Monday, 30 December 2024

Hari Keluarga di Ladang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari Khamis, tuan asben hantar wA menyatakan orang Pahang menjemputnya untuk sertai hari keluarga warga keselamatan bahagian Pahang- penempatan tuan asben sebelum bertukar ke Melaka pada hari Sabtu. Jika dia mengadu kepada aku, bermakna peluang untuk aku keluar sarang adalah cerah. Siapa sahajalah yang tidak teruja untuk pergi berseronok, sudah lama benar semenjak tuan asben cuti sakit dua bulan tempoh hari kami tidak ke mana-mana. Aku dan namanya holiday memang tidak geng, hari-hari melihat rumah, menguruskan daktiga, bagilah aku reward melihat luar kawasan. Jadilah!

Sedang tuan asben masih dilema, aku pun malas memasang harapan terlalu tinggi untuk pergi, jadi kita buat selamba sahaja sehingga aku bertanyakan sama ada dia balik atau tidak hujung minggu nanti macam biasa, dia kata lepas kerja dia balik. Sehingga malamnya dia bersuara:
"esok pagi kita gerak pukul 7.30pagi." yeay! ayuh kita ke Pahang walaupun balik hari manse-manse-mamanse... yahooo!

Perjalanan ambil masa dua jam lebih sahaja, kenderaan masih belum banyak dan aku mudah teruja dengan langit dan awan, I love clouds. Melihat suasana bukan ke pantai, bukan ke hotel- sebagaima hari keluarga biasa diadakan, akan tapi masuk jalan kampung, lalu tanah merah, lalu pula jambatan merentasi sungai dengan pemandangan kelapa sawit sahaja sehinggalah tiba di destinasi, Ladang Sg Mai, SD Guthrie. Ini baru rare, family day dalam ladang.

Melintasi post pengawal keselamatan kami di sambut anggota polis wanita dengan senyuman manis.
"tengok sikit muka tuan, ooo tuan Erwandi. Selamat datang tuan" sebaik tuan asben menurunkan tingkap, menjengah muka.
"tuaaaan!!!" dua lagi kakitangan lelaki sedang duduk bersembang menegur tuan asben. 
"ambil gambar sekejap tuan." kata anggota wanita tadi. Dengan aku sekali ikut pose, memang dasar. Perjalanan diteruskan, kali ni perjalanan seperti naik roller-coaster, naik dan turun bukit.
"apa nama ladang ni? ini bukan rumah dulukan?" aku bertanya, walaupun kelapa sawit namun tak sama. Kena sidai tiada jawapan, tuan asben fokus. Setelah melalui jalan berbukit dan bercenuram dengan pemandangan mashaALLAH cantik, sampai juga ke tempat hari keluarga, majlis telah bermula. 

Tn. asben terus beramah mesra dan mengajak ke meja bulat. Bermulalah perkenalan aku dengan isteri rakan tuan asben.
"haaa, dah pindah Melaka baru jumpa orang Pahang." kata kakNatrah ramah- dia perkenalkan diri dahulu. Aku duduk sahaja dengannya, dia isteri kepada Kapten bertugas di Selangor. Argh! aku tidak tahu pangkat-pangkat ni, aku masih terlalu junior. Sambil menonton acara-acara yang dipertandingan, kami di suruh makan. Menu secara potluck menjadikan penuh meja sebuah khemah. Aku memang pantang betul melihat makanan, ada hati mahu kurus. Tambahan, memang belum makan apa-apa lagi sewaktu bertolak tadi.

Daktiga ku ajak sekali dah macam kereta api semuanya berkepit dengan aku. Sedang menikmati acara sambil makan, tuan asben datang hantar lemang dan rendang ke meja, aih! mengundang betul ni. Aku kongsi makan dengan Adli manakala Auni dan Arrizqi menjaga perut masing-masing, dorang agak memilih.

Antara acara yang mendapat sambutan: Pakaian beragam kanak-kanak. Isi air dalam botol untuk pasangan suami-isteri. Straw tali berantai untuk suami-isteri dan juga kuiz untuk suami-isteri lagi, aku mencari tuan asben, konon nak masuk malangnya dia sudah hilang entah ke mana. Teka gula-gula dalam balang, cabutan bertuah dan karaoke. Simple, namun menjadi lebih meriah apabila kanak-kanak dibenarkan mandi kolam, hahahaa!

Habis makanan atas meja, datang pula tray hidangan untuk makan tengah hari, segala pujian kepada ALLAH jua, nasi putih bersama kari daging, ayam goreng, ulaman dan acar nenas timun. Semua kegemaran aku namun perutku sudah penuh. Aku diam menghadam makanan, sesekali kakNatrah bertanya itu dan ini, dia berbual dengan isteri SIC dari Kedah, kakZai. Tuan asben datang suruh makan nasi, daktiga pun dia check suruh makan.

Sudah selesai urusan bergambar dan matahari sudah terik, kami bergerak pulang, meredah jalan sama waktu datang tadi, aku ambil kesempatan mengambil beberapa keping gambar lagi, love langit, love awan. Masuk sahaja lebuhraya, mata pun sepoi-sepoi entah bila aku terlelap pun tidak sedar. Tahu-tahu tuan asben berhenti di rnr untuk solat Zohor dan membuang rasa mengantuk, perut kenyang kena penghawa dingin tambah badan penat, fuh! nikmat tidur tu awal-awal sudah melambai.

Aku masih tersengih melihat gambar-gambar di galeri, tapiii kenapa aku tidak bergambar dengan tuan asben ye? adeih! sudah teruja sangat jadi semua hilang ingatan. Cukuplah sekadar jadi ingatan, alhamdulillah.

Album: Care to nourish Dare to flourish.

Langit.






Hari ni ku puasa.

Shy-shy cat.

With kids. Bagus sorang ni, boleh diminta pertolongan.

Hari ini sudah mula dengan rutin biasa, hujan mengiringi keberangkatan aku menghantar Auni dan Arrizqi ke sekolah. Fighting! Semoga semuanya baik-baik sahaja.

10 comments:

Ako Retna said...

wah meriah nya family day diaa hahaha...

ch@ said...

Tumpang family day kompeni tuan asben ja.

Suria Amanda said...

Meriah hari keluarga...pemandangan pun cantik...pilihan tema warna untuk semua pun cantik sangat

Bola Katok said...

Pernah join sekali je hari keluarga macam ni. Lepas dah besar sikit, malu nak join lagi. 😂

ch@ said...

tanya asben tema apa? manjang taktau.
teringat polis dan biru berpisah tiada, jadi biru sajalah.
maka, jadi sama dengan dinding, alas meja, skelop. nasiblah!

ch@ said...

jarang sangat dapat join family day gini, pakej dapat keluar rumah sekali ni, ihiks.

fairus said...

Wah, seronoknya bila dapat peluang keluar rumah, kan? Memang bersemangat kalau dah lama tak pergi bercuti. Saya faham sangat rasa tu, bila asben cuti sakit tempoh hari, pasti banyak masa yang terluang di rumah. Bila ada peluang macam ni, memang harus grab. Semoga dapat menikmati hari keluarga di Pahang dengan penuh kegembiraan dan dapat rehat sekejap dari rutin harian. Selamat berseronok.

ch@ said...

Terima kasih.
Sekarang kita sudah back to normal rutin. Hati sudah gembira.

Mama Zharfan said...

best dpt join aktiviti gini :)

ch@ said...

Boleh lupa diri sekejap.