Thursday, 27 June 2013

5 tahun aku dan kasih.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku insan biasa, tiada punya harta, aku ada cinta, aku ada hati aku ada jiwa. Tanpa kasih, aku tiada cinta, hati dan jiwa. Alhamdulillah. Kasih aku abi:

Aku tidak sempurna, aku terus belajar, belajar dan belajar membantu engkau mengemudi rumah tangga, menguruskan, mengasuh, mendidik, meladeni kerenah si cinta Auni, si hati Adli dan si jiwa Arrizqi. Aku berusaha untuk membantu engkau menguruskan rumah tangga walaupun adakalanya aku sangat lelah hendak membuat kesemuanya, apabila aku sudah lelah maka dengan pantasnya keluarlah perkara yang aku sendiri tidak sukai, merungut. Maaf-maaf-maaf aku cuba juga untuk tidak ada rungutan itu tapi... [sila sambung sendiri].

Aku tidak tahu sama ada engkau perasan atau tidak, baju-bajumu aku cucikan, sidaikan, gosok dan aku sangkut mengikut warna, kebanyakkan bajumu berwarna hitam, biru gelap, sedikit warna kelabu, putih dan beberapa helai berwarna-warni. Dahulu stokinmu aku hanya lipat tanpa terbalikkan namun sekarang tidak lagi. 

Jika boleh aku mahu membuatkan engkau sarapan pagi, malangnya aku belum lagi mampu. Penyakit M aku makin merebak apatah lagi bila Arrizqi sudah celik mata. Aku hanya sempat membuat air minuman dan berharap engkau akan minum sebelum keluar bertugas. In shaa Allah, jika umur panjang, aku akan buat sarapan pagi untuk anak-anak sebelum ke sekolah dengan syarat engkau juga mesti ada di meja makan yang sama bersama-sama.

Aku tahu aku memang tidak sempurna namun aku hendak berterima kasih kepadamu kerana masih memberi peluang untuk aku membuat apa yang aku suka sejak dahulu lagi, membuat kerja hasil tangan, membaca novel malahan engkau terus menggalakkan untuk aku meneruskannya. Aku juga berterima kasih kerana engkau tidak pernah kisah mengeluarkan wang gajimu untuk belanja aku dan anak-anak.

Kasih, setelah anak tiga ini aku berasakan bahawa aku sedikit mengabaikan dirimu, maklumlah anak-anak lebih setia mencari aku dan aku sendiri tidak sampai hati untuk membiar anak-anak denganmu kerana aku bimbang engkau berasa letih dan tidak cukup tidur apabila menguruskan mereka. Aku minta maaf. Walaubagaimana pun, aku masih suka jika engkau sentiasa manjakan aku kerana itu membuat aku sedar bahawa aku telah mengabaikanmu.

5 tahun kita sudah bersama, 5 tahun juga aku belajar mengenali dengan dirimu. 
Engkau suka kereta, aku suka rumah. Engkau suka komik, aku suka novel. Engkau suka games, aku suka art. Engkau suka kicap, aku suka berkuah. Engkau suka ayam, aku suka ikan kering. Engkau suka vakum, aku suka menyapu. Engkau pendiam, aku membebel. 
Namun...
Kita pakai jam tangan di tangan kanan. Kita pakai baju warna senada. Kita suka perkara yang mudah. Kita gemar membaca,. Kita suka brand DutchLady. Kita punyai mahligai tersendiri. Kita ada cinta, hati dan jiwa. Sehingga akhirnya...
Sudah 10 tahun kita berkawan. Sudah 5 kali kita menyambut Syawal dengan sistem bergilir. Sudah 5 tahun kita menyambut ulangtahun perkahwinan. Alhamdulillah. Aku seronok berada bersamamu. 

 Kasih berbaju hitam, jiwa bersinglet merah.

Us with my mom...Saloma binti Basar. Love u mama.

In shaa Allah, semoga kasih yang disemai sentiasa mekar di samping kehadiran, cinta, hati dan jiwa penyayang sehingga syurga. Terima kasih yang sentiasa mendoakan kami di bawah lindunganNYA.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-5 Erwandi, Syahida pada 22 Jamadilakhir 1429 sehingga 18 Sha'ban 1434 bersamaan 27hb Jun 2008 sehingga 27hb Jun 2013
Maaf entry ni panjang sangat, tidak baca pun tak apa :)

18 comments:

syawalsimpsons said...

happy anniversary...panjang pon baca jugak kan...berkasih baju hiyam, berjiwa baju merah singlet ye..jemah nak ber apa lak..kakakakak

nad said...

Alhamdulillah
Syukur..
Happy anniversary!
Moga terus bahagia hingga ke syurga


Ps: takyah mintk maaf. Lg pjg lg bagus :)

Gieyana said...

Hepy anniversary Cha n suami..
Awak still nmpak muda wlaupon beranak 3..sy ni nnt coming soon yg kedua..x tau mcm mn dpt manage ker idak psl still bkerja..:)

Ako Retna said...

hepi annivesary ch@ ;-)

asyifamustaffa said...

hpy anivesary...moga kekal hingga kesyurga...:-)

Puteri Amna Balqies said...

salam wbt

berkawan biar beribu berkasih biarlah satu..

yang satu itu kekasih hati hingga ke syurga ialah suami terchenta.

happy anniversary awk.

moga bahagia hingga jannah

love,
Puteri Amna Balqies

Mama Kembar Tiga said...

Happy Anniversary! Moga jodoh kekal hingga ke syurga & sentiasa bahagia bersama anak anak :-)

eima said...

hepi anerbersi dear .... semoga terus bahagia ....

ko mmg jiwang la dear bahasa berbunga2

Fizah said...

ahh mmg nmpk sungguh kamu peminat novel..bahasa tinggi digunakan..:)

apapun yg ko tulih terasa dekat benar dgn aku..cerita lbh kurang sama..cuma mgkin lebih sedikit, tahun ni kami bakal menyambut ulangtahun ke-6..apapun happy anibesari kamu berdua! di samping anak yg ber3 ;)

mamaarifakeemaisy said...

Happy anniversary cha.... :-)

Syukur seadanya kan.. moga terus bunga2 cinta n kasih berkembang mekar...aminn...

Jue said...

happy anniversery cha...

Masya said...

happy anniversary moga berkekalan hingga kehujung nyawa dan kesyurga....

ch@ said...

Sue:
ko nak apa? lu pikirla sendiri. hahaa.

kakJue, kakYana, kakIeyna, kakNani, cikZiela, kakRet, Ashifa Mustaffa, kakNad:
terima kasih, terharu sangat. syukur.

kakGieyana:
thanks kak, muda? alahaiii.

Eima, Fizah:
tq wei, bahasa novel. kahkahkah, ada talent tulis novel tak?

eija_sweetmama said...

Happy 5th Anniversary Cha ♥

Suka sgt baca n3 cha ni adalah..
kalau k.eija tulis bahasa pasar je..

Izan Ishak said...

so sweet entry ni cha... gaya baca novel tau ni. k.izan tak tinggal satu ayat pun.

happy anniversary syahida n erwandi! moga kasih sayang kalian kekal hingga ke syurga~

ch@ said...

kakEija, kakIzan:
terima kasih kakak. bahasa jiwa bangsa. kasi tgkp syahdu sket :p

Jue said...

alhamdulilah...
happy anniversery...
tetiba rasa sebak baca n3 cha...
moga hubungan suci ini kekal selamanya...

ch@ said...

kakJue:
terima kasih kak. in shaa Allah.