Aku fikir semua anaknya telah habis sekolah, eh ada lagi. KakLiza berlalu, bertemu pula dengan Masniwati, dari jauh dia sudah senyum lebar, kami berbual sebentar.

Sampai di kedai buku bertemu pula dengan Linda yang masih lagi menyelesaikan masalahnya, sambung berbual lagi sebelum aku mengejar barisan untuk beratur. Gatal mulut, ramah nau menegur guru kelas Adli, Cikgu Ayu di kaunter, dia memanggilku segera selepas pelanggan sebelum aku berlalu pergi.

Aku sudah siap dengan senarai tiga tingkatan yang dicetak sendiri, lebih besar memudahkan pengiraan jumlah harga tiga orang empunya buku, Cikgu Ayu hanya sediakan kelengkapan dan jumlah semula. Double triple check.
"ramai betul anaknya" ujar Cikgu Ayu mengusik. Dia muda setahun daripadaku. Selesai membuat semakan dan kira-kira, kami beransur daripada sekolah. Fuh! RM224 terbang. Belum termasuk buku aktiviti lagi, yang hampir RM300 semuanya, sabar dulu yang itu. Buka sekolah nanti baru beli.

Selesai urusan di sekolah, kami ke Texas Chicken untuk makan tengah hari, dilema antara Texas dan A&W namun yang memandu adalah aku maka lekas sahaja ke Texas Chicken terletak di Bandar Baru. Membuat pesanan berjemaah, duduk makan berjemaah, tak apa umie belanja-aaagitu! Kedai umie tutup tengah hari ni. Makan berempat sambil mendengar lawak si Adli, ada sahaja idea dia yang buat kitorang ketawa. Makan dengan dorang ni, mudah apabila seorang kemas meja, sorang top-up air, seorang buang sampah, hahahaa senang staff kedai, kami datang meja bersih, kami pulang meja pun bersih. 

Kami ke pasaraya pula untuk beli barang dapur, macam biasa tiga orang tolak troli, lepas itu memasing hilang sewaktu aku menunggu ayam siap dipotong dan ikan siap disiang. Mereka meninggalkan aku menjaga troli. LAH! mereka kembali semula, troli telah pun penuh dengan barang mereka, ajomlah balik.
"umie, taknak potong rambut hari ni" kata Arrizqi.
"kena potong rambut juga ke?" tanya Adli pula.
"nak pergi potong rambut, hantar kakak balik dulu" pinta Auni. Udah masing-masing begitu, aku terus sahaja balik ke rumah. Selesai urusan sepanjang hari cuti Thaipusam.

Uniform Arrizqi sudah pun lengkap di beli, lencana juga sudah siap dijahit, aku mengikat dua helai tali leher untuk Adli dan Arrizqi masing-masing, daripada tidak pandai sampai sudah pandai mengikatnya dek penangan dua orang anak lelaki. Alhamdulillah, Arrizqi bagaikan tidak sabar-sabar untuk ke sekolah menengah. Semoga semuanya di bawah rahmat ALLAH swt, Amiiin.

Pikullah buku memasing, beg sahaja dah RM3.50 harganya setiap satu.

Waiting menu.

Rasmikan tudung baru daripada Edzna Suri, baju daripada mama.
Alhamdulillah.

Wednesday, 12 February 2025

Play Tourist Pasar Seni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku dan Edzna Suri ada tiga tempat medsos untuk berborak, jika berborak di tiga tempat ini, topiknya adalah tidak sama. Edzna seorang guru di sebuah sekolah menengah, kali terakhir kami bertemu pada Aidilfitri 2023, aku berkunjung ke rumahnya. Suaminya merupakan teman rapat tuan asben dan kami berdua sebaya. Sedang rancak mengulas satu drama Korea, Edzna mengajak aku berjumpa. Dia bertanyakan semua pengangkutan awam yang berdekatan dengan rumahku supaya tidak menyusahkan aku untuk berjumpa dengannya.

Aku lekas-lekas membentangkan surat kebenaran untuk membawa diri sendiri sahaja sebelum bergelumang dengan minggu awal pembukaan sekolah kepada tuan asben. Eheh! dia tahu aku dengan Edzna bagai isi dengan kuku. Teman rapat aku yang ada dalam kepalanya hanya Edzna, Khaida dan Linda, pergilah!

Semua aku study, termasuk tempat letak kereta sekali supaya tidak menyusahkan orang lain untuk menghantar dan mengambil di Stesen MRT. Kita cuba sahajalah, tidak di cuba tidak tahu. Nampak daripada jauh tempat parking lapan tingkat tu seperti terbiar sahaja, namun bila masuk dalamnya, naaaaaah! berpusing aku sampai tingkat empat penuh semua petak parking. Aku menahan diri bersabar bila bawa kereta panjang naik parking yang ngam-ngam sahaja laluannya, tersagat nanti mau membebel tuan asben langsung disuruhnnya aku naik bas. I don't want.

Aku acah-acah tahu sebaik berjalan keluar daripada bangunan parking, ikut sekeluarga di hadapan yang juga sama-sama kali pertama untuk berjalan dengan MRT. Sesat, walhal papantanda bukan main besar dan mudah sahaja untuk difahami namun, ego eksyen acah pandai mengatasi segalanya. Hahaha!

Terus ke mesin membeli coin setelah melihat barisan di kaunter bukan main panjang, tidak rajin aku hendak beratur dengan debaran dada yang sungguh laju benda kali pertama memang selalu buat aku menggigil. Lagipun, udah kata nak Play Touristkan, ajoms. Part ni aku pandai, cuma bila naik ke platform, duduk berhadapan papan peta, persoalan mula timbul dalam kepala, apahal tulisan peta selepas Kwasa Damansara ni jadi kelabu? apakah? Aku hadamkan betul-betul, memastikan aku berada di platform ke Kajang. Kali lepas, menghala ke Putrajaya. Benar, ini sudah betul. Yakin.

Yeay, kali ini dapat port duduk coach pink for women, wiii- terasa diriku begitu berharga. Baru hendak sengih-sengih usha oppa ensem, eh dah kena halau daaa. Semua penumpang diminta turun ye kerana gerabak memang takat itu sahaja, platform terakhir untuk tren Putrajaya adalah Stesen  Kwasa Damansara dan perlu ke platform sebelah untuk ke Kajang. Ooo, sekarang sudah faham mengapa tulisan di peta tadi berwarna kelabu.

Ok marilah kita menuju Pasar Seni, aku duduk berbalas wA dengan Edzna Suri. Dia pun sudah memulakan perjalanannya menaiki LRT dari Putra Heights. Pun kali pertama dalam kehidupannya. Aku hanya baca komik online Firefighter Daigo apabila semua orang dengan telatah sendiri, sehingga Pasar Seni coach wanita ini masih ada tempat duduk, mungkin cuti sekolah dan bukan waktu peek hour jadi tidak ramai.

Tidak lama aku menunggu Edzna di Pasar Seni, dia muncul dengan senyumannya. Allahuakbar, rindunya. Kami bertukar hadiah lebih dahulu, tidak dirancang. Selepas itu, Edzna membuka petanya dan kami terus sahaja berjalan menuju Bangunan Pasar Seni.

Masing-masing teruja, macam tidak tahu untuk berkata apa waktu di dalam Bangunan Pasar Seni itu, suasananya berubah total dengan kali terakhir kami menjejak kaki di situ- aku 2009, Edzna- sejak dia menjadi guru katanya. Berpusing habis kami di Pasar Seni baik tingkat atas, baik tingkat bawah, baik di luar bangunan depan dan belakang, semuanya function.

Aku berterima kasih dengan Edzna, meskipun aku suka merancang lebih dahulu namun Edzna punya rancangan lebih lengkap butirannya. Memanfaatkan kerjaya seorang guru, dia sahajalah yang mendahului mengheret aku ke mana sahaja dia pergi. 

Dari Central Market ke Lorong Kwai Chai Hong - Petaling Street - Lorong Petaling dan RexKL. Alhamdulillah all is well walaupun ada dua tiga kali ulang jalan sama, but is okey. Singgah makan di Cafei Dian, Edzna membuka gift yang aku beri semasa menunggu hidangannya. Argh, dia suka benar dengan gift buatan tanganku yang tidak seberapa. Masing-masing seronok, aku menikmati Butter & Kaya Charcoal Toast dan Edzna dengan Cream Custard Bao yang sumbat sekali hilang daripada pandangan, comel gebu bentuknya. Itu menu intro sebelum sampainya semangkuk Seafood White Curry Mee untuk aku dan Nasi Lemak Ayam Goreng untuk Edzna. Air minuman masing-masing, air kosong dan lemon tea ais yang aiii kelat walau sudah dikacau. Makan dulu, nanti sambung berjalan.

