Wednesday, 25 December 2024

Memunggah pakaian lama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah lama berhajat mahu mengemas kabinet pakaian. Membuang yang tidak lagi boleh dipakai, menyumbang yang masih elok tetapi sudah tidak muat di badan. Tambahan kabinet tinggi berisi pakaian semakin membuak isinya. Marilah kita asingkan.

Aku keluarkan semua isi daripada kabinet masuk dalam bakul, penuh dua bakul pemberian Sha tempoh hari. Semuanya aku lambakkan di ruang tamu rumah. Penuh uols, baru syok mengasingkan sambil menonton Kill Me Love Me, jumpa crush baru Liu Xiuyi (ah tak sudah!). Satu biji bakul berisi baju kotor untuk didobi menjadikan aku mengangkat tiga biji bakul daripada tingkat atas ke tingkat bawah, acanerlah tidak sado.

Setel kerja rumah, mendobi dan masak untuk daktiga, aku mulakan operasi mengasingkan. Banyak siut! Aku asingkan ikut part, pakaian buang terus (rosak teruk), pakaian tidak muat, pakaian kanak-kanak, pakaian sekolah dan pakaian dalaman. Nampak macam sikit, tetapi makan masa seharian juga. Sambil lipat asing, sambil mengomel dan berbalas wA dengan tuan asben. Dia hanya mampu gelakkan saja tanpa mengetahui dirinya akanku kekerah untuk asingkan bahagian dia pula sebaik sahaja dia pulang nanti, muehehe!

Dengan di bantu Auni, kerja jadi cepat sikit, cepat tidak pun kena bersihkan ruang tamu ini juga, aku serabut tengok sudah gaya pasar lambak saja. Akhirnya siap mengasingkan pada jam sebelas malam, episod cinta Murong Jinghe dan Mei Lin belum juga tamat, panjang sungguh la sampai 32 episod. Ini Edzna Suri punya angkara menjebakkan aku.

Selesai mengasingkan, Adli ajak makan roti bakar buatannya. Tengah malam diajak emaknya makan, ini nak tidur jam berapa? isk. Dia membakar roti pun sampai ke ruang tamu, hahaaa! asal jumpa plug, nak berteman juga ye.

Alhasil mengasingkan dapatlah dua bungkus pakaian yang kategori buang terus, usah dicari lagi. Akan aku letakkan di tempat recycle nanti, tong recycle banyak di kawasan rumah ni. Empat beg, untuk diletakkan di tempat yang orang lain boleh ambil sahaja. Aku sudah letak label pada setiap helai baju untuk memudahkan pencarian. 

Tamat sahaja sesi persekolahan nanti, sesi mengemas buku pula. Memandangkan Arrizqi sudah naik sekolah menengah, maka kita akan say goodbye kan buku-buku sekolah rendah. Semoga semuanya dipermudahkan urusan dan baik-baik sahaja. Alhamdulillah!

Mana datang entah banyak sangat.

    Yang tidak muat.

Terima kasih atas jasanya, goodbye!

14 comments:

fairus said...

Rumah saya pun masih belum berkemas pakaian lama tu. Ada juga sudah diasingkan. Nanti nak hantar di peti-peti pakaian yang diletakkan di hadapan-hadapan sekolah.

Bola Katok said...

Untung lah tong recycle banyak. Sini macam tak pernah nampak. Kalau ada, mau berguni pakaian nak letak situ.

Mama Zharfan said...

MZ memang selalu pack2 baju yg tak mau dipakai dah and then pergi letak dlm recycle bin (dlm uia)

ch@ said...

Rasa tidak senang hati selagi tidak berkemas, terfikir-fikir.

ch@ said...

Sebab berguni tu la, dorang tak letak agaknya. Tong tak muat nanti.

ch@ said...

Bila ada sindrom, nantilah kot boleh diperturunkan, sudahnya ke laut.

Suria Amanda said...

Haaaa...last kak SA buat masa bulan 5 hari tu...asingkan baju2 arwah mak...mana yang elok kami sedekah, handbag arwah dan semuanya la..tiggal mana yang kami boleh pakai je...lepas ni nak buat bilik Kak SA plak..nak asingkan mana- mana baju yang dah x leh pakai...

Ammi said...

ammi selalu baju yang tak boleh dipakai lagi ammi asingkan msuk satu beg dan letak ditempat kain buruk. kalau ada air tumpah, or lap minyak didapur, guna je kain tu dan buang terus. Baru terasa macam taklah rugi sangat nak buang gitu je terus.

baju buruk pun berkira nak buang...aduilahhhh ammi ni kan

ch@ said...

lega bila sudah dikemaskan.

ch@ said...

inipun sudah bertimbun masalahnya. hahaaa! jadi takde ruang.

Ezna Khalili said...

Kena tengok juga. Yang mana yang masih baik boleh la masukkan dalam tong baju terpakai untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Kalau dah buruk, tak dijadikan kain buruk....kita buang la kan.

ch@ said...

betul, part buang tu pun masih kena masuk tong recycle.

Salina@IbuAqil said...

Ibu pun nak amik mood sisih segala baju2 lama yang dah tak muat dek bdn. Berat bdn ibu dah tak mengizinkan ibu pakai baju size XS lagi dah Umi.

ch@ said...

Kita dah lama goodbye kepada xs dan s, hahahaa... memok.