Alhamdulilllah, tuan asben bertukar ke empat puluh tahun hari ini, barulah sebaya dengan si isteri. Aku rasa macam biasa je hari terakhir 2024 ini, tiada aura tahun baru sungguh. Namun, azam hendak turunkan 2kg berat, masih lagi menyala. Hari ini masih lagi menghantar Arrizqi ke sekolah, cemburu sungguh dia abang dan kakaknya hanya bersekolah dua minggu sekali, sabar ye awak punya giliran akan tiba nanti.
Lepas hantar Arrizqi, aku lepak dalam kereta kejap buat video birthday dan selfie, rasa macam zaman bercinta pula bila hari-hari hantar selfie kepada tuan asben, aku suka betul.
Semalam Arrizqi membawa pulang segala sijil sekolah agama selepas ustazah habis rekod markah, dia tidak mahu ke mana-mana sekolah walaupun akademiknya cemerlang berbanding abang dan kakaknya. Dia hanya mahu ke sekolah yang sama dengan abang dan kakaknya.
Aku? aku ni berangan je hendak hantar ke semua mereka ke asrama. Jawapan mereka? siapa nak temankan umie nanti? biarlah kita semua berkepit dengan umie. Kat asrama nanti takde umie. Umaigad, saja buat emak terharu.
Lagipun, mudah uruskan mereka jika semua di satu tempat yang sama, sebut urusan sekolah memang aku seorang yang uruskan mereka bertiga A to Z. Tanyalah tuan asben, apa nama kelas daktiga, hahaaa sudah pasti jawapannya tidak tahu. Dia hanya pantau, jika aku sudah tidak berkemampuan barulah dia membantu. Aku okey sahaja, urusan sekolah daktiga ni boleh membuang emosi negatif aku apabila berjumpa dengan teman-teman seangkatan. Boleh healing.
Pencapaian terbesar aku di tahun 2024, memandu sendiri balik Johor-Selangor, hanya dengan anak-anak. Menghadiri majlis reunion teman sekolah sambil holiday.
Dan terpaling besar apabila tayar kereta bocor sewaktu hendak menghantar Auni dan Arrizqi dan kebetulan tuan asben baru sahaja kembali ke tempat kerja. Ergh! Kereta kedua pula di bawa tuan asben, jadi kena selesaikan juga. Aku belajar daripada youtube, pam tayar menggunakan pam tayar basikal, hahahaaa... kelakar tapi itulah yang aku usahakan dengan Arrizqi pada hari itu sebelum membawa kereta tersebut ke bengkel. Arrizqi bagi aku ucapan tahniah kerana berjaya bertenang menghadapi hari sukar.
Satu pagi yang lain, Auni dan Adli perlu ke sekolah seawal tiga puluh minit sebelum waktu persekolahan bermula, bateri kereta pula breakdown. Owh my! time urgent begini terjadi pula kejadian yang tidak dijangka. Aku mencari teman-teman yang boleh membantuku. Alhamdulillah terima kasih Fajjida yang datang dengan segera tolong menghantarkan dakberdua tu ke sekolah sebelum dia menghantar anak-anaknya pula. Ramai yang menghulur tangan pagi itu, cuma waktunya seperti biasa, aku perlukan yang segera kerana Auni dan Adli sudah pun siap, alhamdulillah. Sebelum tuan asben balik, aku tumpangkan Mazlina pula untuk menghantar Arrizqi ke sekolah agama. Syukur dikelilingi teman yang baik.
Akhir September, tuan asben dapat pertukaran ke tempat kerja baru pula berlainan negeri, belum sampai dua minggu di tempat baru, dia telah membuat temujanji dan menjalani pembedahan lutut kanan melibatkan tempoh cuti sakit yang panjang. Sekali lagi aku perlu menyesuaikan dengan keadaan, susah juga hendak menormalkan situasi. Bila dah serasi, cutinya juga sudah tamat tempoh, lahaiii! Emosiku seperti roller-coaster ye.
Jadi, kesimpulan untuk tahun hampir setahun berjarak jauh, alhamdulillah semua baik-baik sahaja. Mudah-mudah terus istiqomah dengan kebaikan-kebaikan. Sekian kesimpulan dan pencapaian yang aku rasakan besar pada tahun 2024, yang orang lain biasa-biasa je, but for me as introvert person, it's hard. Salam tahun baru 2025!
Album:
Reunion. |
Drive. |
Aidilfitri, entry dalam draft. |
Ajak teman makan-makan. |
Adegan tayar. |
Join perarakan maulidurrasul. |
Join selawat walk kampung orang lain. |
New art project begin. |
Me today! |
Tuan asben, happy birthday! |
18 comments:
Semoga tahun 2025 memberikan kita sesuatu yang indah ye...semoga success untuk kelancaran kehidupan seterusnya buat kita semua...
Tahun ni penuh suka dan duka.
Amiiin Ya Robbal Alamin, doa buat kakSA juga ya.
Disimpan semua jadi kenangan bermakna di hari muka.
Salam tahun baru ch@.. amboii bdk2 semua dah besar² ye.. omak eh je yg masih maintain comel hahaha...
Wah hebat berjaya tukar tayar tu cha.. sy pn x pernah buat lg.. alhamdulillah bertemu dgn teman2 yg baik pun rezeki jugak
3 anak dah sekolah menengah? serius? apa rahsia muda jelita ni wak?
Alhamdulillah, selamat ulang tahun yang ke-40 buat suami. Azam untuk turunkan 2kg tu semoga berjaya, semangat tu... Betul, kadang-kadang kita tak rasa sangat aura tahun baru, tapi semoga 2025 membawa lebih banyak rezeki dan kejayaan.
Mengenai Arrizqi, sabar ye, pasti nanti akan ada giliran untuk dia juga. Suka sangat dengar cerita tentang dia tetap mahu bersekolah dengan abang dan kakaknya walaupun akademiknya cemerlang. Semoga terus berjaya dalam semua bidang yang dia ceburi.
P.S: Selfie hari-hari dengan suami memang sweet, rasa macam zaman bercinta balik.
Alhamdulillah. ALLAH pinjamkan, kakRetna.
Sampai masa menua juga nanti.
Setuju dengan kakMim. Masatu memang nangis terharu.
Ammi, ku fikir 2025 tiada lagi soalan begini. Adeih!
Tiada rahsia, hidupku biasa-biasa sahaja.
Komen awak dah macam entry.
Terima kasih sudi menaip panjang-panjang, saya baca dua kali biar jelas, macam tengah baca entry sendiri pun ada.
sanah helwah to u r hubby! kiranya umur cha dan suami ni sama umur dgn my adik bongsu laa..dan bday my adik tu 28 dec ari tu, bday yg ke-40 jugak
Line 1984. Terima kasih MZ. Same wish tuk adik u juga. Saya juga yg tua dahulu, ahahaha!
Selamat tahun baru dan sehat selalu
happy bday to cik suami..sama ngan bday my sis
Selamat tahun baru, untuk awak juga.
Thank you mummy, ramai geng muda lambat ni, ihiks.
Post a Comment