So, lepas sesi menarik nafas lega kami sambung berjalan mencari cenderahati untuk kenangan. Aku membeli handphone keychain sahaja. Suka tengok, comel-comel. Kami berpisah di stesen LRT/MRT Pasar Seni, aku ke kiri dan Edzna ke kanan dengan harapan boleh berjumpa lagi lain kali. Alhamdulillah, boleh tidur lena malam nanti, keletihan.

Aku membeli coin sekali lagi, kali ini sudah cerdik sedikit, pilih MRT- Putrajaya- pilih destinasi Sg. Buloh. Baca Peta di platform pun sudah pandai, turun di Kwasa Damansara dan tukar ke tren Sg. Buloh. Aku duduk diantara aunty India sebelah kiriku dan amoi Cina di sebelah kananku. Aunty India mengajak aku berborak, ringan sahaja mulut aku menjawab pertanyaannya sehingga telefonnya berbunyi menjadikan dia terlepas stesen. Aku sudahlah mamai-mamai memahamkan kedudukan stesen,  dia salahkan aku pula kerana tidak sedarkan dia untuk turun di stesen Muzium ke Brickfield walhal dia sendiri ralit menjawab telefon tadi. LAH! dia saja beramah dengan aku, aku pun ketawa sahaja, bukan susah tukar sahaja platform sebelah semula kembali ke stesen Muzium. Ceh, eksyen. Sempat aku berpasan padanya supaya hat-hati. 

Sampai di Stesen Sg. Buloh, aku kembali ke parking mencari kereta aku semula. Aaaa, windu. Terima kasih daktiga yang tidak mengganggu langsung ketika aku berjalan sepanjang setengah hari tadi. Love.

Sampai pun.

Saya sudah!

Kami sudah!

Banyak sungguh crystal, tapi aku pun sudah punya banyak di rumah.

Finding Art.

RexKL, sempat nak anxiety masuk sini.

Ehehe!


Brunch.

Eh?

Petaling Streets, best gila.

Mirror.

Chingu!

Balik.

Pavlova RM10. Maniiis!

From Edzna to me.

From me to Edzna.

Masuk hari ini, sudah dua hari kakiku sakit, ahahahah! nampak betul menuanya, sudahlah tidak pergi briskwalk, aih. Okey, sekian cerita hari Isnin bersamaan 10 Syaaban 1446 - 10.02.2025. Daaa...

Monday, 10 February 2025

Berdiri, dia lebih tinggi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adli, budak michelin tangan ketak-ketak dulu tu sudah masuk empat belas tahun. Kasut, lebih dua saiz daripada emaknya. Baju, berkongsi dengan bapanya. Bercakap, suara sudah bertukar dewasa, lebih memilih berbual dengan adiknya sahaja, seteru dengan kakaknya. Anak nombor dua, ada sahaja perangainya.

Sudah tiga hari aku minta bantuan Adli tukarkan lampu meja kerja yang rosak sejak balik daripada Johor lepas. Tugas menukar peralatan di rumah memang banyak diserahkan pada Adli. Namun, dia buat don't know sahaja sehingga tuan asben sendiri keluarkan arahan, nah baru terhegeh-hegeh, dia detect arahan abie nya sahaja. Padan muka.

Si Arrizqi ditugaskan uruskan sangkar kucing, bersih pasir, tukar air minuman dan beri makan. Yang gelihati, tuan asben seperti hilang sabar memberi arahan kepada generasi z ni. Beri arahan kepada generasi z ni kena satu persatu ye, dengan keterangan ringkas yang mudah di tangkap dek otak. Jika diberi arahan secara pukal, mereka tidak mengerti ditambah pakej dengan soalan yang mencabar, sakit hati boleh berbalik pada kita sendiri maka masa itu, baik buat sendiri. Aku memang sudah biasa berhadapan dengan situasi begini. Malas hendak masuk campur, sengih sahaja sambil membaca komik. Hujung minggu, hari liburku.

Jadi, terima kasih Adli kerana terus tumbuh tinggi, rezeki orang tinggi adalah berbakti. Mudah-mudahan Adli dan semua orang diberi luasnya rahmat rezeki. Alhamdulillah. 

tukar langsir rumah tokmama.

sempat berebut kasut sebelum ni, sekarang kongsi kasut dengan abie.

