Friday, 20 December 2024

Hobi: Quilling Frame Size A3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Membelek media sosial digital memang melalaikan, namun aku buat juga. Satu hari sedang membelek seorang follower direct message bertanyakan tentang Quilling Frame. Aku ini tidaklah pakar sangat, belajar quilling pun daripada blog. Jadi apa yang ada dalam galeri, itulah kemampuan yang aku ada setakat 2024, ahahaaa!

Dia memberi aku cabaran membuat paper quilling saiz A3, lengkap dengan gambar contoh, buat sama persis. Alamak! aku, bila disuruh meniru memang pasti tidak akan sama. Sedangkan meniru hasil kerja sendiri pun tidak sama, apatah lagi meniru hadil tangan orang lain. Jenuh belajar mencetak gambar daripada saiz A4 kepada A3. Tidak mengapa, mari kita belajar. Masa beginilah hendak keluar segala skill. Aku sudah hampir sahaja hendak melukis sendiri, geram.

Setelah beberapa hari berlengas dengan menggambar dan mencetak, akhirnya proses quilling bermula, gulung tampal, buka balik, gulung lagi, tampal sampai hati puas sendiri. Masa berlari, hari berlalu, cuaca berganti selama hampir sebulan. Lama? buat seorang, tambah pula tugas hakiki hakikat ikut sekali, mahunya ambil masa lama. Temanku sudah tidak sabar hendak melihat hasilnya.

Aku minta tukar design, ikut design aku dan dia setuju, terima kasih ku ucapkan kerana sudi memberi kepercayaan, akan aku kerjakan sehingga ke titisan siap dan cantik. Siapa sahaja yang tidak suka cantik bukan?

Masa yang dinanti tiba, kami bertemu di sebuah cafe terletak di kawasan sama-sama dekat. Adil. Bagus juga dia pick-up, tidak susah payah hendak buat posting. Owh ye, temanku ini lelaki, aku kenal dia sebab planner asalnya, alih-alih dia tempah quillingku, mahu cuba air tangan aku kan? Kenal pun thru instagram ja, kali pertama jumpa. Aku bawa Auni temankan daripada tidak berbuat apa-apa balik sekolah. 

Macam biasalah, dia tengok aku dengan Auni, bagai adik dengan kakak. Yang aku tengok dia dah macam pelajar universiti saja. Kami duduk lepak minum sambil tangan dia gatal buka kotak frame yang telah siap. Alhamdulillah dia suka. Dan, sehari selepas itu dia minta aku buatkan saiz A1 pula, huaaa!

Sehingga sekarang aku sedang mengerjakannya, akanku kongsikan proses kerjanya nanti.

Gambar contoh.

My pattern.

We'ols looks young rite? ahaha! Hi Jalil.

Dah sangkut.

DALAM PERJALANAN:




No comments: