Tuesday, 17 December 2024

Rak buku.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku sudah perhati lama rak buku komik tuan asben yang dibelakang tempat aku kerja sekarang ni, kedudukannya bertentang dengan sofa menjadikan mata aku rimas bila sedang bersatu dengan sofa. Tangan gatal je nak memunggah semula apatah lagi buku sekolah Adli dan Arrizqi yang tidak seragam menjadikan rak tersebut bertambah serabutnya. Dua hari aku memujuk Adli dan Arrizqi untuk pindahkan buku sekolah mereka ke tempat mereka kerap berada. Lagipun mereka sudah besar, boleh menyusun buku sendiri.

Setelah mencapai persetujuan dan mengalihkan buku sekolah ke rak di satu lagi bilik mereka bermain game aku memunggah semula semua komik tuan asben untuk aku susun mengikut siri yang betul. Nampak macam sikit sahaja yang perlu dialihkan, eh? berpeluh jugalah aku di pagi hari yang hening.

buku sekolah pindah rak tempat daktiga berkubang.

Dulu, ruang ini ialah tempat tuan asben main game dan bilik sebelah ialah stor. Disebabkan Adli dan Arrizqi tidak mahu tidur bilik atas, maka stor dijadikan bilik semula setelah siapnya stor baru di bawah tangga. Hanya Adli sahaja yang setia, Arrizqi tetaplah tidur dengan aku, hahaaa! Lain kali aku nak mengemas part sini pula, banyak yang boleh di kitar semula ni, hahaaa! sabar jap. Hari ini aku sudah keletihan. Menua!

barulah nampak luas dan lapang. balik yang seorang lagi nanti, penuh barang dia sahaja.

sebelum ditukar ke rumah baru.

Rak kecil-kecil tu masih ada. Rak panjang itu satu sudah dibuang kerana runtuh, satu lagi dalam bilik Auni, hari-hari kena salak dengan menyuruh dia berkemas. Dia hendak tunggu aku masuk juga, buat dengan dia. Aku yang buat, bersiap siagalah untuk tidak berjumpa dengan barang kesayangan.

Sekian sahaja cerita untuk hari ini, hendak pergi sarapan namun tidak jadi, yang mengajak sendiri menunda rancangan, maka kita selongkar dapur seperti biasa. Da... see ya!

7 comments:

Kakmim said...

wahhh... baru sedap kan mata memandang bila komik disusun sama kategori mcm tu... ni makan sehari jugak nk kemas ni, byk giler komiknya

Bola Katok said...

Hebat! Banyaknya koleksi komik. Tersusun rapi pulak tu.

Done follow. 😀

ch@ said...

kakMim: iya, rasa lebih terang berderang.

bola katok: terima kasih, selamat berkenalan.

Ammi said...

wah bestnya ada rak tersusun macam ni. rak buku anak2 ammi dalam bilik masing2, itupun dah melandut-landut raknya mintak nyawa

ch@ said...

Cer terbalikkan rak tu, sebelum ni saya buat macam tu, rimasnya tgk bilka dah melandut, jadi tak seragam.

Salina@IbuAqil said...

Kemasnya Cha ;)

ch@ said...

Thank you ibu!