Adli 14 tahun.


Adli empat tahun.

Friday, 7 February 2025

Balik Selangor - Baju Sama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

"Uols, hendak balik hari apa? Selasa atau Rabu?" di hari Ahad aku bertanya.
"Selasa" Auni dan Adli serentak menjawab, manakala Arrizqi
"ikut umie la, saya ikut je. Tapi umie, saya hendak tidur tau nanti" eh?

Jadi pada 4 Syaaban 1446 bersamaan 4.2.2025 hari Selasa, kami bertolak balik ke Selangor.

Setelah mengisi minyak fulltank petang semalamnya sebaik sahaja pulang membawa tokmama jalan-jalan. Kelengkapan sekolah juga siap dibeli pada hari sebelumnya dengan bershopping di GREEN POINT Bandar Anggerik setiap tahun, tahun ini terbang RM500 (sama je pun) untuk semua serba dua baju kemeja putih, seluar hijau SMK, seluar trek, spentot untuk Arrizqi termasuk sepasang kasut hitam untuk Auni dan Adli. Walaupun guna member card tidak banyak diskaunnya.

Seawal 8.30am kami sudah bergerak balik, pada tuan asben ku beritahu kami tidak singgah di Melaka. Tuan asben pun kerja, jadi kami terus menuju Selangor sahaja dengan harapan tidak sesat seperti kali lepas. Biarkan rindu menjadi 200% dan lebih lagi. Rindu-rinduan jadi kenang-kenangan, eh? aku merajuk sebenarnya, hah tiber!

Perjalanan smooth sahaja, cuaca baik agak bercahaya ditambah sudah pandai tengok waze ditambah lagi celoteh DJ radio lagu-lagu diputarkan Best 104, menggamit memori terkenang zaman kanak-kanak dulu - ater Johorian kan. Daktiga sudah selamat sambung belayar, bantal satu seorang dengan hembusan penghawa dingin, maunya tidak lena. Aku lena, selamatlah semuanya tapiii aku lapar, my co-pilot is sleeping (Arrizqi).

Aku hanya berhenti untuk mengisi minyak dan meluruskan kaki setelah 3 jam memandu, krem. Adli temankan aku untuk ke tandas dan berjalan-jalan mencari air minuman. Tidak sampai sejam selepas itu, kami sampai di Sg Buloh, welcome home sempat tapau nasi ayam dan upside down caramel coffee mamu lepas itu aku migrain, muehehe! kopi is syedap.

Dua hari mengerjakan rumah, tidaklah kotor sangat sebab aku tinggalkan rumah dalam keadaan yang sudah bersih, cuma ada beberapa keperluan milik tuan asben bersepah. Mendobi sampai habis sabun cuci baju, hahaaa. Lekas-lekas aku buat pesanan pada Mashita meminta untuk bertemu pada hari semalam, Khamis.

Alang-alang hendak bertemu Mashita ambil sabun Toyyib 10kg RM35, kakAzy pula ajak berjumpa untuk memberi keropok lekor fresh from Kelantan yang telah ku kirim minggu lepas. Kami berjumpa di hadapan sekolah sahaja. Mudah. Aku menunggu Mashita manakala kakAzy menunggu kakHamidah bestieku. Sejak bersalaman kali terakhir cuti sekolah lepas memang kami tidak bertemu, rindu. Aku perhatikan sahaja kakHamidah yang eh pakai baju sama dengan aku! mundar mandir mencari kereta kakAzy dibelakangku, kami menunggu dalam kereta sahaja kerana kakAzy tidak sihat.

"kak tak selfie masa jumpa Linda beli buku SK dan bayar yuran SRA semalam." Ujarnya sebaik sahaja ketawanya habis dek aku menegurnya pakai baju sama. Biasanya aku je yang suka wefie pada hari beli buku dan bayar yuran begini, aku suka berteman. Namun, tahun ini aku tiada lagi anak yang bersekolah rendah jadi tiadalah kami berjumpa. Kita jumpa semula di SMK minggu depan.
"owh, takpela dah jumpa hari ni jomlah kak, biar Arrizqi ambilkan gambar" aku turun kereta mendapatkan kakHamidah. Kami menyambung berborak sambil aku menunggu Mashita. 

Sudahnya, Mashita tidak datang malah aku jumpa dengannya sewaktu dalam perjalanan hendak ke pasaraya membeli barang dapur.

Sejak aku balik, baru pagi semalam dapurku berasap itupun aku guna paket perencah kari mi segera sahaja buat nasi goreng untuk daktiga plus ketul ayam Baker Cottage baki semalamnya. Percayalah, nasi goreng ini akan habis licin berbanding nasi goreng biasa dengan perencah lengkap. Balik membeli barang dapur tugaskan sahaja daktiga mengemas. Aku sambung menonton The Tale of Lady Ok.

Baju selawatwalk tahun lepas.
kakHamidah baru kali pertama pakai selepas memotong pendek bajunya,
dia dapat idea daripada aku yang memotong terlebih dahulu, hahaa.
Panjang bebenor bajunya.

Peneman setia. Semoga kekal rajin ye Arrizqi.

Thursday, 6 February 2025

Pam Tayar- Balik Johor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rutin setiap hujung tahun, aku dan daktiga akan habiskan masa melepak rumah tokmamapapa. Bercuti serta prepare barang kelengkapan sekolah. Jika dahulu, tuan asben akan ikut balik bersama tinggal kereta di Johor dan dia pulang ke Selangor semula dengan bas. Sejak dia sudah melepaskan aku pulang memandu sendiri bersama dengan daktiga dua tahun yang lepas ditambah pula dia berpindah ke Melaka, makanya marilah kita berdikari sekali lagi.

Melaka, 21 Rejab 1446 | 22.1.2025-Rabu.

Kami bersiap, aku dan tuan asben bersiap dahulu sambil menunggu daktiga selesai. Hanya bersarapan ringkas sahaja kerana pada hari ini aku pulang ke Johor manakala tuan asben akan ke Kuala Lumpur, huruhara sungguhla situasinya kan- hahaa. 

"nanti pam tayar belakang ni sikit." arah tuan asben, sambil memerhati daktiga loading barang dalam kereta. Akulah, benda yang kali pertama ni, sangatlah menguji emosi.
"depan sana tu ada stesen minyak." sambungnya lagi sewaktu aku mengambil giliran bersalam dengannya. Aku tidak respon arahannya itu kerana jiwaku sudah sampai rumah mamapapa. Patutnya dia bantulah aku pamkan tayar petang semalam, ada je reason dia menyuruh aku belajar. Sampai ku paksa Arrizqi Google macam mana nak pam tayar kereta di stesen minyak. Sebelum ni weols guna pam beskal ja, manalah reti guna pam stesen minyak tu, hrmmm.

Kami berpisah, sebaik sahaja keluar pagar automatik rumahnya aku memandu ke kiri, tuan asben memandu ford ranger ke kanan, fuh seb baik dia tak follow. Tidak lama aku memandu, masih mengisahkan waze dan Auni-Adli yang berebut tempat duduk,
"umie, tu stesen minyak. Pam tayar." aku jeling sahaja stesen Petron yang terletak berseberang jalan sana ditunjuk Arrizqi, dia co-pilot yang boleh diharap. Hrmmm, sudah terlepas, bye!

Keluar tol Jasin-Merlimau menuju selatan, mari singgah stesen minyak pertama untuk pam tayar, Shell Tangkak. Degil lagi, patut terus sahajalah pam tayar, boleh pula pergi isi minyak kereta dahulu. Kereta dahla saiz bas mini, ada hati nak menyelit depan kereta yang menunggu tepi paip pap tayar tu, memang terkial-kial aku dibuatnya, ruang Shell tu pun, terhad sangat. Rasa susah maka aku batalkan hasrat pam tayar. Terus cari stesen lain.

Singgah lagi stesen minyak seterusnya, ada dua stesen, satu kiri-satu kanan, singgah yang kiri lebih mudah. Lengang dan parking pun cun-cun, tapi ada notis rosak. Aih! Maka, kami berlalu pergi lagi sekali.
"okey stesen seterusnya umie!" kata Arrizqi. Dia sahaja yang temankan aku, abang kakaknya sambung tidur di tempat duduk belakang. Masuk lagi, entah di RnR mana- aku memang gagal mengingat satu-satu tempat rehat ni. Pusing terus di stesen minyak, aku perhati kanan, Arrizqi perhati kiri.
"ada tak?" aku tanya Arrizqi.
"tak ada pun tiang pam." jawab Arrizqi separuh merungut.
"kan?" 
"cari lainlah umie, tahu-tahu sampai rumah tokmama je nanti" dekah gelak aku. Betul juga tu. Aku keluar daripada RnR dan cari di stesen seterusnya.

Jika tidak berjumpa juga, memang minta bantuan papa je la jawabnya, ada tiga stesen minyak berdekatan rumah tokmamapapa. Akhirnya, aku jumpa juga pam minyak yang mempunyai tiang pam helok lengkap dengan parkingnya. Cuma, kena berkongsi dengan laluan lori, ko sabar jap ye abam lori, bagi dak baru belajar pam tayar ni hadam dulu dengan situasi. Aku setkan sama je semua isipadu angin yang ditulis di tepi tempat duduk pintu hadapan pemandu. Pastu aku pam je la, empat-empat tayar. Dah alang-alang dapat pam, Arrizqi tukang tengok angin masuk di meter pam, aku pening nak bangun tunduk tengok. Alhamdulillah setel. 

Aku tidak tahulah cukup ke tidak angin tu, tak sempat pula nak matematik dengan saiz tayar dan kepadatan penumpang bagai. Sudah isi, letak pam elok-elok, cuci tangan, sambung perjalanan. Janji pam tayar, hahaaa!

Tidak lama keluar daripada RnR, sudah pun nampak tol Kulai, perjalanan yang sepertinya main maze, tahu-tahu sudah tiba di destinasi. Sebelum sampai rumah tokmamapapa, singgah kedai makan dahulu untuk makan tengah hari. Tokmama tak sihat hendak masak, baru lepas berurut, tidak sabar hendak menunggu anak cucu balik.

Cambiasa wefie dulu.

Welcome.

Alhamdulillah, selamat sampai rumah tokmamapapa selepas dua jam memandu, tokmama makan nasi aku, aku makan soto tokmama yang dibelikan oleh tokpapa. Jangan cerita dengan tuan asben ya, hahaa! ini rahsia.

Wednesday, 5 February 2025

Rumah Ladang Berpagar Automatik.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entry setelah lama menghilang, ada yang perasan ke? hahaaa. 

"Nak balik Johor tu, nak singgah Melaka pun boleh juga. " wA tuan asben berbunyi sedemikian, Selangor-Melaka boleh juga mengurangkan jarak perjalanan Selangor-Johor. Dia menghantar location tempat tinggalnya sekali bermakna dia minta aku singgah juga, saja je kan? Baiklah, minyak kereta sudah ku isi penuh, begitu juga touch and go untuk laluan lebuhraya, kereta telah di servis bulan Disember lalu, InShaaAllah everything will be ok. Let's go kids! 

Habis segala macam doa aku baca, teringat kata adik iparku Allah SWT mudahkan urusan kakak untuk berbuat kebaikan, Amiiin YaRobbal Alamin. Wefie dengan dan tiga terlebih dahulu dan buka waze, semoga semuanya baik-baik sahaja.

Sewaktu tuan asben hantar wA menyuruh online location, kami sudah hampir keluar tol Jasin-Merlimau. Bila aku yang memandu, usah diharap untuk membaca wA atau mengangkat panggilan. Aku perlu fokus. Ini kali pertama aku ke rumah tuan asben sejak dia berpindah ke Melaka, tidak lama selepas itu dia mc selama dua bulan berehat di Selangor sahaja. Maka, kesempatan kali ini aku gunakan sebaik mungkin. 

Alhamdulillah, selamat sampai berpandukan waze walaupun kali pertama menggunakannya dengan bantuan Arrizqi. Paparan waze yang comel, ceria dan mudah difahami membuatkan kepala otak aku semakin jauh berfikir, muehehe. Selepas tol Jasin-Merlimau, kami melewati ladang-ladang SD Guthrie, langit sungguh cantik ditambah cuaca yang redup menjadikan perjalanan kami lancar dan tuan asben meminta menunggunya di mcD sahaja, lebih mudah untuk bertemu. Tuan asben tiba dengan motosikal, dia membawa kami makan tengah hari ni Pantai Siring. Kami makan bersama, nasi bersama asam pedas ikan fresh, tuan asben dan Arrizqi pilih siput sedut, Adli dengan kerang, Auni masih lagi ayam goreng crispy nya, tiada gambar berikutan sudah kelaparan benar. Makan di sebuah kedai makan atas air, ai is gayat namun sebab lapar, kulupakan seketika kegayatan itu. 

Selepas makan, tuan asben kembali ambil motosikalnya dan bergerak balik rumah yang masih dalam ladang untuk berehat, perut dah kenyang kan? Ayuh. Eh? Jalan ni aku dah lalu tadi, apabila tuan asben masuk salah satu lorong tidak berpapan tanda. Jalan ladang, jangan beri harapan tinggi sangat ya, hahaa. Berbukit, berbatu, bertanah merah, sungguh mencabar sehingga tiba di rumahnya. Rumah lama, agak besar banding rumah Pahang yang lepas. Bersebelahan dengan jalan raya yang hanya di pisahkan dengan pagar automatik berkunci, masih dengar kereta lalu lalang tidak sesunyi rumah Pahang. Eh, banding lagi. Rumah Pahang 

Tuan asben mengagih bilik untuk daktiga, ruang rumahnya besar-besar hanya dipenuhi dengan perabot sedia ada, kabinet, sofa, katil dan lain-lain yang kesemuanya fesyen gaya lama. Tiada home touring kerana dindingnya berwarna aneh, maroon dan white yang bercapuk, sakit mata aku dibuatnya. 
"Kita keluar lepas maghrib. " kata tuan asben dan dia menghilang untuk menghadiri mesyuarat di tempat kerja, aku habiskan masa dengan menonton movie dan membaca komik sahaja. Daktiga macam biasa, dengan games masing-masing dan makan. 

Usai maghrib, tuan asben bawa kami keluar melalui jalan petang tadi, dan bertanya tentang pintu pagar aku lihat lebih dekat dengan jalan masuk ke rumahnya. 
"Pagar tu tak boleh buka ke?" belum habis soalan aku pintu pagar pembahagi jalan raya dan jalan masuk rumah terbuka. LAH!!! 
Tuan asben pegang control nya, berdekah aku gelak, rasa kena prank pun ada. 
"Depan tu rumah CEO" terang tuan asben sebelum masuk ke jalan besar, rumah besar dilimpahi sport light warna warni di kelilingnya. Apasal pegawai tak masuk satu kawasan sekali, kan ke meriah tinggal dalam tu reramai hanya dalam hati aku saja. 

Kami mencari makan di Pantai Klebang, cantiknya lahaiii deretan cahaya lampu sepanjang pantai berlawan dengan lampu funfair, lamanya tidak ke funfair namun kecantikan itu tidak mempengaruhi daktiga langsung. Apabila ditanya semuanya memberi jawapan entah, semua jawapan dalam poket umie sahaja, aigoo. 

Kami melewati satu persatu trak menjual pelbagai menu sepanjang pantai, menunya ulang-ulang, gegorengan bebola, corndog, air, ayam korea, burger, apam balik dan banyak lagi nanti diulanglagi menu tersebut sehingga hujung. Aku pula masih kenyang menjadikan aku pun sudah menjadi daktiga yang kelu lidah hendak makan apa. Bapanya bukan jenis mesra maka kami hanya berjalan mencuci mata sambil membaca menu tertera.

Daktiga minta aiskrim, Arrizqi minta cheesy nachos, tuan asben membeli Korean BBQ Chicken, Adli dengan apam balik crispy nestum yang disimpannya hingga balik rumah dan dua cawan air, air kelapa dan tembikai susu. Kami makan ditepian pantai dan melihat pertunjukan dua orang bermain dengan api. Sebenarnya, aku tidak dapat bayangkan keadaan Pantai Klebang ini dengan hanya cahaya lampu. Hendak menaip entry ini barulah aku research suasana pantai waktu siangnya kerana keesokkan harinya kami menyambung perjalanan ke Johor pula.

Tuan asben bertanya hendak sambung berjalan atau pun pulang sahaja, aku memilih pulang berikutan badan aku sudah letih benar, menua. Sekian setengah hari di Melaka. Nanti kita bercuti di Melaka satu keluarga pula, love Melaka.

Album: Learning Never Exhausts the Mind. - Leonardo Da Vinci.

Journey with the daktiga: Bismillahirrohmanirrohim.

Pantai Siring

hrmmm cenggitulah!

Kerja aku di rumah tuan asben.

Daktiga with eskrem.





Bye, see you next trip.